Langkau ke kandungan utama

Main-main cinta 4

4

Emak pandang wajahku dengan riak tidak percaya. Pandang macam tak pernah tengok anak perempuan dia ni. Ops, bukan sebab aku dah jadi perempuan tulen, okey! Sebab.....

"Apa kamu kata, Alia? Kamu dah dapat kerja? Dekat Port Dickson? Kerja apa? Cuba ulang balik!" 

Wah, suara emak punya picing... kalah Ning Baizura.

"Ya, emakku sayang. Orang dah dapat kerja di Port Dickson. Jadi pengasuh taska dekat Bagan Pinang. Kenapa terkejut sangat tu?" aku bertanya kepada emak yang sedang emosi. Apalah... bukannya aku nak ke luar negara, nak ke PD aje pun. Terkejut sangat pulak. Haih!

"Kamu dah nak kahwin, Alia. Tak payah pergi!" 

Ayat ni memang ayat yang menyakitkan hatiku. Lalu, aku cepat-cepat tarik tangan emak dan aku dudukkan dia di atas kerusi. Dan, sebelum emak meneruskan misi mengarut hendak mengahwinkan aku dengan mamat lembut yang perasan maco itu, aku cepat-cepat bersuara, "Siapa nak kahwin dengan dia, mak? Orang tak pernah setuju, kan? Dahlah, mak! Orang tak peduli! Orang tetap nak pergi ke PD tu. Paksa-paksa tak main, okey!"

"Tapi,"

Aku renung anak mata emak kesayanganku itu. "Ada sebab kenapa orang nak pergi sana, mak!"

Emak jegilkan matanya yang cantik itu. "Sebab apa, sayang? Sebab kamu nak lari daripada Imran, kan?" 

Aku ketawa. "Itupun ya juga. Tapi, orang ada misi orang sendiri. Perkara yang orang kena buat sendiri, mak," aku genggam kedua-dua tangannya. Kurenungi anak matanya dalam-dalam. Kuberkata lagi, "Mak, jangan susah hati. Orang tahulah macam mana nak jaga diri orang. Lagipun, orang dah pakat dengan mak su. Rasanya, malam nanti, mak su akan telefon mak. Mak cakaplah dengan dia puas-puas tentang orang, ya!" 

.......................

Dah tiga bulan di Port Dickson. Aku tak sangka yang aku mampu melalui hari-hari yang berlalu. Kalau dulu... 

Mak su membuka taman asuhan kanak-kanak sebaik dia berhenti kerja di sebuah kilang di Seremban. Dia yang sukakan kanak-kanak memerlukan pembantu ketika aku menghubunginya tiga bulan lalu. Dia ajak aku tinggal dengannya. Pucuk dicita ulam mendatang. Seronok tak terkata kerana dapatlah aku mengelakkan tekanan. Tekanan apa lagi? Yang diberi oleh si lembut itulah! Ada pulak main paksa-paksa aku kahwin dengan dia? 

Tapi, sebenarnya dalam pelarian ini bukan saja-saja aku hendak membuang masa. Tiga bulan tu lama, kut! Jadi, aku gunakannya untuk berfikir juga. Yalah, aku ni perempuan. Tak selamanya nak jadi minah jantan..erk... Apahal aku guna dua patah perkataan itu? 

"Kamu nak ke tidak dengan si Imran tu, Alia?" itu soalan mak su yang pertama sekali dia tanya apabila kami bertemu. 

"Nak la... dia tu hensem, baik, hormat emak dia. Mestilah orang nak dekat dia, mak su," balasku penuh kesungguhan. 

"Habis, kata nak? Tapi lari ke sini pulak? Tak fahamlah mak su," 

Aku senyum. Mak su yang masih menggeleng, mencerun memandang. Kepala dan kening terangkat, pasti kerana hendakkan jawapan kepada soalannya itu. 

"Orang nak kahwin bila orang dah sedia. Sekarang ni, orang tak tahu apa-apapun. Nak masak? Nak kemas rumah... semua kerja yang orang perempuan buat, orang tak tahu nak lakukannya, mak su. Macam mana nak kahwin?"

Mak su mengerutkan dahi. "Bukan ke emak Imran dah sanggup nak tunjuk ajar?" soalnya. 

"Oh no! Siapa nak belajar dengan perempuan garang tu? Tak sanggup! Digulaikannya orang nanti, mak su!" balasku sambil membuat muka cemas yang comel. 

Mak su ketawa. Suka sangatlah tu tengok aku begitu.

"Tak sangka, ada jugak orang yang kamu takut, eh? Ingatkan berani benar?" sindir mak su. 

