Follow Us @soratemplates

26.1.13

Teaser 18: Sampai Bila?

Januari 26, 2013 1 Comments


Teaser 18: Sampai Bila?

“I rasa, I dah jatuh cinta pada you, Alisa,” 
 Alisa tatap wajah tampan di hadapannya. Dia senyum. 
 “Tak percayalah tu? Senyuman tu macam mengejek I aje. Kenapa? Tak boleh ke I jatuh cinta pada you?”
 Alisa terpanar mendengar kemarahan Bakhtiar. Tidak menyangka lelaki itu akan naik angin hanya kerana dia tidak memberi respons tadi. Namun, apa harus dikatakannya?
 “You kena cakap sesuatu, Alisa. Jangan diam. I nak dengar suara you,” Bakhtiar mendesak.
 Alisa menarik nafas dalam-dalam. 
 “Hati Lisa ni tak berdebar bila dekat dengan abang. Lisa tak rindu bila kita tak jumpa. Jelas, Lisa tak cintakan abang dan Lisa pula tak rancang untuk buat abang jatuh cinta pada Lisa. Maafkan Lisa, bang,” 
........................
masih ttg mereka, Bakhtiar n Alisa... jangan marah...

“I rasa, I dah jatuh cinta pada you, Alisa,” 

Alisa tatap wajah tampan di hadapannya. Dia senyum. 

“Tak percayalah tu? Senyuman tu macam mengejek I aje. Kenapa? Tak boleh ke I jatuh cinta pada you?”

Alisa terpanar mendengar kemarahan Bakhtiar. Tidak menyangka lelaki itu akan naik angin hanya kerana dia tidak memberi respons tadi. Namun, apa harus dikatakannya?

“You kena cakap sesuatu, Alisa. Jangan diam. I nak dengar suara you,” Bakhtiar mendesak.

Alisa menarik nafas dalam-dalam. 

“Hati Lisa ni tak berdebar bila dekat dengan abang. Lisa tak rindu bila kita tak jumpa. Jelas, Lisa tak cintakan abang dan Lisa pula tak rancang untuk buat abang jatuh cinta pada Lisa. Maafkan Lisa, bang,” 
........................
masih ttg mereka, Bakhtiar n Alisa... jangan marah...


23.1.13

Teaser 17 : Sampai Bila?

Januari 23, 2013 1 Comments

“Awak yang tunggu Tiar malam tadi?”

Alisa angguk. “Mula-mula saya ingat, saya nak balik. Tapi, bila encik Bakhtiar cakap dia tidur sini sorang-sorang, rasa tak sampai hati pulak nak tinggalkan dia. Tu yang saya sanggup temankan dia. Sekarang tak boleh la. Saya nak masuk kerja. Ini pun kira dah lewat. Maaf, ya! Saya pergi dulu,”

Pada waktu itu Bakhtiar membuka mata. Tangan Alisa diraup sebelum sempat Alisa melangkah. 

"Don’t go! Tunggu I. I tak mahu duduk sorang-sorang kat sini,” rayunya.

Alisa terpana. Terkejut mendengar rayuan lelaki itu. Tetapi seketika kemudian dia memberikan pendapatnya tanpa diminta.

“Encik, kawan doktor encik ni nanti akan telefon ke rumah. Kejap lagi isteri dan anak-anak encik akan datang. Jadi, encik tak kan duduk sorang-sorang. Mereka boleh tunggu, boleh jaga encik,”

“I tak perlukan dia orang tu semua. I nak you. I nak you jaga I kat sini,”

Alisa menghentak kaki. Geram sangat dengan sikap lelaki ini yang memaksa.

“Encik, saya kerja, tahu tak? Saya ni kerani. Kalau saya tak masuk ofis, nanti pihak HR pecat saya. Jenuh! Ingat senang saya nak cari kerja lain?”

“You ni tentu dah lupa. Hello, siapa bos you? Bukan I ke?”
................................
kisah awal pertemuan Bakhtiar - Alisa. erti sebuah persahabatan? mungkinkah difahami? 

Teaser 16 : Sampai Bila?

Januari 23, 2013 1 Comments


“Encik Bakhtiar tak mahu kau dan keluarga kau sedih, Adnan. Dia tak mahukan simpati. Dia tak suka dikasihani,” Faris memberitahu.

Adnan Malik meraup wajahnya.

“Tapi, ini tak adil. Tak adil untuk aku. Tak adil untuk mak aku. Tergamak dia?”

