background img

Catatan Baharu

Bab 1: Kerana...Bukan Aku Yang Kau Cinta

Kerana... Bukan Aku Yang Kau Cinta 
Nak umumkan kat sini yang kak sofi nak buat pertandingan membuat cover novel tajuk di atas:

Pada cover itu mesti ada: 
1. Tajuk: Kerana... Bukan Aku Yang Kau Cinta 
2. Penulis: Ana Sofiya 
3. Caption: Sudah berkali-kali aku mengalah, Sayang, sabarku tidak kau endah... 
4. Gambar yang sesuai dengan tajuk novel. 

Pertandingan bermula hari ini sehingga 20.11.2012. Lain2 perkara akan diumumkan dari masa ke masa. 

Dan hadiah.... 

Tentu ada surprise untuk anda! 

Mungkin.... Novel bercetak Tiada Yang Lain? Siapa tahu, kan? 

Hantarkan penyertaan anda ke alamat emel kak sofi. Setiap yang anda hantar, akan kak sofi postkan ke dalam entri. Ada soalan? Kemukakanlah di ruangan komen kat bawah, ya! Saaaayaaaang anda! 
..................................................
Okey, ini cover ke 5 yang kak sofi terima daripada naisma. Pada yang sedang membaca tu, jika anda suka akan gambar ini, sila tekan like di link ini dan juga di facebook, okey!
Inline image 1
naisma

Bab 1 



“Aku rimaslah dengan kau ni, perempuan. Asyik-asyik telefon aku aje. Hey, aku ni tengah kerjalah! Sibuk! Tak ada masa nak sembang dengan kau, nak layan kau. Faham? Dah, aku nak letak telefon ni!” 

Jeritan kekasih hati di hujung talian menyebabkan Zahra menjauhkan gagang daripada telinga. Satu keluhan kecil kedengaran terlepas daripada bibirnya. Wajah pula jelas kecewa. 

Zahra menggaru-garu kulit kepala di luar tudungnya. Sambil itu, mulut kecilnya mengomel, “Bila masa aku boleh call dia? Siang? Malam? Pagi?” 

Aimi merenung teman sebiliknya yang kini sedang duduk menghadap komputer. Tengok pada raut yang sedih itu, dia tahu bahawa sekali lagi, Zahra sudah kena marah. Sakit hatinya melihat. 

“Kau kenapa? Kena marah lagi dengan Ruzain?” tanya dia biarpun Aimi sudah mendengar herdikan itu tadi. 

Zahra angguk. Wajah Aimi dipandang. 

“Aku tak tahu nak buat macam mana lagi. Call salah, tak call salah. Bila dah call pulak, dia cakap aku tak reti bahasa. Tak tahu dia sibuk, tengah kerja. Kenapa dia suka marah-marah sekarang, Aimi? Aku tak fahamlah...” sahutnya dengan wajah keliru. 

Aimi menjegilkan mata. Hairan dengan sikap lurus bendul Zahra. Tak faham atau buat-buat tak faham dengan sikap kekasih hatinya? Dia sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang bersarang dalam hati Zahra. 

“Kalau dah asyik marah tu, maknanya dia nak cari pasal untuk berpisah la, ngok!” 

Dahi Zahra berkerut. Cepat-cepat dia menggeleng. 

“Jangan cakap macam tu. Aku kenal Ruzain. Dah empat tahun kami bercinta. Tak adanya dia nak berpisah dengan aku. Tapi, kalau dia stress, aku percaya,” 

Aimi mencebik. “Yalah tu! Kau, kalau tak menangkan dia, memang tak sah!” 



Menjadi pelajar tahun akhir pengajian di universiti, memang stress. Macam-macam hendak dibuat. Tiap minggu, malah setiap hari, ada sahaja assignment yang perlu dihantar kepada pensyarah. Itu belum lagi memikirkan tesis yang sudah pasti menuntut perhatian dan komitmen yang tinggi. Tetapi, demi masa depan, hati tetap dicekalkan. Rintangan memberi pengalaman. Pengalaman pula ialah guru terbaik dalam kehidupan. Jadi, satu istilah yang tidak akan wujud di dalam hatinya ialah putus asa. Juga, malas, benci, tak suka, tangguh dulu.... semua itu dihakis jauh daripada otaknya. Kerana, bagi Zahra binti Zahir, cita-cita dan impiannya harus berjaya dikejar dan digapai biar banyak manapun halangan di hadapan. 

Ya, halangan! 

