Langkau ke kandungan utama

Musuh Terbesar


Satu lagi perkongsian hebat di facebook. Terima kasih Sharifah NorJasmin SyedOmar who shared with us Hishamuddin Husin's photo.

Tajuk artikel kita hari ini ialah MUSUH TERBESAR.

Moga ia memberi ilmu yang berguna kepada kita. Sama2lah menghayatinya.

Musuh terbesar manusia adalah hawa nafsu yang ada dalam dirinya, kerana watak hawa nafsu condong kepada keburukan, lari dari kebaikan dan memerintahkan kepada keburukan seperti yang dikatakan Zulaikha dalam Al-Quran,
“Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan.” 
- (Yusuf:53)

Selain itu, watak hawa nafsu ialah sering bermalas-malasan, santai dan menganggur, serta larut dalam syahwat. Jika manusia mengetahui itu semua, maka hendaklah ia memobilisasi dirinya untuk berjuang melawan hawa nafsunya serta berusaha dengan sungguh-sungguh mengerjakan apa yang tidak ia kerjakan dengan serius dan mengganti apa yang ia sia-siakan dan ia tinggalkan. Dan, membawa dirinya ke dalam pembinaan seperti itu hingga dirinya menjadi tenteram, bersih dan menjadi baik. 

Itulah tujuan utama mujahadah (perjuangan) terhadap hawa nafsu.

Allah Ta’ala berfirman:
“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) kami, benar-benar akan kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami. Dan sesungguhnya, Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.” 
- (Al-Ankabut: 69)

Ketika seseorang berjuang melawan dirinya agar menjadi baik, bersih, suci, tenteram, dia berhak mendapat kemuliaan Allah Ta’ala, dan keredhaan-Nya, maka ia mengetahui bahwa ini adalah jalan orang-orang yang shalih dan orang-orang yang jujur, kemudian ia berjalan di atas jalan tersebut kerana ingin meniru mereka dan menuruti jejak-jejak mereka. 

Rasulullah SAW sahaja melakukan qiyamul lail hingga kedua kakinya bengkak. Tentang hal tersebut, Rasulullah SAW pernah ditanya, kemudian beliau menjawab,
“Apakah aku tidak boleh menjadi hamba yang bersyukur.” 
- (Riwayat Muslim).
..................
semoga kita sama2 dapat melawan musuh terbesar kita ini... 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…