Langkau ke kandungan utama

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin dengan gadis lain yang lebih cantik macam yang selalu disebut-sebut dalam majalah. Maklumlah, dah pernah sandang gelaran The Most Eligible Bachelor of Malaysia, kan?"

Nada sedih itu kedengaran lagi. Sayu dan penuh kedukaan.

Mak Nah tidak menyahut. Dibiarkan sahaja Janet melayan perasaan sendiri. Dia tahu, biarpun sudah lama peristiwa sedih itu berlaku, tidak sekali, pernah Janet melupakan lelaki yang bernama Syamrin Khusairi itu. Tidak pernah! Apatah lagi dengan kehadiran si comel Erin.

"Kenapalah hari ini saya teringat pada dia pulak, mak Nah! Hisy!" Janet menyeka air mata sambil tergelak kecil. "Perempuan bodoh! Saya patut bencikan dia, kan? Ni, nangis pulak,"

Mak Nah pantas mendakap tubuh Janet erat. Membiarkan gadis itu menangis di dalam dakapannya. A shoulder to cry on... itu yang selalu Janet katakan kepadanya.

Selepas hampir lima minit, tangisan Janet pun reda.

"Basah bahu mak Nah," ujarnya sambil mengusapi bahu wanita tua itu, satu-satunya insan yang ada untuknya sewaktu dia kesakitan, waktu dirinya keseorangan. Saat papa dan mama membuangnya, saat Syamrin Khusairi membencinya, dia masih ada wanita ini. Biarpun mereka berlainan agama, mak Nah masih sudi menerima dia seadanya. Budi dan jasa yang tidak terbalas sampai mati nanti.

"Tak salah melayan rindu, Janet," bisik mak Nah.

Janet gelengkan kepala. "Salah! Kalau rindupun, agak-agaklah, mak Nah. Takkan nak rindu pada yang tak sudi," balasnya.

Mak Nah ketawa. Memang kalah kalau hendak berbalah dengan gadis cantik ini. Biarpun dia bukan Melayu namun Janet fasih benar apabila bercakap. Bahasa Melayunya lancar meniti bibir. Malah, dengan Erin, anaknya pun, Janet lebih suka bercakap dalam bahasa ini, bukan bahasa Mandarin, bahasa ibundanya sendiri.

"Entah-entah, dia pun rindu pada Janet. Mana kita tahu, kan?" balas mak Nah dengan berhati-hati. Takut mengecilkan hati.

Janet tersenyum. "Dia? Dia benci saya, mak Nah. Dia percaya dengan apa yang dia nampak. Dia percaya dengan apa yang dia dengar dari mulut orang lain. Siapalah saya ni, mak Nah. Kata Syam, saya ni kaca. Gilap macam manapun, tak akan berkilat sebab kaca tetap kaca, tak ada nilai..." luahnya.

Bukannya mak Nah tidak tahu kisah lampau itu cuma hari ini, entah kenapa memori silam itu kembali menghiasi ingatannya. Peristiwa yang sengaja ditutup rapat, entah mengapa menjenguk-jenguk kotak fikiran.

"Hubungan kami memang tengah hambar masa tu. Dia marah sebab saya mengandung. Yalah, tujuan dia jadikan saya perempuan simpanan pun, bukan untuk mengandung tapi untuk ditayang-tayang ketika kami ke majlis-majlis sosial. Maklumlah, orang selalu akan puji dia macam-macam... sukalah! Dia suruh saya gugurkan, saya degil, tak mahu. Nak kahwin dengan saya? Lagilah mustahil!"

"Mustahil?" celah mak Nah. "Kenapa pulak? Kan Janet boleh peluk Islam?"

Janet ketawa. "Bukan sebab itulah, mak Nah. Dia memang tak ada niat nak kahwin dengan saya. Saya ni mainan dia aje..." balasnya.

Mak Nah mengucap panjang. Jauh benar terpesong pegangan agama seorang Syamrin Khusairi. Jauh... Hidup bergelumang dosa. Jauh... hidup tidak mengenal erti halal dan haram. Jauh.... dari Allah.

"Saya rela korbankan semua demi dia sebab saya sayang dia. Saya cintakan dia. Tapi, dia? Sikitpun tak ada apa-apa untuk saya walau sebesar kuman pun. Sebab itu, bila mak dia datang ke rumah kami, tunjuk gambar saya sedang tidur entah dengan siapapun, saya tak kenal, terus dia percaya. Terus dia halau saya. Terus cakap, 'Don't let me see your face again, I hate you!' "

Mak Nah peluk tubuh yang sedang bergoncang itu kembali. "Patutlah Janet nak bunuh diri..." Ingatan melayang kepada kejadian di Hotel Dynasty. Waktu itu, dia bekerja mencuci bilik hotel. Mak Nah masuk ke dalam bilik penginapan Janet kerana menyangka tidak ada orang di dalamnya. Rupa-rupanya, Janet sedang duduk dalam keadaan menggeletar di atas katil dengan tapak tangannya dipenuhi dengan ubat tidur.

Janet mengangguk. "Saya bodoh betul, kan? Hanya kerana seorang lelaki... Mujur mak Nah tahan saya, tegah saya daripada menelan semua pil tidur tu. Terima kasih, mak Nah,"

"Terima kasih pada Janet juga," balas mak Nah.

"Saya? Kenapa?"

"Sebab Janet. mak Nah dapat tinggal dalam kondominium mewah ni. Tentulah mak Nah bersyukur sangat, nak," mesra mak Nah menjawab soalannya.

Janet ketawa besar. "Mak Nah ni, ada-ada aje la!"

"Ya Allah, Janet! Dah pukul dua belas. Cucu mak Nah nak sampai dah. Lauk kesukaan dia mak Nah belum masak lagi ni," Mak Nah bergegas ke singki.

Janet tersenyum. "Erin demand lagi, ya? Lauk kesukaan dia kan banyak? Hari ini dia nak makan apa pulak?" tanya dia.

"Alah, ikan siakap kukus yang bubuh segala macam buah asam tu,"

"Oh, itu! Bukan setakat Erin yang suka, mak Erin pun nak rasa juga," ucap Janet sambil membayangkan ikan kukus yang mak Nah taruh lemon, asam boi, hirisan nipis halia muda, jus plum... sedap!!

Melihat muka jam, dahi Janet berkerut sedikit. Sudah agak lewat daripada biasa. Selalu, pukul 12, Erin sudah sampai ke rumah. Hari ini... dah 12.30 tengah hari. Ke mana pula perginya?

"Nak telefon Zaleha kejaplah, mak Nah. Kenapa diorang tak sampai-sampai lagi ni?"

Zaleha ialah pengasuh Erin. Ke mana Erin pergi, Zaleha pasti ikut. Gadis itu ialah adik angkatnya juga. Zaleha, anak gadis yang berusia 17 tahun, enam tahun dahulu, ditemui di sebuah rumah anak yatim. Kerana mereka ada 'chemistry' , Janet membuat keputusan untuk membawa Zaleha tinggal bersama-sama dengannya.

Elok sahaja hendak mencapai telefon bimbit, loceng pintu kedengaran. Bergegas Janet ke pintu utama. Sengaja hendak menyergah Zaleha. Seronok kan kalau sekali sekala dapat main-mainkan adik angkatnya itu?

"Leha!!"

Dia dengar suara Zaleha menjerit tetapi bukan di hadapannya. Gadis itu sedang bersembunyi di sebalik sekujur tubuh tegap yang kini mendepaninya.

"Mummy,"

Baru perasankan Erin yang sedang diturunkan oleh tuan punya badan itu. Janet tetap tidak peduli. Sejak berpisah dengan Syamrin Khusairi, minatnya terhadap kaum lelaki musnah dan hilang sama sekali. Jadi, tumpuannya hanya untuk anaknya yang sudahpun memaut lengan Janet.

"Mummy, tadi kan, masa kita orang jalan nak balik, ada orang naik motor tu, dia tarik beg kak Leha. Kak Leha jerit kuat-kuat..."

Zaleha menyambung. "Nasib baik abang ni ada, kak Jen. Abang ni telefon polis. Dia bawak Leha pergi balai buat laporan. Lepas tu, dia sudi hantar Leha dengan Erin balik. Terima kasih, bang,"

"Sama-sama,"

Janet mendongak demi mendengar suara itu. Saat mata bertentang, hati yang lama mati dirasakan hidup semula. Degupan jantung yang selama ini biasa-biasa sahaja kini amat laju jadinya.

