Kerana...Bukan Aku Yang Kau Cinta 2

“Kamu sorang aje, Zain? Zahra mana?” tanya puan Mazni dengan dahi sedikit berkerut. Rasanya, sudah berkali-kali dia berpesan supaya anak lelakinya itu membawa Zahra pulang untuk makan malam bersama, malam ini. Tetapi, boleh pula anak jantannya itu datang bersendirian?

“Makan malam ni bukan agenda famili kita ke, mama? It is your anniversary dengan papa. Kenapa saya kena bawak dia sama, pulak? Dia siapa?” balas Ruzain sambil menghempas punggungnya duduk di atas sofa.

“Ruzain? Zahra tu bakal menantu...”

Ruzain segera memintas. “Nope! Saya belum buat keputusan nak ambik dia jadi bini saya. Jadi, dia bukan bakal menantu mama, okey!” 

“Apa maksud kamu ni? Mama tak faham,” 

Satu dengusan meniti kasar keluar daripada Ruzain. “Maksud apa pulak? Kan saya dah cakap, dia bukan orangnya untuk jadi menantu mama. Jelas dah tu, kan?”

“Apa yang jelas?” 

“Mama, tak kan tak faham kot?”

“Memang mama tak faham. Jelaskan sekarang!” puan Mazni sudah naik angin. 

“Saya tak cintakan dia. Jadi tak ada sebab saya nak kahwin dengan dia!”

Serentak penafian itu, satu objek terjatuh daripada pegangan seseorang yang sedang berdiri di muka pintu utama yang ternganga sejak tadi. Ya, hadiah yang dibawa sudah terlepas daripada genggaman akibat terkejut mendengar pengakuan jejaka kesayangan. Kini, kaku dia berdiri dalam kelam pandangannya. Sepasang mata sedang berkaca dan bibir yang mekar itu sedang bergetar. Raut kecewa terpapar jelas. 

“Betul ke, Zain? Betul ke awak tak cintakan saya?”
.........................
ada yang dah nangis? atau sakit hati? marah ke? apapun, kak sofi sayang anda semua.. okey?

Ulasan

  1. sy benci ruzain... mcm bagus2 je.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah, kan? rasa nak lempang aje...

      Padam
    2. cfm kena pijak ngn saya... ni mesti kes jumpa org lain tp xnk mengaku... cara nk lepas diri buat hal supaya zahra sendiri tarik diri pastu kesalahan tu bley letak 100% kat pihak zahra... benci org mcm ni..

      Padam
  2. melampau betul la mamat ni. nx ya kak sofi..

    BalasPadam
  3. yup.. tinggal je ruzain tu zahra.. nak bercinta, merajuk, merindu biarlah pada yg sudi.. kalo da cenggitu xpayah la awak tersu2 diri zahra.. ramai laki lain lg yg baek dr dia tu!
    eii.. benci ruzain!
    ~acu~

    BalasPadam
  4. Sampai hati Ruzain tu. Bercinta dah lama boleh pula ckp x cinta. Kesian Zahra. :(

    BalasPadam
  5. Lupakan aje Ruzain tu. Cakap dgn dia.. "Get lost! Berambus.." hehehe
    *Peace.. Kak Sofi*

    BalasPadam
  6. argh. marah ni, marah! kasi ajar sikit ruzain tu cikgu! Hehehe. Nasib baik terpujuk dengan notakaki tu. ;)

    BalasPadam
  7. ala tinggal jer si ruzain tu.. menyampah ngan die.. huh!

    BalasPadam
  8. Hehehe...baru nak layan..tetiba...Terkedu airmata saya. Marah kat Sofi...hehehe tapi sayang tu tetap....

    BalasPadam
  9. eeee.........hati batu sungguh ruzain tu. kak sofi nak buat mcm mana cerita ni ya? buat watak hero lain la kak sofi, biar si ruzain tu ternganga sikit. ha ha ha.. nama ruzain tu, nama cousin saya.

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

Yang Terakhir: Versi Cerpen

Inikah Cinta? : Versi Cerpen