Follow Us @soratemplates

2.11.12

Ronaldo: Hidup ini terlalu singkat...

Kak sofi rasa semua orang tahu yang kak sofi minat bola. Dan, pemain paling diminati tentunya Ronaldo. Korang dah cebik eh? Jangan, ya! Sebab, kak sofi nak citer tentang Ronaldo, bukan tentang career dia. 

Ramai orang cakap, Cristiano Ronaldo ni, sombong, angkuh, perangai macam budak kecik masa main bola. Tapi tahukah anda satu sifat baiknya sudah terserlah? 

Hmm, Ronaldo sudah melakukan satu sejarah. Dia menemukan seorang ibu dengan anak perempuannya. Macam jejak kasih, begitu!

Ibu dan anak ini terpisah ketika perceraian si ibu dengan suaminya berlaku. Kerana miskin, ibu ini hanya mampu membawa anak lelakinya manakala dia menyerahkan anak perempuannya itu di bawah jagaan bekas suami. Itu menyebabkan anak perempuannya itu membenci ibunya. Terlalu benci kerana dia tidak mahu tinggal bersama bapanya. 

Si ibu memendam rasa. Memendam rindu. Namun, satu ketika, dia memilih untuk menghantar surat kepada anaknya, dan surat itu disampaikan sendiri oleh Ronaldo di dalam sebuah rancangan TV Itali bertajuk, 'C'e posta per te' (I have a letter for you) 

Mengapa Ronaldo? Jawapannya mudah. Kerana anak perempuannya itu amat meminati Ronaldo. 

Lalu, dalam rancangan itu Ronaldo berkata kepada budak perempuan tersebut. Kak sofi tak translate... takut salah alihbahasa hehe.

"I have followed your story, and one thing I will say from the bottom of my heart is that all people should learn to forgive; since life is so short, things are so much better if you forgive. I think you should forgive your mother, because life is so short and forgiving her will make you both so much happier."

Yang bestnya, bukan saja budak perempuan tu dapat jumpa Ronaldo, dapat bersatu semula dengan emaknya malah Ronaldo bagi dia hadiah lagi. Nak tahu apa dia? Tengoklah video di bawah. Uwaa, jeles I. Ngee.....


4 ulasan:

  1. ronaldo juga penyokong perjuangan palestin. semoga ronaldo di beri hidayah untuk memeluk Islam.. amin :)

    BalasPadam
  2. ronaldo ni bagus, dia juga antara yg menyokong perjuangan palestine!

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.