background img

The New Stuff

Main-main cinta 3

3

Sesi latihan sudahpun tamat. Cukuplah masa sejam bagiku untuk aku pastikan diri ini sentiasa cergas dan sihat. Juga untuk otot-otot tubuh badanku sentiasa keras, kemas dan tidak lembik. 

Hari ini aku cuti. Maksudnya aku tidak akan bertemu dengan mamat lembut itu. Cuti yang sengaja aku ambil sendiri tanpa keizinannya kerana aku geram apabila dia tidak bersetuju dengan cadanganku untuk membawa dia ke mari, ke gimnasium ini. 

"Belajar kickboxing aje, bos," 

"Saya tak nak! Tak suka! Jangan paksa saya, okey!" 

"Hello mister! Kenapa kau ni hah? Aku nak bawak kau ke situ supaya kau tu jadi keras sikit, faham tak? Nanti kalau kau kena ambush macam hari tu, tak adalah kau jadi sotong kureta, lembik!" 

Imran mendekatiku, betul-betul dekat. Sinar matanya tajam, terus menikam jantung ini. Nafasnya turun naik seperti menahan marah. "Sebab itu saya hire bodyguard! Awak! Tugas awaklah untuk mempertahankan saya, kan?"

Mati akal dengan sikapnya, aku melancarkan mogok. Sengaja tidak pergi kerja. Sengaja hendak membuat dia terasa kehilangan. Maklumlah, bodyguard kesayangan yang bermulut becok ini merajuk dengan kedegilannya, kan? 

Emak menelefon meminta aku singgah di mana-mana kedai runcit untuk belikannya minyak masak. Aduhai! Tak bolehkah emak suruh salah seorang abang-abangku turun sekejap ke kedai runcit yang jaraknya tak sampai satu kilometer dari rumah kami? Kenapa mesti suruh aku juga? 

Aku singgah di Jusco. Tiba-tiba rasa lapar pula. Teringin hendak makan chicken chop. Terus langkah kaki kuaturkan menuju foodcourt. Ketika aku mencari tempat duduk, aku ternampak mereka. 

Terkejut, rasa hendak pitam, hangin satu badan, semua ada waktu itu. Ketar tanganku menahan... marah? Geram sungguh apabila diri dipermainkan, itulah yang aku rasakan sekarang. Grrr!!!! 

Baharulah aku faham. Tentu sahaja ini rancangan abang-abangku. Mungkin juga dia yang memberikan idea. Wah, nampak seronok benar dia menunjukkan sesuatu kepada Amri apa yang ada di skrin Bbnya. Entah-entah dia rakam aksi-aksi menarik semasa aku berlawan hari tu, tak? 

Lututku menjadi semakin lemah ketika tiga orang lelaki tiba di meja mereka. Mak aiii... tu orang-orang yang aku upah untuk memukul dia tu!! Aduhai... Aku yang kena main rupa-rupanya. Aku ingat aku berjaya mengenakan Imran tanpa sedar bahawa sebenarnya akulah yang sedang diketawakan. Imran tahu semua yang sudah kulakukan. Malah, mungkin juga, semua orang sememangnya bersekongkol dalam usaha untuk menjadikan aku gadis idaman Malaya?  

Aku harus pergi dari sini. Tidak sanggup lagi aku melihat senyuman sinis abang-abangku. Apa lagi untuk melihat senyuman dia. Rasa sakit sangat! 

Motosikal kutunggang dengan laju menuju ke rumah. Sampai sahaja, aku terus ke dapur, dan tanpa sepatah kata, aku hentak botol minyak di atas meja. Kemudian aku berlari naik tangga lantas mengunci diriku di dalam bilik. Emak melaung, memanggil namaku. Tidak kuendahkan. Tidak kupedulikan. Saat ini, aku sangat-sangat berkecil hati dengan semua orang. Semua! Tidak ada yang terkecuali!
...................

Sudah dua hari aku tidak keluar-kuluar dari bilik. Aku tidak peduli pada sesiapa. Juga, aku tidak mahu mendengar penerangan daripada sesiapa. Aku tahu, keluargaku semua sudah menyedari bahawa rahsia sudah terbongkar. Kata-kata ibuku yang cuba memujuk aku untuk makan malam, semalam, masih terngiang-ngiang. 