“Doa, Adnan! Doa you untuk dia yang dia perlukan sekarang. Doalah, kalau betul you sayangkan ayah you tu,” pinta Dr Omar pula.

Pada waktu itu terdengar suara Bakhtiar mengerang perlahan, mengundang Adnan Malik berlari menghampiri kepala katil. Tangan mengusap rambut ayahnya.

“Ayah,” ujarnya dalam sendu yang tertahan.

Tiada sahutan. Hanya kelihatan setitis air jernih menitik keluar daripada kelopak mata yang terpejam.

“Ayah, ini saya, yah. Ad! Saya datang, ayah,” suara sudah bersulam kesedihan. Kedukaan. Hiba dan penuh kepiluan.

Tetap tiada apa-apa perubahan pada sekujur tubuh itu. Apa lagi untuk menyahut panggilannya. Dan, seperti tadi, hanya air jernih menitis lagi dan lagi!

Dia menangis. Di sisi ayahnya, air mata menitis laju. Tidak mampu ditahan-tahan. Tidak mahu dihalang juga. Lama....

Tidak siapa berkata apa-apa. Masing-masing faham apa yang sedang dirasai. Masing-masing mengerti.
.....................

untuk anda, hayatilah perasaan seorang anak....

21.1.13

Teaser 15 : Sampai Bila?

Januari 21, 2013 1 Comments


Adnan Malik menoleh ke arah Faris. Tajam renungannya. “Tentu kau pun tahu semua ni, kan?” 

Hanya anggukan oleh Faris. 

Adnan Malik tidak mampu lagi bertahan. Laju dia bergerak ke arah Faris langsung menarik kolar baju lelaki itu. Rapat benar muka mereka ketika dia menghambur kemarahan. “Kenapa kau tak beritahu aku? Kenapa kau diam? Kenapa kau sembunyikan? Kenapa?” 

“Encik Bakhtiar paksa aku supaya merahsiakan penyakit dia daripada keluarganya. Dia tak mahu sesiapapun tahu. Dia,” 

Belum habis ayat keluar, muka Faris sudah ditumbuk oleh Adnan Malik. Matanya mencerlung. 

“Bullshit! Aku anak dia, Faris! Aku anak dia! Dia ayah aku! Aku perlu tahu! Mesti tahu!” jeritnya. Adnan Malik melorot jatuh terduduk di tengah kamar. Jenuh dua orang doktor itu berusaha untuk memapahnya ke kerusi. 

“Bertenang, Adnan. Bertenang,” pujuk Dr Omar. 

“Macam mana nak bertenang, doktor? Macam mana?”
.......................
nasihat untuk kita... sayangi ibu dan ayah. sekian......

19.1.13

Teaser 14 : Sampai Bila?

Januari 19, 2013 0 Comments


ADNAN Malik menarik nafas lega. Dia kemudian mengeluarkan I-phonenya. Gambar-gambar yang masuk ke inbox dilihat semula. Satu, satu! Dengan lebih teliti kali ini!

"So inilah betina yang buat Bakhtiar tu angau! Hmm, patutlah! Cantik?” 

Mata semakin galak melihat gambar-gambar itu dengan bersungguh-sungguh. Setelah puas, dia menghela nafas yang panjang. Dalam kepala, ada pelbagai tanda tanya. Betulkah dia? Itukah gadis yang pernah dia temui beberapa minggu lepas? Gadis yang pernah memarahinya? 

“Dia tinggalkan aku sebab sekarang dia ada ‘sugar daddy’ baru yang kaya, bro!” 

Kata-kata lelaki yang pernah ditumbuknya, kedengaran di telinga. Saat itu, tidak terkata kemarahannya. Lalu, ke mana kemarahan itu hendak dilampiaskan kalau tidak dengan menolak apa sahaja yang ada di atas meja? Kalau tidak dengan membaling I- phone miliknya sehingga jatuh berkecai di atas lantai? 

“Sugar daddy?” 

Wajah diraup. Hatinya hancur. Dia terlalu kecewa dengan perbuatan ayahnya. Terlalu sedih apabila orang yang diharapkan menjadi pembimbing dalam keluarga, melakukan maksiat. 

Ada air jernih berkaca di tubir mata. Dia tidak mampu menahannya daripada gugur. 
...................... 
air mata seorang anak. sedey tak? komen sikit!

