apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

29.10.12

Cinta Plastik



Jom kita baca satu kisah... kecurangan. Oh, zaman ini, memang ramai yang curang. Lelaki atau perempuan, sama naik. Pantang lepa! 

Yang ni, pengakuan seorang lelaki yang gelar diri dia Khaz. Layannzz....

''Saya sudah beristeri dan ada empat anak yang sihat dan bijak. Saya mengaku curang kepada isteri yang banyak berkorban dan setia kepada saya selama ini.

''Kami berkahwin lebih 10 tahun. Hidup kami memang bahagia kerana perkahwinan dibina atas dasar cinta, bertambah erat apabila dikurniakan anak tetapi siapa sangka keadaan itu berubah apabila saya mabuk cinta untuk kali kedua.

''Episod kecurangan saya bermula apabila asyik melayari facebook yang menjadi kegilaan orang tak kira tua muda masa kini. Nak dijadikan cerita dalam 'fb' ini saya terjumpa kekasih lama saya Su ketika kami masih belajar di sekolah menengah lagi tetapi hubungan kami terputus setelah masing-masing melanjutkan pelajaran.

''Gembiranya hati apabila ditanya Su mengaku, itulah gambarnya dan itulah keadaannya. Apalagi segala kenangan manis ketika kami bercinta dahulu, kembali berasap dan berapi semula. Perkenalan kami berlanjutan dan kami mula bertukar nombor telefon.

''Gelora cinta saya kembali ghairah apabila saya dapat tahu dia kini single setelah dikecewakan kekasihnya. Mulanya kami hanya berbual biasa tapi lama-kelamaan langkah kami semakin panjang sehingga keluar minum dan makan-makan.

''Su tahu yang saya sudah berkahwin dan saya pernah kenalkan dia dengan isteri saya. Hidayah, tapi Su masih layan saya dengan baik malah bertambah mesra. Dia tidak pernah menolak apabila diajak keluar minum dan makan waktu malam. Bila selalu dilayan dengan manja, senyum lentuknya membuatkan saya lupa isteri dan anak-anak di rumah.

''Akhirnya daripada seorang ayah penyayang dan suami bertanggungjawab, saya lupa diri. Hari- hari tumpuan saya hanya pada Su. Anugerah Allah menambah rezeki dengan menaikkan pangkat saya, rupanya ujian untuk saya yang saya tak nampak.

''Sejak naik pangkat dan gaji bertambah, saya mula belajar menipu Hidayah yang setia di rumah. Saya balik lewat dari pejabat dengan alasan banyak kerja. Hidayah percaya cerita saya. Padahal lepas waktu pejabat saya berkejar jumpa Su dan habiskan masa dengannya hingga lewat malam.

''Saya jadi muak tengok muka Hidayah. Perasaan muak membuat saya rasa menyampah dan tidak betah duduk di rumah. Ada saja benda yang tidak kena di mata bila melihat Hidayah menyebabkan kami kerap bertengkar. Akhirnya Hidayah suarakan perubahan yang dia nampak pada saya. Tapi saya tidak peduli. Anak-anak pun saya tidak kisah. Tengah mabuk cintalah katakan. Macam-macam saya beli untuk Su kerana saya yakin Su mencintai saya.

''Saya tidak ambil tahu apa keperluan Hidayah dan anak-anak kerana Hidayah akan uruskan sebab dia bekerja dan bergaji. Saya cepat berang dan meradang bila Hidayah mempersoalkan ke mana gaji saya dihabiskan kerana belum hujung bulan saya akan tebalkan muka pinjam duitnya. Walaupun kecewa tapi Hidayah tetap membantu.

''Bila selalu keluar berdua pasti makhluk ketiga akan sesatkan umat Muhammad S.AW dan akibatnya saya dan Su terlanjur. Bukan sekali dua tapi setiap kali berjumpa.

''Akibatnya saya jadi lebih angau kalau tidak jumpa. Setiap malam saya pasti jumpa Su sebelum balik rumah. Bila di rumah, saya jadi dingin nak layan Hidayah sehingga dia mengesyaki saya dan bertanya apa sebabnya.

''Akhirnya saya mengaku tengah bercinta dan akan kahwin lagi satu. Hidayah terus menangis dan minta dilepaskan kerana tidak sanggup bermadu. Ketika itu saya tidak fikir perasaan dia. Saya katakan padanya saya tidak akan lepaskan dia kerana saya masih sayangkan dia dan anak-anak cuma saya ingin kahwin lagi satu. Tak boleh ke?

''Saya yakin mampu menguruskan keluarga dengan gaji saya. Hidayah yang nampak lembut berkeras minta cerai dengan alasan saya tak mampu dari segi zahir batin, belum masuk bab perasaan dan hati.

