Luahan

apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

Tidak sanggup melihat keadaan Bakhtiar yang semakin sesak nafas, cepat-cepat Alisa mengangguk. Biarpun dia tidak tahu apa yang harus di...

Teaser 11 : Sampai Bila?

By Januari 16, 2013


Tidak sanggup melihat keadaan Bakhtiar yang semakin sesak nafas, cepat-cepat Alisa mengangguk. Biarpun dia tidak tahu apa yang harus dijanjikan itu, Alisa tidak bertanya. Bagaimanakah mahu bertanya andai lelaki itu sendiri sedang sesak nafas menahan batuk? Lagipun, pada fikirnya, apalah ada pada janji masa hadapan yang tidak pasti? Yang penting, sekarang! Waktu ini! Dia susah hati melihat Bakhtiar. Baginya, keadaan lelaki itu masa kini, yang harus difikirkan. Yang lain-lain tidak penting. 

Mereka keluar daripada restoran itu dalam keadaan Alisa memapah Bakhtiar. Kalau orang pandang sekali imbas, seolah-olah mereka berdua sedang berpelukan. 

“Hello, tengok sini boleh tak?”

Masing-masing mendongak. Dan, serentak dengan itu, wajah mereka berdua diterangi cahaya ‘flash’. 

Nampaknya Alisa dan Bakhtiar sudah tertangkap. Gambar mereka berdua sudah dirakam. Oleh siapa? Untuk siapa? Siapa yang mengupah? Siapa pula yang diupah?

You Might Also Like

1 comments

  1. tak sabar nak baca cerita penuh...

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.