18.1.13

Teaser 13 : Sampai Bila?

Januari 18, 2013 0 Comments
teaser 13: Sampai Bila? 
A dot M ni xde perasaan ke? layannn....

Tangan Adnan Malik sedikit ketar ketika memulangkan Samsung Galaxy Note itu kepada Nurin semula. Nyata, dia sedang menahan marah yang teramat. Malangnya, Nurin tidak menyedari. Dia masih belum puas hendak mengenakan lelaki itu. 

"Ad sayang, you nak I upload gambar-gambar tu kat facebook ke?” tanya dia bersama senyum mengejek. 

Adnan Malik sudah berdiri. Kemudian dia tunduk mengambil air mineral sejuk dalam peti ais mini yang terdapat di sudut bilik. Tutup botol dibuka dan dia terus meneguk air itu sambil memandang ke luar tingkap. Rasa sejuk sedikit hatinya saat ini.

“Suka hati you la nak buat apa pun,” bentaknya seketika kemudian.
........................
camne? ada yg x sabar nak marah Adnan Malik ni? 

16.1.13

Teaser 12 : Sampai Bila?

Januari 16, 2013 0 Comments

"JANGAN fikirkan sangat fasal gambar tu,”

“Kalau dia orang masukkan ke dalam internet, macam mana?” tanya Alisa. Dia masih susah hati. Bukan untuk dirinya tetapi dia risaukan Bakhtiar. Bimbang lelaki itu tidak mampu menghadapi tohmahan yang bakal dilemparkan. Bimbang kalau-kalau reputasi syarikat milik lelaki itu jatuh hanya kerana orang salah faham apabila melihat perlakuan mereka di dalam internet. 

“I tak risau langsung, Lisa. Orang boleh tuduh apa saja. Bagi I, kalau I di pihak yang benar, I tak peduli pada pembohongan manusia di luar sana. I tak kisah,” Bakhtiar memujuk.

“Tapi, gambar-gambar kita tu boleh merosakkan nama baik abang,” desah Alisa. Dia benar-benar susah hati. 

Bakhtiar ketawa. “Pada orang yang sedang menghitung saat dan detik kematiannya? Relaks la, sayang. I tahu you risaukan I. Tapi, sebenarnya, I lagi risaukan you. I dah nak pergi, you yang akan hadap semua ni. Kuat ke you?” 

Kata-kata yang amat memilukan sehingga mengundang air mata menuruni pipi mulus itu. 

“Be strong, okay! Jadilah seorang insan yang kuat dan tabah. Banyak yang akan you hadapi selepas I pergi nanti,” ujar Bakhtiar sambil menarik nafas dalam-dalam. Entah, dia rasa dadanya amat sakit malam ini. Berdenyut-denyut bagai hendak pecah.
.............................

ada faham sekarang? haha...

Teaser 11 : Sampai Bila?

Januari 16, 2013 1 Comments

Tidak sanggup melihat keadaan Bakhtiar yang semakin sesak nafas, cepat-cepat Alisa mengangguk. Biarpun dia tidak tahu apa yang harus dijanjikan itu, Alisa tidak bertanya. Bagaimanakah mahu bertanya andai lelaki itu sendiri sedang sesak nafas menahan batuk? Lagipun, pada fikirnya, apalah ada pada janji masa hadapan yang tidak pasti? Yang penting, sekarang! Waktu ini! Dia susah hati melihat Bakhtiar. Baginya, keadaan lelaki itu masa kini, yang harus difikirkan. Yang lain-lain tidak penting. 

Mereka keluar daripada restoran itu dalam keadaan Alisa memapah Bakhtiar. Kalau orang pandang sekali imbas, seolah-olah mereka berdua sedang berpelukan. 

“Hello, tengok sini boleh tak?”

Masing-masing mendongak. Dan, serentak dengan itu, wajah mereka berdua diterangi cahaya ‘flash’. 

Nampaknya Alisa dan Bakhtiar sudah tertangkap. Gambar mereka berdua sudah dirakam. Oleh siapa? Untuk siapa? Siapa yang mengupah? Siapa pula yang diupah?

Teaser 10 : Sampai Bila?

Januari 16, 2013 2 Comments

Adnan Malik memang melampau! Tengoklah! Dia marah ayah dia lagi... Teaser 10: Sampai Bila? layanzzz!!!
......................

“Sudahlah, ayah. Malas saya nak layan ayah bercakap. Saya kecewa dengan sikap ayah. Saya sakit hati! Saya benci!”

