Langkau ke kandungan utama

Mengharap ehsan-Nya pada malam Lailatul Qadar

1 malam ganjil sudahpun terlepas malam tadi. Andai kata ia malam Lailatul Qadar, maka kasihanlah kita yang tidak bersungguh beribadah kepada-NYA kerana Lailatul Qadar adalah satu malam yang jauh lebih baik daripada 1000 malam. Namun, andaikata belum lagi, masih belum terlewat untuk kita meningkatkan ibadah kita. Jadi, jom sama-sama kita menambahkan ketaatan, menunaikan kewajipan yang wajib dan sunat, menambahkannya, moga-moga kita menjadi insan bertuah... Amin...

Dari blog encik suami: Tajuknya: Doa-doa do malam 10 terakhir Ramadan....

Diriwayatkan dari Saidatina Aisyah r.a. yang menceritakan:

“Aku bertanya Rasulullah SAW: 
‘Ya Rasulullah, jika aku menemui lailatul-Qadar (malam al-Qadar) apakah doa paling baik untuk aku ucapkan?’ 
Jawab Rasulullah; 
‘Kamu bacalah doa (yg bermaksud); “Ya Allah, ya Tuhanku! Sesungguhnya Engkau adalah Tuhan yang maha pemaaf. Engkau suka memaafkan (dosa hamba-hamba-Mu). Maka maafkanlah daku (yakni ampunkanlah dosa-dosaku).”
(Riwayat Imam at-Tirmizi)
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:
“Permulaan Ramadan itu adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan (maghrifah) dan penghujungnya adalah kebebasan dari api neraka”
Kita sekarang berada di fasa terakhir Ramadan dan 10 malam akhir Ramadan ini adalah fasa pembebasan daripada api neraka dan “puasa itu adalah perisai” yang menghalang pelakunya daripada memasuki neraka. Seperti yang kita maklum, di 10 malam terakhir ini juga terdapat 1 malam yang sangat istimewa iaitu malam Lailatul Qadar.

Hanya ibadah puasa Ramadan yang dipecahkan kepada 3 bahagian iaitu fasa rahmat, keampunan dan kemerdekaan daripada neraka semata-mata kerana Allah SWT ingin membesarkan pahala Ramadan. Subhanallah. Semoga kita dapat memanfaatkan setiap fasa yang telah kita lalui sepanjang Ramadan tahun ini.
“Sesungguhnya amalan-amalan itu terletak pada penghabisannya.” 
(Hadis Riwayat Bukhari)

Oleh itu marilah kita tingkatkan dan tambahkan ibadat di 10 akhir Ramadan. Bersamalah kita mengisikan 10 hari terakhir ini dengan melebihkan ketakwaan dan menjaga ibadat puasa Ramadan. Mari perkemaskan ibadah puasa di 10 hari terakhir ini dan tutuplah kecuaian yang berlaku dalam puasa 20 hari yang lepas dengan menambahkan amalan-amalan sunat selain amalan fardu seperti solat, bersedekah dan membaca Al-quran. Bersamalah kita mencari Lailatul Qadar. 

Bagi mencari malam Lailatul Qadar, ada baiknya kita membaca Doa lailatul-Qadar ini pada setiap malam di 10 malam terakhir Ramadan kerana dengan membacanya pada setiap malam, pastinya salah satu doa kita akan bertemu malam al-Qadar sekalipun tanpa kita menyedarinya.

Sabda Rasulullah,

“Sesungguhnya bagi orang berpuasa -ketika berbukanya- doa yang tidak akan ditolak.” 
(Riwayat Ibnu Majah dari Abdullah bin 'Amru bin al-'As)

Di samping itu, kita perbanyakkan berdoa dengan doa-doa 10 malam terakhir Ramadan. Bersama entri kali ini, mari berkongsi juga doa-doa 10 malam terakhir untuk kita sama-sama membacanya dan mendapat syafaat daripada Allah SWT .

Doa hari ke-21
Ya Allah! Berilah aku petunjuk menuju kepada keredhaanMu. Dan janganlah Engkau beri jalan kepada syaitan untuk menguasaiku. Jadikanlah syurga bagiku sebagai tempat tinggal dan peristirahatan, wahai pemenuh keperluan orang- orang yang meminta.
Doa hari ke-22
Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pintu kurniaMu, turunkan untukku berkah-berkah-Mu. Berilah kemampuan untukku kepada penyebab-penyebab keredhaanMu, dan tempatkanlah aku di dalam syurga-Mu yang luas, wahai penjawab doa orang-orang yang dalam kesempitan.
Doa hari ke-23
Ya Allah! Sucikanlah aku dari dosa-dosa, dan bersihkanlah diriku dari segala aib. Tanamkanlah ketaqwaan di dalam hatiku, wahai penghapus kesalahan orang-orang yang berdosa.
Doa hari ke-24
Ya Allah! Aku memohon kepada-Mu hal-hal yang mendatangkan keredhaan-Mu, dan aku berlindung dengan-Mu dan hal-hal yang mendatangkan kemarahan-Mu, dan aku memohon kepada-Mu kemampuan untuk mentaati-Mu serta menghindari kemaksiatan terhadap-Mu, wahai pemberi para peminta.
Doa hari ke-25
Ya Allah! Jadikanlah aku orang-.orang yang menyintai aulia-Mu dan memusuhi musuh-musuh-Mu. Jadikanlah aku pengikut sunnah-sunnah penutup nabi-Mu, wahai penjaga hati para nabi.
Doa hari ke-26
Ya Allah! Jadikanlah usahaku sebagai usaha yang disyukuri, dan dosa-dosaku diampuni, amal perbuatanku diterima, dan seluruh aibku ditutupi, wahai maha pendengar dan semua yang mendengar.
Doa hari ke-27
Ya Allah! Rezekikanlah kepadaku keutamaan lailatul qadar, dan ubahlah perkara-perkara ku yang sulit menjadi mudah. Terimalah permintaan maafku, dan hapuskanlah dosa dan kesalahanku, wahai yang maha penyayang terhadap hamba- hamba-Nya yang soleh.
Doa hari ke-28
Ya Allah! Penuhkanlah hidupku dengan amalan-amalan sunnah, dan muliakanlah aku dengan terkabulnya semua permintaan. Dekatkanlah perantaraanku kepada-Mu di antara semua perantara, wahai yang tidak tersibukkan oleh permintaan orang-orang yang meminta.
Doa hari ke-29
Ya Allah! Liputilah aku dengan rahmat dan berikanlah kepadaku taufiq dan penjagaan. Sucikanlah hatiku dari noda-noda fitnah wahai pengasih terhadap hamba-hamba-Nya yang mukmin.
Doa hari ke-30
Ya Allah! Jadikanlah puasaku disertai dengan syukur dan penerima di atas jalan keredhaan-Mu dan keredhaan rasul. Cabang-cabangnya kukuh dan kuat berkat pokok-pokoknya...

Akhir sekali terimalah hakikat kefarduan ibadat puasa Ramadan dan ikhlaskan hati dalam melakukannya semata-mata kerana Allah SWT. Semoga perkongsian ini dapat menambah kekuatan kita dalam menjalani ibadah dengan penuh keinsafan. InsyaAllah....

Wallahualam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…