Langkau ke kandungan utama

Nafsu lelaki satu aje tapi...

Bercakap tentang nafsu... kata orang, perempuan ada sembilan nafsu, satu akal. Tapi, kaum lelaki ada satu nafsu sembilan akal. Hebatkah lelaki? 

Kita disuruh berjuang melawan nafsu. Mengapa? Kerana hawa nafsu selalu mengajak manusia kepada kemungkaran dan jika kita menuruti bisikannya, maka pasti akan binasa.

Kebinasaan dalam rumah tangga kalau anda rajin membaca DCCK di UM, kebanyakannya berpunca daripada sikap suami yang tidak berdaya melawan hawa nafsunya yang satu itu. Satu kisah sedih daripada DCCK.... Baca, ya!

Puan Izani bercerita: 

''Bayangkan setelah berbelas tahun berkahwin, ketika melahirkan anak ketiga suami buat hal. Mereka bertemu di tempat kerja, lantas berlarutan ke pusat-pusat hiburan. Bila dah bercinta, suami hilang pertimbangan. Fikirannya tidak pernah di rumah walaupun tubuh tersandar di kerusi. Kerana dia ghairah melayan keseronokan bercinta sambil bermain telefon dengan SMS.

''Ketika asyik bercinta, jangan cuba dekatkan diri dengannya apa lagi hendak bermesra, dia jadi hilang selera, sebab orang di luar sana telah lebih dahulu memenuhi nafsunya. Ketika itu bukan sahaja saya dibenci, anak-anak pun dia tak nampak.

''Curiga dengan perubahannya, saya siasat. Terkejut beruk saya apabila jumpa bil telefonnya hampir RM2,000. Semua nombor sama. Telefon dan SMS tak kira waktu, tengah malam pun ada. Ingatkan sebulan dua, rupanya dah lebih lima bulan suami saya Mz buat hal.

''Kerana mahu kepastian, saya telefon nombor tersebut, memang perempuan. Peliknya dia mendakwa tak kenal suami saya. Pabila saya kata saya bukan budak sekolah tadika, dia cepat-cepat letak telefon. Bila Mz balik, saya kena marah. Saya dituduh ganggu kerjanya konon wanita itu banyak membantu. Dia fikir saya bodoh, kalau setakat kerani di pejabat kawannya apa sangat yang dia boleh bantu?

''Lama juga aktiviti liar Mz berterusan. Waktu itu nasihat apa pun dia tak pakai hinggalah gajinya kena potong oleh majikan kerana panggilan telefon tak munasabah. Lepas itu hidup kami aman seketika hinggalah tiga tahun kemudian seleranya bertukar ke kelab malam. Di situ dia sangkut dengan GRO. Kali ini bil telefon tak banyak, tapi duit habis ke kelab.

''Hubungan dengan GRO Indonesia memang teruk. Saya dapat tahu ada dua orang kawannya terjebak kahwin dengan GRO itu kerana kelembutan dan urutan istimewa. Dah terjebak, daripada bisnes kawannya maju, akhirnya tinggal 'nyawa-nyawa ikan'.

''Puas saya nasihatkan Mz agar kembali ke pangkal jalan kerana anak-anak masih kecil dan bersekolah tapi bukan mudah. Melalui kawan saya berkenalan dengan salah seorang GRO, di situlah saya tahu aktiviti suami saya. Kerana sayangkan dia dan anak-anak, saya rayu GRO tersebut jangan ganggu suami saya. Entah macam mana mungkin doa saya dimakbulkan Allah, akhirnya Mz tersedar setelah melihat masalah perniagaan kawannya. Dia kembali ke pangkuan keluarga.

''Harapan saya supaya dia boleh bekerja dengan baik di samping menguruskan bisnes kecil-kecilan yang saya banyak bantu. Berkat kesabaran dan doa, bisnes kami maju.

