Langkau ke kandungan utama

Main-main cinta 2

2

Baharu seminggu aku bekerja, aku rasa bosan sangat. Sudahlah aku dipaksa memakai baju yang merimaskan, dah tu ke mana sahaja mamat lembut tu pergi, aku kena ikut! Ya, aku tahu! Memanglah itu skop kerja aku, mengekor bos ke mana sahaja dia pergi kerana aku bodyguardnya. Tapi, aku rasa, mamat tu tak langsung perlukan khidmat dan jasa baik aku ni. Dia bukannya jenis yang suka berpoya-poya, pergi clubbing, balik ke rumah waktu dinihari bagai. Imran ni anak emak. Suka duduk di rumah selepas menghabiskan kerja di pejabat. Paling tak tahan, dia suka tolong emaknya di dapur. Dan, aku? Aku pula dipaksa membantunya. Jadi orang gaji mereka, buat kerja-kerja di dapur yang tak pernah aku buat! 

"Alia, hiris bawang tu!" arah si ibu.

Pantas aku jawab, "Tak tahu! Tak pernah buat!"

Dua beranak itu memandang wajahku, tidak percaya. "Tak?" soal mereka serentak. Aku geleng. 

Mamat tu mendekat, terus letak pisau di tanganku dan berkata, "Dah tiba masa untuk awak belajar, minah...". Sempat pula tu dia mengenyitkan matanya. Isk, sakit hati betul! 

Ringan sahaja mulut ini ingin bertanyakan Imran tentang mengapa dia ambil aku bekerja kalau ini yang aku kena lakukan, namun 'mummy' terlebih dahulu menjelaskan, "Kamu tu kerja untuk Imran. Jadi, apa dia buat, kamu buat jugalah! Ikut aje, jangan banyak tanya, Alia!"    

Hendak menjerit minta tolong kepada ahli keluargaku? Atau bercerita tentang perbuatan dua beranak itu membuli aku di dapur? Huh, bagaikan mencurah air ke daun keladi. Mereka tidak peduli sama sekali. Langsung tidak mempercayai cerita-cerita yang aku bawa. Malah, kata emak, kalaupun benar aku kena buli, semua itu memang patut sebab selama ini tidak ada sesiapa dalam keluarga kami yang boleh memaksa aku membuat sesuatu yang aku tidak sukai. Hai la, sudahnya aku kena kutuk dan Imran dapat pujian yang melambung-lambung setelah berjaya menjadikan aku tukang masak di rumahnya. Hisy!

Sakit betul hati aku ni! Kerana sakit hati itulah, aku merancang sesuatu yang hebat. Biar Imran lembut tu tahu, siapa aku sebenarnya! 

"Kenapa dengan motor besar awak tu? Rosak?" tanya dia apabila jenuh aku cuba menghidupkan enjin motosikal Yamaha RXZ 135 Catalizerku, tetapi tidak berjaya. 

Aku anggukkan sahaja. Namun kemudian, aku tersenyum manis kepadanya. "Boleh tolong hantar aku balik?" 

Lama dia tenung wajahku. Risaunya rasa hati ini, bimbang dia menolak kerana kalau dia tak mahu hantar aku balik, habislah rancanganku nanti. Tetapi, dengan ceria, dia angguk. 

"Mummy, Im nak keluar kejap, nak hantar budak ni balik," 

Ibunya pandang wajahku dengan rupa tidak puas hati. "Menyusahkan aje minah jantan ni!" 

Tak sayang mulut betul! Kalau dia sebaya aku, tentu dah aku ganyang bibir dia dengan sambal belacan. Grrr....

"Mummy, Im pergi dulu," 

Ya Allah, lembutnya!! Jadi merdu pula nada suaranya yang kudengari. Ops, apasal aku cakap macam tu? Tapi, Imran ni memang aku tabik spring kat dia. Dia sangat-sangat menghormati ibunya. Memang anak emak!!

