Kerana... Bukan Aku Yang Kau Cinta
Dan, nak umumkan kat sini yang kak sofi nak buat pertandingan membuat cover novel tersebut.
Pada cover itu mesti ada:
1. Tajuk: Kerana... Bukan Aku Yang Kau Cinta
2. Penulis: Ana Sofiya
3. Caption: Sudah berkali-kali aku mengalah, Sayang, sabarku tidak kau endah...
4. Gambar yang sesuai dengan tajuk novel.
Pertandingan bermula hari ini sehingga 20.11.2012. Lain2 perkara akan diumumkan dari masa ke masa.
Dan hadiah....
Tentu ada surprise untuk anda!
Mungkin.... Novel bercetak Tiada Yang Lain? Siapa tahu, kan?
Hantarkan penyertaan anda ke alamat emel kak sofi. Setiap yang anda hantar, akan kak sofi postkan ke dalam entri. Ada soalan? Kemukakanlah di ruangan komen kat bawah, ya! Saaaayaaaang anda!
..................................................
Okey, ini cover keempat yang kak sofi terima daripada Siti Balqis. Menarik? Suka?
ni sambungan n3...
“Kenapa, Zain? Risau dan
gelisah aje mak tengok kamu?”
Ruzain
diam. Wajah ibunya ditatap seketika sebelum pandangan terlempar ke arah pintu
yang bertutup. Tiba-tiba sahaja, dia melepaskan keluhan sebelum membaringkan
diri dan memejamkan mata semula.
“Sayang,
kenapa ni? Apa yang anak mama fikirkan sampai panjang benar mengeluhnya tu?”
tanya puan Mazni lembut sambil mengusap lengan Ruzain. Anak kesayanganlah,
katakan! Sedih ke, susah hati ke, mudah benar ditebak.
“Dah
dua hari saya balik ke rumah. Kenapa dia tak datang lawat sayapun?”
Puan
Mazni tersentak. Dahi terus berkerut. “Siapa? Siapa maksud kamu tu?”
Satu
rengusan keluar daripada mulut Ruzain. “Siapa lagi? Zahra la!”
Tentu
sahaja puan Mazni terkejut dibuat Ruzain. Zahra? Anaknya baru sahaja menyebut
nama Zahra. Anaknya marah kerana Zahra tidak menjenguknya yang sedang sakit.
Tapi,
“Kamu
yang tak bagi dia datang tengok kamu, kan, Zain? Pelik perangai kamu ni! Bila
dia datang, kamu marah dia. Ni, bila dia tak jenguk kamu, kamu cari dia pulak? Apa
sebenarnya, Zain?”
Ruzain
raup muka. Sudah meneka bahawa dia pasti kena smash kerana sikap yang tidak konsisten terhadap Zahra. Tetapi, dia
sendiri tidak tahu kenapa tiba-tiba sahaja nama itu muncul dalam kepala. Yang
dia tahu, dia tak suka apabila Zahra tidak menjenguknya.
“Kamu
lupa apa kamu kata pada dia hari tu?”
Ruzain
tarik nafas panjang-panjang. Soalan ibunya tidak dijawab namun tiap patah kata
yang diucap sudah berlegar dalam ingatan.
“Kau
tak payah nak tunjuk baik pada aku, Zahra! Aku dah lumpuh, ya! Betul! Tapi, aku
tak nak kau simpati pada aku. Tak payah kesian! Aku boleh hidup tanpa kau lah!
Dah, pergi balik dan jangan datang lagi ke sini. Faham?”
Mana
boleh lupa? Memang pedih menusuk macam pisau. Tentu dia sudah melukakan hati
gadis itu. Dia pasti!
“Selalu
kalau saya cakap apapun, dia tak pernah merajuk, mama. Dia tak sembunyikan diri
macam ni. Dia akan call, dia akan sms... malah, kalau saya tetap buat tak
peduli, dia akan cari saya. Dia akan mintak maaf biarpun semua tu bukan salah
dia. Tapi, kali ni....., Langsung tak ada berita dia. Saya risau,”
..........................
ada yang geram ke dengan pe'el Ruzain ni? hehe... mai la amok kat dia!!!
..........................
ada yang geram ke dengan pe'el Ruzain ni? hehe... mai la amok kat dia!!!
writer cm nak jd kan ruzain hero je..hehe..
BalasPadamapa2 pun terbaik..i like..elok gak zahra jual mahal biar si ruzain reti hargai zahra sket.. :)
Kah3.. Rasa nak guling2 gelak nii.. Adeiiii! Padan muka hang zain.. Belagak sgt!
BalasPadamDa halau sapa nak mai lg.. Dok la situ soranng2! Aaaahahaahahhahahahaa..
Well done zahra! ;)
bila xde depan mata, baru terasa kehilangan
BalasPadameeee.... rasa nak lempar laju2 je kat Zain ni!!! Dah cukup baik le c Zahra tu jaga dia sebelum ni, itupun byk kerenah! La ni nak menyesal je??
BalasPadamrasa mcm ruzain hero nye..well done kak sofi, biar ajar sikit ruzain tu ha..sian zara tao..
BalasPadamBiar si ruzain ni panas ngn sikap zahra plak. Kalo x asyik ikut ego dia je. Zahra keep it up. Go on girl ....
BalasPadamselfish betul la zain ni kan...padan muka hang
BalasPadambab sebelum ni ada hero lain kan?? heheh. xtau dah nak hero mana ni...
BalasPadamKak Sofi,
BalasPadameeeeee.....geramnyer dgn si ruzain ni, klu la dia ada depan mata, mmg saya pukul dgn kayu besbol 1804 kali
salam sofi..
BalasPadambaru kesempatan membaca lakaran sofi ..jenuh membaca dari bab 1 - 6 dan jenuh juga akak mengutuk gutuk mamat sengal yg bernama Ruzain ni..
Apa maunya lelaki ini kan..apa yg terjadi sebenarnya yg menyebabkan mamat ini peliks kelakuannya..benarkah dia mencintai zahra..atau memang cintanya dah kehausan dihatinya ..
Zahra..gadis yg bisa didambakan oleh banyak lelaki diluar sana..tapi kenapa hati gadis itu degil masih maukan siRuzain.. sedangkan ia tahu jejaka sengal itu sudah menipis cinta dan kasihnya pada dia..dan akak rasa sudah masanya dia melepaskan Ruzain dari hatinya..kalau itu yang akan membuat Ruzain rasa bahgia tanpa dirinya disisi..
Zahra harus move on ..hidup bukan hanya untuk menangisi bila cinta ditolak oleh jejaka yg pernah menabur janji manis untuk hidup bersama..lebih baik berpisah sekarang dari berpisah selepas ijab dan qabul dilafazkan..pasti sakit dan lukanya lebih mendalam lagikan..? Jadikan ia satu hikmah bahawa sa nya tuhan masih menyintainya..
Teruja nak tahu .. kenapa mamat sengal tu merasa cuak bila minah tu tak datang berkunjung melawatnya sedangkan dia yg tidak sudi bertemu dengan gadis itu..lepaskan lah zahra dari hatinya kalau perasaan benci melebihi dari perasaan kasih ...