Langkau ke kandungan utama

Bubur Lambuk Kampung Baru....

Emm, nampak sedap, kan? Tu la bubur lambuk Kg Baru yang terkenal sangat-sangat tu! 

Saban tahun, Masjid Jamek di Kampung Baru menjadi tumpuan ramai oleh kerana bubur lambuknya yang menjadi idaman wargakota di kala Ramadan menjelma. Sajian yang menjadi sinonim dengan Kampung Baru ini diedarkan secara percuma selepas Asar setiap hari di bulan puasa. Ribuan orang berpusu-pusu di luar masjid ini untuk memperolehi bungkusan bubur lambuk untuk dijadikan juadah berbuka. Kadang-kadang barisan bubur lambuk ini boleh melingkari sehingga seluruh perimeter masjid.

Ada lapan tukang masak semuanya yang bertanggungjawab menyediakan juadah yang popular ini. Nak tahu cara membuatnya?

Bubur lambuk Kampung Baru ini dihasilkan dengan merenih beras dengan air untuk beberapa jam bersama rempah ratus dan daging. 

Sajian ini sangat sesuai sebagai juadah berbuka kerana ia berkhasiat, mudah hadam dan sedap rasanya. 

Aktiviti memasak bubur ini hanya akan dihentikan sehari sebelum Aidilfitri. Ini kerana segala peralatan dapur seperti periuk belanga perlu dibersihkan sebelum tibanya hari Lebaran ini.

Haji Mohalim, salah seorang tukang masak yang bertanggungjawab memasak bubur lambuk ini setiap hari berkata: 
"Biasanya kami akan menyediakan lebih kurang 3,000 bungkusan bubur lambuk sehari. Oleh itu, 10 orang ditugaskan untuk mmbungkus bubur yang telah dimasak sebelum diedarkan kepada orang ramai. Tetapi, kian hari, jumlah yang datang semakin meningkat sampai kami kadang-kadang tak dapat nak memenuhi kehendak mereka kerana sudah kehabisan bubur lambuk"
Apabila ditanya apakah rahsia tarikan bubur lambuk yang menyebabkan ramai orang meminatinya, 

Haji Mohalim tersenyum sambil berkata, 
"Rasanya, kami pakai resepi yang biasa untuk buat bubur lambuk ni. Kami pun tak pernah rahsiakan bahan-bahan apa yang kami pakai. Entahlah, mungkin sebab berkat daripada bersedekah bubur lambuk pada orang ramai yang membuatkan ia lagi sedap." 
Bubur lambuk ini telah menjadi igauan wargakota selama lebih daripada 50 tahun dan sebenarnya, segala perbelanjaan untuk membuat bubur ini diperolehi daripada kutipan derma. Mungkin, rahsia yang menyebabkan bubur ini disukai ramai adalah dedikasi dan sikap kerjasama komuniti Kampung Baru yang sama-sama terlibat tidak kira dari segi sumbangan wang atau tenaga untuk mengekalkan tradisi ini sehingga ia menjadi sebahagian daripada identiti kampung mereka.

Jadi, bagaimanakah Haji Mohalim dan rakan -rakan sekerjanya menyediakan bubur tersebut? Aktiviti memasak Haji Mohalim dan rakan-rakan sekerjanya bermula seawal pukul 7.30 pagi setelah segala persiapan bahan dilakukan malam sebelumnya selepas solat terawih. Tukang-tukang masak ini memang arif didalam resipi ini dan hanya menggunakan pemegang periuk sebagai pengukur aras untuk bubur dimasakkan dengan sempurna. Air diisi sehingga sama aras dengan pemegang periuk untuk memastikan air masakan tidak melimpahi keluar.

Sebenarnya, proses memasak bubur ini sangat mudah. 

1. Mula-mula, rempah dan bahan-bahan kering ditumis bersama campuran minyak masak dan minyak sapi. Antara rempah yang digunakan adalah jintan manis, jintan hitam, buah pelaga, cengkih, lada hitam dan bunga lawang. 

2. Setelah ditumis, rempah-ratus ini digoreng bersama bawang merah, bawang putih dan halia sehingga wangi. 

3. Kemudian, daging dimasukkan. Bahan-bahan ini dibiarkan merenih sehingga daging empuk. 

4. Selepas itu, beras dan air dimasukkan ke dalam periuk. Campuran bahan-bahan ini dimasak di atas api sederhana sebelum santan dituang ke dalamnya. 

5. Mungkin keikhlasan tukang-tukang masak dalam menyediakan bubur lambuk ini yang menyerlahkan kelazatannya.
"Kita cuba untuk memenuhi permintaan setiap orang yang datang dan kami menghadkan satu bungkus untuk setiap orang tapi selalunya tidak mencukupi. Oleh itu, kami memberi keutamaan kepada jemaah yang datang berjemaah asar di masjid ini dan jumlah jemaah biasanya mencapai 1,000 orang," tambah Haji Mohalim.

Setiap petang ketika Ramadan, orang ramai akan berkerumun di Masjid Jamek, Kampung Baru untuk mendapat bubur lambuk ini. Tradisi bubur lambuk ini sudah diamalkan lebih daripada separuh abad, dan popularitinya meningkat setiap tahun. Kami berharap, bak kata pepatah tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas, tradisi bubur lambuk Kampung Baru ini akan kekal selama-lamanya dan tidak luput dimakan arus pemodenan. Mudah-mudahan generasi yang akan datang juga berpeluang untuk menikmati dan menghayatinya kerana amalan ini bukan sahaja menarik tetapi juga merupakan sebahagian daripada sejarah unik kotaraya Kuala Lumpur.

------------------------- 
Artikel oleh FriedChillies.Com. Sejak 1998, FriedChillies.com telah banyak berkongsi tempat makanan best and resipi sedap untuk rakyat siber Malaysia dan dunia. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari FriedChillies.Com

terima kasih...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…