Sesuatu sedang menghalang perhatiannya terhadap pelajaran. Sesuatu sedang menahan dirinya daripada memberikan sepenuh komitmen kepada pengajian. Halangan yang membuat rasa hendak pecah kepala. Rasa hendak saja dihantuk-hantuk kepalanya ke dinding. Ingin membuang semua yang mengganggu! 

Telefon bimbit direnung, dicapai dan nombor kesukaannya itu ingin ditekan. Dia rindu! Rindu akan suara garau itu. Dia ingin bercakap dengan lelaki itu. Tetapi, rasa malu akibat kena marah petang tadi masih melekat di hati. 

“Aku rimaslah dengan kau ni, perempuan. Asyik-asyik telefon aku aje. Hey, aku ni tengah kerja, okey! Sibuk! Tak ada masa aku nak duduk bergayut dengan kau ni! Dah, aku nak letak telefon ni!” 

Zahra menarik nafas panjang-panjang. Mengeluh entah untuk kali ke berapa. Perlahan-lahan, telefon itu diletakkan semula di atas meja. Enggan menurut kata hati yang meronta. Ya, dia tahu, kalau dia telefon juga, itu bererti, dia memang tak reti bahasa. Terhegeh-hegeh hendakkan orang tu! 

Ruzain..... 

Kenapa abang berubah sangat? Kenapa berubah sekarang? Kenapa? 



“Adoii, sakitnya kaki akak ni, Za. Tak larat dah nak jalan ni,” 

Zahra turut berhenti bersama Aina. Dia sendiri sudah berasa lenguh. Menampung berat tubuh seseorang bukan mudah. Pancit dibuatnya! Tapi, keadaan memaksa! Akibat jatuh terpelecok semasa di kaki tangga fakulti tadi, kini Aina harus dibantu untuk ke klinik. 

“Tapi, kak, dah dekat dah ni. Kita jalan pelan-pelan, ya!” Zahra cuba memujuk. Risau melihat keadaan di sekeliling buku lali Aina yang kelihatan membengkak. 

Aina menggeleng. 

“Akak betul-betul tak larat ni, Za,” keluhnya dan dalam masa sama tubuhnya melurut jatuh lalu terduduk di atas jalan. 

Mata Zahra melingas memerhati sekeliling. Keadaan sunyi. Waktu remang senja begini, memang selalu tak ada orang hendak melalui jalan pintas daripada perpustakaan untuk ke Kolej Tun Fatimah. Tapi, hendak buat macam mana? Dah ter...., kan? 

Zahra tak putus asa. Dia yakin, kejap lagi, akan ada kereta lalu. Dan, dia akan menahan kereta itu! 

Tidak lama manapun dia menunggu. Lima minit saja.... Sebuah kereta dipandu agak laju dan akan melintasi mereka berdua pada bila-bila masa. Zahra tahu, kalau dia cuba menahan, belum tentu pemandu kereta itu akan berhenti. Jadi.... 

Kereta itu sudah dibrek kecemasan dan kini pemandunya sedang mengundur. 

Memandang wajah Aina yang mulutnya ternganga, Zahra tergelak kecil. “Relaks la, kak!” selamba dia bercakap. 

Aina memang boleh relaks tetapi pemandu kereta Volkswagon Golf itu tentu tidak! Laju sahaja dia turun daripada kereta dan datang kepada kedua-dua gadis itu. 

“Siapa yang baling batu kat kereta aku tu? Siapa?” garang lelaki itu bertanya. 

“Sori, ya... Tapi, boleh tak awak simpan marah pada saya tu nanti? Awak tengok kakak saya ni, kaki dia bengkak. Saya nak mintak tolong awak bawak dia ke hospital. Boleh?” Pinta Zahra. 

“What? Kau dah baling batu kat kereta kesayangan aku tu, tahu tak? Nyaris tak kena tingkap. Kalau kena tingkap tadi, pecah, kau ada duit ke nak ganti cermin kereta aku yang mahal tu?” lelaki itu menjerit lagi. Geram benar kelihatannya! 

Zahra bangun berdiri. Tenang memandang seraut wajah garang itu. “Saya tahu, awak marah sangat tapi kita bincang kemudianlah tentang itu. Sekarang ni, saya harap sangat yang awak sanggup tolong kakak saya ni. Pleaseee,” 

“Ruzain, tolonglah! Aku memang tak boleh jalan ni. Tengok, dah bengkak, kan?” 

Ah, rupa-rupanya kak Aina kenal mamat poyo ni, hati Zahra berbisik sambil memerhati gelagat lelaki itu yang kelihatan serba salah sebaik terpandangkan Aina. 