Imran memandu dengan tenang. Tiba-tiba timbul rasa kagum di dalam hatiku ini melihat betapa gagahnya dia ketika memandu. Langsung tidak kulihat ciri-ciri lembutnya itu. Tegap sahaja tangannya memulas stereng. Rasa ingin aku memuji namun tidak sempat hendak membuka mulut, tiba-tiba, sebuah kereta memotong laju dan berhenti, menghalang laluan kami di atas SKVE, betul-betul di atas jambatan Sg Rasau. Tiga lelaki meluru keluar dan mengetuk cermin kereta Persona milik Imran ini. Kerana geram, aku meluru keluar. 

"Weh, korang ni nak apa hah?" 

Seorang daripada lelaki-lelaki itu merenung aku tajam. "Lu diam! Gua ada kes mahu selesaikan dengan ini mamat!" Terus dia meluru ke tempat pemandu lalu menarik Imran keluar. Imran pula.. alahai... tak cakap apa, terus tutup muka dia. Geramnya aku! Penakut betul! 

"Hey, lepaskan dia!" Aku tahu aku harus cekap bertindak sebelum apa-apa terjadi kepadanya. Bukankah dia itu tanggungjawabku? 

"Eh mak cik! Kau boleh tolong diam tak?"

Argh, memang salah oranglah kalau aku yang muda belia ini dipanggilnya mak cik. Apa ke halnya? Memang lelaki yang berambut macam Joe Jambul ni nak kena flying kick aku!

Maka, tak berlengah, aku gunakan kemahiran martial arts yang kumiliki. Senang aje hendak mengajar mereka. Bagi cukup-cukup! Tendang, sidekick, tolak, kung fu, karate, tidak lupa silat, semua berfungsi dengan baik. Sana sini mengaduh! Tahu sakit? 

"Cukup! Cukup! Jom, chao!" 

Aku tersenyum puas. Yang sakit hati apabila memandang ke arah mamat yang sudah terduduk di tepi rumput. Bukan main beria-ia dia menghembus luka kecil di lututnya. Macam budak kecil! 

Aku bercekak pinggang di hadapannya. "Aku yang berlawan, kau dekat sini hembus-hembus kudis buta kau tu, ya? Macam sakit sangat!" marahku. 

"Mana pulak kudis buta? Ini tadi luka yang saya kena dengan budak rambut merah tu masa dia tendang kaki saya. Nampak ni? Banyak darah tau,"  

Makkk!! Ampunn!! Siap dengan mata merah nak menangis lagi. Eeii, bersandiwaralah pulak! 

Aku hulurkan tanganku. Segera disambutnya. Boleh pulak tersengih lebar dia? 

"Saya kagum dengan awak. Kuat betul! Memang awak layak jadi bodyguard saya!"

Alhamdulillah! Ayat yang sememangnya aku tunggu-tunggu! Jadi, tak bertangguh, aku menapak mendekatinya. "So, I am your bodyguard! Jadi, jangan lepas ni, kau buli aku kat dapur pulak. Faham?"

"What is so wrong with that? You are a woman, Alia! Esok lusa, awak tetap kena memasak untuk suami awak juga, kan?" selanya.

Aku semakin hampir padanya. Hidungnya kucuit. "Kalau aku kena jadi perempuan sejati, macam mana kau pulak? Elok ke jadi lembik macam ni? Kalau aku tak mampu nak pertahankan diri aku tadi, dengan keadaan kau begini, apa jadi pada aku? Pada kita? Hah?" 

Dia tatap wajahku bersama senyum nipis di bibir. "Alah, saya boleh buat punya!" 

Aku menyinga. "Buat apa? Menangis macam budak kecil? Bukan itu ke yang kau tengah buat tadi?"     

Wajah lelaki tampan itu merona merah. dia ingin menyahut namun aku tidak mahu memberikannya peluang. Biar aku yang cakap, itu lebih baik!

"Dengar! Tegak dan luruskan badan kau itu," Sebaik Imran bersedia mendengar, aku meneruskan kata, "Tugas lelaki lebih besar, tahu tak? Kami, kaum perempuan ni perlukan imam, perlukan pembimbing hidup kami. Mahukan dahan tempat berpaut, lelaki yang melindungi kami bagai payung tempat berteduh. Kau mungkin nampak aku macam jantan, kan? Tapi, hati aku ni, kau tahu ke?"