"So, this is where you have been hiding from me,"

Sinis sahaja kedengaran bunyi suara garau itu.

"Leha, bawak Erin masuk," perintah Janet dalam suara bergetar.

"Tapi..."

"Masuk! Nanti akak nak cakap sikit dengan kamu! Pandai-pandai aje mintak tolong dengan strangers! Masuk, sekarang!"

Bulat mata Erin memandang wajah mummynya. Tidak pernah dia melihat mummynya garang begini. "Mummy!" panggilnya.

Janet bertinggung. Pipi si comel dielus manja. "Erin masuk dulu. Nenek masak best hari ini. Pergi tengok!" suruhnya.

Anak kecil itu melonjak riang. "Yeay!!" jeritnya, melontar flying kiss ke arah Syamrin Khusairi yang sudahpun tersenyum melihat gelagatnya.

"Terima kasih untuk apa yang awak dah buat tadi. Bye," Janet berpaling. Dia hendak menutup pintu. Hendak menganggap bahawa semua ini hanya mimpi... Mengharap, pertemuan dengan Syamrin Khusairi ini tidak benar-benar terjadi.

"Love me or hate me, both are in my favor… If you love me, I'll always be in your heart… If you hate me, I'll always be in your mind. Yang mana satu untuk aku, Jen?"

Terkaku Janet jadinya. Soalan itu menjerat dirinya sendiri. Ayat-ayat cinta hasil tulisan Shakespeare itu adalah ungkapan kegemarannya setiap kali bergurau dengan Syamrin Khusairi dahulu. Kini, Syamrin Khusairi bertanya kepadanya tentang itu?

Janet berpaling. Kali ini, dia memberanikan diri untuk menatap seraut wajah itu. Masih tampan, masih bergaya, masih mampu mengganggu gugat perasaannya ini. Namun, dia tidak mahu lagi pada kenangan lampau yang menyakitkan itu. Dia tidak mahu mengulanginya.

"Enam tahun dulu, siapa yang campak siapa keluar dari rumah mewahnya? Enam tahun dulu, siapa yang cakap tak mahu tengok muka saya lagi? Siapa?"

Wajah Syamrin Khusairi berubah mendengar soalan-soalan itu. Hatinya pedih mendengar kepahitan yang terlontar dalam nada suara penuh amarah Janet kepadanya. Kalau dia di tempat Janet pun, dia amat yakin, dia juga akan membenci seorang Syamrin Khusairi yang bertindak mengikut hawa nafsu dan gelodak cemburu yang menggila, enam tahun dahulu.

"So, you hate me? Patutlah aku tak pernah dapat lupakan kau sebab kau sentiasa ada dalam fikiran. You are always on my mind. Patutlah! Kau dah sumpah aku dengan ungkapan Shakespeare tu, Jen," ucap Syamrin Khusairi lembut dan perlahan.

Lama Janet merenung wajah lelaki itu. Cuba memahami lafaz kalimah tadi. Untuk apa? Kenapa? Apa maksudnya? Namun tidak dia temui.

"Saya nak tutup pintu. Serapat mana pintu ini tertutup, serapat itulah pintu hati saya terkunci mati. Jangan nak bagi ayat-ayat cinta awak tu hanya dalam tempoh seminit dua selepas kita jumpa semula. Sebab, kesakitan yang awak bagi pada saya enam tahun dulu belum terampun!"

Syamrin Khusairi menatap daun pintu yang kini tertutup rapat. Sepasang matanya berkaca. Sebuah penyesalan sedang bersarang di dalam dada.

"Maafkan aku, Janet. Maafkan aku!" bisiknya perlahan sebelum melangkah pergi.

2

Kisah lebih tujuh tahun dahulu bermula apabila dia diperkenalkan kepada Syamrin Khusairi dalam satu majlis sosial. Sepasang mata lelaki itu tidak lepas daripada menjelajahi tubuh seksinya. Keghairahan yang dilihat begitu mempesona. Namun, malam itu dia terpaksa buat bodoh dan berpura-pura tidak menyedari keinginan Syamrin Khusairi terhadap dirinya kerana dia tidak mahu, temannya, Albert, jadi cemburu.

Sangkanya, mereka tidak akan bertemu lagi. Saat dia meninggalkan majlis, Syamrin Khusairi sudah pergi. Namun, ingatannya kekal terhadap lelaki itu. Rupa-rupanya, Syamrin Khusairi juga tahu bahawa di antara mereka ada rasa, ada sesuatu yang berbeza. Ada kimia! Entah dari mana lelaki itu mendapat nombor telefonnya. Dia tidak kisah pun! Hatinya berbunga dan tentu sahaja dia tidak menolak ketika Syamrin Khusairi mengajaknya untuk makan malam bersama.

"Are you stupid, Janet? Syamrin tu buaya, tau! Sekali dia ngap.."

Janet ketawa mendengar omelan Ann, teman sebiliknya yang juga teman rapat sejak zaman kuliah di Kolej SEGA sehinggalah kini, masing-masing sudah bekerja. Ann seorang setiausaha sementara dirinya ialah seorang juruhias dalaman.

"Hello, kita hidup kena enjoy, Ann. Right now, I am happy dengan dia. Dia tak kedekut, sebab apa aje yang I nak, dia kasi. So, kenapa I nak lepaskan peluang kalau dia nak jadikan I girlfriend dia?" balasnya.

"Tapi, Janet. Antara you dengan dia banyak sangat bezanya, tau! Dia tu orang Melayu, you tu..."

"Cina? So what? Apakah kalau I kawan dengan Syam, nama I, Janet Lee Tze Ling akan berubah jadi nama Melayu pulak? Come on, Ann! Ini zaman moden, la! Both of us tak terikat dengan semua benda remeh temeh tu, faham?"

Remeh temeh baginya rupa-rupanya tidak begitu kepada orang lain. Terutama keluarga mereka. Papa dan mamanya takut kalau-kalau dia akan berpaling dan memeluk agama Islam. Lucu betul! Tidakkah mereka nampak bahawa sikap Syamrin Khusairi sendiri membuat dia mual? Lelaki itu bukannya lelaki Melayu Islam yang baik pun, jadi, Janet tidak nampak mengapa mama dan papanya tega menyuruh dia memilih antara keluarga dengan Syamrin Khusairi. Kerana dia memilih lelaki itu, hubungan keluarga diputuskan. Dia jadi anak terbuang.

Keluarga Syamrin Khusairi? Ah, tentulah mereka paling tidak suka akan sikap dan perbuatan lelaki itu yang nyata bertentangan dengan hukum dan agama Islam. Mereka sentiasa mencuba memisahkan dirinya dengan Syamrin Khusairi. Bagi mereka, dialah penyebab Syamrin Khusairi hilang maruah dan harga diri.

"Syam, I ada benda nak beritahu you ni," ucapnya lembut.

Sangkanya, berita gembira yang diterima pagi tadi dikongsi bersama oleh Syamrin Khusairi. Malangnya, sebaik sahaja dia memberitahu bahawa dia mengandung, terus mata lelaki itu membuntang. Kemarahan begitu nyata di air wajah.

"I tak ambil you jadi mistress I untuk you mengandung, Janet! You pun tahu, kan? Gugurkan dia!"

Dalam rasa tidak percaya, dia mendengarnya. "Tapi, ini anak kita, Syam! Anak you, anak I. Tanda cinta kita..."

Mata Syamrin Khusairi buntang. Kemarahannya nyata... "Cinta? You siapa yang I nak cinta, Janet? Jangan nak perangkap I dengan cakap macam tu. I tak suka!"

"Dan, I juga tak suka you paksa I gugurkan kandungan ni! You suka atau tidak, I tetap akan lahirkan dia, Syam!" tegasnya.

Dan, kerana ketegasannya itu, Syamrin Khusairi mula menjauhkan diri darinya. Kalau sebelum ini, mereka hidup bagaikan suami isteri namun sejak kejadian itu, Syamrin Khusairi hanya pulang jika lelaki itu mahukan dirinya. Janet tidak peduli. Baginya, itu juga sudah memadai.

Satu hari, sebaik pulang dari kerja, Syamrin Khusairi sudah bersedia menunggunya. Belum sempat menjejak kaki ke dalam rumah, beg berisi pakaiannya dicampak, nyaris tidak mengena muka.

"Get out from here!"

Terkejut Janet mendengarnya.

"Don't let me see you again! Faham tak?"

Janet menarik nafas dalam-dalam sebelum bertanya. "Kenapa you halau I macam ni? Sebab I mengandung ke?"