“Kau rupanya, Aina. Macam mana boleh terseliuh ni?” 

Zahra tersenyum sinis mendengar suara lembut lelaki itu yang tiba-tiba. Memang pandai berlakon dia ni, omelnya. 

“Alah, aku terjatuh kat library tadi,” Aina memberitahu. 

“Okey, jom!” 

Aik, mudahnya? Tadi marah macam orang gila, Zahra merungut lagi. 

Sambil memimpin Aina ke kereta, Zahra tidak dapat menyembunyikan rasa hairan yang bersarang di dada. 

“Macam mana mudah aje dia setuju nak bawak akak ke klinik ni? Dia pak we akak ke?” soalnya perlahan. Bimbang lelaki itu dengar. 

Aina ketawa. Dia berbisik memberitahu, “Akak ni dia punya tangan untuk buat assignment, dik,” 

“Owh...” Zahra mencebik. 

Melihatnya, Aina segera mencubit paha gadis itu menyebabkan Zahra terjerit halus. 

“Akak ambil upah menaip aje. Isi yang bernas-bernas semua keluar daripada otak Ruzain. Dia tu bakal penerima Anugerah Naib Canselor tau!” Aina memberitahu.

Sekali lagi, “Owh!!!” Kagum! 

“Kau jangan nak buat muka baik macam tu pada aku!” 

Aik, bila masa Ruzain berdiri di sebelahnya? 

“Muka baik? Terima kasih. Saya anggap itu satu pujian daripada pelajar terbaik jurusan kejuruteraan mekanikal,” balas Zahra sambil tersenyum. 

Ruzain mengetap bibir. “Heii!!” 

“Syyy, saya tahu. Saya akan bayar! Percaya pada saya. Sekarang, jom kita hantar kak Aina ke klinik terdekat. Jom!” 



Zahra tidak pernah melupakan detik itu. Detik pertama saat hatinya mula mengenal erti cinta. Baginya itulah detik paling indah antara dia dengan Ruzain. Dia tidak pernah melupakan. Pandangan tajam dan renungan sepasang mata Ruzain kepadanya berjaya memukau hati dan perasaan. 

“Sudah-sudahlah menung tu! Lupakan aje dia! Nanti, tak dapat nak bagi tumpuan pada pelajaran pulak. Ingat, Za. Kita ni dalam tahun akhir. Jangan sebab cinta, kau kandas, tak dapat grad tahun ni! Malu tahu tak?” 

Zahra menghembus nafas bagai lelah. Kata nasihat Aimi disimpan kemas. Dia tahu, kawannya itu risau melihat dirinya yang banyak bermenung sekarang ini. 

“Lupakan sekejap kisah cinta kau dengan Ruzain tu. Biarkan dia... Kau mesti,” 

Zahra menyambung kata-kata Aimi yang tergantung, “Pastikan aku tumpu sepenuhnya kepada pelajaran. Okey! Aku faham. Roger and out!” 

Cinta... 

Zahra tidak mahu cinta menjadi penghalang kejayaannya. Tidak sama sekali! Namun dia tidak mampu menghalang jari-jemarinya daripada menitip kata-kata rindu lalu menghantar pesanan itu kepada pemilik hatinya. Fikirnya, takkanlah Ruzain hendak marah. Dia bukan menelefon lelaki itu hanya menghantar pesanan ringkas sahaja. Tak salah, bukan?
...................
amacam? suka tak? kak sofi masuk bab 1 dah. senyum okey! dan jangan lupa tekan like tau!

6 comments: Leave Your Comments

  1. salam sofi..

    terasa macam salah bab aja..mcm membaca semula bab 1..ada kesilapan teknikal ke?

    ReplyDelete
  2. akak.... tajuk tuk bab ni ptut ny "kerana...bukan aku yang kau cinta bab 1(full)" bkn ny bab 7...hehehh

    ReplyDelete
  3. aiyo zahra.. udah2 ler tu.. awak kena marah kita yg kesian tau..
    haih.. tinggal je laki garang nak mampoih tuu.. dia ingat dia hot sangat kot! eii
    ~acu~

    ReplyDelete

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Novel 5: Suami Sebelah Rumah

Novel 4 : Tiada Yang Lain

Novel 2 : Cintamu Cintaku Satu

Novel 1 : Tak Mungkin Kuhindar

cintamu cintaku satu


Novel TMKH telah mendapat pengiktirafan 4 bintang dari Editor Berita Harian 2010. Cetakan yang ke-6. Anda juga boleh melayari LINK INI untuk membaca bab-bab 1 -15

Novel-novel dalam Bikinan

Followers