background img

The New Stuff

Rindu mama, sayang papa 1

1

Inas melangkah masuk ke dalam rumah dengan hati yang rusuh. Fikiran tengah berserabut menyebabkan adik-adiknya yang bertiga orang itupun, tidak sempat hendak direnung. Tak perasanpun dia, akan kehadiran mereka. Sebaik sahaja dia duduk di atas kerusi, berkeriut bunyinya. Hmm, hendak kata apa lagi. Rumah usang, perabut pun tentulah usang juga. Itupun nasib baik, mak cik Ros sedekahkan kerusi itu. Kalau tidak, masing-masing pakat duduk atas lantai berlapikkan tikar mengkuang yang dah tercabut raminya. Jadi, Inas, janganlah kau kufur nikmat, hati memarahi diri sendiri.    

"Ucu, asal mengeluh tu? Kalau mak dengar mesti kena leter," Ilham, adik yang berumur 9 tahun menegurnya. 

Sebelah mata sedikit terbuka. "Oi, kau tu budak kecik, diam aje la! Jangan sibuk hal aku, boleh tak?" marahnya. 

Terus sentaplah si adik dah kena marah. Ilham satu-satunya adik lelaki sebab itu agaknya terlebih manja. Tengoklah tu, kena marah sikit dah nak menangis.

Inas mendekatkan diri ke meja. Sengaja dia buat begitu dengan niat nak bagi amaran. Malangnya, emak dah sampai, bawa air dari dapur. Iyalah, anak dara bertuah, kan? Tapi, ada tapi tu. Bukan hari-hari dia macam ni. Hari ni sahaja berlaku pengecualian sebab dia sedang bersedih. 

"Mak, Inas kena buang kerja," 

"Apa pulak yang dah kamu buat kali ni?" tanya mak Ton bersahaja. 

Inas jadi pelik. Selalu, kalau dia kena pecat, menyinga emaknya ini. Pot pet, pot pet, seminggu tak diam. Hari ini? Apa sudah jadi? 

"Tak apa! Mak dah dapatkan kerja baru untuk kamu,"

Bulat mata Inas. "Kerja apa, mak?"

"Jaga budak kecik,"

Inas terus menjerit, "Ya ampunnn! Mak, budak-budak yang tiga orang ni pun dah cukup menyakitkan hati orang. Ini, nak kena jaga sorang lagi? Eeii, tak sanggup orang, mak! Tolak! Tolak, mak! Orang tak nak!"

"Ucu!!!" 

Mak Ton ketawa mengekeh melihat perangai anaknya. Umur sudah sembilan belas tahun tetapi perangai macam budak kecil. Sebab itu, Mak Ton bersetuju aje apabila Puan Rai datang meminta tolong pada dia tadi. Dia tahu, Inas boleh diharap menjaga cucu kesayangan puan Rai itu. 

"Ucu ni kan, perangai macam budak kecik, tau! Sikit punya hal pun nak jerit pecah anak tekak. Kacau Iffah dengan Inan nak mengira," 

Iffah dengan Inan, adik kembar yang baru masuk tahun satu. Memanglah rajin belajar. Budak perempuan! Tapi, sombong bukan main. Orang jerit sikit pun dah merungut. 

"Itulah fasal! Awak tu anak sulung, tapi perangai macam anak bongsu. Siap suruh adik-adik panggil Ucu lagi. Jadi ucu, patut pun kena marah," sela mak Ton. 

Inas buat muncung itik. "Mak dengan ayah la salah! Umur Inas dah nak masuk sebelas tahun, baru nak kasi Inas adik. Malulah orang! Kawan-kawan di sekolah dulu tu semua ejek. Sebab tu suruh panggil ucu," 

Cerita yang sudah berulang siaran entah berapa ratus kali.

"Ada kawan mak, anak sulung dia umur 20 tahun baru dapat adik. Tak ada pulak budak Nor tu suruh adik dia panggil dia, ucu, tahu!"

Inas malas melayan. Tahu dah, kalau perang mulut dengan emak, mesti dia kalah punya.   

"Cuba mak story sikit pasal budak kecik yang orang nak kena jaga tu. Berapa umur dia? Anak siapa? Emak bapak dia ke mana sampai tak boleh jaga anak sendiri?" 

"Amboi, tak sayang mulut betul kamu, ya? Siap tuduh-tuduh emak bapak dia," marah mak Ton. 

"Alah, emak tu aje yang tak tahu. Sekarang ni, siapa nak ambik maid, mak. Mahal! Yang indon punya, kena bayar tujuh ratus. Lepas tu, dia cuma jaga anak aje," diri didekatkan kepada ibunya. Hendak berbisiklah kononnya! "Sebab itu, nenek-nenek semua tak boleh berehat, sekarang. Kalau nenek bela cucu, jimat emak ayah, mak!"

"Eeeii, mulut budak ni, aku cili-cilikan karang! Kalau dengar dek puan Rai..."

Puan Rai? Wah, hati sudah berdegup degap. Sudah terbayang wajah si dia. Mamat tu... ohh!! Tapi, takkan dia dah kahwin? Takkan dia dah ada anak kot? Oh tak mungkin! Noo!!