Wah, soalannya menyebabkan Syamrin Khusairi menjadi marah, marah yang teramat sangat! Habis semua benda di hadapan mata disepak sehingga kaca jatuh pecah berderai di atas lantai kayu cengal yang cantik itu. Kemudian, lelaki itu mengeluarkan suatu sampul. Ketika sampul itu dicampakkan kepadanya, isi yang terkeluar dipenuhi dengan gambar-gambar dirinya dengan....

Waktu itu, ibu Syamrin Khusairi keluar dari bilik tidur mereka. Wanita itu tersenyum melihatnya. Senyum kemenangan kerana akhirnya dia berjaya menimbulkan keraguan dalam hati Syamrin Khusairi kepada Janet.

"Syam, semua ni fitnah. I tak pernah tidur dengan lelaki lain, hanya you saja!" dia mula menangis.

"I tak nak dengar alasan you, tangisan you! Mata I dah nampak semua. Anak I konon? Get lost!" Syamrin Khusairi berpaling darinya.

Janet meraung. Dia meratap hiba. "Sampai hati you tuduh I. You tahu yang..."

"Tak! I tak tahu apa-apa dan I tak mahu tahu! You cheated on me, Janet and that hurts! Keluar dari rumah I ni. Jangan sekali-kali you tunjukkan muka you depan I lagi. I benci! You faham tak? I benci!"

Janet menangis lagi. Mengenangi kisah silam penuh duka itu sentiasa mampu mengalirkan air matanya laju, laju menuruni pipi. Dan pertemuan? Mengapa harus bertemu semula? Dia sudah teguh melupakan, namun kiranya jiwa dan perasaan masih lemah mendepani Syamrin Khusairi.

"So, you hate me? Patutlah aku tak pernah dapat lupakan kau sebab kau sentiasa ada dalam fikiran. You are always on my mind. Patutlah! Kau dah sumpah aku dengan ungkapan Shakespeare tu, Jen,"

Jangan datang balik padaku, Syam. Jangan ganggu kedamaian hati ini. Jangan kau buka pintu cintaku semula! Jangan!

"Janet, dah larut malam sangat ni! Pergilah tidur! Esok ada temujanji penting, kan?" pujuk mak Nah sambil mengusapi bahu gadis itu.

Janet memandang langit yang gelap pekat. "Kenapa hati saya tak pernah tenang, mak Nah?" tanya dia.

Mak Nah menggelengkan kepala.

"Kalau mak Nah dalam keadaan macam ni, apa mak Nah buat?" tanya Janet lagi.

"Orang Islam mudah sahaja, Jen. Boleh solat dan boleh mengaji,"

Janet mengangguk. Tiba-tiba dia teringat akan sesuatu. "Mengaji? Kalau tak silap, semalam saya dengan Erin buat. Betul tak mak Nah?"

Mak Nah serba salah untuk menjawab. Bimbang Janet berkecil hati setelah dia memberitahu tentang Erin yang gemar sangat mengikutnya mengerjakan sembahyang juga mengaji. Malah anak comel itu boleh menghafal surah al - Fatihah dan beberapa lagi ayat lazim.

"Maaf, Jen. Mak Nah nak bagitahu tapi,"

"Relaks la, mak Nah. Saya tak kisah. Erin suka mengaji ke, solat ke... Tak apa!" balas Janet. Dia tidak mahu mak Nah berasa susah hati hanya kerana perkara kecil sebegitu. Lagipun, entah mengapa, setiap kali mendengar suara Erin mengalunkan ayat-ayat itu, dia seronok mendengarnya. Dia rasa damai. Dia rasa... tenang.

..........................

3

"Cantiknya rumah ni, Al. Wow, tak sangka, ini hasil kerja I selama tiga bulan eh," Janet berkata. Teruja benar dia melihat hasil dekorasi yang ringkas namun elegan yang telah berjaya dibuat ke atas rumah bajet tinggi ini.

Penuh kagum, Janet memasuki dari satu ruang ke satu ruang, dari tingkat bawah hingga ke tingkat atas. Rumah agam dua tingkat ini mempunyai anjung bercirikan minangkabau dengan lima bilik tidur, ruang keluarga yang luas di tingkat satu serta ruang tamu yang agak besar yang terpisah oleh cermin besar dengan ruang makan.

Albert ketawa melihat gelagat Janet yang teruja. Gadis idaman yang tidak sekali pernah mahu menerima cintanya ini terpaksa dianggap sebagai adik. Bersama-sama, mereka memajukan perniagaan yang ditubuhkan. Dia sebagai arkitek dan Janet juruhias dalamannya. Malang sekali, Janet tidak mahu masuk ke ofis sebaliknya gadis itu lebih senang bekerja dari rumah. Hanya sesekali apabila keadaan memerlukan, seperti hari ini, misalnya, baharulah Janet menunjukkan muka.

"He said, he loves your work," ujar Albert, memandang tepat anak mata Janet.

"Tak kisahlah! Yang penting, akaun I bertambah," balas Janet manja.

Kedengaran bunyi enjin kereta memasuki halaman. Janet memandang wajah Albert, garang. "Tuan rumah ni datang, ya? Kenapa?" tanya dia.

Albert menelan liur. "Dia nak jumpa dengan you,"

Beg tangan dilibas ke muka Albert tanda dia sudah naik angin. "Berapa kali I cakap yang I tak suka jumpa klien? Kenapa ada pengecualian kali ini sedangkan selama ni you ikut aje kehendak I tu? Kenapa dia nak jumpa I pulak?" soalnya bertubi-tubi sehingga dia tidak sedar bahawa pemilik rumah itu sudahpun memasuki ruang tempat dia dan Albert berdiri.

"Jangan salahkan Al, Jen. I yang plan semua ni,"

Tidak perlu dia menoleh untuk melihat seraut wajah itu. Tidak perlu bertanya suara itu milik siapa. Enam tahun mereka berpisah, tetap tidak mampu membuatkan dia lupa.

Ingatannya kembali kepada kejadian hampir tujuh bulan lepas. Waktu mula-mula Albert mendapat projek tersebut. Patutlah Albert seperti berada di dalam dilema untuk menerima projek itu atau tidak. Tapi, dia? Arghh, dia yang merengek meminta Albert bersetuju. Percaya dengan kata-kata Andre, jurutera binaan yang bertanggungjawab bahawa pemilik itu tidak berkira orangnya. Dia sanggup membayar berapa sahaja agar 'team' Janet mahu bekerjasama dalam pembinaannya.

Ya, dia yang salah! Patut dia selidik dahulu siapa tuan punya rumah semewah ini. Tengoklah sekarang! Kerana kecuaiannya, sikap tidak ambil tahu, sudahnya dia bekerja untuk Syamrin Khusairi. Argh!! Menyesal sungguh!

"I dah masukkan amaun yang Albert beritahu, dalam akaun you, Janet," suara itu memberitahunya.

Janet berpaling. "Good! Sangat menepati janji dan waktu. Terima kasih," ucapnya menatap tajam wajah Syamrin Khusairi.

Syamrin Khusairi ketawa. "Well, you kan kenal I? Luar.... dalam?" tembaknya, kata-kata yang menyebabkan pipi Janet merona merah, menahan malu. Malu pada Albert yang menjadi pemerhati mereka kini.

"I nak balik, Al. Panas kat sini. Cuma, I nak ingatkan you yang lain kali, kalau you buat I macam ni lagi, I akan tarik diri dari syarikat you ni. Faham tak?"

Albert mengangguk laju. Tentu sahaja dia tidak akan mengulanginya. Melihat kesakitan yang masih bersisa pada tingkah laku Janet sekarang, dia sudah dihantui kesalan. Kalaulah dia tahu betapa Janet membenci Syamrin...

Janet menghampiri Albert, memegang kedua-dua pergelangan tangannya lantas menyentuh bibir Albert dengan bibirnya.

"Thank you," ucapnya lembut, sengaja hendak memberitahu Syamrin Khusairi yang tekun memerhati mereka bahawa dia tidak membeku menjadi ais seperti yang diharapkan lelaki itu selepas perpisahan mereka.

"Come to my place malam ni. Kita celebrate," pelawanya sambil menguntum senyuman cantik.

Sebaik dia ingin berlalu, tangannya disambar oleh Syamrin Khusairi.

"Kenapa I tak dapat kiss macam Al sedangkan I yang bagi you projek ni?" soalnya garang. Api cemburu yang sedang menyala jelas kelihatan.

