Kerana... Bukan Aku Yang Kau Cinta

“Aku rimaslah dengan kau ni, perempuan. Asyik-asyik telefon aku aje. Hey, aku ni tengah kerja, okey! Sibuk! Dah, aku nak letak telefon ni!” 

Jeritan kekasih hati di hujung talian menyebabkan Zahra menjauhkan gagang daripada telinga. Satu keluhan kecil kedengaran terlepas daripada bibirnya. Wajah pula jelas kecewa. 

Zahra menggaru-garu kulit kepala di luar tudungnya. Sambil itu, mulut kecilnya mengomel, “Bila masa aku boleh call dia? Siang? Malam? Pagi?” 

Aimi merenung temannya yang kini sedang duduk menghadap komputer. Tengok pada raut yang sedih itu, dia tahu bahawa sekali lagi, Zahra sudah kena marah. Sakit hatinya melihat. 

“Kau kenapa? Kena marah lagi dengan Ruzain?” 

Zahra angguk. “Aku tak tahu nak buat macam mana lagi. Call salah, tak call salah. Bila dah call pulak, dia cakap aku tak reti bahasa. Tak tahu dia sibuk, tengah kerja. Kenapa dia suka marah-marah sekarang, Aimi? Aku tak fahamlah,” 

Aimi menjegilkan mata. Hairan dengan sikap lurus bendul Zahra. Tak faham atau buat-buat tak faham dengan sikap kekasih hatinya? Dia sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang bersarang dalam hati Zahra. 

“Kalau dah asyik marah tu, maknanya dia nak cari pasal untuk berpisah la, ngok!” 

Dahi Zahra berkerut. Cepat-cepat dia menggeleng. “Jangan cakap macam tu. Aku kenal Ruzain. Dah 4 tahun kami bercinta. Tak adanya dia nak berpisah dengan aku. Tapi, kalau dia stress, aku percaya,” 

Aimi mencebik. “Yalah tu! Kau, kalau tak menangkan dia, memang tak sah!”
......................

mulai hari ini, kak sofi akan masukkan petikan2 (sikit2 aje, okey!) novel bertajuk Kerana... Bukan Aku Yang Kau Cinta

Dan, nak umumkan kat sini yang kak sofi nak buat pertandingan membuat cover novel tersebut. Pada cover itu mesti ada: 
1. tajuk: Kerana... Bukan Aku Yang Kau Cinta
2. penulis: Ana Sofiya 
3. Caption: Sudah berkali-kali aku mengalah, 
                  Sayang, sabarku tidak kau endah... 
4. Gambar yang sesuai dengan tajuk novel. 

Pertandingan bermula hari ini sehingga 20.11.2012. Lain2 perkara akan diumumkan dari masa ke masa. Dan hadiah....

Tentu ada surprise untuk anda....
 

Ulasan

  1. novel baru ya kak sofi?

    nak join lah pertandingan..:D

    BalasPadam
    Balasan
    1. silakan.. suka sangat kalau ada yg sudi join

      Padam
    2. nk hntr ke mn?

      Padam
    3. nnt kak sofi alertkan di facebook, ya

      Padam
  2. Nak turut serta juga...
    cuma kena gali idea dalam2

    :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. silakan.. meriahkan blog kak sofi ini, ya

      Padam
  3. akak, kalau anta byk2 bley x??

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh aje... nnt kak sofi highlight di facebook

      Padam
  4. teruja dgn novel baru akak...mmg sudah lama menanti kemunculannya moga pertandingn ini mmberi peluan pd semua pmbaca...
    terima kasih krn akak suni mnjemput intan tp awal2 intan tarik diri krn intan langsung xreti bnda2 ni semua...

    BalasPadam
    Balasan
    1. same goes to me.. hehe..
      ai follow kak sofi.. :)
      ~acu~

      Padam
  5. akak, nak anta ke mana utk pertndgn itu?

    BalasPadam
  6. salam akak sofi ,kalau nak hantar kat email boleh tak ?

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

Yang Terakhir: Versi Cerpen

Inikah Cinta? : Versi Cerpen