Langkau ke kandungan utama

Kerana---Bukan Aku Yang Kau Cinta 5

Mulai hari ini, 8.11.12, kak sofi akan masukkan petikan2 (sikit2 aje, okey!) novel bertajuk: 

Kerana... Bukan Aku Yang Kau Cinta 
Dan, nak umumkan kat sini yang kak sofi nak buat pertandingan membuat cover novel tersebut. 

Pada cover itu mesti ada: 
1. Tajuk: Kerana... Bukan Aku Yang Kau Cinta 
2. Penulis: Ana Sofiya 
3. Caption: Sudah berkali-kali aku mengalah, Sayang, sabarku tidak kau endah... 
4. Gambar yang sesuai dengan tajuk novel. 

Pertandingan bermula hari ini sehingga 20.11.2012. Lain2 perkara akan diumumkan dari masa ke masa. 

Dan hadiah.... 

Tentu ada surprise untuk anda! 

Mungkin.... Novel bercetak Tiada Yang Lain? Siapa tahu, kan? 

Hantarkan penyertaan anda ke alamat emel kak sofi. Setiap yang anda hantar, akan kak sofi postkan ke dalam entri. Ada soalan? Kemukakanlah di ruangan komen kat bawah, ya! Saaaayaaaang anda! 
..................................................
Okey, ini cover ketiga yang kak sofi terima daripada Farah Diyana Mohd Isdris. Cantik, kan? Ada kesedihan pada langkah yang ditinggalkan, betul tak? Terima kasih, Paah, kan? 

Pada yang sedang membaca tu, jika anda suka akan gambar ini, sila tekan like di link ini dan juga di facebook, okey!
Farah Diyana binti Mohd Isdris 
dan ini n3 untuk pagi ini:

“Macam mana keadaan dia, Za? Dah baik?” 

Zahra pandang muka Aimi tajam. 

“Kau gila? Ingat senang-senang nak baik? Dia lumpuh tu, tahu tak?” marahnya. 

Aimi juih bibir. “Yang kau nak marah aku ni, kenapa? Tak lain nak lepas geram, kan? Pak we kesayangan kau tu tak sudi kau jaga dia. Betul tak?” 

Zahra tunduk. Rasa pahit liur yang ditelan. 

“Sampai bila agaknya kau nak jadi orang bodoh, Za? Dia tak suka kau. Tak nak kau. Benci kau. Kutuk kau... Belajarlah hidup bermaruah sikit. Chao aje la bila orang dah benci. Yang dok mengendeng dekat dia lagi apa hal?” suara Aimi sudah naik oktaf. Sakit hati punya fasal. 

Zahra merengus. Pandangan sayu terlontar ke luar rumah. Sekilas tumpuan berlari ke arah kanak-kanak yang ralit bermain di padang permainan di hadapan rumah sewanya itu. 

“Seronok jadi budak-budak, kan. Tak ada masalah!” ujarnya perlahan. 

Aimi mencebik. “Alah, aku ni pun tak ada masalah jugak. Kalau ada pun, bukanlah masalah yang sengaja dicari macam kau tu!” kutuknya. 

Zahra menahan rasa. 

“Ruzain tu bukan untuk kau la, Za! Hati dia dah beku untuk kau. Kau tak boleh buat apa dah. Kau buat baik ke, kau goda dia ke.... dia dah tak peduli. Sebab apa? Sebab dia tak cintakan kau. Bila kau nak faham ni? Hah?” wajah Zahra ditatap dalam-dalam. Bukan tak kasihan tetapi Aimi geram dan kecewa dengan sikap lemah Zahra ini. “Tengoklah, dalam lumpuh tu pun, bukan dia nak bercakap dengan kau malah nak tengok muka kau pun dia tak mahu. Itu kau nak tunggu lagi?” 

Lama Zahra diam melayan perasaannya sendiri sebelum dia angkat kepala dan merenungi wajah Aimi. “Dia pernah lafazkan cinta pada aku, Mi. Dia pernah cintakan aku. Takkan semudah itu dia lupakan aku? Lupakan cintanya pada aku? Memang dia pernah cakap yang dia tak cintakan aku tapi, aku tak boleh terima, Mi. Tak boleh!” 

Dan Zahra menangis lagi... 

“Kau ni, kan..... Memanglah! Memang kau perempuan paling bodoh dalam dunia ni!” 
..................................
hah Aimi dah geram tu. anda camne? saja nak bakor kot! hehe...

Ulasan

  1. sy x salah kan za..sb sy sndiri penah alami situasi sama mcm za..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya, mmg ada perempuan seperti Zahra... percayalah!

      Padam
  2. berkorban utk yg disayang tak salah kan

    BalasPadam
  3. berkorban pd yg menghargai kt tu xsalah...
    berkorban pd yg xsudi tu mksudnya sia2...
    p/s: just an opinion..:D

    BalasPadam
  4. zahra,cinta lah pd yg kasih,sayang lh pd yg sudi n berkorban lh pd ya hargai,redhai pd ilahi...hati u yg tulus pasti pd yg menghargai....

    BalasPadam
  5. cinta tak bawa ke mana
    jika org. yang dicinta membenci diri
    bangkitlah dari kesedaran;
    bila cinta beraja di hati
    segala nasihat tidak diikuti
    w/p akhirnya memakan diri

    saya amat kasihan jika ada perempuan yang spt. Zahra
    sbb dia tak kasihan pada diri sendiri

    BalasPadam
  6. Sudah ku katakan... Merajuk rindu cinta kasih sayang biarlah pada yg sudi... Adeiiiiiiii!!

    BalasPadam
  7. Ruzain menolak cinta zahra bersebab, krna dia tidk mahu Zahra kecewa n sedih dgn penyakit yg dideritainya... dia buatlah Zahra bencikn dia... dia sebenarnya sayang dgn Zahra... satukanlah cinta mereka kak sofi... kerna mereka saling menyintai...

    BalasPadam
  8. Salam,

    Cuba menyelami hati Ruzain, dia rasa tak layak untuk Zahra kut sebab dia dah lumpuh....Kalau sebelum dia lumpuh...may be dia dah tahu yang dia tu sakit...that is why dia buat tak tahu je kat Zahra.... Orang sakit kan selalu emo...

    Dan untuk Zahra....biasala....Dengan seseorang yang pernah melafazkan cinta pada kita untuk kali pertama mungkin sukar kita nak menidakkan kalau cinta tu tak kesampaian.... Pasti ada rasa tak dapat nak terima kenyataan...

    Anyway Kak Sofi teruslah berkarya....

    ~ety.s~

    BalasPadam

  9. Salam Sofi. Saya suka gambar ketiga oleh Farah Diyana Mohd. Idris.

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…