"Siapa yang takut? Orang hormatkan dia la..." omelku menafi kebenaran. 

Jadi, di sinilah aku. Cuba menukar identiti yang sudah sebati di dalam diri. Hanya kerana Imran? Oh tidak! Bukan kerana dia, okey! Aku ingin berubah kerana aku seorang wanita. Aku ingin berubah supaya aku boleh pakai baju yang lawa-lawa yang dulu, aku tengok pun tak lalu. Hehehe... 

Siapa yang tahu? Tidak ada sesiapapun! Baik keluargaku mahupun dia.... aku pastikan mak su sembunyikan sebab sebenar aku ke sini. Tiap kali emak, ayah dan abang-abangku ke mari, maka setiap kali itulah aku akan jadi ganas semula. Sengaja hendak membuktikan bahawa aku tidak mahu mereka memandai-mandai menguruskan kehidupanku lagi.             

"Alia, emak dengan ayah kamu datang ni," jerit mak su. 

Aku yang memang sudah siap menanti, bergegas keluar mendapatkan mereka. Tapi, kenapa muram durja sahaja wajah mereka berdua? 

Ketika menyalami kedua-duanya, tubuhku didakap erat. "Sayang mak!" 

Pelik ni! Kenapa emak peluk aku ketat-ketat lepas tu menangis. Mesti ada sesuatu sudah berlaku. Sesuatu yang buruk! 

Kurenggangkan diri daripada mereka. Ayah kelihatan semakin tenang tetapi emak? Emak masih tersedu sedan. Aku tak tahan dah. Aku harus tahu sebabnya. Namun, belum sempat bertanya, lancar sahaja mulut emak membuka cerita.

"Imran,"

Dadaku bergetar.

Emak menyambung, "Imran kemalangan,"

Aduhhh... sakit rasa jantungku. "Mati?" terpacul soalan itu tanpa dapat ditahan.  

"Mati tu, tidaklah! Patah kaki, patah tangan! Habis, kalau dah jatuh motor besar, memanglah teruk, kan?" 

Buntang mataku mendengar. Dua kejutan kuterima serentak. Yang pertama, dia tak mati. Yang kedua, dia naik motor besar. Hisy! Yang hairannya, kenapa emak beria-ia menangis? Tak kuasa betullah! Tak lain nak bagi aku rasa bersalahlah tu. Kan?

"Yang mak menangis macam nak rak, kenapa? Ingat dia dah mati ke apa?" marahku. Buat-buat marah sebenarnya. Semata-mata hendak menyembunyikan rasa hati yang masih berdenyut dengan cemas tadi. 

Emak merenung wajahku tajam. "Kamu ni manusia ke bukan? Tak kan tak sedih sikit pun? Dia tu, lelaki yang sukakan kamu, Alia. Lelaki yang nak jadikan kamu isterinya. Takkan tak tercuit sikitpun hati kamu mendengar berita ni? Isk! Agaknya, dah memang kamu ni minah jantan kut!" marahnya. 

Hai la! Emak pun sudah berjangkit. Dah pandai guna istilah itu. Minah jantan? Eeii... tiba-tiba aku rasa geli pula. Aigoo....

Aku tarik muka. Biar nampak masam. Biar nampak kelat. Biar emak tahu yang aku berkecil hati sekarang. Tergamak cakap aku bukan manusia? Aku ni bukan anak dia ke? 

"Dahlah tu Lina. Tadi kan dah janji nak bawak Alia balik ke KL? Lupa ke yang Imran nak sangat jumpa Alia?" ayahku mencelah. Wajahku ditatap dalam-dalam. "Pergi bersiap. Setengah jam lagi, kita bertolak balik," 

Nak balik ke tidak eh? Hatiku berbolak balik. 
.......................

insyaallah, next n3 esok, k!

hepi reading!

  

  


Ulasan

  1. aish, pergi ajela Alia. Takkan tak rindu Imran kot?

    BalasPadam
  2. xpayah balik.. ntah2 trick si imran je tuuu

    BalasPadam
  3. Lorr....Alia tunjukkan lah perubahan ke arah kewanitaan awak tu... Biar cepat sembuh si Imran tu hah.... Buat apa nak buat seperais2 bagai.... Kang Imran terpikat kat nurse yg ayu dan lemah longlai, baru nak menyesal pulak... Laa aiii....

    BalasPadam
  4. leh caya ke!jaga2 alia jgn2 acting jek!suke alia ade ati untuk jadi perempuan sejati.........terus kn dek biaq depa sume tu terkedu.........hehehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…