Janet menarik nafas dalam-dalam. Dia berpatah balik dan kini berdiri di hadapan Syamrin Khusairi.

"Ah, I lupa. Lelaki yang selalu dapat apa yang dia nak selama ini, kan? Okey, kalau you masih sudi pada perempuan yang you pernah hina ni dulu... silakan," ujar Janet sambil memejamkan mata, menanti dalam debar. Dengan hati yang bertanya-tanya apakah masih ada rasa itu?

Lama Syamrin Khusairi lemas dalam melawan desakan nafsu. Kalau diikut kata hati, tentu sahaja dia ingin melakukannya. Namun, dia memilih untuk memicit hidung gadis itu, menyebabkan Janet mencelikkan sepasang matanya semula.

"Jom, I belanja you all makan kat Hard Rock Cafe," kata Syamrin Khusairi, memandang wajah Albert dan Janet silih berganti.

"Not interested!" Janet tidak menunggu lagi. Laju-laju, langkah diatur untuk meninggalkan tempat itu. Untuk menjauhi lelaki itu. Dia tidak betah berdiri dalam ruang yang sama dengannya. Nafas terasa semput benar.

Tangannya terketar-ketar ketika hendak menghidupkan enjin kereta. Kunci jatuh ke lantai Mini Cooper setiap kali hendak dijolok ke lubang kunci. Akhirnya, Janet menangis di stereng. Melepaskan rasa sakit hati yang terbuku lama.

Pintu kereta dibuka dan dirinya diangkat oleh Syamrin Khusairi untuk dibawa ke kereta BMW X3 milik lelaki itu. Tanpa suara, dirinya diletakkan di tempat duduk dan tali pinggang keselamatan dipakaikan. Entah apa yang dikatakan kepada Albert, Janet tidak mendengarnya juga. Saat ini, kesedihan lampau itu kembali menguasai diri. Dia tidak kuat! Dia tidak mampu mendepani lelaki ini. Kalaulah dia boleh memiliki hati yang keras, penuh dendam, pasti saat ini dia sudah memaki hamun lelaki ini. Malangnya, dia tidak mampu melakukan.

Aduhai... memang benarlah kata mamanya. Dia perempuan bodoh! Bodoh sangat!

Sehelai sapu tangan diunjukkan kepadanya. Tidak diendahkannya. Akhirnya Syamrin Khusairi mencampakkan sapu tangan itu ke pipinya yang basah. "Lap air mata you tu, Jen. You pun tahu kan yang I tak suka cry babies..." celopar mulut itu memarahinya.

"Turunkan I sekarang! I nak balik,"

"I hantar!"

Janet pandang wajah itu akhirnya. Wajah tegang yang sedang memandu bersama rasa marah yang terpendam. Oh, masakan Janet tidak tahu. Dia kenal benar lelaki ini. Tangan yang memegang stereng dengan kuat itu...

"Kenapa you datang balik dalam hidup I, Syam? Enam tahun dah I hidup aman damai, you tahu tak? Tiba-tiba you datang macam ni... You rancang semuanya. Untuk apa?"

Akhirnya soalan itu ditanyakan kepada Syamrin Khusairi. Untuk apalah melapik kata. Dia tahu, Syamrin pun tahu bahawa pertemuan semula ini bukan kebetulan. Ia dirancang oleh lelaki itu. Kenapa? Apa sebabnya? Untuk apa? Janet perlukan penjelasan..

"Dalam kereta bukan tempat yang baik untuk bercerita, Janet. I akan jawab semua soalan you lepas makan nanti,"

"I tak ada selera nak makan dengan you," bentak Janet.

Syamrin Khusairi ketawa. "Ayat yang sama you guna setiap kali you merajuk dengan I dulu," usiknya.

Lama Janet terdiam sebelum berbisik perlahan, "Jangan!"

Syamrin mengerlingnya. "Jangan apa?" tanya dia, lembut dan menggoda suara dilontar. "Jangan apa, Jen? Tell me!"

"Jangan datang balik untuk melukakan hati I ni lagi. Jangan datang balik untuk bagi kesakitan pada I. I ni bukannya kuat benar. Dulupun I hampir bunuh diri I. Nasib baik ada mak Nah. Tapi kalau you hadir semula semata-mata sebab kemarahan you belum habis untuk I..."

Syamrin Khusairi segera mencapai tangan kanan Janet lantas membawa jemari runcing itu ke bibirnya. Sambil memandu, sambil mengucupi setiap satu. Kemudian, perlahan-lahan tangan itu dilepaskan.

Mereka sampai ke kawasan kondominium milik Janet. Masing-masing keluar dan beriringan, mereka melangkah menuju ke lif. Janet tidak mampu untuk menghalau Syamrin Khusairi lagi. Suka hatilah kalau dia mahu terus mengekorinya. Hanya, dia akan pastikan, dirinya teguh menghadapi apa juga yang ingin dibuat Syamrin Khusairi, kepadanya.

Di dalam lif, akhirnya suara lelaki itu bergema di pendengaran Janet.

"I datang semula untuk tebus semua dosa yang I dah buat pada you enam tahun dulu,"

Mata Janet membulat. Tak sangkalah tu! "I tak perlukan you lagi!"

Terangguk-angguk Syamrin Khusairi. "I tahu! Tentulah you tak perlukan lelaki bangsat macam I ni. I faham cuma..."

Lama Janet menanti apa yang ingin Syamrin Khusairi katakan kepadanya.

"I yang perlukan you. I yang tak mampu buang you dari hati I. I yang... yang masih mengharapkan you. Sebab, I cintakan you!"

.....................

4

Mereka kini sudahpun berada di dalam ruang tamu rumah Janet yang luas. Iyalah, dah Syamrin Khusairi asyik mengekorinya, takkan Janet hendak menghalau pula. Jadi, diajaknya masuk. Senang hendak berbual juga.

Lama Janet merenung tampang Syamrin Khusairi. Hendak percaya? Minta maaf! Rasa percaya itu sudah lama hilang. Hendak balas dan jawab, 'Saya pun cintakan awak jugak'? Lagilah mustahil!

Lelaki ini pernah menyakitkan bukan sahaja hati malah seluruh hidupnya dahulu. Semudah itukah untuk dia datang semula dan meluahkan perasaan? Semudah itukah melupakan kenangan silam yang menyakitkan? Semudah itukah untuk menerima?

"You ni dah kena penyakit angau ke?" tanya Janet keras.

Syamrin Khusairi mengangguk laju. "I angau! Yes, I angaukan you!" balasnya dengan muka yang cukup serius.

Janet tatap lagi wajah itu. Memang Syamrin Khusairi yang ini jauh berbeza daripada Syamrin Khusairi yang dia kenal dahulu. Syamrin Khusairi yang ini kelihatan amat serius apabila menuturkan kata. Tidak nampak langsung ciri menyindir atau main-main. Soalnya, kenapa sekarang?

"Kenapa sekarang?" Janet ingin tahu semuanya.

"Sebab I dah tahu semua kebenaran. You tak bersalah. Lelaki yang ada dalam gambar tu mengaku, mama I yang upah dia,"

"You lebih percaya cakap orang daripada cakap I? Dulu, mati-mati I nafikan! Tapi, you? You halau I macam I ni anjing kurap, macam I ni tak ada harga diri. You langsung tak mahu tahu kebenarannya,"

Syamrin Khusairi menatap wajah sedih di hadapannya dengan hati yang rawan. Sedih dia melihat Janet yang penuh hampa dengan sikap dan perbuatannya dahulu. Terasa benar bahawa dirinya ini manusia yang amat kejam. Langsung tidak menggunakan akal fikiran sebelum bertindak.

"You ada banyak pilihan di luar sana, Syam. Tak perlu datang pada I lagi,"

"Kenapa?"

Janet ketawa. "Sebab, antara kita....banyak yang menghalang. Parents you, agama you! So, I rasa, you tak patut cintakan I lagi. I bukan sesiapa,"

Giliran Syamrin Khusairi pula untuk ketawa besar. Lucu agaknya apa yang dikatakan oleh Janet itu. Isyarat mata gadis itu kepadanya, menyebabkan dia cuba mengawal diri. Akhirnya, dia kembali serius.

