Luahan

apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

5 Kalau aku tahu begini jadinya, tak balik KL pun tak apa. Tak payah jenguk dia pun, lagi baik! Buat sakit mata aku sahaja. Sakit hati pula...

Main-main cinta 5

By September 15, 2012

5

Kalau aku tahu begini jadinya, tak balik KL pun tak apa. Tak payah jenguk dia pun, lagi baik! Buat sakit mata aku sahaja. Sakit hati pula, tak boleh nak cerita!

"Ingat dah nazak sangat! Tu, boleh pulak bergurau, gelak.... tak nampak macam orang sakit pun!" aku membebel sendiri. Ialah, kan? Sepanjang jalan dari PD ke KL ni, tak berhenti-henti mulut aku kumat kamit berzikir, dan hati ini mendoakan dia. Macam-macam pintaku. Supaya dia tak apa-apa. Supaya dia selamat. Supaya dia cepat sembuh.... Apakah sebegitu cepat doaku makbul? Tu, si Imran elok sahaja di atas katil hospital! Konon patah kaki tangan tetapi tidak pula ada yang bergantungan. Entah-entah semua ini trick sahaja kot? Untuk aku kembali semula ke mari? Hatiku mula mengesyaki. 

"Hah, orang jauh dah sampai dah," Mummy Imran kelihatan gembira sebaik terpandangkanku. Macam ayam katik dah aku tengok ketika dia bergerak mendekat, untuk menyambutku. Aku tidak tahu hendak bereaksi, terutama ketika dia memelukku erat. 

Aduh! Pelik aku dengan sikapnya!

Kini, Imran sedang merenungiku. Matanya tajam, isk... macam dia nak toreh dada dan hatiku sahaja. "Saya dah accident, nyaris tak mati, baru nak jenguk. Selama ni, mesej saya, saya call, semua awak tak peduli nak jawab," 

Amboi-amboi, boleh membebel tu! Tak padan dengan sakit!

Aku kerling gadis manis berbaju kurung di sisi kanan katilnya. Cantik dan manis perawakan gadis itu. Muda orangnya, tentu lebih muda dari aku. Dia tersenyum ke arahku namun bibir aku rasa kebas untuk membalas senyumannya itu. 

Mungkin Imran perasan bahawa perhatianku kini hanya untuk gadis manis itu, dia lantas mengenalkan dia kepadaku, "Alia, ini Masnita, sepupu saya. Mas, inilah Alia. My girl!" 

Terkejut mendengar kata-katanya, aku terus tatap wajah Imran. Zahirnya mungkin dia sedikit lembut, dululah! Namun, Imran ni sebenarnya sangat yakin diri. Tak habis-habis lagi dia mengharapkan aku nampaknya. My girl? Isk... rasa terharu pula!

Masnita menghulurkan tangannya untuk bersalam. Hisy, bukan bersalam lagi dah... siap kucup tanganku lagi. "Selamat berkenalan, kak," ujarnya. Aku tengok dia. Hai, kenapa muka nampak kelat? Tentu dia ni ada hati pada sepupu dia tu. Kesian pulak! Cinta satu hala ni, memang menyakitkan. Tapi, nak buat macam mana? Kalau aku suruh dia ambil Imran kang, aku melepas pulak! 

"Alia, kenapa awak diam aje? Masih marah pada saya ke? Atau, memang awak tak sudi jadi suri hati saya sampai bila-bila?" 

Ah sudah! Imran ni tak boleh ke sorok sikit 'feel' dia tu? Punya ramai manusia di sekeliling katilnya ini, masih dia hendak menyentuh soal hati dan perasaan. 

"Alia..." 

Bersusah payah Imran hendak duduk. Cepat-cepat si Masnita ke hujung katil untuk menegakkan bahagian kepala katil bagi memudahkan Imran menyandarkan kepalanya di situ. Aku? Macam patung, tegak di sini...

Entah, tak tahu apa hendak kukata. Suara tidak boleh nak keluar, nak buat macam mana? 

Tiba-tiba, bahuku diteuk kuat. Oleh siapa? Siapa lagi kalau bukan 'mummy'?

"Imran dah cakap macam-macam dengan kamu. Yang kamu ni pulak, berat betul nak bersuara, ya? Kenapa? Dah kelu ke lidah tu? Tahu tak kamu yang perangai sombong macam ni buat aku makin tak berkenan dengan kamu, Alia? Tahu?" 

Tak berkenan? Ouch!!!

"Mak cik! Janganlah macam tu! Kan dah lama tak jumpa? Jadi, lidah orang kelulah! Takkan itupun nak marah?" Ops, boleh pula aku membalas???

Sekarang mummy Imran tentu sahaja sudah bercekak pinggang merenungku. Dia ni monster ke apa? Tu, mak bapak aku dok ada, dia boleh lagi hendak marah-marah aku? Yang emak dengan ayah ni pulak, apa hal? Tak ambil hati langsung ke mendengar cemuhan perempuan itu kepadaku? Mataku yang menyorot pandang ke arah mereka, seolah-olah tidak memberi apa-apa kesan. Aduhai... emak bapak siapalah ini....

