Langkau ke kandungan utama

Main-main cinta 1

1

Namaku Alia, Alia binti Ahmad. Pandai ayah bagi nama tu, kan? Empat huruf, senang nak ingat. Agaknya ayah memang suka perempuan yang namanya pendek-pendek kut. Sebab nama isteri dia, emak aku la tu, ialah Lina. Lina binti Jalil. Nama abang, adik, kakak? Okey, aku ada tiga orang abang sahaja. Aku yang nombor empat. Abang-abang aku, Amri, Musa dan Omar. Dah nampak? Ayah aku nak jimat dakwat juga nak menyenangkan pegawai JPN semasa urusan pendaftaran kelahiran kami dahulu. Hehehe...

Kerana aku adik bongsu kepada tiga abang, maka aku tak suka jadi perempuan. Aku lebih suka ikut stail abang-abang aku. Alah, senang cakap, aku ni tomboy, gitu! Pada umurku yang sudah menjangkau 25 tahun ini, aku belum pernah mengoles bibirku dengan gincu. Hendak bersolek? Jangan harap! Pagi raya, kalau tidak disebabkan emak menangis teresak-esak sambil menghulurkan baju kurung yang dia beli di Butik Cendana, jangan harap aku hendak memakainya. Itupun dengan mengikat perjanjian. Selepas balik dari menziarahi kubur nenek, aku akan memakai seluar jeans dan T-shirt semula! 

Cantik? Yup! Memang aku cantik. Bukan perasan, okey! Tapi kalau dah sentiasa kena puji, aku yakinlah bahawa diri ini dalam kategori itu. Tetapi, biasalah, kawan-kawan emak, selepas memuji aku sikit, kutuknya berbakul-bakul. Macam jantanlah dengan rambut pendek, macam budak K-Pop yang jambu mambu la, Fuh... pedih telinga! Tapi, gasaklah, kan! Diri aku, aku punya sukalah!

"Alia, emak panggil!" suara abang Musa kedengaran jelas di telingaku. Hmm, tu mesti emak nak bagi tazkirah lagi la tu! Tak habis-habis! Dengan hati yang bengkak, aku melangkah perlahan menuju ke ruang tamu. Emak, ayah dan abang-abangku sudah sedia menunggu. Wah, ini mesti sesi maut nih!

"Duduk!" Abang Amri dah mula tunjuk kuasa sebagao abang sulungku. Huh!

Emak menghulurkan satu sampul surat kepadaku. 

"Apa ni?" tanyaku sambil mengeluarkan isinya. 

"Surat tawaran kerja," jawab emak, malas. 

Aku ketawa melihat isinya. Mahu tak tergelak? Aku tak pernah mintak kerja, tak pernah pergi temuduga, tetiba sahaja, aku dapat kerja. Kot jadi CEO, atau pengurus besar mahupun jadi kerani, paling koman pun, maaf juga. Ini, tawaran datang untuk aku jadi bodyguard. Ada ke?

"Kenapa gelak?" tanya ayah.

Aku segera kuncikan mulut. Takut beb! Suara ayah macam petir!

"Kamu kan budak macho? Jadi, kawan ayah ni mintak tolong kamu jadi bodyguard anak dia. Anak dia ni selalu sangat dapat ancaman diculik. Kawan ayah bimbang akan keselamatannya," ayah memberitahu. 

"Alah, agensi sekuriti kan ada? Mamat-mamat escort tu semua lagi tegap, ayah. Yang nak orang jadi bodyguard budak tu, apa ke halnya? By the way, budak tu lelaki ke perempuan?" balasku.

"Lelaki!" 

"Apa, yah? Lelaki?" Keras perut aku gelak. Zaman dah terbalik dah ni! Aku, perempuan, kena jadi pengawal kepada budak lelaki. Apa kes? Tak lain, budak tu dah jadi minah! Confirm!

"Gelak tu maknanya suka, kan? So, bila boleh mula?" abang Amri tanya aku. 