"You are my everything. You, pemilik hati I, Jen. Listen! Dulu, I marah you. Betul tu! Tapi, you tahu tak yang I pun sakit juga dalam kemarahan I itu? I halau you. Betul tu! Tapi, I tak pernah jauh dari you. I sentiasa ikut perkembangan you. Dan, I bangga bila I tengok you boleh berjaya dalam hidup you biarpun I tak ada di sebelah you, Jen. I sentiasa ada untuk you.... cuma baru sekarang I berani tunjukkan diri I. Sebab, I rasa......." dia berhenti untuk menarik nafas seketika sambil sepasang mata tidak lepas memandang raut Janet yang sedang keliru. "I rasa, dah tiba masa untuk I jalankan tanggungjawab I sebagai daddy anak kita. I rasa, dah tiba masa untuk Erin mengenali daddy dia, Janet,"

"You tahu?"

"You mengandung masa you tinggalkan I, Jen. I tak lupa tu!" tegas Syamrin Khusairi.

Janet mendengus. "Dan, you jangan lupa jugak yang you cakap, itu anak I dengan orang lain! Dahlah, Syam! Buang ajelah cinta you untuk I yang masih bersisa tu. Entah betul entah tidak! Entah-entah, you datang balik dalam hidup I ni semata-mata sebab you nak miliki Erin. Lelaki macam you ni... hidup penuh dengan kepentingan diri. Ingat I tak tahu?"

Syamrin Khusairi terhenyak di atas sofa. Tuduhan Janet bagaikan tidak mampu untuk ditampung. Sakit benar menerima kenyataan kebencian yang terpamer di wajah nan jelita. Terlalu besar kesalahannya dahulu sehingga payah untuk Janet menghimpun kata maaf untuknya. Terlalu banyak dosa silamnya sehingga tidak ada ruang untuk menebusnya kembali.

"I dah habis cakap. So, I rasa, sebelum reputasi you jatuh, lebih baik you keluar dari rumah I ni. Dan, jangan datang lagi. I tak perlukan cinta atau kasih mahupun sayang you lagi. Erin pun sama! You dengan dia... tak ada hubungan apa-apa. Langsung tak ada! Tolong keluar dari rumah I ni, Syam! Keluar sekarang!"

Syamrin Khusairi keluarkan kad nama dan meletakkannya di atas meja kopi. Perlahan-lahan dia bangun, menuruti kemahuan Janet untuk pergi menjauhkan diri. Tiada kata yang mampu diucapkan kini. Kerana...

Kesalahan lama sedang menghantui.

Kesilapan dulu sedang mengintai.

Dosa silam sedang memburu....

Syamrin Khusairi memandu keretanya dalam rasa sedih dan kedukaan yang teramat. Sehinggalah seruan azan berkumandang di dalam radio. Sambil menjawab setiap bait yang berkumandang, dia tahu ke mana harus dituju. Ya, Masjid Putrajaya sedang melambai kedatangannya.....

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. Amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.




Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah kamu suka makan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu patuhilah larangan itu) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. [al-Hujurat: 11 - 12]

................................

5

Di dalam dunia ini, ramai manusia yang tidak faham bahasa meskipun hari-hari, bahasa itu digunakan untuk bercakap dan menulis. Melihat Syamrin Khusairi, itulah yang Janet rasakan. Sudah berkali-kali dihalau, tetapi lelaki itu akan datang semula, bagaikan kiambang. Tolaklah, pisahkanlah... nanti akan bertaut semula. Apakah itu yang ada di dalam hati lelaki itu? Mengharap hubungan mereka akan kembali bercantum?

"Biarkanlah dia, Jen. Dia rindukan Erin,"

Janet mengeluh. Sekarang, mencurahkan rasa tidak puas hati pada mak Nah, pasti begitulah jawapan wanita itu. Tak sangka, setelah Syamrin Khusairi dikenali, begitu mudahnya mak Nah jatuh suka pada lelaki itu. Alah, usah kata mak Nah, Zaleha dengan Erin pun sama jugak. Macamlah Syamrin tu aset yang paling berharga dalam hidup mereka! Huh, buat Janet rasa diri dia terpinggir sahaja...

"Mummy,"

Tangan yang digoncang-goncang oleh anaknya menyebabkan Janet terkejut. Cepat-cepat dia memaniskan wajah. "Apa?" tanya dia.

"Nenek ajak makan,"

"Okey.. Jom!"

"But, today, special, mummy,"

Dahi Janet berkerut. "Kenapa?" tanya dia tidak mengerti.

"Sebab daddy yang masak lasagna tu,"

Kaki Janet berhenti melangkah. Lasagna? Argh.. Kenapa lasagna?

Suara Erin yang penuh kagum itu mengingatkan Janet pada kisah lama dulu. Begitulah dia waktu kali pertama Syamrin Khusairi memasak untuknya. Lelaki itu begitu hebat dan hanya mengambil masa sejam untuk menyediakan lasagna untuknya.

"Tadi kan mummy, masa daddy buat sos warna putih tu, daddy bubuh baaanyak cheese. Daddy cakap, mummy suka kalau ada cheese banyak-banyak. Pastu, Erin cakap, Erin pun suka jugak. Bila daddy dengar, daddy terus peluk Erin, mummy,"

Janet tunduk menatap wajah suci, putih bersih mirip Syamrin Khusairi itu. Sepasang matanya berkaca ketika tubuh Erin didakap erat-erat. Ada kesayuan dalam hati yang tidak mampu hendak dibuang jauh. Dia menangis akhirnya.

"Mummy?" Erin pandang wajah ibunya. Kemudian tangan halus itu mengesat air mata yang mengalir di pipi Janet.

"Don't cry, mummy! I love you," ucap anak kecil yang masih keliru dan tidak memahami gelojak rasa yang ada di dalam diri ibunya. Dia tidak mengerti bahawa pada ketika ini, Janet sedang berperang dengan perasaannya.

Janet, seboleh mungkin, tidak mahu hanyut dalam laungan asmara yang sedang dilakukan oleh Syamrin Khusairi kepadanya. Dia ingin mengelak. Namun, mengapakah, hati tidak mahu bertindak waras? Mengapakah otak berdegil juga?

Tubuh Erin kembali dirangkul erat-erat. "Mummy sayang Erin. Sayang sangat!" bisiknya sambil menggomol pipi gebu anaknya, dalam keadaan masih menangis. Aduhai, air mata terlalu murah nilainya. Semua kerana lelaki itu yang kini sedang memerhati dirinya bersama riak pilu di wajah.

"Dah tu! Jangan nak sedih-sedih. Mari makan. Lasagna ni nampak sedap sangat," pelawa mak Nah untuk mengurangkan suasana tegang di antara Janet dengan Syamrin Khusairi.

"Erin, Erin ajak semua orang makan, ya. Mummy ada kerja sikit kat bilik,"

"Tapi,"

"Please... Nanti, mummy makanlah. Okey,"

Janet ingin meninggalkan ruang makan untuk masuk ke dalam biliknya. Dia tidak peduli apabila Erin sudah membuat muncung itik, tanda anaknya itu sudah merajuk dengannya. Kerana, Janet hendak mengelak Syamrin Khusairi. Kerana, dia tak mahu...

"You marahkan I, I tahu. Tapi, apa salahnya duduk sama-sama, makan. Sekejap aje pun! Bukan lama. Kerja you tu boleh tunggu, Jen," Lelaki itu sudah menghalang dengan tubuh dan kata-kata.

Tetapi, Janet tidak peduli. Tangannya menolak lelaki itu ke tepi. "I tak selera. Lasagna bukan lagi makanan kegemaran I. I tak suka rasa keju tu semua," balasnya garang.

Ada senyum menyungging pada bibir Syamrin Khusairi. "Then, you makanlah nasi goreng kampung yang mak Nah masakkan untuk you," katanya, bagaikan dia tidak kisah mesej yang cuba Janet sampaikan... You are trespassing!!

"I dah kenyang. Tengok muka you...."

Tak jadi bercakap kerana Syamrin Khusairi sudah ketawa besar.

"Kenapa you gelak macam hantu ni?" tanya Janet dengan membuntangkan sepasang mata.

Syamrin mendekat. Melihatnya, Janet mengundur ke belakang. Dekat lagi! Undur.. Dekat lagi... Janet tetap undur sehingga tersandar ke tepi dinding. Kaku dirinya membalas renungan redup Syamrin Khusairi.

"You takut dengan I," bisik Syamrin.

"Perasan!" balas Janet.

