Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2012

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…

Mengharap ehsan-Nya pada malam Lailatul Qadar

1 malam ganjil sudahpun terlepas malam tadi. Andai kata ia malam Lailatul Qadar, maka kasihanlah kita yang tidak bersungguh beribadah kepada-NYA kerana Lailatul Qadar adalah satu malam yang jauh lebih baik daripada 1000 malam. Namun, andaikata belum lagi, masih belum terlewat untuk kita meningkatkan ibadah kita. Jadi, jom sama-sama kita menambahkan ketaatan, menunaikan kewajipan yang wajib dan sunat, menambahkannya, moga-moga kita menjadi insan bertuah... Amin...
Dari blog encik suami: Tajuknya: Doa-doa do malam 10 terakhir Ramadan....
Diriwayatkan dari Saidatina Aisyah r.a. yang menceritakan:
“Aku bertanya Rasulullah SAW:  ‘Ya Rasulullah, jika aku menemui lailatul-Qadar (malam al-Qadar) apakah doa paling baik untuk aku ucapkan?’ Jawab Rasulullah;  ‘Kamu bacalah doa (yg bermaksud); “Ya Allah, ya Tuhanku! Sesungguhnya Engkau adalah Tuhan yang maha pemaaf. Engkau suka memaafkan (dosa hamba-hamba-Mu). Maka maafkanlah daku (yakni ampunkanlah dosa-dosaku).”(Riwayat Imam at-Tirmizi) Nabi Muhammad…

Alhamdulillah..

Kak Sofi tertarik dengan bingkisan dari Sharifah NorJasmin SyedOmar who shared SubhanALLAH Alhamdulillah Walaa illaha illallah Allahu Akbar's photo, di facebook. 
‎Mereka bertanya kepadaku :  “Apa khabar?” Lantas ku jawab:  “ALHAMDULILLAH...”Maka mereka menyangka bahawa aku sedang DALAM KEGEMBIRAAN.. Mereka lupa bahawa kita perlu  BERSYUKUR kepada Allah semasa GEMBIRA ATAU DUKACITA..✿~ Alhamdulillah ketika kita BERSEDIH..
✿~ Alhamdulillah ketika DUNIA MENGHIMPIT KITA..
✿~ Alhamdulillah ketika kita CERIA..
✿~ Alhamdulillah ketika kita SAKIT..
✿~ Alhamdulillah ketika kita REDHA dengan ketentuan..
✿~ Alhamdulillah ketika kita SELESA..
✿~ Alhamdulillah dalam SETIAP PERKARA dan KEADAAN..

p/s : Alhamdulillah, Allah masih beri PELUANG..

Inikah Cinta? 7

7
Sebulan, dua bulan sehingga memasuki bulan ketiga, Syamrin Khusairi mulai kalut. Hati dipagut kerisauan. Apatah lagi dengan keadaan mak Nah dan Zaleha yang tidak tahu apa-apa. 
Kenapa Janet menghilangkan diri, ke mana dia pergi, apa yang disorokkan sehingga memencilkan diri begini... buat Syamrin Khusairi penasaran. 
Akhirnya dia nekad menggunakan khidmat penyiasat persendirian. 
Kalau dah kena culik, pasti ada yang menuntut wang. Namun, tidak pernah ada panggilan ugutan walaupun sekali, diterima. Kalau mati? Di manakah kuburnya? 
"Janet, kenapa you buat macam ni? Apa sebenarnya? You tahu tak yang kami semua rindu pada you? I... Erin.... mak Nah, Zaleha... Baliklah, Jen! I dah tak tahu apa alasan yang I nak bagi pada Erin lagi. Baliklah..." rintihnya penuh sendu. 
"Cucu mama dah tidur, Syam?" 
Syamrin Khusairi mengangguk lemah. 
Malam ini, dia membawa Erin pulang ke rumah mewah keluarganya. Ini bukan kali pertama. Sudah sering Erin tidur di sini sehingga hubungannya deng…

