apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

17.9.12

Asyik mencari kesalahan orang lain...salah sendiri, macam mana?

Sebelum meneruskan bacaan, buat ini dahulu:

1. Ambil sehelai kertas dan pen
2. Letak jam digital di sisi

Mula2: Senaraikan dalam masa 30 saat kelemahan atau kekurangan yang ada dalam diri sendiri. Tak perlu fikir-fikir, tulis aje, okey! Biarkan minda separa sedar keluarkannya satu persatu dan anda tuliskan sahaja apa yang terlintas dalam fikiran itu. 

Lepas siap, ulang semula apa yang dibuat tadi, tetapi kali ini senaraikan pula apakah kelebihan atau kekuatan diri sendiri.

Sudah? Jawab soalan mudah ini:
Senarai manakah yang lebih panjang? 
Kak Sofi yakin, banyak senarai kelemahan telah dicatat berbanding kelebihan. Betul tak?

Meh kita baca apa kata seorang pakar motivasi tentang ini. 
Daripada pengalaman saya menjalankan program-program motivasi kepada pelajar dan pekerja, 90 peratus daripada mereka mendapati senarai yang pertama, iaitu tentang kelemahan atau kekurangan diri lebih panjang daripada senarai yang kedua. Ini bermakna, corak pemikiran kita lebih cenderung kepada perkara negatif berbanding positif.
Sebab itulah bila kawan kita datang pada kita nak cerita fasal satu peluang perniagaan yang hebat di mana potensi pendapatannya ribuan ringgit.... Apa kita fikirkan? 

Kita biasanya akan menganalisis dahulu apa ruginya kita bukannya apa keuntungan yang bakal diperolehi. Takutkan kerugian, maka kita akan berikan   alasan berikut: 
- tak ada masa, 
- tiada modal, 
- tak pandai berniaga, 
- dah pernah cuba dulu, tetapi gagal, 
- berniaga bukan darah daging atau tradisi kita, 
- macam-macamlah, kan?
Sudahnya, ketika orang lain berjaya, kita masih lagi berada di takuk lama.

Kepada ibubapa pula, cuba ambil sejenak untuk imbas balik cara kita bercakap dan mendidik anak-anak. Ke mana cenderungnya? Negatif atau positif? Hmm, mengaku atau tidak, biasanya kita lebih suka mencari salah anak. 
Kita mudah nampak apa kurangnya anak kita berbanding apa bagusnya dia.
Kita cepat membebel apabila anak lakukan kesalahan tapi jarang memuji apabila mereka lakukan perkara yang betul. 
Apabila kita lebih banyak membebel daripada memuji bermakna kita banyak mencari salah, atau banyak kaji buruk. 
Mustahil dalam satu hari tiada satu pun perkara yang betul telah dilakukan oleh anak kita. Tetapi sebab kita tidak fokus kepadanya maka kita tidak nampak. Kita sudah melatih otak untuk melihat dan mencari kesalahan lebih daripada kebaikan. Semua ini berlaku bertahun-tahun tanpa disedari hingga sudah menjadi sebati, menjadi tabiat dan spontan. Sedih, bukan?

Anda kat mana sekarang? Atas jalanraya? Sedang memandu di lebuhraya, mungkin? Cuba kira berapa banyakkah kereta yang berwarna merah yang anda nampak. Dapat kira? Banyak ke? 

Mengapa anda tiba2 merasakan seolah-olah kereta merah ada dimana-mana sekarang? Jawapannya mudah sahaja. Sebab minda mula fokus kepadanya. Kalau kita tak pernah ambil pusing, kita tak akan nampak. 

Mesej tersembunyi: Macam itulah kita! Kalau kita asyik cari salah, cari yang buruk2 tentang diri kita, tentang orang lain, itulah yang kita selalu nampak! Kenapa? Sebab otak kita fokus pada yang buruk dan yang salah itu! Ada arti?

Pernah dengar peribahasa, kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tidak? Kitalah tu!
Ada orang yang hidupnya suka cari salah orang lain dan tidak pernah nampak salahnya sendiri. 
Di sekolah-sekolah sekarang, kebanyakan cikgu pejam mata apabila anak murid buat kesalahan yang kecil. (Kalau ada cikgu yang terasa, harap maaf!) Jadi, bila berlaku masalah yang besar orang tuding jari pada sekolah. Yang pasti, ada logiknya juga! Pihak sekolah gagal mengesan atau mengambil langkah yang sewajarnya sewaktu sesuatu masalah masih kecil. Yang cikgu-cikgu biasanya buat (bukan semua!) melabel pelajar bermasalah itu! Sepatutnya kesalahan kecil dibaiki supaya pelajar tak terus buat salah. Malangnya, apabila sudah dicop sebagai pelajar bermasalah tanpa ada yang membantu menghuraikan masalah dihadapi, kesalahan kecil akan menjadi kesalahan yang lebih besar! Full stop!

Bagi yang sudah berkahwin, andai anda bertekak dengan suami, apa yang keluar daripada mulut masing-masing? Haha, takkan semasa sedang berkelahi, anda puji dia, dia puji anda, kan? Biasanya, masing-masing mula mencari salah pasangan dan tidak mahu mengakui salah sendiri. 

Mencari salah orang lain bagi mempertahankan diri bukanlah cara yang betul. Orang lain boleh mempengaruhi kita lakukan sesuatu yang buruk tetapi pilihan untuk melakukannya adalah pilihan kita sendiri. Malah di akhirat nanti iblis dan syaitan juga berlepas diri dari bertanggung jawab atas kesalahan yang kita lakukan kesan daripada hasutan jahatnya. Sebab itulah apa juga berlaku, diri sendiri dahulu yang perlu dipersalahkan.
Kita perlu sedar bahawa sikap mencari salah orang lain adalah satu sikap yang merugikan diri sendiri. 
Contoh: Apabila seorang ketua asyik dok cari salah orang bawahannya, maka motivasi diri orang bawahannya akan jatuh. Percayalah!

Mungkin tujuan kita menegur itu baik, sebab kita harap, orang yang kita tegur kesalahannya itu akan baiki diri. Tapi, sebenarnya, tidak! Orang yang ditegur itu menjadi semakin negatif, lemah semangat dan rasa tiada harapan. Lalu mereka lebih cenderung melakukan kesalahan yang sama secara berulang atau menambah lagi masalah atas apa yang sudah sedia ada.

Dapat tak mesej yang kak sofi nak sampaikan? Kalau dapat, alhamdulillah. Kalau tak setuju, jawablah dan berikan pendapat di ruang komen. Kita bincang sama-sama, okey! 

Peace...

sumber: sini

2 ulasan:

  1. Setuju sgt2.. Suka cari kesalahan org lain.. Geram...

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum kak ana sofiya. Nice entry. Mohon share ye.

    Sy lalu sini. Dh follow akak. Jemput ke

    http://miszwati88.blogspot.com/2013/12/kenapa-suka-cari-kesalahan-orang.html

    T kasih.

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.