"Takut nak ulang kisah lama kita sebab itu nak rasa lasagna yang I masak untuk you pun you tak nak,"

"I tak takutlah! I cuma,"

"Tak nak? Tak suka? Benci pada I? I dah bagitahu you, Janet, I tak peduli semua perasaan you. Bencilah I sebab I patut dibenci. I rela! I tak kisah! Teruskanlah benci, menyampah, marah, maki I, I sanggup dengar. I sanggup terima. Tapi, I tetap akan ada di sini. I tulikan telinga I pada semua tu. I akan butakan mata I biarpun I nampak kebencian pada mata you tu. Sebab, I sanggup hidup begini daripada jauh dari you dan anak kita. I sanggup tunggu sampai semua rasa itu hilang dari hati you, baby,"

Syamrin Khusairi berpaling. Tidak mahu Janet melihat kesedihan yang terpamer. Namun, tidak jauh dia melangkah, suara Janet didengari.

"You buat macam ni, I lagi sedih. You tahu tak? You buat hidup I musnah sekali dulu, Syam. Sekarang, you nak musnahkan I kali kedua, you tak perasan ke? Hati I ni..."

"Kenapa dengan hati you?"

Janet terdiam. Kaku apabila sepasang mata itu merenung dirinya.

"Mulut you cakap lain, tapi hati you cakap lain. Betul tak? Sebab itu, you rasa payah, Janet. Sebab itu you rasa I mengganggu hidup you. Tak boleh ke untuk sekali, sekali aje... you lupakan kesakitan lama tu? Lupakan dendam you pada I? I tahu, I dah buat you sangat-sangat menderita. Tapi, siapakah yang lebih layak untuk menyembuhkan luka itu, kalau bukan I? Tell me! Tell me!"

Sakit hatinya mendengar kata-kata Syamrin lantas dia mendekat, menumbuk-numbuk dada lelaki itu kuat-kuat. Sambil menangis dan menangis lagi. Lama dilakukannya namun Syamrin membiarkan sahaja sehingga akhirnya Janet kepenatan, meletakkan kepala pada dada bidang itu bersama esakan yang masih bersisa.

Syamrin Khusairi menolak tubuh itu menjauhinya perlahan-lahan.

"Dulu, I bukan lelaki yang baik untuk you. Malah, kalau you tak tinggalkan I, I tak mungkin berubah agaknya. Tapi, perpisahan kita buat jiwa I resah. Buat I teringat pada dosa-dosa yang I dah buat sehingga satu masa I kemalangan. I jatuh di tapak pembinaan. Waktu tu, I asyik fikirkan you. I takut tak dapat jumpa you untuk mintak maaf. Takut, I tak dapat tebus semua dosa I pada you,"

Nafas disedut perlahan kemudian dilepaskan...

"I tahu, I sepatutnya datang hanya untuk itu. Tapi, I tak mampu tinggalkan you sendirian, Janet. I dah pisahkan you dengan keluarga you, You are alone. I hope... jangan salah faham... I hanya berharap... supaya satu hari, bila semua kemarahan you untuk I pudar, kita.. you, Erin dan I akan seiring dalam agama I. Agama Islam yang I sendiri baru kenal ni... kita jadi satu keluarga. Yang pernah you mintak pada I, satu masa dulu. I want us to be a family,"

Tiba-tiba Erin menghampiri mereka. Tangan kiri memegang tangan mummynya sementara yang kanan memegang tangan daddynya pula. "Mummy, daddy asyik cakap, asyik nangis... bila nak makan? Erin dah lapar ni! Tahu tak?" omelnya dengan wajah garang. Habis, kalau sudah emak bapak tak pedulikan dia dekat setengah jam, manalah anak kecil itu larat hendak menunggu lagi?

..............................

6

Ramadan datang lagi. Waktu sahur, hari pertama, jam 5 pagi.

Sedang mak Nah dan Zaleha sibuk menyediakan juadah ringkas, nasi goreng Cina untuk mereka, mereka tidak sedar bahawa ada dua insan elok duduk terconggok di kerusi dengan mata yang bulat, dengan tubuh yang segar. Anak beranak itu siap mandi lagi.

"Err.... kenapa Jen dengan Erin bangun, nak?" Mak Nah keliru melihat anak beranak itu. Terkejut dia!

"Nak puasalah, mak Nah," jawab Janet.

"Puasa?"

"Yalah, nek! Mana boleh nenek aje puasa? Erin nak puasa jugak!" Erin turut berceloteh.

Mak Nah makin risau. "Tapi, tahan ke cucu nenek ni nanti? Lama tau tak boleh makan, tak boleh minum," kata mak Nah pada Erin.

"Boleh!" jawab Erin penuh yakin. Wajah Janet dipandang, "Kan, mummy?"

Janet mengangguk. "Kami nak belajar berpuasa, mak Nah. Senang. Tak gaduh mak Nah nak masak untuk kita orang lunch nanti. Tak baik, kan, kalau orang puasa masakkan sesuatu kepada yang tak puasa? Betul tak? Jadi, lebih baik kita semua puasa sekali," ujarnya selamba.

Mak Nah rasa hendak menangis mengenangkan sikap prihatin Janet kepadanya, juga Zaleha. Sangat bertimbangrasa. Di mana lagi hendak dapat seorang majikan sebegini sikapnya? Sungguh istimewa sekali Janet ni, hati berbisik. Yang sedihnya, pintu hati wanita ini masih belum terbuka untuk menganut agama Islam. Namun, mungkinkah ini permulaannya?

Mereka makan denga harmoni. Janet tersengih menolak nasi goreng sebaliknya hanya menyapukan dua keping roti bakar dengan jem Strawberry untuk mengalas perut.

"Cuba Jen makan kurma, nak. Nabi Muhammad SAW hanya makan kurma dengan air kosong sahaja waktu bersahur, tau?"

Janet menyuapkan kurma ke dalam mulut. Kali pertama menikmatinya. Ambil satu lagi dan menyuruh Erin makannya. "Sedap?" tanya dia.

Erin sengih. "Nak lagi!" dia menghulurkan tangannya. Janet, mak Nah dan Zaleha ketawa melihat telatahnya.

......................

Jam dua petang hari pertama Ramadan

Janet sedang berbaring di atas sofa. Dia berasa amat letih. Tangan pun tak berupaya hendak diangkat. Kalau boleh dia hendak tidur sahaja. Tak larat sangat.

Sudah beberapa kali mak Nah menyuruhnya berbuka tetapi dia berkeras, enggan melakukannya. Malu benar rasanya hendak makan. Sudahlah dia jadi lembik sebegini, sedangkan mak Nah yang jauh lebih tua darinya berupaya bergerak ke sana sini dengan cergasnya. Hati tertanya-tanya apakah rahsia yang diamalkan oleh orang gajinya itu.

"Mungkin sebab kami berniat agaknya," hanya itu yang mak Nah sahut, sebagai menjawab pertanyaannya.

"Oh, macam yang Erin baca pagi tadi kot?" dia bicara sendiri. "Patutlah Erin pun cergas bukan main. Sebab dia berniat puasa. Baru faham," bisik hati.

Deringan telefon mengganggu khayalan. Mendengar nyanyian Justin Bieber itu sahaja dia sudah tahu siapa pemanggilnya. Malaslah hendak melayan. Biarlah dia....

"Daddy!"

Suara girang Erin, mengejutkan Janet. Terus duduk sebaik Syamrin melangkah masuk. Ditatap langkah tegap yang diatur lelaki itu untuk mendekatinya.

Syamrin mencapai telefon bimbit dan menunjukkan bilangan miss calls yang telah dibuat. Ada lima semuanya.

"You letih sangat ya? Kesiannya! Muka pun nampak pucatlah," Syamrin bersuara bimbang.

Tangan, Janet letakkan di kiri kanan pipinya. "Pucat sangat ke? Boleh bergincu tak? Kalau I pakai gincu, tak lah ketara sangat, kan?" omelnya.

"Pucat pun tak apa. You tetap cantik di mata I,"

"Cantik di mata you sorang, buat apa? I nak semua orang nampak I cantik, okey!" balas Janet, sengaja hendak mengusik lelaki yang satu ini. "You dah tak mengidap gastrik?"

Wajah Syamrin berubah kelat. Malu mengenangi sikap buruknya dahulu. Bulan Ramadan sahaja mesti dia gastrik. Mesti suruh Janet masakkan untuknya. Aduhai... betapa lemah imannya waktu itu. Teruk betul perangainya. Segan rasa hendak bertentang mata dengan wanita ini. Satu-satunya yang mengenali dia, lebih daripada orang lain.

"Teruk betul I dulu, kan?"

Janet sengih. "You dah bayar semua puasa yang you tinggalkan tu?" tanya dia.

Pantas Syamrin menganggukkan kepala. "Dah bayar fidyah sekali dah,"

"Fidyah?"