''Tetapi saya tidak pedulikan perasaannya dan anak-anak saya biarpun ketika itu mereka sedang menghadapi peperiksaan penting.

''Matlamat utama saya tetap hendak kahwin dengan Su, cinta pertama saya.

''Hendak dijadikan cerita, satu hari saya ditugaskan ke luar daerah selama sebulan. Bila pulang, saya tak balik rumah sebaliknya terus ke rumah Su untuk melepas rindu. Alangkah terkejutnya bila sampai depan rumah Su, saya nampak ada sebuah kereta dan di dalamnya ada lelaki. Tidak lama kemudian saya nampak Su keluar dengan senyum lentuk lalu masuk ke dalam kereta tadi.

''Berderau darah saya. Rasanya mahu saya terkam Su ketika itu. Namun saya kuatkan hati dalam marah memandu pulang ke rumah. Sampai di rumah, Hidayah tak berani menyapa kerana melihat wajah saya yang tengah bengang.

''Keesokannya saya ke tempat kerja Su minta penjelasan. Ringkas jawapan Su sambil senyum melirik,
Dah awak beri saya terima!! Rezeki jangan ditolak. 
"Su mengaku dia terpaksa layan saya kerana saya banyak melabur untuknya. Lelaki tersebut kekasihnya yang bertugas di luar negara baru pulang ke Malaysia.

''Ketika itu baru saya sedar. Ada wanita sanggup gadai maruah untuk kesenangan yang dicita. Bila teringat isteri di rumah terasa malu dengan balasan yang Allah tunjukkan pada saya.
...............
kisah itu dipetik kat sini 

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20121028/ke_03/Bahana-cinta-plastik#ixzz2AgLAooZe
© Utusan Melayu (M) Bhd 

...........................

frankly, kalau kak sofilah, hidayah, rasanya, sudah lama kak sofi angkat kaki. kerana cinta dan pengorbanan kak sofi sudah dicemar. untuk apa setia itu lagi? 

memang mudah untuk lelaki bernama khaz ini meluah sesal atau memohon jutaan maaf kepada isteri yang setia. namun hati yang sudah dilukai itu? akan sembuhkah? akan terubatkah hanya dengan ungkapan maaf itu? 

tetapi bertuahlah khaz seandainya isteri dan anak-anaknya sanggup menerima dirinya semula. kalau memang bertuah, maka, janganlah hendaknya diulangi kesilapan itu lagi. bertaubatlah! taubat nasuha! 

cerita ini tak ada kesudahan. tak tahu sama ada isterinya sanggup menerima khaz kembali ataupun sudah dingin terhadapnya. atau mungkin, mereka kini sudah dalam proses perceraian. 

anda yang membaca, apakah pendapat anda? katalah anda ialah hidayah, apakah yang ada dalam fikiran anda saat ini?

5 ulasan:

  1. Kalau saya dibuat mcm tu.....sya akan maafkan tapi utk kembali mcm dulu minta maaf. Dia tak mau cerai, saya tetap akan keluar rumah bawa anak2 tinggal asing2. Dia izin atau tak....dia pnya pasal...ada aku kesah???? sbb selama dia buat kita mcm tu...ada dia kesah dgn kita?????????

    BalasPadam
    Balasan
    1. marah nie... tapi, hati dah luka, kan?

      Padam
  2. Mengucap panjang ida baca kisah ni. Walaupun tak suka, tapi kes mcm ni mmg byk berlaku...kalau jadi pada saya tak pasti la nak buat apa tapi mcm rnie ckp tadi, memaafkan boleh tapi nak balik berkasih sayang mcm sebelum ni susah sikit nak cakap....tak pasti samada saya ni cukup sabar & tabah nak melupakan segalanya.....yg pasti ini semua pengajaran buat kita semua sbg isteri.......

    BalasPadam
  3. Kalau dulu, saya mungkin akan buat seperti Kak Sofi/rnie/ida...tapi selepas baca novel Projek Memikat Suami, saya rasa kita patut bagi peluang kedua... Sebenarnya, nak salahkan suami 100% pun tak boleh juga...saya pasti sedikit sebanyak hidayah pun salah juga (seperti kurang layanan terhadap suami sebab busy dengan kerja dan anak-anak etc).. Jadi, penyelesaian terbaik, bagi peluang kedua bukan sahaja untuk suami, tapi jua untuk diri kita sendiri untuk memperbaiki kelemahan kita sebelum ini.. Everyone deserves second chance right? ^^

    -Lya Wasniqa-

    BalasPadam
  4. cerita ini juga memang menarik sangat .itu juga ada pada zaman ini.

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.