Langkau ke kandungan utama

Inikah Cinta? 4



4

Mereka kini sudahpun berada di dalam ruang tamu rumah Janet yang luas. Iyalah, dah Syamrin Khusairi asyik mengekorinya, takkan Janet hendak menghalau pula. Jadi, diajaknya masuk. Senang hendak berbual juga. 

Lama Janet merenung tampang Syamrin Khusairi. Hendak percaya? Minta maaf! Rasa percaya itu sudah lama hilang. Hendak balas dan jawab, 'Saya pun cintakan awak jugak'? Lagilah mustahil! 

Lelaki ini pernah menyakitkan bukan sahaja hati malah seluruh hidupnya dahulu. Semudah itukah untuk dia datang semula dan meluahkan perasaan? Semudah itukah melupakan kenangan silam yang menyakitkan? Semudah itukah untuk menerima?

"You ni dah kena penyakit angau ke?" tanya Janet keras. 

Syamrin Khusairi mengangguk laju. "I angau! Yes, I angaukan you!" balasnya dengan muka yang cukup serius. 

Janet tatap lagi wajah itu. Memang Syamrin Khusairi yang ini jauh berbeza daripada Syamrin Khusairi yang dia kenal dahulu. Syamrin Khusairi yang ini kelihatan amat serius apabila menuturkan kata. Tidak nampak langsung ciri menyindir atau main-main. Soalnya, kenapa sekarang?

"Kenapa sekarang?" Janet ingin tahu semuanya. 

"Sebab I dah tahu semua kebenaran. You tak bersalah. Lelaki yang ada dalam gambar tu mengaku, mama I yang upah dia," 

"You lebih percaya cakap orang daripada cakap I? Dulu, mati-mati I nafikan! Tapi, you? You halau I macam I ni anjing kurap, macam I ni tak ada harga diri. You langsung tak mahu tahu kebenarannya,"

Syamrin Khusairi menatap wajah sedih di hadapannya dengan hati yang rawan. Sedih dia melihat Janet yang penuh hampa dengan sikap dan perbuatannya dahulu. Terasa benar bahawa dirinya ini manusia yang amat kejam. Langsung tidak menggunakan akal fikiran sebelum bertindak.

"You ada banyak pilihan di luar sana, Syam. Tak perlu datang pada I lagi,"

"Kenapa?"

Janet ketawa. "Sebab, antara kita....banyak yang menghalang. Parents you, agama you! So, I rasa, you tak patut cintakan I lagi. I bukan sesiapa,"

Giliran Syamrin Khusairi pula untuk ketawa besar. Lucu agaknya apa yang dikatakan oleh Janet itu. Isyarat mata gadis itu kepadanya, menyebabkan dia cuba mengawal diri. Akhirnya, dia kembali serius. 

"You are my everything. You, pemilik hati I, Jen. Listen! Dulu, I marah you. Betul tu! Tapi, you tahu tak yang I pun sakit juga dalam kemarahan I itu? I halau you. Betul tu! Tapi, I tak pernah jauh dari you. I sentiasa ikut perkembangan you. Dan, I bangga bila I tengok you boleh berjaya dalam hidup you biarpun I tak ada di sebelah you, Jen," 

Janet menjuihkan bibir. "Really?' sinis dia menyindir. 

Syamrin Khusairi mengangguk. "I sentiasa ada untuk you, dulu, sekarang, bila-bilapun! Cuma sekarang, I berani tunjukkan diri I. Sebab, I rasa......." dia berhenti untuk menarik nafas seketika sambil sepasang mata tidak lepas memandang raut Janet yang sedang keliru. "I rasa, dah tiba masa untuk I jalankan tanggungjawab I sebagai daddy anak kita. I rasa, dah tiba masa untuk Erin mengenali daddy dia, Janet,"

"You tahu?" soal Janet yang sudah menggelabah. Maklum rahsia yang tersimpan lama, sudah di dalam pengetahuan lelaki itu.

"You mengandung masa you tinggalkan I, Jen. I tak lupa tu!" tegas Syamrin Khusairi.

Janet mendengus. "Dan, you jangan lupa jugak yang you cakap, itu anak I dengan orang lain! Dahlah, Syam! Buang ajelah cinta you untuk I yang masih bersisa tu. Entah betul entah tidak! Entah-entah, you datang balik dalam hidup I ni semata-mata sebab you nak miliki Erin. Lelaki macam you ni... hidup penuh dengan kepentingan diri. Ingat I tak tahu?"