Dia geleng. Adoiii...

"Aku yakin, satu masa nanti bila aku jumpa lelaki idaman aku, aku akan berubah. kau tengoklah nanti," 

Kenapa dia senyum, ya? Alah, takkan dia perasan yang dirinyalah lelaki idaman aku selepas apa yang sudah kukatakan tadi? Pelik tu!

Tiba-tiba, dia pula mencuit hidungku. "Kita serupa, cik Alia sayang. Saya tentu akan berubah, sehingga gadis idaman saya tu terperanjat bila dia tengok perubahan itu nanti,"

"Kau dah ada..... mak we?" Rasa nak gelak pecah perut di situ juga tetapi aku terpaksalah menjaga air mukanya. 

"Kenapa? Awak fikir, saya tak layak bercinta?" 

Aku cuba seriuskan muka. Kesian aku tengok dia yang diserbu rasa rendah diri ketika ini. 

"Awak? Awak yang nak jadi lelaki ni? Ada tak lelaki yang awak minat? Dalam diam, mungkin?" 

Soalan apa ni? Aku? Jatuh cinta? Ada ke? Tak kuasa menjawabnya. Jadi, aku berpaling. Ingin masuk ke dalam kereta. Namun, lenganku dicengkam kuat. Menghalang aku daripada meneruskan langkah. 

"Apa?" soalku garang.

Lama dia menatap wajahku lagi. Kemudian, dengan langkah yang laju, dia meninggalkan aku. Erk? Aku silap pandang ke? Tegap sahaja dirinya ketika ini. Ke mana hilang lenggoknya? 

Apa sudah jadi?

"Cepatlah! Hari dah gelap ni. Ke, awak nak uji keperwiraan saya?" dia menjerit sebaik enjin kereta sudah dihidupkannya.  

Aduhai... lelaki tetap lelaki! Menyampah aku! 

......................

sori ya... masalah internet x habis2 lagi tapi insya-Allah, dah okey sikit. semoga anda suka citer merapu ni.  

Ulasan

  1. Memang masalah tenet yang semakin tenat:-) keep on tak sabar pulak nak tunggu seterus nya:-)

    BalasPadam
  2. cerita yg menarik. Imran ni bukan lelaki lembutkan . mungkin famili dia orang berpakat utk membentuk Alia jadi wanita sejati.

    BalasPadam
  3. salam kak sofi, best citer ni, nak lagi.

    BalasPadam
  4. sukeee..minah jantan vs mamat amoi, baru cun..

    BalasPadam
  5. Wah... selpas ni bertukar hormon ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kihkihkih... tukar hormon pulak ya?

      Padam
  6. ni imran saja berlakon ke mmgs emula jadi?
    heheh!
    tp kalau real pun mmg suka sgt! ececehh.!

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada la sikit2 kelembikannya tu hehe

      Padam
  7. Haha. Tetiba Imran bertukar kulit pulak ye?

    BalasPadam
  8. intan abd wahab5 Sep 2012 12:26:00 PG

    kak sofi..selamat hari raya..
    inan senyum spnjang mmbacanya..akak selau mmberi kami kehidupan yg ceria...tahniah kak...akak tentu sunyi kan bila semua ank2 dh kmbali ke tempat belajar....

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanx sebab anda senyum waktu membaca hehe. bila anak2 dah besar2, mmg rindu pd ragam masa dia org kecil2 dlu... yg no 2 br nk msk u semula minggu hadapan. no 3 /no 4 masih ngan kak sofi krn masih bersekolah....

      Padam
  9. mst ada udng sblik batu ni....
    suka la..

    BalasPadam
  10. comel jer alia dgn imran nih...
    nampak sangat ada yang tak kena..alia jer yg lurus... hehe
    tak sabar nak baca entri selanjutnya... ^^

    BalasPadam
  11. cam ade motif jek!nak wanita kan alia yg tomboy...n imran pun ade pape kot,agenda di sebalik membuli alia!bakal2 calon kot!!!hehe suke u alia.......best story lh dek...

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…