Langkau ke kandungan utama

Kerana... Bukan Aku Yang Kau Cinta 4


Mulai hari ini, 8.11.12, kak sofi akan masukkan petikan2 (sikit2 aje, okey!) novel bertajuk: 
Kerana... Bukan Aku Yang Kau Cinta 
Dan, nak umumkan kat sini yang kak sofi nak buat pertandingan membuat cover novel tersebut. 

Pada cover itu mesti ada: 
1. Tajuk: Kerana... Bukan Aku Yang Kau Cinta 
2. Penulis: Ana Sofiya 
3. Caption: Sudah berkali-kali aku mengalah, Sayang, sabarku tidak kau endah... 
4. Gambar yang sesuai dengan tajuk novel. 

Pertandingan bermula hari ini sehingga 20.11.2012. Lain2 perkara akan diumumkan dari masa ke masa. 

Dan hadiah.... 

Tentu ada surprise untuk anda! 

Mungkin.... Novel bercetak Tiada Yang Lain? Siapa tahu, kan? 

Okey, hantarkan penyertaan anda ke alamat emel kak sofi. Setiap yang anda hantar, akan kak sofi postkan ke dalam entri. Ada soalan? Kemukakanlah di ruangan komen kat bawah, ya! Saaaayaaaang anda! 
..................................................
Okey, ini cover kedua yang kak sofi terima. daripada anon. Terharu sungguh melihatnya. terima kasih. Jika anda suka akan gambar ini, sila tekan like di link ini dan juga di facebook, okey!
anon
.......................
n3 seterusnya....

Tak sempat hendak duduk, ibunya sudah kecoh memberitahu, “Ruzain masuk ICU! Dengarnya, dia tiba-tiba kejung kat atas katil. Bahagian bawah tubuhnya lumpuh.”

Zahra jadi pucat. Berita itu sangat mengejutkan. 

“Apa? Lumpuh? Abang Ruzain lumpuh? Tapi.... macam mana?” soalnya gugup. Risau sungguh dia mendengar berita terbaru tentang Ruzain ini. Dan air mata pun jatuh. Berguguran.

“Entah. Doktor belum boleh jelaskan sebabnya. Kata Mazni, waktu dia nak kejutkan Zain untuk solat Subuh, Zain dah jatuh daripada katil. Masa tu tubuh dia dah kejang, langsung tak boleh bergerak,”

Zahra tidak mampu membayangkan Ruzain yang tidak berdaya. Ruzain yang macho, yang sihat dan sering ke gimnasium tiba-tiba terbaring kaku, tidak boleh menggerakkan kakinya. Ah, tentu saat ini Ruzain dalam keadaan cemas dan kecewa. Tapi, mengapakah?

“Yang kamu ni pulak, kenapa menangis, Zahra?” Puan Noni bertanya. Hairan melihat perangai anaknya yang pamer muka sedih. Geram pun ada. Apa ke halnya hendak bersedih bagai, pada orang yang sudah menolak cintanya?

“Tentu dia tengah sedih, kan, mak? Kesian dia!” Zahra bangun. Wajah ibu ditatap, redup. “Za nak pergi ziarah dia, mak. Za nak tengok dia. Za nak jaga dia, mak!”
..................
anda setuju ke dengan tindakan Zahra ni? siapa setuju angkat lappy haha...

Ulasan

  1. adoi..xyah la wat baik kt org yg dh tolak kita zahra oi...lgsg xsetuju!!!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. tp itulah zahra yg baik hati hmm

      Padam
  2. baik sngt la zahra...
    p/s>>Akk..sy ada hntr cover td... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. akan masuk ke n3 ikut giliran nnt, jgn risau and thank you

      Padam
  3. bila dah jadi gini dah tentu si ruzain ni baru bukak biji mata...baru terrrnampak si zahra ni...sebelum ni mata dia buta...zahra kesian udah ler jgn lebih2...sok2 dia baik tak de dia pandang nye awok tuh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. xnk bagi peluang langsung pd ruzain eh?

      Padam
  4. Eh zahra ni..xpayah nak bbaik ati sgt laa.. Org da tamau dah laaa..
    Eiii.. Saya xstuju!