Ewah, dia nampak teruja pula. Apa pasal bro? Excited eh nak tengok aku tunjuk bakat bertarung? Semua orang tahu yang aku pemegang tali pinggang hitam dalam segala do. Tae kwan do? Tang Soo do? Karate do? Dan, silat gayung, silat cekak tu semua, memang mainan aku aje tu. Hmm, abang-abang aku pun tahu dan arif benar akan keperwiraanku itu.  

Aku on aje. Eleh, setakat jaga budak kecik yang konpius gender dia, kacang aje tu! Aku jegil mata aje, pasti dia akur semua cakap aku. Senang aje kerja aku nanti. Guard pun guard la! Janji masyukk!
................

Perempuan tua yang baru membuka pintu rumah agam itu tengok aku atas bawah. Perbuatannya menyebabkan aku melakukan yang sama. Aku belek diri aku sendiri. Okey aje? Baju kemeja lengan panjang yang aku pakai dengan tali leher dan seluar slack warna hitam, rambut yang pendek, dah sebiji lagak dan gayaku menyamai heroin cerita Wild Romance, drama Korea yang best tu. So kenapa dia tengok aku macam aku ni baru datang dari planet Marikh, eh?

"Alia ke ni?" tanya mak cik tu. Suaranya penuh keraguan.

"Ya, saya Alia. Saya bodyguard budak lelaki yang namanya Imran dalam rumah ni. Mana dia?" balasku. Benci nak berlama-lama di muka pintu ni. Tak sopan betul! Sepatutnya, sebagai tetamu dan tidak lama lagi akan bekerja di sini, aku dijemput masuk. Ini tidak! Sengaja aje aku dibiarkan berdiri tegak kat muka pintu. Hisy! 

"Nama dah sedap dah! Alia. Lembut disebut. Ingatkan orangnya pun lemah lembut tapi alahai, macam gangster," 

Mata aku buntang. Wah, bukan main sedap mulut dia kutuk aku? Jagalah kau, orang tua! Nanti, bila aku dah dapat kepercayaan tuan rumah ni, sure, aku pecat kau eh! 

"Siapa tu, mummy?" 

Aku silap dengar ke atau aku silap masuk rumah orang? Hatiku tertanya-tanya sebaik aku nampak seorang lelaki lembut menghampiri perempuan tua tadi. Gaya jalan dia? Fuh, kalah Miss Universe sewaktu buat catwalk. Bukan main berlenggang kangkong! Tengok muka pula... alamak, bibirnya merah bak delima merekah. Pasti tidak merokok! Wow! 

Sebaik berada di hadapanku, dia paut tubuh wanita gempal yang dipanggilnya mummy tadi! Habislah aku! Ingatkan orang gaji, rupa-rupanya tuan rumah ini, pasti dialah juga emak budak Imran tu! 

"Hai, nama aku, Alia. Aku ni bodyguard Imran. Dia adik kau ke?" Malas aku nak layan hamba Allah dua orang ni. Baik aku straight to the point. Senang! 

Kedua-duanya saling berpandangan sebelum ketawa mereka meledak, memecah keheningan pagi ini. Aku teringin hendak gelak bersama-sama mereka, namun disebabkan aku tak tahu apa yang lucu sangat yang boleh membuat mereka ketawa macam nak pecah perut tu, maka aku hanya mampu merenung sahaja. Buat muka blur!

"So, mummy! This is my bodyguard?" lelaki lembut itu bersuara manja. Hisy, geli! Tetapi...

"What? Kau ni.... Imran?" Giliran aku pula ketawa terbahak-bahak. Ingatkan kena jaga budak kecil, rupa-rupanya kena jaga budak lembik... Ayoyo! 

"Kenapa gelak? Memang sayalah Imran. Imran Naufal Mohd Amin," dia menghulurkan tangannya. 

Aku renung tangan yang dihulur. Tiba-tiba sahaja, aku mendapat idea. Idea untuk menguji si lembut itu. Pantas, aku genggam tangannya lalu aku tarik dia dengan kuat, kukilas tangannya ke belakang sebaik dia jatuh meniarap di hadapanku. Seronok sungguh bila mendengar dia menjerit halus, "Auww,"

Aku duduk di atas tubuhnya sambil membisikkan di telinganya yang sedikit capang itu. "Yes! Kau memang perlukan sorang bodyguard. Jadi, aku lulus ke tak ni?" tanyaku.