Inas membetulkan duduknya, menjadi lebih santun. "Cucu puan Rai, mak? Anak siapa? Anak Yasir ke, mak? Tapi, kenapa orang tak tahupun yang Yasir tu dah kahwin?" tanya dia. Mengharap jawapan yang positif. 

"Kamu ni mengarut betul, Inas! Yasir tu kan dalam tahun akhir kat UM? Kahwin apanya? Kawan tu tengah sibuk belajar. Bukan macam kamu! Malas!" 

Aiseyy... dah kena sebijik! Inas cekak pinggang. Geram sebab ketiga-tiga orang  adiknya sedang galak gelakkan dirinya.

"Gelak! Korang nak jadi orang pandai, kan? Lepas ni, tambah masa belajar. Dari lepas Isyak sampai pukul dua belas! Padan muka!" ugutnya. 

"Ucu!!!!"
.......................

Sudah sepuluh minit Inas mengendap di tepi pagar rumah banglo dua tingkat ini. Hati dah mula mengutuk. Itulah, buat rumah besar-besar lagi! Takut sangat dengan pencuri, buat pagar tinggi-tinggi. Kan tak nampak tetamu yang datang?

"Apa hal awak dok terhendap-hendap depan rumah orang ni?" 

Suatu suara garau begitu dekat di telinganya, menyebabkan Inas terkejut lalu menjerit dan terjatuh. Terus duduk atas jalan tar, di hadapan rumah bakal majikannya ini.

"Encik, lain kali bagi salam la! Jerkah-jerkah orang, ingat telinga saya ni dibuat daripada plastik ke?" Inas sudah marah. Sudah naik angin melihat lelaki yang memakai seluar joging dengan baju T tanpa lengan. Hisy, tak malu betul! Kalau iya pun, cukurlah bulu ketiak tu! Hutan!!!

"Kau nak apa?"

Mata Inas membuntang. Ewah, dah puas jerkah orang, lepas tu tanya soalan yang tak ada kena mengena dengan hidup dia. Memang nak kena pancung orang tua ni, hati berbisik. 

"Saya nak jumpa pak we saya yang tinggal kat dalam rumah ni. Dia ada anak perempuan. Dia suruh saya belajar-belajar jaga anak dia sementara dia nak pergi kerja. Iyalah, kan.... Dia tu, duda. Saya kenalah sayang anak dia sebab kami dah nak kahwin. Tu sebab saya datang ni. Kalau lambat, tak dapat nak bye-bye..., Puas hati?"

Kini lelaki itu sedang berpeluk tubuh, merenung dirinya dari atas ke bawah. Inas turut memerhati. Dia tahu tak ada yang silap dengan penampilannya hari ini. Baju kurung dengan tudung. Okey, apa?

"How old are you?"

Isk, isk... ada pulak yang nak benjol dahi ni! Tak fasal-fasal tanya umur, apa hal?

Lelaki itu mendekat. "Berapa?"

"Sembilan belas,"

"Hah..., baru sembilan belas tahun. Budak kecik!" sinis lelaki itu mengutuk sebelum menekan loceng. 

Alah, kenapa dia tak nampak loceng itu tadi? 

Eh, pintu nak tutup. Tunggu!! 
............
yang ni, citer gila2 sikit. suka tak?   

24 comments: Leave Your Comments

  1. sukaaa. .hehe..
    habislah Inas..entah2 yg dia kutuk tu,majikan dia.
    Entah2 yg dia main bekasah ckp nak kena belajar jg anak n nak khwin dgn
    bpak budak tu,lelaki yg dia loyar buruk tu pula?
    alahai..habis laa..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. lepas ni? tunggulah, ya!

      Delete
  2. klakar la inas ni...
    siap la dia..
    tngk2 2 ayh bdk yg inas nak jg...

    ReplyDelete
  3. bestlah, nak lagi.

    ReplyDelete
  4. semua cerita yg sofi tulis akak suke aje

    ReplyDelete
  5. kak.. mmg kelakar la inas nie...hehhehe nak lagi kak

    ReplyDelete
  6. mcm besh je ni..
    nak lagi

    ReplyDelete
  7. sy suka.pompuan pemalas!hahaha..teruskan ye.good luck-ina

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya... kak sofi ske inas sorg aje yg malas. kalau anak...jaga ko!!

      Delete
  8. sgt suka! hehe. tp sape mamat tu? kenalan inas ke?

    ReplyDelete
  9. aiseh, baru boleh komen. ke browser saya yg sengal semalam ek?

    saya suka keselambaan si Inas ni. Hehe

    ReplyDelete
  10. alamak...knp sy x nampak ada entry br ni?? ahaaa best lah kak sofi...
    selamat menyambut ramadhan al-mubaraq...

    ReplyDelete
    Replies
    1. okey da nampak eh.. selamat berpuasa utk ad_dEen juga

      Delete

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Novel 6: Kupikat Jandaku

Novel 5: Suami Sebelah Rumah

Novel 4 : Tiada Yang Lain

Novel 2 : Cintamu Cintaku Satu

Novel 1 : Tak Mungkin Kuhindar

cintamu cintaku satu


Novel TMKH telah mendapat pengiktirafan 4 bintang dari Editor Berita Harian 2010. Cetakan yang ke-6. Anda juga boleh melayari LINK INI untuk membaca bab-bab 1 -15

Novel-novel dalam Bikinan

Followers

Nuffy