    BalasPadam
  5. Assalam....
    Saya x setuju zahra jaga ruzain....
    Dah kena sgt ngan tajuk novel ni,zahra kena la egat apa yg ruzain pernah wat kat dia kann...hihi
    Apapun terpulang kat writter kan i follow jea;-)
    Thumbs up n good job:-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. noted... akan didengar sumbang saranmu hehe

      Padam
  6. alahai zahra...masih terhegeh2 tak sudah2. tak reti malu pulak

    BalasPadam
  7. ini mesti nnati dia pi sanggup nak kahwin dgn si ruzain tu sebab nak jaga ruzain. aduhai... tak payah la nak buat baik melayan org yg mcm tu.

    BalasPadam
  8. kak sofi ....

    kalau saya jadi zahra .. saya akan lawat dia .. bagi semangat kat dia .. cuba berada di samping dia .. ceriakan dia ... sbb dia pernah jadi cinta hati saya ... perempuan kan ... cinta pertama susah nak luput dari hati ....

    tapi kalau nak ambik dia semula .... NEHEEEEEEEE .. NEHEEEEE ....

    hahaahahhaah .. gelak jahat skit ...

    go zahra goooo ... balak dah lumpuh ... amik la Aakif .. heheeh ... cam la aakif nak kat awak kan .... heheheheh .....

    biar si ruzain rasa .... !! ... dia yg tolak zahra dulu kan .... !! .. sanggup kau jilat ludah kau balik???!!! ...

    waaahhhh .. saya pembaca yang emooo ... heheheh

    kak sofiiii .... chaiyookkk!! ... cepat sikit publish... sbb tak sabar nak peluk ..!!!

    BalasPadam
  9. saya x setuju.... bile da susah baru nak igt... masa senang buang mcm tu je.... x mau la kak... kalo sekadar ziarah biasa xpe la.. tp kalo sampai nak berkorban utk ruzain saya katakn "TAKNAK"

    BalasPadam
  10. zaman la perlu kh mengorban kn diri pd yg tk sudi???perasaan n hati sape yg perlu di jaga!akak neh cam 50/50 lh dek sofi...ssh nk sokong n tolak...biat lh tuan punya bdn wat pilihan tepuk dada tana lh hati.....

    BalasPadam
  11. Aduhai.. baik sangatlah Zara ini;
    melawat orang sakit boleh, tp nak menjaganya tak perlulah
    lagi pun Zara bukan muhrim dgn. Ruzain;
    tak payah nak kasihan2, Ruzain dah tolak dia mentah-mentah
    masa sakit ini mungkin Ruzain terpandang tulusnya Zara..

    Kak Sofi,
    apa kata Zara selalu jenguk2 Ruzain
    bila Ruzain sihat dia baru sedar untuk terjatuh cinta dgn. Zara
    sekali lagi melawat (masa Ruzain dah sihat sepenuhnya)
    Zara kenalkan bakal suami dia dgn. Ruzain
    sampai Ruzain tersedar bhw segalanya dah terlewat..

    BalasPadam
  12. kak sofi,

    disebabkan ada caption "sudah berkali-kali ku mengalah, sayang, sabarku tidak kau endah", maka saya rase patut zahra pegi jaga ruzain, so mase ruzain dijaga zahra, dia okay la, tp lps dia sihat, ruzain balik kpd perangai lama yg tak appreciate zahra, baru nampak berkali2 zahra sabar tapi ruzain tak hargai....

    BalasPadam
  13. Salam Kak Sofi,

    Permulaan yang baik untuk konflik dalam novel ni...Tahniah! kak.
    Saya cuma teka aje n nak bagi pendapat....
    Ruzain mungkin ada penyakit yang kronik dan cuba sembunyikan penyakit tanpa pengetahuan Zahra. Sebab tu lately dia asyik marah dan angin je.

    Suka....teruskan ye...Nak masuk contest tapi tak reti nak design....maklumlah buta IT saya ni...
    ~ety.s~

    BalasPadam
  14. kak sofi, Zahra pegi melawat krana kesiahan kn ruzin je x lebih dri tu... cintanya buat ruzain tlah tertutup...

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…