Teaser 16 : Sampai Bila?



“Encik Bakhtiar tak mahu kau dan keluarga kau sedih, Adnan. Dia tak mahukan simpati. Dia tak suka dikasihani,” Faris memberitahu.

Adnan Malik meraup wajahnya.

“Tapi, ini tak adil. Tak adil untuk aku. Tak adil untuk mak aku. Tergamak dia?”

“Doa, Adnan! Doa you untuk dia yang dia perlukan sekarang. Doalah, kalau betul you sayangkan ayah you tu,” pinta Dr Omar pula.

Pada waktu itu terdengar suara Bakhtiar mengerang perlahan, mengundang Adnan Malik berlari menghampiri kepala katil. Tangan mengusap rambut ayahnya.

“Ayah,” ujarnya dalam sendu yang tertahan.

Tiada sahutan. Hanya kelihatan setitis air jernih menitik keluar daripada kelopak mata yang terpejam.

“Ayah, ini saya, yah. Ad! Saya datang, ayah,” suara sudah bersulam kesedihan. Kedukaan. Hiba dan penuh kepiluan.

Tetap tiada apa-apa perubahan pada sekujur tubuh itu. Apa lagi untuk menyahut panggilannya. Dan, seperti tadi, hanya air jernih menitis lagi dan lagi!

Dia menangis. Di sisi ayahnya, air mata menitis laju. Tidak mampu ditahan-tahan. Tidak mahu dihalang juga. Lama....

Tidak siapa berkata apa-apa. Masing-masing faham apa yang sedang dirasai. Masing-masing mengerti.
.....................

untuk anda, hayatilah perasaan seorang anak....

Ulasan

  1. alahai..sudah sampai masanya kah..Bakhtiar akan melangkah pergi kealam yg lagi satu..dan adakah penyesalan benar benar ada dihati Ad kerana keceluparan mulutnya terhadap ayahnya dahulu sehingga ayahnya kini terbaring lemah dan hanya menantikan maut datang menjemputnya..dan adakah isterinya si Bakhtiar ada bersama sama untuk menyaksikan pemergian suaminya yg mungkin dicintai kerana hartanya bukan kerana kasihnya pada sekujur tubuh itu..ce citer sofi..

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

Yang Terakhir: Versi Cerpen

Inikah Cinta? : Versi Cerpen