Luahan

apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

7 Sebulan, dua bulan sehingga memasuki bulan ketiga, Syamrin Khusairi mulai kalut. Hati dipagut kerisauan. Apatah lagi dengan keadaan mak N...

Inikah Cinta? 7

By Ogos 07, 2012

7

Sebulan, dua bulan sehingga memasuki bulan ketiga, Syamrin Khusairi mulai kalut. Hati dipagut kerisauan. Apatah lagi dengan keadaan mak Nah dan Zaleha yang tidak tahu apa-apa. 

Kenapa Janet menghilangkan diri, ke mana dia pergi, apa yang disorokkan sehingga memencilkan diri begini... buat Syamrin Khusairi penasaran. 

Akhirnya dia nekad menggunakan khidmat penyiasat persendirian. 

Kalau dah kena culik, pasti ada yang menuntut wang. Namun, tidak pernah ada panggilan ugutan walaupun sekali, diterima. Kalau mati? Di manakah kuburnya? 

"Janet, kenapa you buat macam ni? Apa sebenarnya? You tahu tak yang kami semua rindu pada you? I... Erin.... mak Nah, Zaleha... Baliklah, Jen! I dah tak tahu apa alasan yang I nak bagi pada Erin lagi. Baliklah..." rintihnya penuh sendu. 

"Cucu mama dah tidur, Syam?" 

Syamrin Khusairi mengangguk lemah. 

Malam ini, dia membawa Erin pulang ke rumah mewah keluarganya. Ini bukan kali pertama. Sudah sering Erin tidur di sini sehingga hubungannya dengan semua orang termasuk ibunya sudah menjadi sangat mesra. Puan Melisa menyayangi Erin kerana Erin satu-satunya cucu yang dia ada. 

"Mama nak beritahu satu perkara pada kamu, Syam. Duduklah!"

Syamrin mengerutkan dahi. Sejak fitnah yang ibunya lemparkan terhadap Janet, sejak lelaki jahat itu mengaku bahawa ibunya yang menyuruh lelaki itu menyamar sebagai kekasih Janet, hatinya tawar untuk berbual kecuali apabila perlu sahaja. Jadi, kalau boleh, dalam keadaan kepala yang masih berserabut ini, dia tidak mahu fikirannya semakin kusut. 

"Duduklah! Mama nak cakap fasal Janet,"

Syamrin Khusairi tatap wajah ibunya tajam. "Mama, mama sorokkan sesuatu dari saya?" tanya dia. 

Lama baharulah jawapan itu diperolehi. "Janet baru selesai operation. Tumor dalam otaknya berjaya dikeluarkan. Pembedahan tu dah berjaya dan Janet dah selamat. Kalau kamu nak, malam ini pun kamu boleh terbang tengok dia," 

Rasa separuh nyawanya hilang mendengar perkataan tumor dalam otak Janet. Namun, hati sedikit terubat dengan berita bahawa pembedahan sudah berjaya dan Janet selamat. Tetapi, 

"Macam mana mama tahu? Berapa lama dah mama tahu? Kenapa tak beritahu saya? Kenapa diamkan dan buat bodoh setiap kali saya mengeluh?" tanya dia lantang. Tentulah marah sebab wanita ini tidak pernah membuka mulut langsung. Tentulah geram, kalau mama bukan mama, tentu sudah dilepuk! Pasti!

"Beberapa bulan lepas, Janet jumpa mama. Dia nak tahu kenapa mama betulkan kesilapan lama. Kenapa beritahu perkara sebenar pada kamu. Mama cakap, semua yang mama buat adalah kerana mama sayang kamu. Lepas tu dia cakap, dia sayang kamu cuma dia tak dapat bersama dengan kamu. Masa itulah dia beritahu tentang penyakitnya,"

Sedih sekali rasa hati. Janet sepatutnya menceritakan semua pada dia namun Janet memilih untuk merahsiakannya. Mengapa?

"Janet minta mama tolong temani dia ke PERKIM. Dia nak masuk Islam. Kalau dia beritahu kamu, dia takut kamu fikir yang dia peluk Islam sebab nak kahwin dengan kamu," 

Bulat mata Syamrin. "Dia cakap macam tu?"

Mamanya mengangguk. 

"Jadi, dia dah peluk Islam?"

Puan Melisa menggelengkan kepala melihat keterujaan Syamrin Khusairi. Nampak jelas di pandangan mata betapa anaknya amat gembira mendengar perkhabaran ini. Bahagia sungguh dia!

"Nama islam dia, mama?" 

"Janet pilih nama yang ringkas sahaja. Aisyah. Aisyah binti Abdullah. Suka?"

Syamrin Khusairi mengangguk laju. "Saya nak jumpa dia, mama,"

"Kalau macam tu, kamu kena terbang ke Can Cun, Mexico. Janet sedang dirawat di sebuah hospital rawatan alternatif untuk kanser dan tumornya. Dia memang menunggu kamu datang pun! Nah, ini tiketnya. Pergi bawa dia balik ke sini. Tinggalkan Erin. Mama nak bawa dia ke mana-mana untuk uruskan majlis nikah kahwin kamu nanti." 

..........................

rasanya, cukup sampai di sini... mode puasa, kan.... harap anda suka.

You Might Also Like

14 comments

  1. mode puasa??knp ngan mode pua.pendek sgt ni. x puas

    >>k<<

    BalasPadam
  2. Erk, takkan sampai sini je kak? Hehe.

    Oh, Janet sakit rupanya. Patutla lama menghilang..

    BalasPadam
  3. Eiii.... Nama Samalah.. Xde siti je.. Heehee..
    Alhamdulillah.. Hrp2 aishah kmbali sembuuh dgn segera.
    Ala kak, smbg la skket lg pleaseeee.. Bab 8 la last.. Sempena bln 8. Ekkkekekeke..
    ;)

    BalasPadam
  4. Sedihnya.... Baru cinta nak bertaut kembali, dah brain tumour lah pulak... Nak lagi entry...

    BalasPadam
  5. Tq... Walaupun pendek.. Sangattttt best...

    BalasPadam
  6. x ckup..nk lg..
    ,mmoga2 ada sinar bhagia utk diorg ni.

    BalasPadam
  7. Alalala kak sofi 1 chp la lg..mcm tgantung ni..plssss

    Sgt x expect aisyah ade tumour..
    Nsb bek dh ok..

    Gud job kak sofi!!

    BalasPadam
  8. alhamdulillah.... aisyah dah selamat... sakit rupanye

    BalasPadam
  9. kak... buat la 1 chapter lagi... cam tergantung je kalau begini....

    BalasPadam
  10. alhamdulillah dah peluk islam dia..
    kak sofi, biarla syam dpt bwk balik aisyah pulang ke m'sia ye smbut raya...
    nice..

    BalasPadam
  11. btul kak sofi...
    x puas la klu ending ni mcm ni...

    BalasPadam
  12. aih?? xkena ni. kalau n3 pendek xpe, jgn cerita habis takat ni. naya say akak. huhu

    BalasPadam
  13. Alolo..sian janet..sakit ek...

    BalasPadam
  14. start baca dari episod 1 sampai episod 7...

    menarik...lain daripada yang lain...

    kak sofi, cuma nak cadangkan letak dekat sidebar latest entry al-maklum la jarang2 on9..sekali on9 mesti nk cari cerpen latest yang kak sofi buat... kalo ada senarai latest entry yg ikut bulan tu lagi memudahkan pembaca...;)

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.