Langkau ke kandungan utama

Mahar - Akhir


Akhir

Aku mengelus lembut tengkuknya. Tersenyum melihat dia yang enak memejamkan mata. Suka benar dia dengan rentak lembut tarian jari jemariku untuk menghilangkan lelahnya setelah sehari suntuk berkejar ke sana ke mari.

Aku tunduk mengucup dahinya, membiarkan rambutku yang panjang jatuh menutupi seluruh wajahnya. 

"Hmm, wangi," bisiknya. 

Cepat-cepat aku tegakkan tubuhku namun tak akan boleh aku larikan diri darinya yang gagah, pantas sahaja dia menarik aku agar jatuh atas ribaannya. Kami kemudian ketawa bersama-sama.

"Dah dekat tiga tahun kita kahwin, bang. Tak jemu ke dengan Sya ni?" sengaja aku memancing egonya sedangkan aku tahu benar akan jawapan yang bakal diberikannya padaku. 

"Alhamdulillah, setakat ini, belum jemu lagi. Esok-esok tak tahulah pulak," 

Hmm, kan dah cakap? Itulah jawapan klise seorang Redza. Tak pernah berubah sejak 'day one' kami menikah lagi. Jawapan yang amat suka aku mendengarnya. 

Hidup kami amat sederhana. Tidak ada kereta mewah menjalari anjung rumah juga di jalanraya, Rumah yang kami tinggal sekarang hanyalah sebuah rumah teres setingkat, tempat berteduh. Di dalam rumah ini dahulu aku membawa masuk ibuku dan besannya, ibu Redza, untuk tinggal bersama-sama. Namun, tahun lepas, ibuku meninggal dunia, pergi menyahut panggilan Ilahi. 

Pun begitu, hidup kami tidak sunyi. Redza dan aku dikurniakan dua orang cahaya mata. Ahmad Daniel dan Ahmad Aiman yang lahir selang setahun. Ni, dalam perut aku ni, ada lagi benih cinta kami. Siti Umaira bakal lahir tiga bulan lagi. 

Rasanya, hidup kami sudah lengkap kini. Tidaklah bahagia sepanjang masa. Ada masanya, aku kelahi juga dengan Redza, merajuk juga apabila dia melebihkan anak-anak mahupun ibunya tetapi Redza pandai memujukku. Pandai membeli hatiku. 

"Sayang,"

Aku senyum dah... Aku tahu, kalau panggilannya bermula dengan sayang, itu bermakna dia ada perkara hendak minta tolong tu! 

Aku tatap wajahnya. Serius benar pula dia hari ini. Runsing sangat nampaknya.  Berat isu yang berlegar di dalam kepalanya kerana jari jemariku digenggam kemas.

"Kenapa ni? My Redza tak pernah macam ni. Apa yang ganggu fikiran abang?"

Redza tunduk. Lama dia tunduk, lepas tu bila dia panggung kepalanya, sepasang mata itu berkaca. 

Risau hatiku. Kukucup sepasang matanya itu dan dengan lembut aku meminta dia memberitahu perkara yang membebani fikirannya. 

"Ayah,"

Datuk Ramli la tu! 

"Dia kena tangkap dengan polis," 

Kutekup mulutku. Terkejut benar mendengarnya. 

"Dia bunuh Mukhlis,"

"Apa?" jeritku. Terkejut kali kedua.... Rasa hendak gugur jantungku ini. Membunuh? Makkk....

"Mukhlis was in bed with Maya. Ayah caught them red handed,"

"Astaghfirullahil'azim! Dari mana abang dapat berita ni?" tanyaku. 

"Peguam ayah, encik Zamri datang ke kilang kek tadi. Dia cakap, sebelum satu Malaysia heboh, dia kena beritahu abang. Tak nak abang terkejut nanti," 

Terangguk-angguk kepalaku. "Maya? Apa jadi pada dia?" 

"Dalam ICU!" 

Bulat mataku. "Ayah tembak dia jugak?" tanyaku.

Redza gelengkan kepala. "Tak! Kata encik Zamri, waktu dia cuba rampas pistol dari tangan ayah, dia tertekan picu dan tertembak diri dia sendiri,"    

Redza berdiri dan melangkah ke tepi tingkap. Dia merenung jauh dalam kelam malam. Satu keluhan keluar dari bibirnya. 

Kasihan dia! Tentu hancur hatinya saat ini. Sedih tentu tidak terucap. Dan ibu? Apakah yang akan berlaku kalau ibu tahu? 

