Mulut dan Hati...


Bukan senang hendak bercakap dengan orang. Tambah kalau orang tu pendiam. Kadang-kadang boleh sampai tergagap-gagap jadinya, kan? Lepas tu, berapa ramai di antara kita ikhlas ketika berbual dengan teman-teman. Ikhlas mendengar, ikhlas berkata-kata? 

Sebab itu, bila terbaca titipan Hayatie Arif di FB ini, kak sofi nak ucap terima kasih yang tidak terhingga kepadanya. Mencuri sedikit masa sambil2 menaip mss, harap2 anda suka dengan apa yang diposkan ini. 
..................

Ramai antara kita tak tahu kan?... Terima kasih 1001 Tip Komunikasi Hebat ianya banyak membantu kami2 semua. Mari baca sama2,


MULUT BERKOMUNIKASI DGN MANUSIA; HATI BERKOMUNIKASI DGN PENCIPTA

Tengah hari ni seorang kenalan yang sudah hampir 15 tahun tak jumpa, tiba2 message saya di FB. 

Kami saling bertanya khabar. Saya kata, saya tak sihat, walaupun saya selalu pura2 seperti saya ok, sebab banyak tanggungjawab yang perlu diteruskan. 

Tiba2 beliau menanyakan tentang sesi COACHING yang saya lakukan dengan Klien2 saya & sebagainya. 

Secara kebetulan beliau sendiri sedang melalui masa2 yang Amat Mendugakan beberapa bulan kebelakangan ini, dalam memulakan Perniagaan Baru di tempat orang. 

Diam tak diam, 1.5 jam kami Chat!

Di akhir perbualan, beliau menyatakan 'Terimakasih' pada saya kerana dia rasa LEBIH BERSEMANGAT dan dia bertanya, "So, session (Coaching) ni kena bayar or with compliments?"

Saya jawab, "My pleasure. Thank you for the Trust. Doakan saja God keeps Blessing me with Good Health, Good Mind & Good Heart."

Malamnya, saya ke kelas. Selesai lecture jam 10 p.m. tiba2 saya perasan sesuatu yang sangat Ganjil... 

Selama 3 jam mengajar, saya langsung tak batuk, walau sekali!

Kalau nak tahu, saya sebenarnya dah beberapa bulan menghidap radang tekak. Sangat menyakitkan, lebih2 lagi semasa mengajar. 

Saya tak pasti samada kenalan saya tu tadi ada menDoakan seperti yang saya minta atau tidak. Saya rasa ya. Tapi yang pasti.. Allah Mendengar Permintaan saya. 

Hari ini saya sedar..

Walau pada Zahirnya kita BERKOMUNIKASI dengan manusia, Hakikatnya, ALLAH MENDENGAR Segalanya.

*.. Ya Allah, aku mula mengerti, ini cara Kau BerKomunikasi denganku. Halus sekali. Hebat sekali. 

Syukur, Alhamdullillah.
..................

Dapat tak mesej yang tersembunyi? Jom share!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

Yang Terakhir: Versi Cerpen

Inikah Cinta? : Versi Cerpen