Langkau ke kandungan utama

Kerana... Bukan Aku Yang Kau Cinta (teaser bab 9)

Yang di bawah ialah cover novel Kerana... Bukan Aku Yang Kau Cinta. Yang manakah satu menjadi pilihan Anda? Kak sofi bubuh nombor untuk setiap satu. jadi jika anda mahu pilihan anda menang, sila komen dan tuliskan nombor pilihan anda itu.  pleaseee....  pilihan anda nanti akan dijumlahkan dengan bilangan like untuk entri2 sebelum ini di mana gambar cover itu berada. 
thanks in advance

1
2
3
4
5
6
7
Inline image 1
8
9
10
11

12

entri seterusnya? hmm, baca teaser ini dulu, k! (kak sofi senyum nakal sekarang...)
..........................

"Hai, encik Aakif Fareed ada kat dalam? Boleh I jumpa dia?" 

Zahra terkedu melihat si dia di hadapannya. Matanya terus melekat pada raut itu. Sungguh, dia terpesona melihat keindahan ciptaan Allah. 

"Err.. cik ni siapa? Beritahu nama supaya saya boleh beritahu tentang cik pada encik Aakif," Zahra berkata dalam debar. Tiba-tiba sahaja hatinya dipalu resah. Bimbang memikirkan siapakah gadis ini dan hubungannya dengan Aakif.

"Nama saya Zureen Qalisha," 
 
Zureen Qalisha yang menawan
Pintu bilik terbuka dan pemilik nama Aakif Fareed kini sedang berdiri kaku di hadapan mereka berdua. Sepasang mata yang selalunya hanya nampak Zahra, hari ini, fokusnya hanya kepada si jelita itu. Lama renungan maut Aakif terpateri menyebabkan Zahra keputusan nafas. Risau, entah daripada mana datang perasaan itu. Semakin risau apabila senyuman mula menguntum pada bibir nan nipis. Semakin risau apabila kini dua insan itu sedang berdiri di hadapannya, menghadap satu sama lain. 
Aakif sudah berubah hati? 
"Orang cakap, tengok kali pertama, tenung lama-lama, okey lagi. Tapi abang ni... dah lebih. Tengok  Zureen macam tu," si jelita mulakan dahulu.  

"Tengok yang macam mana, ek?" Wah, lelaki itu pula main wayang. Tapi, kenapa Zahra rasa sakitnya?

"Hmm, macam tengok.... bakal isteri??"

Ayat si jelita menyebabkan Zahra spontan menuntas pandangan ke wajah Aakif. Waktu itu juga Aakif sedang memandang ke arahnya. Pandangan yang bersabung buat seketika sebelum masing-masing berkalih arah. 
.................
Zahra kini sedang parah....
Zahra mengeluh pedih. Sendirian. Dia lantas mengeluarkan sesuatu dari dalam laci meja. Sekeping kad yang entah siapa pengrimnya. Kad itu dibuka dan coretan hati yang diluahkan melalui tinta nurani si penulis, dibaca semula. Entah untuk kali yang ke berapa....    

Apabila aku tidak lagi mampu menunggu,
Apabila aku tidak lagi mampu mengejar bayangmu,
Kala itu...
Kau adalah insan paling bahagia,
Kau adalah insan paling gembira,
Tiada lagi aku untukmu,
Tiada lagi aku....
Aku pergi,
Kubawa cintaku yang mati,
Kerana,
Aku tahu sudah,
Tak perlu kau nyatakan,
Bahawa sesungguhnya,
Bukan Aku Yang Kau Cinta....

Ulasan

  1. suka

    no.7 - ada classique..
    no.1 - berseni..

    BalasPadam
  2. Ep minat yg no.10...
    kontot sgt lh kak... cer tmbh sikit agi x pon bg yg full je

    BalasPadam
  3. sy tgh kemas blik tau kak.. alih2 terbaring smbil bce nvel akak ni.hehehe... sy plih 9 n 11..

    BalasPadam
  4. nak full boleh x? alahai jangan la aakif give up... sedihnya..

    BalasPadam
  5. Sy suka no 2 - kreatif
    3 - klasik gtu
    dan 5 - sweet
    Overall suka no 3 muchoo

    Tu aakif nak kenakan zahra ke? Alaaa.. Jgn la cmmtu.. Sian zahra.. Dia kan tgh konpius ngn ati dia sndri.. Aakif kasi la dia masa.. Skrgnya2 dia dah brani melanngkah dgn pstujuan trima aakif kan..
    Kenal/sayang/cinta bertahun2 xkan nak leh lupa dlm ms sebulan.. Xgitu?

    BalasPadam
  6. kak sofi,

    kejammmmmm!!! dah la entry pendek, pastu muncul pulak si zureen..takkan Aakif dah berubah hati?? tp harapnya zureen tu juz utk menguji hari zahra sahaja, bagi lesson sket kat zahra yg tega "membuli" hati Aakif...

    BalasPadam
    Balasan
    1. err...lupa nk undi..
      sy pilih no 2, sbb sy tau banyak benda nak kena edit n buat utk hasilkan cover mcm tu =)

      Padam
  7. salam sofi

    akak opt for 7..

    pergh..sofi..sentap mak..ooi...baca teaser kali ni.. apa dah jadi.. mamat tu dah beralih arah ke? Tidak silap akak..mamat tu kan tangkap cintan sama minah pyo tu.. aduhai hati..tenanglah kembali..rentak hati yg berdebar debar ni..
    boleh tumpang tanya..siapa minah Zureen tu..pulak yg nak interframe ni.. adakah mamat sengal tu sahaja sahaja nak buat minah poyo tu jeles..kalau lah itu tujuannya..bagi pihak zahra..mmg jeles giler..weyh..membara..hati..silap cakap atau teguran dari mamat tu..boleh keluar api dari mulut..ha ha..
    sofi bila nak kasi full E3 ni..

    BalasPadam
  8. Sya plh no 10.

    BalasPadam
  9. mendera jiwa...hakk. sy pilih 5 n 10!

    BalasPadam
  10. Akak, saya sentap ni. Tidak! Saya pilih no. 1. :)

    BalasPadam
  11. saya pilih no.1 sebab simple dan lawa :D

    BalasPadam
  12. laaa pendeknya.. Huhu baru nak feeling.. :( anyway saya pilih no 1 laa.. Kena dengan jiwa saya :D

    BalasPadam
  13. laaa.. sikitnya kak sofi. Huhu :( anyway saya pilih no 1 kena sngt ngan jiwa saya :D

    BalasPadam
  14. ada orang baru ke??? Berdebar-debar niee... xtahu mane satu nak pilih.. Hmmm no 1 larh ..

    BalasPadam
  15. Saya pilih no. 1

    kerana pandangan perempuan tersebut memaparkan rasa hati
    yang sayu, penuh rahsia dan berjauh hati atau berputus harap.

    Warna juga memainkan peranan.. lakarannya membayangkan rasa sedih, tidak gembira; cuma mungkin ayat tersebut boleh edit sedikit..
    Kerana...
    Bukan Aku
    Yang Kau Cinta

    BalasPadam
  16. sy plih no 11 coz i luv green

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…