Bakhtiar menahan hati. Sayu mendengar luahan itu.

“Ayah hanya fikirkan diri ayah. Nafsu ayah! Perasaan mak? Hati emak? Ayah langsung tak ambil pusing!” Adnan Malik berdiri tegak berhampiran kerusi ayahnya. Menatap garang wajah yang diwarisinya. 

“Ayah, emak mungkin sanggup dan sentiasa maafkan semua salah silap ayah pada dia. Tapi, untuk setiap penderitaan yang ayah bagi pada emak, untuk setiap titis air mata emak yang tumpah, saya tak akan semudah itu. Saya tak akan maafkan ayah. Sehingga ayah betul-betul insaf dan sedar diri. Saya harap ayah faham!”
..........................
siapa yang lebih anda kesian? ayah atau anak? sila jawab!

15.1.13

Teaser 9 : Sampai Bila?

Januari 15, 2013 1 Comments

Teaser 9: Sampai Bila? 

“Abang, kenapa? Duduk tak duduk, suruh budak tu kahwin pulak?” soalnya sambil mengerutkan dahi. Tidak faham dengan sikap Bakhtiar yang menyibuk hal kehidupan anak bujang mereka.

“Sebab, masa umur saya tiga puluh, saya dah ada tiga orang anak. Jadi, saya dah ada perancangan untuk mereka. Saya dah boleh kumpul harta pun! Tapi, anak awak ni, umur tiga puluh, masih lagi hidup sorang-sorang. Makan pakai, masih bergantung dengan emak. Kalau ada bini,”

“Saya tak kisah. Adnan Malik ni anak saya, bang. Jangan abang nak kecilkan hati anak saya pagi-pagi hari ni. Saya kuat lagi nak uruskan makan, pakai dan hidup anak saya, tahu!” sanggah Fasihah, menjeling tajam wajah suaminya yang mula memerah.

“Kahwin muda-muda, lepas tu bila dah tua mula nak merewang. Bila dah tua, bini menunggu di rumah, saya tak balik-balik dua tiga hari sebab sibuk melayan pucuk muda. Begitu ke, ayah?” soal Adnan Malik, lancang. Sengaja ingin menyakitkan hati lelaki ini. Lelaki yang selalu menyebabkan ibunya menangis.
.......................
kalau geram sangat, komen banyak2 haha..

Teaser 8 : Sampai Bila?

Januari 15, 2013 0 Comments

teaser 8: Sampai Bila? masih ttg alisa n bakhtiar. 
.........................
Alisa tersenyum. “Lisa kawan dengan abang bukan untuk dihadiahi segala macam benda tu,”

“Tahu!”

“Abang marah?” 

Bakhtiar mendengus. “Marah pada yang sayang,”

“Sebab sayang, Lisa buat macam tu.”

“Okey,”

“Lisa nak baliklah. Tak suka perangai abang hari ni. Tak fasal-fasal nak merajuk pulak,” Alisa segera bangun untuk mengambil beg tangan di atas meja. 

Bakhtiar pantas menghalang. Tangan Alisa sudah dipegang, digenggam kemas. Diri gadis itu sudah ditarik mendekati dirinya. 

“Temankan I malam ni,” rayunya penuh sendu. 
........................
larikssss.....

Teaser 7 : Sampai Bila?

Januari 15, 2013 0 Comments


Sayang2 semua... untuk anda! Alisa dgn Bakhtiar. Jgn jeles, k!
...................
“Hai, macam manalah rupa lelaki yang berjaya buat emosi you terganggu sangat ni, Lisa? I rasa jeles la pulak. Dengan I, jarang nak tengok you macam ni. Selalu, perasaan you tu terkawal sangat. Hebatnya dia, sayang! Dia buat you marah dah dekat sejam ni. Kalau dia hensem, habislah I. Sure dia dapat pikat you punya,” ada sedikit rasa cemburu terlontar dalam usikan itu. Kalau saja Alisa mengerti? 

Mata Alisa mencerlung memandang Bakhtiar. Kata-kata itu sangat menyakitkan hatinya. “Abang ingat Lisa ni apa? Mudah sangat jatuh cinta? Murah sangat harga cinta Lisa?”

Bakhtiar tersengih. Tahu dia sudah tersilap cakap. Lantas dia tidak lagi meneruskan kata. Buat masa ini, jika dia senyap, barulah Alisa akan perlahan-lahan, sejuk hatinya. 

