apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

3.8.12

Opor Chef Wan... terliur ai...


Nak makan nih? Hmm sedapnya, kan? Bulan-bulan puasa ni alahai... pecah liur... 
Ni resepinya>>>>

BAHAN-BAHAN
Minyak sayur 125 ml
Serbuk ketumbar 2 sudu besar
Serbuk jintan manis 2 sudu besar
Serbuk jintan putih 2 sudu besar
Serbuk lada hitam 2 sudu besar
Daging lembu 1 kg, dipotong besar
Santan 1½ biji diperah dengan 1 liter air
Sedikit rempah penumis pelaga, cengkih, kulit kayu manis, bunga lawang
Air asam jawa 2 sudu besar, diramas dengan 120 ml air dan dituskan
Gula 6 sudu besar
Garam Secukup rasa
Kerisik 8 sudu besar

Dikisar halus
Bawang merah 15 ulas, dikupas
Bawang putih 6 ulas, dikupas
Halia 2 cm, dikupas
Serbuk belacan 1 sudu besar
Cili kering 30 tangkai, direndam dalam air panas dan dituskan

CARA
Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar bersama serbuk ketumbar, jintan manis, jintan putih dan lada hitam. Masak perlahan-lahan sehingga wangi.
Masukkan daging dan santan. Masak selama 30 minit sehingga daging empuk.
Akhir sekali, apabila kuahnya pekat, masukkan air asam, gula dan garam secukup rasa dan kerisik.

NOTA
Rasa opor ini cukup pedas, manis dan lemak.

sumber: ramadan di yahoo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.