"Bangunlah! Sakit tahu tak?" Imran mencuba menolak aku bangun. Hahaha... memanglah dia ni! Lembik betul! Nak jatuhkan aku yang hanya seberat 49kg inipun dia tak larat? Hai la!

Sebaik dia berdiri, dia segera memaut tubuh ibunya yang masih mencerlung memandang aku. "Mummy, pinggang Im sakitlah! Nanti mummy tolong urut, ya?"

Si mummy mengusap lembut tangan anaknya namun mulutnya smash aku dengan garang sekali. "Kalau aku, memang tak sudi pilih kamu. Tapi nak buat macam mana? Imran dah setuju! Tapi, ingat! Kalau patah riuk badan anak aku nanti, aku tak akan lepaskan kamu, Alia. Kamu dengar tak ni?" 

"Baik, mummy," Auch, cepat-cepat aku tutup mulut. Eeii, apa ke halnya aku pi panggil ma cik tu mummy, hah? Gila! 

"Belum boleh panggil mummy, ya! Kamu mesti panggil aku, puan. Faham?" 

Angguk ajelah!

"Dengar sini! Mulai esok, kamu pakai baju kurung. Tak berkenan aku tengok kamu pakai macam ni, Alia," 

Ini sudah lebih! Pasal apa pulak dia yang bagi arahan? Siapa bos aku ni? Anak dia yang lembut itu ke, dia? Saja nak bagi aku hangin!

"Bodyguard pakai baju kurung? Macam mana saya nak berlawan kalau Imran tu nak keluar ke mana-mana?" aku bantah. 

Perempuan itu mendekatiku. Dia mendongak dengan pandangan mata mencerlung. "Anak aku tu bos kamu, Alia. Jadi, jangan nak ber Imran, Imran dengan dia. Panggil dia, encik Imran," Dia mengambil nafas sebelum menyambung, "Pakai baju kurung bila datang ke sini. Lepas tu, kalau Imran nak keluar, baru kamu salin pakai seluar uniform yang kami dah sediakan. Waktu balik, pakai semula baju kurung kamu. Faham?" 

Aku pandang wajah mereka bergilir-gilir. Kenapa rasa macam kena main ek? Tapi, relakslah, Alia! Relaks! 

Siapa berani mainkan aku?

................

selepas sekian lama menyepi, kak sofi harap entri ini mampu menggembirakan anda semua. enjoy, k! 

Ulasan

  1. Weeeee... N3 baru!

    Sian dedua ni.. Ptt kna sistem barter dua org tuuu.. Br normall balikl nti ;p

    BalasPadam
  2. Hahaha menarik cepat la sambung:-)

    BalasPadam
  3. macam ada plan je family depa ni. hehe.
    btw, Selamat Hari Raya kak. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. plan? hmm... dan selamat hari raya, Hajar

      Padam
  4. wah mcm planning cantik je kan..hahahahah n3 akak heheheheheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. gelak eh. . hehe selamat membaca

      Padam
  5. hehe...lawak giler...xsabar nk tggu next entry

    BalasPadam
  6. Menarik ni tak sabar nak tahu sambungannya. Kak Sofi, Selamat Hari Raya. Saya suka cerita2 Kak Sofi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. silakan baca yg ke 2 hehe. selamt hari raya untuk naisma juga. thanx sebab suka citer kak sofi

      Padam
  7. Rasanya.. Mcm betul je alya kena main... Minah keras ngan mamat lembik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah lembik ngn tomboy hehe

      Padam
  8. wah sukernya citer baru ni..next kak :)

    slmt hari raya kak sofi!

    BalasPadam
    Balasan
    1. nim, selamat hari raya and thanx sbb suka

      Padam
  9. belum boleh panggil mummy?agagaga...bakal ke?^^

    BalasPadam
  10. hahaha..lawak tul lh sofi!!best acting alia guard mamat lembut imran.cam ade udang disebalik mee jek! hehe.best sngt........

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…