"Alia, marilah makan malam sama-sama dengan kami. Jangan diam sorang-sorang di dalam bilik ni. Emak dengan abang-abang kamu semua boleh explain," 

Tak kuasa aku hendak mendengar pengakuan mereka. Aku sangat-sangat berkecil hati sebenarnya. Hina sangatkah aku? Teruk sangatkah jadi tomboy ni?  Macam aku tak boleh menukar gaya itu? Tidakkah masuk dalam kepala otak mereka bahawa satu waktu, satu masa, aku pasti berubah juga? 

Aku ini, perempuan. Aku juga idamkan diriku menjadi pengantin kepada seorang lelaki. Aku juga idamkan diriku disayangi selayaknya seorang wanita disayangi. Bukan aku tidak tahu hukum seorang perempuan yang menyamai lelaki. Tahu! Tapi, entahlah! Belum sampai seru untuk berubah agaknya?
................
    
"Keluar dari bilik kamu sekarang juga kalau kamu tak nak abang pecahkan pintu bilik kamu ni, Alia!" suara garang abang alang menggugat ketenanganku. Abang  alangku, Omar, yang paling garang di antara ketiga-tiga orang abang yang aku ada. Mentang-mentanglah namanya mengambil sempena nama Saidina Umar al Khatab? Jadi, sebelum dia tendang pintu bilikku yang dibuat daripada kayu jati ini, lebih baik aku beralah. 

Aku buka pintu. Wajah garang abang Omar, aku tatap. Sengaja berlagak berani padahal saat ini aku amat kecut melihat wajahnya yang menyinga. Aku tanya, "Nak apa?" 

Tanpa sahutan, terus lenganku di tarik. Terhuyung-hayang aku dibuatnya. Aku tak berani lagi hendak bersuara takut nanti dia naik angin lagi teruk, mati aku!

Abang Omar bawaku ke ruang tamu di mana di situ semua orang sudah duduk elok menanti kedatanganku. Dia juga ada. Dia sedang merenung aku tajam. Hello!! Jangan nak tunjuk garanglah kalau lawan pun tak berani! marahku di dalam hati. 

"Duduk!" Terus aku ditolak dengan kasar oleh abang Omar untuk duduk di hadapan orang itu. Benci betul!

"I can explain," ayat pertama yang aku dengar setelah hampir dua minit suasana beku di ruang tamu itu. Suaranya tegas dan tidak ada langsung stail lembut seperti yang aku dengar sewaktu dia bersama dengan ibunya. 

"I bet you can," balasku bersama jelingan. Eh, dia tersengih? Arghh... geramnya!

"Mula-mula, apa yang awak kena tahu ialah, nama saya Imran Naufal, seorang arkitek dan saya bukan lelaki lembut seperti yang awak sangkakan. Umur saya 32 tahun, sebaya abang Musa awak ni. Actually, saya kawan baik dia semasa kami sama-sama menuntut di UTM dulu tetapi sebab saya tak suka bergambar dan very low profile, awak tak kenal saya," 

Pengenalan diri yang cukup membuatkan hati aku rasa meluat. Low profile konon? Piirahh...

Imran kelihatan menelan liur sebelum menyambung. Cis, macam payah benar apa yang dia hendak katakan itu? "Alia, di hadapan semua orang ni, saya hendak awak tahu bahawa saya jatuh cinta pandang pertama pada awak semasa kita pergi kenduri Eliza, sepupu awak. Awak jadi camerawoman yang amat cergas, asyik langgar-langgar orang aje kerjanya, termasuk saya," semua orang ketawa kecuali aku kerana aku tak ingat malah aku tak sedarpun yang aku ada langgar-langgar orang seperti yang dikatakannya. Tapi, aku diam, tidak menyahut kerana pengakuan ini kurasakan debarnya. Isk...

"I fell head over heels in love with you right there, right then! Tapi, mummy saya..... awak fahamlah, kan? Dia mahukan seorang wanita, bukan minah jantan!" 

Mereka ketawa semuanya tapi aku? Menangis di dalam hati, menahan malu! Hina sangatkah aku di mata mummynya?

