Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2012

Sandy, kejamnya kamu!

Kesimpulan: bersyukurlah selalu... 

Cinta Plastik

Jom kita baca satu kisah... kecurangan. Oh, zaman ini, memang ramai yang curang. Lelaki atau perempuan, sama naik. Pantang lepa! 
Yang ni, pengakuan seorang lelaki yang gelar diri dia Khaz. Layannzz....
''Saya sudah beristeri dan ada empat anak yang sihat dan bijak. Saya mengaku curang kepada isteri yang banyak berkorban dan setia kepada saya selama ini.
''Kami berkahwin lebih 10 tahun. Hidup kami memang bahagia kerana perkahwinan dibina atas dasar cinta, bertambah erat apabila dikurniakan anak tetapi siapa sangka keadaan itu berubah apabila saya mabuk cinta untuk kali kedua.
''Episod kecurangan saya bermula apabila asyik melayari facebook yang menjadi kegilaan orang tak kira tua muda masa kini. Nak dijadikan cerita dalam 'fb' ini saya terjumpa kekasih lama saya Su ketika kami masih belajar di sekolah menengah lagi tetapi hubungan kami terputus setelah masing-masing melanjutkan pelajaran.
''Gembiranya hati apabila ditanya Su mengaku, itulah gam…

Aidiladha

Salam. Kak sofi hanya ingin mengucap selamat menyambut hari raya aidiladha kepada anda, teman yang sering menjengah ke luahan. Maaf zahir batin. Semoga kita terus melakukan pengorbanan demi agama. Sayang anda semua.

Tan Sri Mokhtar al Bukhary dan Roti Gardenia. Apa kaitannya?

Dah lama kak sofi tak share berita atau apa-apa selain novel dan cerpen kak sofi, kan? so apa kata hari ini kita jenguk tentang seseorang yang memang kak sofi admire dari dulu lagi. kak sofi nak share tentang Tan Sri Mokhtar al Bukhary. Dulu pernah tulis tentang dia ni sikit tapi hari ini nak ajak anda semua melihat peranan lelaki ini dalam kehidupan masyarakat Melayu, Islam di Malaysia. 


1. Dalam satu pertemuan dengan TS Mokhtar Al-Bukhary, beliau pernah berkata bahawa pengambilalihan Gardenia dan Proton bukanlah satu langkah yang 'financially strategic', tetapi ini adalah jihad beliau untuk Bangsa Melayu yang beragama Islam.
2. Mengapa bukan satu pengambilalihan yang tidak 'financially strategic'?
3. Kita semua tahu bahawa bebanan untuk mengambil alih kedua-dua syarikat ini tidak akan memberikan satu pulangan yang lumayan kepada beliau.
4. Tetapi apakah yang ada pada Gardenia dan Proton sehinggakan beliau mengatakan bahawa itu adalah satu Jihad?
Gardenia
1. Sebelum Ga…

Lima ecerpen untuk anda

Di bawah ini ada 5 e-cerpen. Ada orang dah baca kisah penuh, tetapi ada orang belum, kerana belum lagi membeli e-booknya. Tak apa, saja nak bagi anda lihat, tak paksa suruh beli pun. hehe....
Ni e-cerpen pertama: Aku Ada Kamu

“Nad....”
“Apa lagi?”
“Kenapa kau tak kahwin lagi?”
Wajah Zulfi yang bertanya ditenung macam nak telan. “None of your business!”
“Sebab kau masih rindukan Zul, kan?” tanya Husna.
Bulat mata Fatin Nadia.
“Kau masih cintakan Zul?”
Fatin Nadia menahan nafas. Badannya dirasakan bergegar. Suaranya bergetar bila dia bercakap, “Korang bawak aku ke sini sebab nak tahu perasaan aku? Kenapa? Kenapa kalau aku masih rindukan Zul? Cakap, Husna! Kalau aku masih cintakan Zul, kau nak buat apa? Nak aku jadi madu kau? Kau nak aku kahwin dengan Zul?”
Sahabat-sahabat baiknya itu saling berpandangan sebelum kedua-duanya mengangguk. Dan berkata serentak. “Ya!”
Air mata yang ditahan mengalir laju menuruni pipi bila Fatin Nadia mendengar pengakuan itu. Sebak sungguh perasaan.
“Zul tak pe…