Langkau ke kandungan utama

Kerana...Bukan Aku Yang Kau Cinta 3

Mulai hari ini, 8.11.12, kak sofi akan masukkan petikan2 (sikit2 aje, okey!) novel bertajuk: 
Kerana... Bukan Aku Yang Kau Cinta 
Dan, nak umumkan kat sini yang kak sofi nak buat pertandingan membuat cover novel tersebut. 

Pada cover itu mesti ada: 
1. Tajuk: Kerana... Bukan Aku Yang Kau Cinta 
2. Penulis: Ana Sofiya 
3. Caption: Sudah berkali-kali aku mengalah, Sayang, sabarku tidak kau endah... 
4. Gambar yang sesuai dengan tajuk novel. 

Pertandingan bermula hari ini sehingga 20.11.2012. Lain2 perkara akan diumumkan dari masa ke masa. 

Dan hadiah.... 

Tentu ada surprise untuk anda! 

Mungkin.... Novel bercetak Tiada Yang Lain? Siapa tahu, kan? 

Okey, hantarkan penyertaan anda ke alamat emel kak sofi. Setiap yang anda hantar, akan kak sofi postkan ke dalam entri. Ada soalan? Kemukakanlah di ruangan komen kat bawah, ya! Saaaayaaaang anda! 
..................................................
Okey, ini cover pertama yang kak sofi terima. daripada Quek Siew Lun. Terharu sungguh melihatnya. terima kasih. Jika anda suka akan gambar ini, sila tekan like di link ini dan juga di facebook, okey!

Quek Siew Lun

Ni sambungan cerita.....

“Hey.... awak nak mati ke? Apa niat awak hah? Nak bunuh diri?” 

Zahra kelihatan amat terkejut setelah dijerkah oleh lelaki itu. Namun, cepat-cepat dia tenangkan diri. Dalam masa sama, tangan lelaki itu yang mencengkam lengannya, ditolak. 

“Saya bukan nak bunuh diri la, encik. Saya nak tengok kat bawah tu. Ada kuntuman bunga dalam kehijauan padang rumput. Saya rasa aneh pemandangan tu,” 

“Ohh, nasib baik! Saya minta maaf sebab bersangka buruk tadi,” 

Zahra tersenyum. Sedikit tersentuh dengan keprihatinan yang lelaki ini tunjukkan. 

“Nama saya Zahra, encik,” dia memberitahu. Bukan ada niat apapun. Hanya supaya lelaki ini tahu bahawa dia seorang Islam dan sebagai penganut agama suci ini, adalah mustahil untuk dia melakukan seperti apa yang menjadi andaian lelaki itu. 

Kelihatan wajah macho itu merona merah. Ya, dia sedikit malu dengan sikap biadapnya tadi. Adakah patut dia menuduh gadis ini hendak membunuh diri? Hisy, mengarut betullah! 

Mereka sedang berada di atas sebuah bukit, sama-sama memandang ke bawah, ke arah padang rumput yang menghijau. Yang menariknya, dalam kehijauan itu, ada kuntuman bunga berwarna samar, yang memukau pandangan. 

“Cantik, kan?” 

Lelaki itu mengangguk. Kemudian dia tersenyum sambil berkata, “Awak lagi cantik, Zahra,” 

Sedikit terpukau Zahra jadinya. Namun dia tidak mudah terjerat dalam mainan hati begini. 

“Terima kasih, encik. Tapi, tak perlulah memuji. Kita tak saling kenal pun,” balasnya perlahan. Rasa terharu pun ada juga. Kerana, lelaki ini yang langsung tidak dikenali, mahu bercakap dalam gaya yang lembut dan tenang sedangkan yang sudah dikenali sekian lama, iaitu Ruzain, tega menyakitkan hatinya dengan tutur kata yang kasar dan menyakitkan telinga. 

“Nama saya Aakif. Aakif Fareed. Umur 27 tahun. Saya seorang...” 

“Terima kasih tapi tak payahlah beritahu semua. Saya tak berminat. Maaf, ya. Saya nak balik,” 

Zahra melangkah laju untuk pergi dari situ. 

Aakif termangu. Terpempan kerana inilah kali pertama seorang gadis tidak berminat untuk mengenalinya. Memandang wajah kacaknya juga gadis itu tidak mahu. Asyik menunduk sedari mula. Hai, seolah-olah inilah pertemuan pertama dan terakhir mereka. Tiba-tiba dia rasa tidak patut Zahra melakukan begitu padanya. Pantas, dia masuk ke dalam kereta. Niat hati, ingin mengekori gadis itu sehingga dia tahu tempat tinggalnya. Hmm...
...........................
anda suka watak ini atau masih mahu akan Ruzain sebagai hero... komen please.... hehe

Ulasan

  1. Assalam,1st time comment...
    X mo watak ruzain mau aakif fareed ngan zahra bru sesuai...
    Kasi pengajaran kat ruzain krn buat zahra camtu,hihihi...klu bleh la tp terserah kat writter kan....
    I follow:-)
    Good job n thumbs up;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kita tunggu respons yg lain k

      Padam
  2. yesss...nak aakif jadi hero zahra...ruzain si jantan hati kering poyo tak der perasaan berlagak sombong bodo tu...boleh la blahhhh

    BalasPadam
  3. Boleh hantar satu je ke ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. hantar banyak2 pun xpe... boleh je

      Padam
    2. nk hntar ke email ape ye ?

      Padam
    3. hantar ke alamat ini: hana.arisya@gmail.com

      Padam
  4. Aakif Fareed sesuai jadi hero..

    BalasPadam
  5. wat jeh ruzain tu gigit jari,baru padan ngan muka...ade depan mata tk menghargai langsung!n suke g pd Aakif Fareed jd hero.hehe...sure nk Aakif dek sofi...............

    BalasPadam
    Balasan
    1. aakif dpt byk undian plak haha

      Padam
  6. Tak kisah ruzain @ aakif asalkan tau menghargai cinta...

    BalasPadam
  7. nzak Aakif Fareed hero...takmau Ruzain..poyo..

    BalasPadam
  8. Aakif fareed. Ruzain tu mnyemak jer. Hehe

    BalasPadam
  9. xmau ruzain..mamat berlagak giler...kasi hero lain ye kak sofi,,

    BalasPadam
  10. Ruzain tak sesuai jadi hero
    dia jadi pak pacak boleh
    serahkan org lain bergandingan dgn. Zara
    Fareed atau mungkin lelaki lain (?)

    terima kasih utk karya yang menarik

    BalasPadam
    Balasan
    1. akan cuba dipenuhi permintaan itu

      Padam
  11. Saya pilih aakif kak.. Xmo si ruzain yg belagakk la eksen dan poyo tuuu

    BalasPadam
  12. nk aakif... tp kene bg pengajaran dulu kat zain.. hahahaa

    BalasPadam
  13. sbb sy suka nama aakif dr name ruzain, jd sy vote for aakir!

    BalasPadam
    Balasan
    1. dua2 pun punya makna yang bagus hehe

      Padam
  14. ruby muksan reds11 Nov 2012 6:14:00 PTG

    nk aakif.....haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak aakif juga.. adoyaiii hehe

      Padam
    2. salam kk sofi

      sy ttp nk ruzain jgk sbb, dia knl lma dh ruzain..aggp lh si aakif ni pguat cinta mereka hehe... sy ikut jer ck writer..

      Padam
  15. yeeahhh encik penganti da datang... i likeeeeee

    BalasPadam
  16. kak sofi,

    confirm laa nak Aakif yg jadik hero, hikhikhik <3 <3 <3

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…