Inikah Cinta? 6

6
Ramadan datang lagi. Waktu sahur, hari pertama, jam 5 pagi.
Sedang mak Nah dan Zaleha sibuk menyediakan juadah ringkas, nasi goreng Cina untuk mereka, mereka tidak sedar bahawa ada dua insan elok duduk terconggok di kerusi dengan mata yang bulat, dengan tubuh yang segar. Anak beranak itu siap mandi lagi.
"Err.... kenapa Jen dengan Erin bangun, nak?" Mak Nah keliru melihat anak beranak itu. Terkejut dia!
"Nak puasalah, mak Nah," jawab Janet.
"Puasa?"
"Yalah, nek! Mana boleh nenek aje puasa? Erin nak puasa jugak!" Erin turut berceloteh.
Mak Nah makin risau. "Tapi, tahan ke cucu nenek ni nanti? Lama tau tak boleh makan, tak boleh minum," kata mak Nah pada Erin.
"Boleh!" jawab Erin penuh yakin. Wajah Janet dipandang, "Kan, mummy?"
Janet mengangguk. "Kami nak belajar berpuasa, mak Nah. Senang. Tak gaduh mak Nah nak masak untuk kita orang lunch nanti. Tak baik, kan, kalau orang puasa masakkan sesuatu kepada yang tak…

Keputihan - merunsingkan wanita

Wahai wanita, fahami apa itu keputihan. Keputihan ni satu masalah kesihatan wanita yang merunsingkan. Jangan cakap tidak, terutama bagi anda yang mempunyai masalah keputihan yang teruk tu!
Keputihan ialah keluaran lendir dari faraj. rujuk sini untuk memahaminya. 
1. Peranan lendir di dalam faraj
Melindungi sel-sel dan dinding saluran faraj. Jika tanpa lendir, sel-sel tersebut akan menjadi kering dan rosak. Kering faraj selalunya dialami oleh wanita yang dah putus haid (menopause). Memang problem sebab kekeringan tu akan timbulkan rasa sakit sewaktu bersetubuh. Maknanya, lendir faraj penting supaya persetubuhan tu tak sakit. 
Ada yang tanya lendir tu yang macam mana? Jawapannya, lendir tu keluar masa anda tengah bernafsu la. 
Pangkal rahim (cervix) juga mengeluarkan lendir yang mempunyai daya untuk membekal makanan dan tenaga kepada benih-benih lelaki untuk beberapa hari dalam keadaan hidup jika sperma terletak di dalam lendir di pangkal rahim (pada kebiasaannya benih lelaki hanya hidup di …

Opor Chef Wan... terliur ai...

Nak makan nih? Hmm sedapnya, kan? Bulan-bulan puasa ni alahai... pecah liur...  Ni resepinya>>>>
BAHAN-BAHAN
Minyak sayur 125 ml
Serbuk ketumbar 2 sudu besar
Serbuk jintan manis 2 sudu besar
Serbuk jintan putih 2 sudu besar
Serbuk lada hitam 2 sudu besar
Daging lembu 1 kg, dipotong besar
Santan 1½ biji diperah dengan 1 liter air
Sedikit rempah penumis pelaga, cengkih, kulit kayu manis, bunga lawang
Air asam jawa 2 sudu besar, diramas dengan 120 ml air dan dituskan
Gula 6 sudu besar
Garam Secukup rasa
Kerisik 8 sudu besar

Dikisar halus
Bawang merah 15 ulas, dikupas
Bawang putih 6 ulas, dikupas
Halia 2 cm, dikupas
Serbuk belacan 1 sudu besar
Cili kering 30 tangkai, direndam dalam air panas dan dituskan

CARA
Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar bersama serbuk ketumbar, jintan manis, jintan putih dan lada hitam. Masak perlahan-lahan sehingga wangi.
Masukkan daging dan santan. Masak selama 30 minit sehingga daging empuk.
Akhir sekali, apabila kuahnya…

Inikah Cinta? 5

5
Di dalam dunia ini, ramai manusia yang tidak faham bahasa meskipun hari-hari, bahasa itu digunakan untuk bercakap dan menulis. Melihat Syamrin Khusairi, itulah yang Janet rasakan. Sudah berkali-kali dihalau, tetapi lelaki itu akan datang semula, bagaikan kiambang. Tolaklah, pisahkanlah... nanti akan bertaut semula. Apakah itu yang ada di dalam hati lelaki itu? Mengharap hubungan mereka akan kembali bercantum?
"Biarkanlah dia, Jen. Dia rindukan Erin," 
Janet mengeluh. Sekarang, mencurahkan rasa tidak puas hati pada mak Nah, pasti begitulah jawapan wanita itu. Tak sangka, setelah Syamrin Khusairi dikenali, begitu mudahnya mak Nah jatuh suka pada lelaki itu. Alah, usah kata mak Nah, Zaleha dengan Erin pun sama jugak. Macamlah Syamrin tu aset yang paling berharga dalam hidup mereka! Huh, buat Janet rasa diri dia terpinggir sahaja...
"Mummy," 
Tangan yang digoncang-goncang oleh anaknya menyebabkan Janet terkejut. Cepat-cepat dia memaniskan wajah. "Apa?" tanya dia…