Follow Us @soratemplates

21.1.13

Teaser 15 : Sampai Bila?



Adnan Malik menoleh ke arah Faris. Tajam renungannya. “Tentu kau pun tahu semua ni, kan?” 

Hanya anggukan oleh Faris. 

Adnan Malik tidak mampu lagi bertahan. Laju dia bergerak ke arah Faris langsung menarik kolar baju lelaki itu. Rapat benar muka mereka ketika dia menghambur kemarahan. “Kenapa kau tak beritahu aku? Kenapa kau diam? Kenapa kau sembunyikan? Kenapa?” 

“Encik Bakhtiar paksa aku supaya merahsiakan penyakit dia daripada keluarganya. Dia tak mahu sesiapapun tahu. Dia,” 

Belum habis ayat keluar, muka Faris sudah ditumbuk oleh Adnan Malik. Matanya mencerlung. 

“Bullshit! Aku anak dia, Faris! Aku anak dia! Dia ayah aku! Aku perlu tahu! Mesti tahu!” jeritnya. Adnan Malik melorot jatuh terduduk di tengah kamar. Jenuh dua orang doktor itu berusaha untuk memapahnya ke kerusi. 

“Bertenang, Adnan. Bertenang,” pujuk Dr Omar. 

“Macam mana nak bertenang, doktor? Macam mana?”
.......................
nasihat untuk kita... sayangi ibu dan ayah. sekian......

1 ulasan:

  1. Apa sebenarnya yg berlaku..adakah Bakhtiar sedang menantikan masa untuk pergi ke alam yg fana dan rahsia selama ini yg ditanggung olehnya diketahui oleh Adnan..dan yg menyedihkannya selama ini kata kata cacian yg terkeluar dari mulutnya untuk papanya..tidak pernah papanya mengambil hati..

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.