Syamrin Khusairi terhenyak di atas sofa. Tuduhan Janet bagaikan tidak mampu untuk ditampung. Sakit benar menerima kenyataan kebencian yang terpamer di wajah nan jelita. Terlalu besar kesalahannya dahulu sehingga payah untuk Janet menghimpun kata maaf untuknya. Terlalu banyak dosa silamnya sehingga tidak ada ruang untuk menebusnya kembali.

"I dah habis cakap. So, I rasa, sebelum reputasi you jatuh, lebih baik you keluar dari rumah I ni. Dan, jangan datang lagi. I tak perlukan cinta atau kasih mahupun sayang you lagi. Erin pun sama! You dengan dia... tak ada hubungan apa-apa. Langsung tak ada! Tolong keluar dari rumah I ni, Syam! Keluar sekarang!"

Syamrin Khusairi keluarkan kad nama dan meletakkannya di atas meja kopi. Perlahan-lahan dia bangun, menuruti kemahuan Janet untuk pergi menjauhkan diri. Tiada kata yang mampu diucapkan kini. Kerana...

Kesalahan lama sedang menghantui. 

Kesilapan dulu sedang mengintai.

Dosa silam sedang memburu....

Syamrin Khusairi memandu keretanya dalam rasa sedih dan kedukaan yang teramat. Sehinggalah seruan azan berkumandang di dalam radio. Sambil menjawab setiap bait yang berkumandang, dia tahu ke mana harus dituju. Ya, Masjid Putrajaya sedang melambai kedatangannya..... 
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. Amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. 
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah kamu suka makan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu patuhilah larangan itu) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. 
[al-Hujurat: 11 - 12]
........................
setiap kali menulis, tidak pernah terniat atau terdetik di dalam hati ini untuk menunjuk pandai. jadi, janganlah anda yang membaca rasa takut untuk membetulkan kesilapan. tegurlah tetapi, ceh ada tapi, okey... berhemahlah, kan? jangan hentam macam orang tukul paku masuk dalam kayu... erkk??? faham kot hehe....

okey, janet dah berkeras menolak. syamrin dah terKO. so.. lepas ni sesi apa pula, ya?? tell me please... 


Ulasan

  1. Maybe sesi syamrin menjalankan tanggungjawap kpd anaknya.. Walaupun janet dah menolak tp dia tak menghalang syamrin menjalankn tanggungjawap sbg bapa..
    Janet tak tahu syamrin dah berubah malah dah revert ke jalan Allah... Semoga ini membuka jln kpd janet utk mendapat nur islam..
    Bertapa syamrin yg dia kenal adalah sejahat2 manusia blh menjadi sebaik2 umat..
    # terima kasih atas selitan peringatan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. manusia akan berubah apabila menerima ujian dan apabila Allah mahukan begitu... sama2 kasih, ina

      Padam
  2. Kena ambik hati erin dgn Mak Nah pulak la lepas ni. Hehe.

    BalasPadam
  3. Xpe la.. Biar dlu janet tu... Fokus utama pttnya lebih pd improve diri sndiri... Plus bertanggungjwb kt erin.. Btl kalo ikutkn xde hbngan antara ddorang.. Tp anak tu lahir atas perbuatan dorang kan.. So, jd la daddy yg baikk syam.. ;) erkkss... Hhehe
    Nanti2 da amek ati sume org + mak nah skali.. Br la tackle janet balik... Hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe... ambik hati mereka yg rapat dgn janet, kan?

      Padam
  4. Hmmm... Syamrin dah berubah. ALhamdulillah. Kini tiba masanya untuk membawa orang-orang yang disayangi untuk sama-sama menuju ke jalan Allah pula. Rasanya dari awal lagi kak Sofi dah masukkan bab-bab yang mana Janet sebenarnya sudah mula terbuka kepada Islam. Cuma menanti pemimpinnya sahaja....

    - Mina -

    BalasPadam
  5. wuhhh...
    best kak sofi..
    tersentuh dgn asurah al-hujrat 2..
    tanpa sedar sy kekadang tergolong dlm manusia yg leka itu..moga dpt diperbetulkan semula..amin~

    BalasPadam
  6. beri hidayah kpda janet...
    hnya dngn itu prsaan dndm kat syamrin trhkis...

    BalasPadam
  7. Betul tu biarlah janet diberi hidayah semuga terbuka
    pintu hatinya hendak memeluk Islam yg shumul dn bukannya
    kerana sesiapa tetapi kerana Dia yg menciptakan manusia
    didunia ini dgn pelbagai perangai. tentang Shamin tu
    biarkan dulu lain kali lelaki jgn senang sj mempercayai
    melulu tanpa periksa hal yg sebenar hati siapa yg tidak
    terluka org yg dicintai menghina diri seperti langsung
    tak kenal dgn kekasih sendiri. nak lagi Sofi bestlah...

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…