Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

04 August 2012

Keputihan - merunsingkan wanita


Wahai wanita, fahami apa itu keputihan. Keputihan ni satu masalah kesihatan wanita yang merunsingkan. Jangan cakap tidak, terutama bagi anda yang mempunyai masalah keputihan yang teruk tu!

Keputihan ialah keluaran lendir dari faraj. rujuk sini untuk memahaminya. 

1. Peranan lendir di dalam faraj

Melindungi sel-sel dan dinding saluran faraj. Jika tanpa lendir, sel-sel tersebut akan menjadi kering dan rosak. Kering faraj selalunya dialami oleh wanita yang dah putus haid (menopause). Memang problem sebab kekeringan tu akan timbulkan rasa sakit sewaktu bersetubuh. Maknanya, lendir faraj penting supaya persetubuhan tu tak sakit. 

Ada yang tanya lendir tu yang macam mana? Jawapannya, lendir tu keluar masa anda tengah bernafsu la. 

Pangkal rahim (cervix) juga mengeluarkan lendir yang mempunyai daya untuk membekal makanan dan tenaga kepada benih-benih lelaki untuk beberapa hari dalam keadaan hidup jika sperma terletak di dalam lendir di pangkal rahim (pada kebiasaannya benih lelaki hanya hidup di antara 24-28 jam sahaja) semasa benih lelaki (sperm) hendak bercantum dengan benih perempuan (ovum) di dalam proses persenyawaan. 

2. Apakah yang mengawal pengeluaran lendir?

Paras hormon estrogen dan progesteron di dalam darah wanita. Wanita hamil contohnya adalah mereka yang kadar hormon estrogen dan progesteron meningkat naik dan ini menyebabkan pengeluaran lendir berlebihan daripada biasa.

Wanita yang makan pil perancang keluarga juga alami keputihan kerana pil mengandungi dua dua jenis hormon etsrogen dan progesteron. 

Wanita yang sedang dirawat untuk penyakit seperti endometriosis pun boleh mengalami keputihan yang berlebihan.

Keputihan yang banyak juga berlaku pada wanita yang selalu tension, atau sedih sangat. Suka sangat pun juga, malah yang kuat bekerja (guna tenaga fizikal yang banyak)

3. Sifat lendir yang normal

Lendir jernih, cair, tanpa bau dan tidak diiringi rasa gatal.

4. Keputihan sebagai tanda penyakit

Apabila lendir bersifat putih pekat, kelihatan seperti nanah, seringkali berbau busuk serta diiringi rasa gatal-gatal pada sekeliling faraj. Adakalanya warna lendir itu berwarna kemerahan atau coklat kerana bercampur darah. 

5. Jenis-jenis jangkitan kuman

Bagi wanita yang dah kahwin, nampak aje keputihan maka mulalah tertanya-tanya apakah dia mengidap kanser pangkal rahim. 

Bagi gadis yang belum kahwin, keputihan menimbulkan persoalan sama ada mereka akan mandul pula setelah kahwin nanti. 

Biasalah...

Kalau setakat yang jernih tu, rasanya tak ada apa-apalah, kan? Tapi kalau dah sampai ke salur fallopian? Mulalah risau. Macam2 nama penyakit, tergambar di fikiran. 

i. Kuman

Kuman bakteria jenis E-coli adalah kuman yang sering menjangkiti kemaluan dan perkakas peranakan. Kuman-kuman yang lain yang merbahaya termasuk kuman gonorrhea dan siplis. Kuman yang digelar dengan nama ‘Trichomonas’ sering juga menjangkiti kemaluan dan menyebabkan pengeluaran lendir yang berwarna kehijauan dengan disertai gatal-gatal dan bau busuk.

ii. Kulat

Kulat yang digelar dengan nama ‘Monilia’ atau ‘candida’ sering menjangkiti wanita yang sedang hamil atau mengidap kencing manis.

iii. Virus

Virus seperti ‘herpes’ dan ‘chlamydia’ sering menjangkiti kemaluan dan perkakas peranakan.

6. Apakah bahaya akibat jangkitan kuman?

Anda akan alami antara yang berikut:

Mandul, sakit ketika haid, pendarahan yang banyak selepas persetubuhan. 

Ketahuilah, antara cara anda dapat jangkitan kuman adalah melalui hubungan seks. Sebab itu pelacur dan perempuan yang suka buat seks rambang selalu dapat keputihan yang teruk tu. Andai kata suami anda seleweng, suka cari pelacur pula (Nauzubillah) dia akan dapat kuman siflis dan gonorrhea tanpa dia menyedarinya kerana dia tidak mengalami apa-apa tanda penyakit tetapi kuman dari pelacur tu dah berjangkit dalam kemaluannya. Bila suami ini meniduri isterinya, maka menularlah penyakit tersebut. Isterilah... mangsa!

Yang paling penting, jaga kebersihan diri dan anggota sulit anda untuk elakkan penyakit serius akibat keputihan yang teruk. 

1 comment:

  1. Just a blogwalker who want to promote her blog - tips kecantikan dan kesihatan

    http://kebaikanvitamin.blogspot.com

    ReplyDelete

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Ping Busuk