“Lelaki macam dia tu, bang, memang ramai dalam dunia ni. Lelaki yang ingat diri dia tu hebat sangat. Macho sangat! Dia aje yang baik, orang lain semua tidak! Tak ada maknanya Lisa boleh terpaut pada dia! Tak mungkin! Lisa cukup benci pada lelaki macam dia! Eeeii... benci! Benci sangat!” 

14.1.13

Teaser 6: Sampai Bila?

Januari 14, 2013 0 Comments

tengok tu... Adnan Malik dah kena marah dengan Alisa. tulah pasal.. kata orang tua-tua, kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa... 
...................
"Siapa awak nak judge saya? Siapa awak nak hukum saya hanya sebab mulut jahat dia ni? Awak bukan malaikat la! Dasar lelaki! Hipokrit! Tapi, kalau dapat peluang tengok? Naik juling bijik mata tu!” marah Alisa.

Adnan Malik mengetap bibir. Tersentak dengan kemarahan yang jelas di wajah nan jelita. Sedikit terasa dengan kata-kata yang terluah. 

“Dia, kekasih aku sebelum dia jumpa ‘sugar daddy’ dia sekarang,” Rudi memberitahu dengan ramah. 

Adnan Malik menatap wajah lelaki itu tanpa sebarang perasaan. “Mesti dia tu hebat, kan? Kalau tidak, takkan kau macam orang gila harap dia balik semula pada kau. Iya tak?”

Teaser 4 : Sampai Bila?

Januari 14, 2013 0 Comments
Assalamualaikum dan selamat pagi sayang2ku semua. Lagi, teaser SB? untuk anda. Enjoy reading, ya!

“Jangan sombong sangat dengan aku, Lisa! Jangan ingat bila kau dah dapat orang tua kaya tu, kau nak berlagak dengan aku. Aku yakin, bila esok-esok dia tak dapat puaskan kau, kau patah balik cari aku. Kuat mana sangatlah orang tua tu, kan?” bisik Rudi sambil mengelus-elus pipi kiri Alisa. 

Jari-jemari itu segera Alisa tepis. Bibirnya menguntum senyum yang amat manis tatkala suara terlontar, “Bakhtiar memang tua, Rudi. Tapi, dia jauh lebih baik daripada kau. Dahlah pemurah, banyak duit, gagah pulak tu! Kau? Sampai bila-bila pun, kau tak akan dapat menyaingi dia, tahu! Jadi, aku harap, kau jangan tunggu aku atau jangan nak merayu aku balik pada kau pulak. Sebab, kalau aku nak lelaki macam kau, bersepah-sepah ada kat Kuala Lumpur ni. Tapi, aku dah serik! Biarlah aku dengan orang tua tu, daripada makan hati dengan yang muda, tapi tak guna macam kau ni!” 

Rudi tersentak mendengar penghinaan yang meniti di bibir Alisa. Sakitnya hati, tak tahu nak cakap! Hanya penumbuk yang dikepal menunjukkan betapa geramnya dia pada gadis yang terlalu celopar mulutnya ini. 

“Aku? Tak guna? Jagalah kau, Alisa! Satu hari, aku akan tunjukkan pada kau siapa aku! Kau tunggu!!!” bentak Rudi sebelum berlalu meninggalkan meja gadis itu.
..........................
kepada yg belum kak sofi jemput menjadi ahli grup fb, Sampai Bila?, boleh pm kak sofi, ya. :)

13.1.13

Teaser 3 : Sampai Bila?

Januari 13, 2013 0 Comments

teaser 3: SB? Pandangan pertama....

“KALAU abang Tiar kau tengok cara kau pandang lelaki tu, Lisa, Menangis dia!” perli Yanti di sebelah, sambil menggeleng. Dari tadi, dia perasan bagaimana Alisa asyik memandang ke satu arah. Ketika dia menoleh, dia melihat seorang lelaki. Entah apa yang menarik tentang lelaki itu di mata Alisa, Yanti tidak tahu. Tetapi, nampaknya, lelaki itu berjaya menarik perhatian sahabat baiknya itu. 

Alisa ketawa mengekeh mendengar usikan Yanti. Pipi rasa pijar. Malu juga apabila disakat begitu. Terasa macam dia terlebih gedikss pula? 