"So, saya bertekad membuktikan bahawa awak sebenarnya masih punya sifat-sifat dan kelembutan seorang perempuan. Dengan bantuan uncle, auntie, your brothers semua, you came to me. Memang garangnya bukan main lagi tetapi, saya boleh rasa yang awak masih seorang wanita. Seperti kata awak hari tu, jika lelaki idaman awak sampai, awak akan berusaha menjadi seorang perempuan semula, kan?" 

Aku sudah berdiri tegak di hadapannya. Pandangan mataku mencerlung. "Perasan betul kau ni, kan? Kau ingat, kau tu lelaki idaman aku ke? Hah?"

"Alia! Cuba cakap tu bersopan sikit!" tegur abang long. 

"So rude! Kamu nak kena ke, Alia?" abang lang tunjuk muka singa. 

"Saya tak tahulah sama ada saya ni lelaki idaman awak ataupun tidak. Tetapi, awak ialah wanita idaman hati saya. Disebabkan mummy dah approve awak sebagai calon menantunya, maka hari ini, di hadapan uncle, auntie, all of you, my friends; Musa, Omar, Amri.... saya, Imran Naufal bin Mohd Amin melamar awak, Alia binti Ahmad untuk menjadi isteri saya. Sudi?"

Aku jadi bisu. Tak terkata apa-apa. Pipiku rasa berbahang. Aku malu, sangat-sangat malu! Lantas aku berlari mendaki anak tangga menuju ke bilikku. Tidak berani hendak menoleh ke belakang kerana kini semuanya sedang mentertawakanku! Sampainya hati?

Sudikah aku? Mahukah? Lelaki ini sudah memalukan aku. Dia sudah menjatuhkan air wajahku. Sanggupkah aku? 

Aku hantar SMS begini ke telefon bimbitnya. 

"Maafkan aku! Aku tak sudi menjadi isteri kau."

Dia balas. *Tak apa! Saya sanggup tunggu!*

Geram betul! "Tak payah tunggu! Aku tak nak!"

Dia balas. *Insya-Allah, saya tak akan berhenti berdoa agar Allah bukakan pintu hati awak untuk saya. Dan, untuk pengetahuan awak, Alia, saya selalu dapat apa yang saya hendak selama ini, Alhamdulillah. Saya yakin pada Allah. Semoga awak akan sedar yang awak itu ditakdirkan untuk jadi isteri saya!*

Yakinnya dia? Tak padan dengan lembut? 

"Pergi cari perempuan yang mengisi ciri-ciri penuh kelembutan. Bukan aku!"

SMS yang dibalasnya membuat aku terpana. Walaupun aku tahu dia copy paste apa yang dihantar itu daripada sebuah laman web yang berkaitan hukum hakam wanita menyerupai lelaki, aku tetap terharu dengan keprihatinan Imran. 


*Sabda Rasulullah SAW : 
عن ابن عباس رضي الله عنهما قال : لعن النبي صلى الله عليه وسلم المخنثين من الرجال ، المترجلات من النساء Maksudnya : 
Daripada Ibn Anas r.a berkata Rasulullah SAW melaknat mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada kalangan wanita. 
(HR al Bukhari) 
Maksud menyerupai dalam konteks hadith di atas termasuklah daripada aspek gaya rambut, perhiasan, penampilan, cara bercakap, cara berpakaian dan sebagainya. 

Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-"Uthaimin menerusi bukunya Fatawa wa Rasai"il Lil Nisa" menegaskan bahawa haram ke atas lelaki menyerupai kaum wanita samada dari aspek tingkah laku, percakapan, perhiasan, cara berpakaian dan sebagainya dalam perkara yang dikhususkan untuk wanita. Begitu juga sebaliknya, haram ke atas wanita menyerupai kaum lelaki. 