"Hmm! Bayar secupak beras atau yang sama nilai dengannya untuk setiap hari yang ditinggalkan. Contoh, I tak puasa sebulan selama dua tahun. So, I kena bayar 1 cupak beras, lebih kurang RM1.80 sen darab dengan 30 hari darab 2 (untuk tahun kedua), then RM1.80 darab 30 hari darab 1 (untuk tahun pertama) lepas tu, kena campur. Jumlah tulah nilai fidyah yang I kena bayar. Bayangkan kalau I tak puasa selama sepuluh tahun? Dua puluh tahun? Banyaklah hutang I dengan Allah, kan?" ujar Syamrin sedih. Mana tak sedih mengenangi khilaf masa lampau? Banyak sangat!

Janet sebenarnya berasa kagum dengan lelaki ini. Kagum dengan perubahan yang dilihatnya. Jauh berbeza berbanding Syamrin yang dahulu. Tanpa dirinya di sisi, Syamrin Khusairi berjaya membentuk akidahnya semula. Kembali kepada Tuhannya.

Dia duduk kini, berhadapan dengan Syamrin Khusairi. Ada sesuatu yang ingin dikatakannya. "Syam, I need your help,"

Syamrin menjongketkan keningnya.

"Boleh tak kalau I minta tolong you jagakan Erin untuk I?"

Syamrin seakan-akan tidak percaya mendengar soalan itu.

"I kena pergi ke suatu tempat. Lama! I asyik bertangguh selama ini sebab tak sampai hati nak menyusahkan mak Nah. Tapi, you dah menyerah diri kat I, kan? Sebab itu, I mintak tolong pada you. Tolong jenguk-jenguk semua kesayangan I ni masa I tak ada. Boleh, kan?" pinta Janet. Sepasang mata merenung sayu kepada Syamrin. Penuh pengharapan juga.

"You nak ke mana, Jen? Berapa lama? Kenapa I rasa tak sedap hati aje dengar cakap you ni?"

"Alah. ni yang I tak suka dengan you ni. Banyak sangat soalan bila I mintak tolong. Geram, tau!" rengek Janet.

"Yalah! I kena tahu jugak apa yang you nak buat. Mana boleh setuju membabi buta, Jen!"

Janet menjuihkan bibirnya. "Tak apalah, kalau macam tu! Tak jadilah I nak mintak tolong kalau macam ni!" dia sudah merajuk.

Syamrin ketawa. "Perangai kuat merajuk you tu tak pernah berubah," Semakin galak bunyinya apabila Jenny membuntangkan mata kepada dirinya. "So, you tak nak beritahu I?"

Janet geleng.

Syamrin terpaksa menyembunyikan rasa risau yang mendatangi hati. Dia perlu menyetujui."Okay, I janji! I akan jaga mak Nah, Erin, Leha, for you. Puas hati?"

Janet tersenyum puas. "Terima kasih, my handsome darling!"

Syamrin merenung wajah ayu itu tidak berkelip. My handsome darling? Wow, ungkapan itu sudah terlalu lama dinanti-nanti. Mungkinkah ada peluang untuk dirinya lagi?

Di dapur, Zaleha yang mencuri dengar terus memberitahu pada mak Nah tentang permintaan Janet. Mak Nah yang sedang memotong daging, terus terpotong jarinya. Luka! Namun, kesakitan itu tidak mampu menandingi kegusaran hatinya. Dia bimbang. Dia risau akan Janet. Permintaan itu terlalu pelik dirasakan.

............................

7

Sebulan, dua bulan sehingga memasuki bulan ketiga, Syamrin Khusairi mulai kalut. Hati dipagut kerisauan. Apatah lagi dengan keadaan mak Nah dan Zaleha yang tidak tahu apa-apa.

Kenapa Janet menghilangkan diri, ke mana dia pergi, apa yang disorokkan sehingga memencilkan diri begini... buat Syamrin Khusairi penasaran.

Akhirnya dia nekad menggunakan khidmat penyiasat persendirian.

Kalau dah kena culik, pasti ada yang menuntut wang. Namun, tidak pernah ada panggilan ugutan walaupun sekali, diterima. Kalau mati? Di manakah kuburnya?

"Janet, kenapa you buat macam ni? Apa sebenarnya? You tahu tak yang kami semua rindu pada you? I... Erin.... mak Nah, Zaleha... Baliklah, Jen! I dah tak tahu apa alasan yang I nak bagi pada Erin lagi. Baliklah..." rintihnya penuh sendu.

"Cucu mama dah tidur, Syam?"

Syamrin Khusairi mengangguk lemah.

Malam ini, dia membawa Erin pulang ke rumah mewah keluarganya. Ini bukan kali pertama. Sudah sering Erin tidur di sini sehingga hubungannya dengan semua orang termasuk ibunya sudah menjadi sangat mesra. Puan Melisa menyayangi Erin kerana Erin satu-satunya cucu yang dia ada.

"Mama nak beritahu satu perkara pada kamu, Syam. Duduklah!"

Syamrin mengerutkan dahi. Sejak fitnah yang ibunya lemparkan terhadap Janet, sejak lelaki jahat itu mengaku bahawa ibunya yang menyuruh lelaki itu menyamar sebagai kekasih Janet, hatinya tawar untuk berbual kecuali apabila perlu sahaja. Jadi, kalau boleh, dalam keadaan kepala yang masih berserabut ini, dia tidak mahu fikirannya semakin kusut.

"Duduklah! Mama nak cakap fasal Janet,"

Syamrin Khusairi tatap wajah ibunya tajam. "Mama, mama sorokkan sesuatu dari saya?" tanya dia.

Lama baharulah jawapan itu diperolehi. "Janet baru selesai operation. Tumor dalam otaknya berjaya dikeluarkan. Pembedahan tu dah berjaya dan Janet dah selamat. Kalau kamu nak, malam ini pun kamu boleh terbang tengok dia,"

Rasa separuh nyawanya hilang mendengar perkataan tumor dalam otak Janet. Namun, hati sedikit terubat dengan berita bahawa pembedahan sudah berjaya dan Janet selamat. Tetapi,

"Macam mana mama tahu? Berapa lama dah mama tahu? Kenapa tak beritahu saya? Kenapa diamkan dan buat bodoh setiap kali saya mengeluh?" tanya dia lantang. Tentulah marah sebab wanita ini tidak pernah membuka mulut langsung. Tentulah geram, kalau mama bukan mama, tentu sudah dilepuk! Pasti!

"Beberapa bulan lepas, Janet jumpa mama. Dia nak tahu kenapa mama betulkan kesilapan lama. Kenapa beritahu perkara sebenar pada kamu. Mama cakap, semua yang mama buat adalah kerana mama sayang kamu. Lepas tu dia cakap, dia sayang kamu cuma dia tak dapat bersama dengan kamu. Masa itulah dia beritahu tentang penyakitnya,"

Sedih sekali rasa hati. Janet sepatutnya menceritakan semua pada dia namun Janet memilih untuk merahsiakannya. Mengapa?

"Janet minta mama tolong temani dia ke PERKIM. Dia nak masuk Islam. Kalau dia beritahu kamu, dia takut kamu fikir yang dia peluk Islam sebab nak kahwin dengan kamu,"

Bulat mata Syamrin. "Dia cakap macam tu?"

Mamanya mengangguk.

"Jadi, dia dah peluk Islam?"

Puan Melisa menggelengkan kepala melihat keterujaan Syamrin Khusairi. Nampak jelas di pandangan mata betapa anaknya amat gembira mendengar perkhabaran ini. Bahagia sungguh dia!

"Nama islam dia, mama?"

"Janet pilih nama yang ringkas sahaja. Aisyah. Aisyah binti Abdullah. Suka?"

Syamrin Khusairi mengangguk laju. "Saya nak jumpa dia, mama,"

"Kalau macam tu, kamu kena terbang ke Can Cun, Mexico. Janet sedang dirawat di sebuah hospital rawatan alternatif untuk kanser dan tumornya. Dia memang menunggu kamu datang pun! Nah, ini tiketnya. Pergi bawa dia balik ke sini. Tinggalkan Erin. Mama nak bawa dia ke mana-mana untuk uruskan majlis nikah kahwin kamu nanti."

..........................

Akhir

"Cantik tak I?" tanya Janet sambil tangan membetul-betulkan kedutan pada baju kurung yang sedang dicuba pakai. Baju kurung untuk dipakai pada hari raya pertama nanti. Baju kurung yang warnanya sedondon dengan warna baju melayu yang sedang digayakan oleh Syamrin Khusairi.