“Tak sangka pulak, ada lelaki yang mampu menarik minat kau. Selalunya, kau yang buat kepala dia orang terpusing-pusing. Tapi, hari ini, kali pertama aku tengok kepala kau terteleng tengok lelaki. Pelik ni!” ujar Yanti lagi.

Alisa melarik senyum. Masih tidak bersuara. 

p/s: ni kali pertama hero npk heroin....

Teaser 2 : Sampai Bila?

Januari 13, 2013 2 Comments
Jemput baca teaser yang kedua Sampai Bila?

Lisa ke gatal atau Yanti yang salah sangka?
...................
Wow! Silau biji mata Yanti memandang kalung berlian yang berkilauan, yang kini sedang diperagakan oleh Alisa di lehernya. Tentu sahaja, kalung cantik dan mahal itu adalah hadiah daripada Bakhtiar.

"Cantik tak?" tanya Alisa riang. Seronok melihat reaksi Yanti yang sedang melopong mulutnya ketika ini.

Yanti merengus.

"Cantik sangat! Tu hadiah daripada orang tua tu la, kan? Sebab itu kau tak sanggup lepaskan dia. Tak mahu tinggalkan dia! Betul tak?” sindirnya.

“Mana ada?” Alisa mengelak.

“Huh! Usahlah nak nafikan kebenaran, Lisa. Memang kau tu tamak! Pisau cukur! Tengoklah! Tiap kali balik ke rumah aje, mesti ada hadiah yang kau bawak,” sindir Yanti terus-terusan.

Alisa tidak mengendahkan tuduhan-tuduhan itu. Selamba dia membalas, "Dah orang beri, aku ambillah,"

“Dah orang beri, aku ambillah!” Yanti mengajuk. Matanya mencerlung menatap paras jelita itu. “Hadiah tu untuk apa sebenarnya, Lisa? Balasan untuk khidmat kelas pertama kau ke?”

Teaser 1 : Sampai Bila?

Januari 13, 2013 3 Comments
Assalamualaikum dan selamat pagi. Haha, lama tak update blog. dah banyak sawang nih.. meh tolong cuci sama2. 

Okey, Sampai Bila? sudahpun kak sofi hantar ke tangan penerbit. Tak tahulah bila akan dinilai. Apa lagilah untuk mengetahui bilakah novel ke tiga kak sofi ini bakal diterbitkan. Jadi, untuk melepaskan rindu kita semua kepada Adnan Malik dan Alisa, kak sofi refresh memori anda dengan teaser, ya. Nak bab penuh? Hmm, yang tu bila novel dah dekat dekat dekat benar nak diterbitkan, okey (Kalau ada rezekilah... senyum)

Sebelum tu, kak sofi nak bagi anda semua kenal dengan Adnan Malik dan Alisa. Tengoklah.. suka tak? 


Apa tunggu lagi? jomlah kita baca teaser 1. Yang ni tentang Yanti, kawan baik Alisa.

Mata kembali terarah ke luar. Kalau ikut kata hati, mahu saja dia pergi ke kereta, buka pintu dengan kasar dan menarik tubuh Alisa keluar daripada keselesaan di dalamnya. Tetapi, takut punya fasal, niat dibatalkan. Bukan takut hantu, tidak! Yanti takut kalau-kalau terserempak dengan perlakuan tidak senonoh yang boleh menjatuhkan maruah Alisa dan lelaki pemilik kereta mewah itu. Jadi, lebih baik menunggu sahaja. 
“Hai, Lisa! Cukup-cukuplah dating tu! Keluarlah cepat! Halaulah pak we kau tu balik ke rumah dia,” hati merayu. 
Bagai diseru-seru, tiba-tiba Yanti lihat pintu belakang kereta itu dibuka. Teman serumahnya, Alisa, sedang keluar. Yanti melihat gadis itu membongkok sambil mulut kumat-kamit lagi. Lepas itu dia tersenyum. Sempat lagi tangannya melambai-lambai, sebagai lambang selamat jalan ketika kereta itu bergerak pergi. Amboi!!!
Cepat-cepat Yanti meninggalkan tepi jendela untuk duduk di atas kerusi. Tidak mahu tertangkap oleh Alisa kerana mengintai tadi. Ketika bunyi kunci bergemerincing kedengaran, diikuti bunyi pintu gril yang ditarik, Yanti sudahpun duduk tegak sambil memandang tepat ke arah pintu.
.....................
sikit2 dulu.. senyum dan bertenanglah haha...