Sabda Rasulullah SAW 
عن أبي هريرة رضي الله عته قال : لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم الرجل يلبس لبسة المرأة ، والمرأة تلبس لبسة الرجل Maksudnya : 
Daripada Abi Hurairah r.a berkata :Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan yang memakai pakaian lelaki. 
(HR Abu Daud)
Alia, saya bukan lelaki penuh ilmu untuk menegur. Saya sekadar menjadi insan kerdil yang sama-sama saling berpesan dengan kesabaran dan kebaikan. Awak pernah cakap yang saya lelaki lembut, tidak mampu mempertahankan agama untuk menjadi pembimbing anak dan isteri. Kalau saya janji, untuk buang semua kelembutan itu, tidakkah awak merasakan bahawa awak juga perlu berubah dan buang segala kekerasan awak? Saya cabar awak, Alia! Berubahlah!

p/s: Tapi, lebih baik kalau perubahan itu dilakukan semasa kita jadi suami isteri. tentu seronok tengok minah jantan kena marah dengan mummy sebab tak pandai perah santan atau potong bawang, kan?*

Elok hati hendak berlembut, terus jadi keras balik selepas ayat terakhir itu. Memang melampaulah si Imran ni. Kan?
.................

kawan2, 
rasa2, apa jadi nanti? buatkan sambungannya secara ringkas hehe...


19 comments: Leave Your Comments

  1. ayat terakhir Imran tu memang tak boleh blah. cemanalah tak kena reject? haha.

    ke Imran bakal gunakan mummy dia pulak utk pujuk Alia ni? Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena bagi alia merajuk dulu kut hehe

      Delete
  2. Mcm selalu,mmg comel ja citer ni hehe..
    wahai Alia..bakal berubh ke nnti?Tapi Alia akqn berubh juga walaupun tanpa imran kan kak?hehr

    ReplyDelete
    Replies
    1. perubahan perlu untuk kebaikan, kan?

      Delete
  3. Imran kene hntr keje g oversea? then tgk la sape yg rindu siape snanye?huuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. biar mereka berjauhan dan dedaun rindupun berguguran, gitu ek? hehe

      Delete
  4. alia tetap jual mahal walaupun dalam hati taman dah mula berbunga. merajuk tetap merajuk sebab dah dipermainkan. dia bawa diri dan berubah dengan sendiri. after a while, she came back as a new alia that even her family is suprised. dan kali ni dia terima bila imran kembali menagih kasihnya....sekian.....tq.

    hehehehe, ok tak cikgu?

    ReplyDelete
  5. lamanya tunggu akak sambung cerita nie... buat alia keras hati kak. mungkin semua org nk yg terbaik utk alia, tp sampai mempermainkan hati dan perasaan alia, tu kan x baik....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, alia mmg keras hati dan nnt kita akan buktikannya hmm

      Delete
  6. sy rsa buat imran kemalangn dan imran gugut xnk bedah jka alia xnk brubah .he3 x ketahuan sgt kan4...

    ok x kak sofi???

    ReplyDelete
  7. Owh.. Apesal riak benor c imran ni? Slalu dpt ape yg dia nak yer..
    Ksian la alia tu.. Malu kan kna gelak cmtu? Lbh2 lg dgn family sndiri.. Mmg xbleh trima.
    Dh abg2 tu kasar garang sume mana adik xjd ccmtu..
    Harap alia xberubah sbb cbrn si bdk riak tuu..
    Kata sanggup tgu kkan? Xmo depa ade hbgn..kira alia xkasik kkata putus. Bia lame2 sket.. Then acciidently meet. Errr..boley gitu? ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. jumpa terserempak dan alia sudah berubah, hmm good idea hehe

      Delete
  8. saya ada kawan... saya berdoa dia menerima hidayah Allah 1 hari nnt krn saya sayang dia sgt2.

    ReplyDelete
  9. lama menunggu tp puas hati. hehe.thnx kak sofi.!

    ReplyDelete
  10. poyo lh u imran,dah alia ngah merajuk pi nyakat lh pulak!sat g kena reject ha gigit jari u.wat lah ayat manis imran,tk yah bikin panas ati minah comei tu......pas ne biaq alia kasik main kan plak anak mummy tu!!!hehehe best!

    ReplyDelete

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Novel 6: Kupikat Jandaku

Novel 5: Suami Sebelah Rumah

Novel 4 : Tiada Yang Lain

Novel 2 : Cintamu Cintaku Satu

Novel 1 : Tak Mungkin Kuhindar

cintamu cintaku satu


Novel TMKH telah mendapat pengiktirafan 4 bintang dari Editor Berita Harian 2010. Cetakan yang ke-6. Anda juga boleh melayari LINK INI untuk membaca bab-bab 1 -15

Novel-novel dalam Bikinan

Followers

Nuffy