"Alia..." lembutnya suara Imran memanggilku. 

Kurenungi anak matanya. Aku cuba tersenyum. Teringin hendak mendamaikan hatinya tetapi mummynya ada kemahuan sendiri...

"Dah la tu, Im! Dia ni keras hati! Cukup-cukuplah berharap pada dia. Ni, si Nita ni menantu pilihan mak untuk kamu. Lupakan budak keras hati tu. Baik kamu nanti, mak kahwinkan kamu dengan Nita," 

Rasa gugur jantung ini mendengar hukuman mummy Imran kepadaku. Ya, hukuman! Dia menghukumku dengan kata-katanya itu. Sampaikah hatinya mengahwinkan satu-satunya anak lelaki kesayangan dengan gadis yang tidak anaknya itu cintai? Sanggupkah dia melakukan?

"Mummy, berapa kali Im nak cakap..."

"Abang Im, I love you. Kahwinlah dengan Nita, sebab cinta Nita akan segarkan hari-hari abang," 

Aku terlopong. Biar betul dia ni? 

"Hmm, dah dengar? Ahmad, Lina, nampaknya sampai sini sajalah hubungan kita, ya?" 

Erkk.... mummy Imran nak putuskan silaturrahim? Mana boleh? Allah tak suka tu!

Aku telan liur. Susah hati ini memikirkan bahana yang sedang melanda. Rasa terhenyak tiba-tiba. Apakah ini tujuan mereka mengajakku ke mari? Tapi, Imran? Dia mencintaiku. Tak kan dia hendak ikut perintah ibunya? Tak kan dia sanggup melukakan hatiku? 

"Awak ni ego sangat, Alia. Saya kecewa dengan awak! Dah la! Kalau awak tak mahu bercakap dengan saya, pergi balik. Saya dah faham yang awak tak akan jatuh cinta dengan saya. Tak gunapun kalau saya tunggu awak lagi. Bukankah berkahwin dengan orang yang mencintai kita lebih baik daripada yang kita cintai? Saya redha kalau ini takdir dan kesudahan cinta saya pada awak!"

Kata-kata yang cukup menghiris hati kecilku. Kerana kebisuanku, Imran akhirnya nekad menerima cinta Masnita. Tapi, haruskah aku mengalah? Tidak! Aku, Alia, tidak boleh mengundur diri sekarang. 

Aku menghampiri katil. Aku panggil Imran sehingga dia merenung wajahku. Kuluahkan, "Awak kata, awak selalu dapat apa yang awak mahu. Kalau awak tolak saya dan kahwin dengan budak hingusan ni, sayalah yang pertama awak tak dapat, kan? Kesian awak! Saya sangkakan Imran Naufal kuat mempertahankan cinta. Rupa-rupanya, plastik aje!"

"Hello! Jangan awak nak hina-hina cinta saya pada awak. Cinta saya suci... wait a minute! Awak? Saya? Alia??" 

Aku tersenyum-senyum. Dia perasan rupa-rupanya. Dia sedar yang tiada lagi aku-kau meniti keluar dari bibirku. 

"Kenapa? Tak percaya? Atau awak nak saya panggil awak... abang?"

Seronoknya dapat tengok senyuman Imran. Senyum yang sedikit senget namun begitu berseri menghias mukanya. Dengan lesung pipit di pipi kanan, wow! Hensem!

"Abang? Lepas kita kahwin nanti, ya, sayang!" 

Imran versi gatal sudah muncul. 

Aku muncungkan bibir. 

"Awak nak kahwin dengan siapa sebenarnya? Saya atau.... dia?" Aku pura-pura marah. Tapi, tetap risau juga. Kalau hukuman mummynya adalah mandatori, bagaimana? 
.....................

sila jawab, wahai teman2 semua. hehe!!!


   











You Might Also Like

15 comments

  1. Erk.. Apesal getik sgt imrran nii???

    BalasPadam
  2. Bagus... si ex-tomboy dah mula menampakkan ciri2 keperempuannya... walaupun ciput jer.... Hahahaha....

    Alia, u've got competitor to deal with, babe... R u game for it? hahaha...

    Nak entry lagi....

    BalasPadam
    Balasan
    1. alia... sila cepat jadi perempuan, kan? hehe

      Padam
  3. hoho. sgt best...! hhaaha.

    BalasPadam
  4. pasti lh alia pilihan imran..hehe tk sudah2 terkena je alia ne!mummy imran tu gempak je lebih..alia ne jenis polos tu yang asyik terkena jek.luar je ganas namun ati tetap perempuan...........

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmg begitulah.. perempuan hatinya kan lembut? hehe

      Padam
  5. mstla imran kawen ngn alia...
    klakar jg mummy imran ni..
    mst dorng dah planing nak knkan alia 2...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu epy..
      bagus punya pakat mak bapak dia org ni

      Padam
    2. mmg seronok usik budak yg polos dan bendul, kan?

      Padam
    3. anon, utk kebaikan hehe

      Padam
  6. ada ke terus terang cm2 depan parents?
    waaaaa daring sungguh

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.