''Malangnya apabila bisnes bertambah maju, kawan tambah ramai, Mz hilang pertimbangan, dia kembali melayan nafsu bercinta lagi. Kali ini dengan ibu tunggal muda yang dikenalkan oleh kawannya.

''Walaupun perkenalan masih baru tetapi Mz sudah lupa daratan.Duitnya banyak dilaburkan untuk wanita itu. Sejak akhir-akhir ini, dia sudah tak mahu lagi lihat muka saya. Dia lebih rela tidur atas kerusi panjang di ruang tamu daripada tidur di dalam bilik dengan saya.

''Mz juga sudah tidak lagi bercakap dengan anak-anak. Kalau dulu dia rajin juga berbual dan bergurau dengan mereka, mengajak berjalan ke bandar, membeli-belah dan sebagainya, sekarang kalau anak-anak tak tegur, dia langsung tidak bercakap. Malah adakalanya pertanyaaan anak-anak langsung tak dilayan. Dia khayal dalam dunianya sendiri.

''Sejak bercinta dia lepaskan semua tugas mengurus rumah, makan minum anak-anak, sekolah, tuisyen, pasar dan mendidik mereka kepada saya. Dia langsung tak ambil peduli. Walaupun dia beri belanja tetapi anak-anak perlukan bimbingan ayah mereka.

''Malangnya saya tak boleh lagi nasihat Mz. Dia bukan lagi suami yang saya kenal. Cepat naik angin. Dia pernah tanya, apa saya mahu? Dia akan beri!"
...............

Lelaki, semakin tua, semakin tinggi saham mereka. Apa nak hairan dengan isteri di rumah apabila di luar sana banyak yang jambu-jambu dan sedia lentok habis? Janji, ada duit! 

Di usia tua, wanita tidak sanggup bercerai kerana malu dengan anak-anak dan masyarakat. Jadi, makan hati ajelah menyaksi suami yang tak ingat dunia dah tu!

Mungkin ada yang kata, ini bukan salah lelaki itu sahaja. Kalau perempuan (istilahnya orang ketiga) tak memainkan peranan, tak jadi juga! Sebenarnya, perempuan ketiga itulah perosak hubungan suami isteri tadi... 

Entahlah! Siapa salah, siapa yang benar, kita tidak tahu. Mungkin kalau kita tanyakan si suami, nanti dia akan jawab yang si isteri itulah yang bersalah sebab dah tak pandai hendak melayan laki... 

Tuding menuding jari ke sana ke mari... 

Mangsa? Siapa lagi? Anak-anaklah!
 
Jadi sebab itu kita disuruh berjihad melawan hawa nafsu. Lelaki atau perempuan, perlu sama-sama melakukannya...
"Kemudian menggantilah selepas mereka pengganti-pengganti yang mensia-siakan solat, dan mengikuti hawa nafsu (syahwat); maka mereka akan menemui kesalahan." 
- (Surah Maryam, 59)
Imam Al-Ghazali, Mukâsyafah al-Qulûb, h. 17 berkata:
"Barang siapa menyirami anggota badannya dengan hawa nafsu, maka ia menanam pohon penyesalan dalam hatinya." 
Kita tidak mahu menyesal di kemudian hari. Tak mahu masuk ke dalam neraka Allah. Bukankah begitu, wahai teman?

Ulasan

  1. Sedih bce cite akk ni.lelaki yg bertuankn nafsu mmg inilah jdnye.pompuan je yg kne sbr.sian ank2. :(

    BalasPadam
  2. lelaki dgn. 9 akalnya tapi sayang akal itu diletak di bawah kaki
    tak pandai menggunakan 9 akal yang ada
    1 nafsu yang control akalnya...
    biarpun perempuan dikatakan punya 1 akal tapi wanita
    boleh menyelaras nafsu yang ada; akal itu umpama ketua
    9 nafsu itu kakitanganya...

    BalasPadam
  3. Sebenarnya umur lelaki memainkan peranan penting.... umur sekian...sekian pula sikapnya.

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…