Follow Us @soratemplates

16.1.13

Teaser 12 : Sampai Bila?


"JANGAN fikirkan sangat fasal gambar tu,”

“Kalau dia orang masukkan ke dalam internet, macam mana?” tanya Alisa. Dia masih susah hati. Bukan untuk dirinya tetapi dia risaukan Bakhtiar. Bimbang lelaki itu tidak mampu menghadapi tohmahan yang bakal dilemparkan. Bimbang kalau-kalau reputasi syarikat milik lelaki itu jatuh hanya kerana orang salah faham apabila melihat perlakuan mereka di dalam internet. 

“I tak risau langsung, Lisa. Orang boleh tuduh apa saja. Bagi I, kalau I di pihak yang benar, I tak peduli pada pembohongan manusia di luar sana. I tak kisah,” Bakhtiar memujuk.

“Tapi, gambar-gambar kita tu boleh merosakkan nama baik abang,” desah Alisa. Dia benar-benar susah hati. 

Bakhtiar ketawa. “Pada orang yang sedang menghitung saat dan detik kematiannya? Relaks la, sayang. I tahu you risaukan I. Tapi, sebenarnya, I lagi risaukan you. I dah nak pergi, you yang akan hadap semua ni. Kuat ke you?” 

Kata-kata yang amat memilukan sehingga mengundang air mata menuruni pipi mulus itu. 

“Be strong, okay! Jadilah seorang insan yang kuat dan tabah. Banyak yang akan you hadapi selepas I pergi nanti,” ujar Bakhtiar sambil menarik nafas dalam-dalam. Entah, dia rasa dadanya amat sakit malam ini. Berdenyut-denyut bagai hendak pecah.
.............................

ada faham sekarang? haha...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.