Syamrin Khusairi merapatkan dirinya kepada Janet. Sepasang mata mengarahkan Janet melihat cermin. Memerhati pantulan mereka berdua di dalamnya. "Kita couple yang sepadan, kan? You and I... Macam pinang dibelah dua," balasnya bersahaja.

Janet membiarkan Syamrin mendakap tubuhnya. Membiarkan Syamrin Khusairi membelainya. Lelaki yang sudah bergelar suaminya ini tidak pernah jemu membisikkan kata-kata cinta dan tidak pernah jemu untuk membuktikan kasih dan sayangnya.

"Dan, tentulah you sentiasa cantik di mata I ini, sebab you adalah isteri I, kesayangan I," ucap Syamrin Khusairi tenang.

Janet tersengih. "Dari dulu, kalau bab mengayat, you memang first class," sindirnya.

Syamrin Khusairi ketawa besar. "Dan, dari dulu, hanya you yang mampu buat I ketawa besar macam ni," bisiknya. Dan dia membisikkan lagi... "Happy anniversary yang ke 9 bulan, sayang. Ingat selalu yang I cintakan you. Sangat-sangat mencintai you,"

Hembusan nafas panas di telinga, menyebabkan Janet kegelian. Cepat-cepat dia menjauhkan diri. "Dah, tukar baju tu. Kejap lagi kita nak makan sahur. Nanti kalau anak you naik dan terjah masuk ke dalam bilik ni, entah apa pulak omelnya. I tak nak kantoi lagi dengan dia. Malu, tau tak?" ujarnya.

Syamrin terus ketawa lagi sambil meleraikan dakapannya. Baju ditanggalkan dan sudah berganti dengan sehelai T-shirt. Kain pelikat kemudian disarung ke tubuh. Iyalah, dia pun risau juga. Erin tu bukan kira. Kalau nak masuk ke dalam bilik mereka ini, dia pakai masuk aje. Tak ada nak ketuk-ketuk punya. Lepas tu, janganlah hendak dikunci pintu. Merajuk sakan nanti. Biasalah, anak kemanjaan semua orang, kan?

"Cakap fasal anak kita tu. Ramadan dah nak habis ni. Dia tak tinggal lagi walaupun sehari puasa, kan?" tanya Syamrin Khusairi kepada anaknya.

Janet mengangguk.

"So, you ingat lagi janji I pada dia?" tanya Syamrin lagi.

Mata Janet membuntang. "Takkan you nak tunaikan permintaan dia tu?"

"Kenapa tidak? Bukannya Erin mintak benda yang bukan-bukan, yang I tak boleh berikan. Nak pergi Disneyland aje. Okeylah tu! I dah uruskan semuanya. Dari tiket penerbangan pergi balik ke Hong Kong sampailah tempat penginapan dan makanan kita. And, my sweet, ini jugak honeymoon kita, tau!" ujar Syamrin bersungguh-sungguh.

Janet gelak besar mendengarnya. "Dengan Erin sekali? Honeymoon la sangat!" balasnya.

Hidung isteri dicuit. "Erin tak akan ganggu kita, yang! Mama akan pastikan Erin sentiasa dengan dia nanti,"

Lama Janet memandang raut tampan suaminya sebelum dia memahami segala kata-kata. "Owhh, you nak bawak satu gerabaklah nanti, eh? Semua orang pergi? Mak Nah, Leha?"

"Semua!" angguk suami muda itu.

"Okey jugak tu! Another honeymoon...wow!" Senyum Janet melirik manja. Bahagianya dia. Ya, dia sangat-sangat bahagia kini. Hidup bersuamikan Syamrin Khusairi yang penyayang benar-benar memberi keindahan yang tidak pernah tercapai dek akalnya. Benar seperti kata mak Nah. Jika dia mampu melupakan kesakitannya dahulu, membiarkan semuanya pergi menjauh, dia tentu akan mengecap nikmat bercinta semula. Allah itu Maha Adil. Setiap kesakitan dibalas dengan keindahan, kebahagiaan. Dan Janet amat mensyukurinya.

"Aisyah," panggilan lembut suami yang entah bila sudah menghampirinya semula mendebarkannya.

"Sedapnya I dengar nama I meniti bibir you, Syam," kata Janet membalas senyuman suaminya.

"Sebab I suami you, jadi tentulah sedap cara I sebut tu!"

Janet mencubit lengan suaminya. "Perasan!"

Syamrin mengetip hidung isterinya. "Mak Nah cakap, you ada berita gembira nak bagitau I. Tapi, sampai sekarang, you tak cakap pada I pun!"

Janet sengih. Mak Nah memang tak boleh simpan rahsia, marahnya di dalam hati.

"Tell me!"

"Doktor I call tadi. Dia cakap, I am free. Tak ada sel kanser ditemui dalam sampel yang dia ambil hari tu,"

Segera lafaz kesyukuran melantun keluar daripada bibir Syamrin Khusairi. Selepas itu, dia bergegas ke bilik air. Janet memerhati dengan dahi yang sudah berkerut. Kenapa? Hati bertanya namun jawapan diterima seketika kemudian bilamana Syamrin membentangkan sejadah dan mengerjakan sujud syukur. Air mata bahagia bergenang di kelopaknya.

Ketika Syamrin bersila di atas sejadah, cepat-cepat Janet meletakkan kepala di atas ribaan suaminya. "I ada satu lagi berita gembira nak share dengan you, Syam."

"Aik? Tadi mak Nah kata ada satu berita aje," Syamrin Khusairi menunjukkan wajah keliru.

"Berita ni, you lah yang pertama I kasi tahu. Sebab kita.."

Syamrin terus mencium dahi Janet. "You dah mengandung?"

"Macam mana you tahu?"

Syamrin ketawa. "Semalam I jumpa Dr Aimi. Dia bagi hint,"

"Alah, tak bestla macam ni! I nak buat kejutan pun tak boleh, tau!" rajuk Janet.

"Sayang, kalau Dr Aimi tak cakap pun, I tahu. bukan susah I nak teka,"

Janet mencebik. "Macam mana?"

"You kan puasa penuh? Sehari pun tak tinggal lagi," balas Syamrin.

Janet ketawa juga sudahnya.

"Terima kasih. Semoga anak ini mengeratkan kasih sayang kita, hubungan kita. Semoga, you akan terus cintakan I sampai bila-bila," ujar Syamrin sebak.

Ya, semoga cinta ini akan bersemarak dengan kelahiran cahaya mata mereka. Betapa teruja menanti kehadirannya....

Ulasan

  1. Yippie.... Alhamdulillah.. Finally happily ever after.. Yg ppenting hubungan yg diredhoiNya kan.. ;)
    Terima kasih cikgu! ;)

    Oh.. Slamat brcuti + slamat hr raya aidil fitri

    BalasPadam
    Balasan
    1. selamat hari raya mizz acu....

      Padam
  2. Kak, BEST!!! dlm mood2 yg nk sambut raya + kerje bertimbun ni.... Selamat Hari Raya ye kak!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. selamat hari raya, Faranida Abdul Latif

      Padam
  3. Sweeeettttt sangattt~~ XD
    Everyone deserves second chance! ^^

    BalasPadam
  4. Best Sofi, setiap cite yg dikarang oleh Sofi memang
    bestlah dan tertunggu pula dgn cite yg baru.... disini
    ingin mengambil kesempatan mengucapkan SELAMAT HARI RAYA
    AIDILFITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN sekiranya ada kata kata
    yg mengguris hatikan mana tau bila komen ada yg Sofi
    tak suka. Jika balik kampung berhati hati di jalan raya
    biarlah lambat asalkan selamat sampai pergi dan balik
    kedestinasi yg dituju...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anor, sori lambat balas. raya pun dah habis dah. alahai... selamat hari raya, maaf zahir batin dari kak sofi juga untuk anor sekeluarga

      Padam
  5. wahhhhh.....cerita yang menarik...hidup nie penuh muslihatkan kekadang yang baik...yang alim diuji Allah SWT dan terus rebah menjadi sebaliknya dan kekadang yang bongkak,sombong dan lalai diberi hidayah hingga menjadi insan yang diredhai.

    Selamat Hari Raya Puan penulis...Maaf zahir batin.

    ~Bayu~

    BalasPadam
    Balasan
    1. begitulah.. ujian dan hukuman milik Dia..

      Padam
  6. cerita yg menarik..dah lama x baca karya cikgu sofi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanx kerana sudi juga singgah

      Padam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…