Langkau ke kandungan utama

Kerana...Bukan Aku Yang Kau Cinta 6

Mulai hari ini, 8.11.12, kak sofi akan masukkan petikan2 (sikit2 aje, okey!) novel bertajuk: 
Kerana... Bukan Aku Yang Kau Cinta 
Dan, nak umumkan kat sini yang kak sofi nak buat pertandingan membuat cover novel tersebut. 

Pada cover itu mesti ada: 
1. Tajuk: Kerana... Bukan Aku Yang Kau Cinta 
2. Penulis: Ana Sofiya 
3. Caption: Sudah berkali-kali aku mengalah, Sayang, sabarku tidak kau endah... 
4. Gambar yang sesuai dengan tajuk novel. 

Pertandingan bermula hari ini sehingga 20.11.2012. Lain2 perkara akan diumumkan dari masa ke masa. 

Dan hadiah.... 

Tentu ada surprise untuk anda! 

Mungkin.... Novel bercetak Tiada Yang Lain? Siapa tahu, kan? 

Hantarkan penyertaan anda ke alamat emel kak sofi. Setiap yang anda hantar, akan kak sofi postkan ke dalam entri. Ada soalan? Kemukakanlah di ruangan komen kat bawah, ya! Saaaayaaaang anda! 
..................................................
Okey, ini cover keempat yang kak sofi terima daripada Siti Balqis. Menarik? Suka? 

Pada yang sedang membaca tu, jika anda suka akan gambar ini, sila tekan like di link ini dan juga di facebook, okey!
siti balqis



ni sambungan n3...

“Kenapa, Zain? Risau dan gelisah aje mak tengok kamu?”
      Ruzain diam. Wajah ibunya ditatap seketika sebelum pandangan terlempar ke arah pintu yang bertutup. Tiba-tiba sahaja, dia melepaskan keluhan sebelum membaringkan diri dan memejamkan mata semula.
      “Sayang, kenapa ni? Apa yang anak mama fikirkan sampai panjang benar mengeluhnya tu?” tanya puan Mazni lembut sambil mengusap lengan Ruzain. Anak kesayanganlah, katakan! Sedih ke, susah hati ke, mudah benar ditebak.
      “Dah dua hari saya balik ke rumah. Kenapa dia tak datang lawat sayapun?”
      Puan Mazni tersentak. Dahi terus berkerut. “Siapa? Siapa maksud kamu tu?”
      Satu rengusan keluar daripada mulut Ruzain. “Siapa lagi? Zahra la!”
      Tentu sahaja puan Mazni terkejut dibuat Ruzain. Zahra? Anaknya baru sahaja menyebut nama Zahra. Anaknya marah kerana Zahra tidak menjenguknya yang sedang sakit. Tapi,
      “Kamu yang tak bagi dia datang tengok kamu, kan, Zain? Pelik perangai kamu ni! Bila dia datang, kamu marah dia. Ni, bila dia tak jenguk kamu, kamu cari dia pulak? Apa sebenarnya, Zain?”
      Ruzain raup muka. Sudah meneka bahawa dia pasti kena smash kerana sikap yang tidak konsisten terhadap Zahra. Tetapi, dia sendiri tidak tahu kenapa tiba-tiba sahaja nama itu muncul dalam kepala. Yang dia tahu, dia tak suka apabila Zahra tidak menjenguknya.
      “Kamu lupa apa kamu kata pada dia hari tu?”
      Ruzain tarik nafas panjang-panjang. Soalan ibunya tidak dijawab namun tiap patah kata yang diucap sudah berlegar dalam ingatan.
      “Kau tak payah nak tunjuk baik pada aku, Zahra! Aku dah lumpuh, ya! Betul! Tapi, aku tak nak kau simpati pada aku. Tak payah kesian! Aku boleh hidup tanpa kau lah! Dah, pergi balik dan jangan datang lagi ke sini. Faham?”
      Mana boleh lupa? Memang pedih menusuk macam pisau. Tentu dia sudah melukakan hati gadis itu. Dia pasti!
      “Selalu kalau saya cakap apapun, dia tak pernah merajuk, mama. Dia tak sembunyikan diri macam ni. Dia akan call, dia akan sms... malah, kalau saya tetap buat tak peduli, dia akan cari saya. Dia akan mintak maaf biarpun semua tu bukan salah dia. Tapi, kali ni....., Langsung tak ada berita dia. Saya risau,” 
..........................
ada yang geram ke dengan pe'el Ruzain ni? hehe... mai la amok kat dia!!! 

Ulasan

  1. writer cm nak jd kan ruzain hero je..hehe..
    apa2 pun terbaik..i like..elok gak zahra jual mahal biar si ruzain reti hargai zahra sket.. :)

    BalasPadam
  2. Kah3.. Rasa nak guling2 gelak nii.. Adeiiii! Padan muka hang zain.. Belagak sgt!
    Da halau sapa nak mai lg.. Dok la situ soranng2! Aaaahahaahahhahahahaa..
    Well done zahra! ;)

    BalasPadam
  3. bila xde depan mata, baru terasa kehilangan

    BalasPadam
  4. eeee.... rasa nak lempar laju2 je kat Zain ni!!! Dah cukup baik le c Zahra tu jaga dia sebelum ni, itupun byk kerenah! La ni nak menyesal je??

    BalasPadam
  5. rasa mcm ruzain hero nye..well done kak sofi, biar ajar sikit ruzain tu ha..sian zara tao..

    BalasPadam
  6. Biar si ruzain ni panas ngn sikap zahra plak. Kalo x asyik ikut ego dia je. Zahra keep it up. Go on girl ....

    BalasPadam
  7. selfish betul la zain ni kan...padan muka hang

    BalasPadam
  8. bab sebelum ni ada hero lain kan?? heheh. xtau dah nak hero mana ni...

    BalasPadam
  9. Kak Sofi,

    eeeeee.....geramnyer dgn si ruzain ni, klu la dia ada depan mata, mmg saya pukul dgn kayu besbol 1804 kali

    BalasPadam
  10. salam sofi..

    baru kesempatan membaca lakaran sofi ..jenuh membaca dari bab 1 - 6 dan jenuh juga akak mengutuk gutuk mamat sengal yg bernama Ruzain ni..

    Apa maunya lelaki ini kan..apa yg terjadi sebenarnya yg menyebabkan mamat ini peliks kelakuannya..benarkah dia mencintai zahra..atau memang cintanya dah kehausan dihatinya ..

    Zahra..gadis yg bisa didambakan oleh banyak lelaki diluar sana..tapi kenapa hati gadis itu degil masih maukan siRuzain.. sedangkan ia tahu jejaka sengal itu sudah menipis cinta dan kasihnya pada dia..dan akak rasa sudah masanya dia melepaskan Ruzain dari hatinya..kalau itu yang akan membuat Ruzain rasa bahgia tanpa dirinya disisi..

    Zahra harus move on ..hidup bukan hanya untuk menangisi bila cinta ditolak oleh jejaka yg pernah menabur janji manis untuk hidup bersama..lebih baik berpisah sekarang dari berpisah selepas ijab dan qabul dilafazkan..pasti sakit dan lukanya lebih mendalam lagikan..? Jadikan ia satu hikmah bahawa sa nya tuhan masih menyintainya..

    Teruja nak tahu .. kenapa mamat sengal tu merasa cuak bila minah tu tak datang berkunjung melawatnya sedangkan dia yg tidak sudi bertemu dengan gadis itu..lepaskan lah zahra dari hatinya kalau perasaan benci melebihi dari perasaan kasih ...

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…