Aku peluk tubuh suamiku daripada belakang, mengharap agar dia tenang menghadapi apa jua yang menanti di hadapannya. 

"Ayah nak jumpa abang," ucap Redza sebaik dia memusingkan tubuhnya dan kini kami saling menghadap satu sama lain.

"Pagi-pagi esok kita pergi sama-sama," 

Redza pandang wajahku tidak berkelip. "Sya nak pergi sama? Tapi,"

Aku tersenyum, faham aku akan keresahannya. Dia takut aku maki Datuk Ramli kot? Atau, takut aku pulangkan paku buah keras? 

"Abang dengan ibu masuklah jumpa dia. Sya tunggu kat luar sahaja," kutenteramkan hatinya.

Redza diam sahaja.  

"Ibu dah tahu?" tanyaku.

"Kalau ibu tengok berita, tahulah kot!" balas Redza.

"Jom! Tak baik kalau ibu tahu dari berita. Abang kena sampaikan sendiri pada dia. Come!" 

Datin Suraya tenang sahaja mendengar cerita anak lelakinya. Kala Redza mengajaknya pergi bersama-sama, dia menolak. "Ibu bukan isteri dia lagi. Ibu ni janda dia, Redza. Tapi, Redza kena pergi jenguk dia, tenangkan dia dan beri kata-kata semangat pada dia,"

Malangnya, Redza tidak sempat hendak berbakti kepada ayahnya. Di dalam tahanan, Datuk Ramli diserang sakit jantung. Dia meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. Maya Zahnita juga tidak dapat bertahan. Dia meninggal dunia juga akhirnya. 

Sesungguhnya, dari Dia kita datang, kepadaNya kita kembali.

Harta yang banyak tidak menjamin kebahagiaan. Dan kini, Redza mewarisi semula semuanya. 

"Kita sedekahkan semuanya, bu," kata Redza. Dia enggan menerima. Enggan menjawat jawatan CEO yang pernah disandang. Malah kedudukan ayahnya pun dia tidak mahu. 

"Terserah kamu, Redza. Tapi, jangan lupa, sebahagian daripadanya, milik Qalisya. Kena tanya pendapat dia juga," kata ibu. 

Aku hanya diam. Apabila difikirkan, sebenarnya bukan harta itu yang membutakan mata hati. Ramai sahaja orang-orang kaya yang baik-baik di luar sana. Yang menggunakan harta itu ke jalan Tuhan. Mungkin, kalau Redza yang mengendalikannya, dia juga akan melakukan kebaikan dengan harta benda itu semua. Namun, rasanya, terlalu banyak kisah sedih yang akan tersingkap sekiranya kami kembali kaya. Dan, aku tak mahu mengingat semua itu. 

"Saya rasa, saya dah ada jawapannya, ibu," 

Kata-kata Redza mengejutkan aku. 

"Kami berdua tak mahu balik ke kisah lampau tu, ibu. Jadi, biarlah. Let go! Kita semua teruskan hidup kita yang begini. Jual kek pun okey apa. Kan, sayang?"

Ibu ketawa mendengar kata-kata anak lelakinya. Aku? Tentulah lega. Menyesal? Tidak! Tentu tidak! Cukuplah apa yang ada ini. Hidup serba sedehana. 

Kata orang, mahar yang Redza beri padaku terlalu bernilai. Benar, ia sangat-sangat bernilai. Quran, panduan hidup kami. Untuk kami menjadi ibu dan ayah, suami dan isteri, anak, yang patuh kepada syariah. Kami masih tercari-cari sinar cahayanya. Namun, selagi bernyawa, semoga Allah sentiasa bersama-sama dengan kami. Andai ada khilaf, kamilah insan yang masih lemah yang masih memerlukan bimbingan dan pertolonganNya. Doakan kami sentiasa, ya!
........................
yang baik itu datangnya dari Allah..... terima kasih atas teguran. sudah diperbaiki....

Ulasan

  1. best.thanks akak....satu lg cerpen yg mendalam.

    BalasPadam
  2. Sekali lagi happy ending. Langsung tak membosankan. Saya suka.

    BalasPadam
  3. syabas! a great work! i like it so much. terlalu banyak pengajaran dan pesanan yang amat berguna untuk dijadikan teladan. semoga kita semua dirahmati allah s.w.t terutamanya penulis blog ni yang tidak henti2 mengolah satu pembalajaran yang baru menerusi karya-karya beliau. syabas kak sofi!

    BalasPadam
  4. Thanks kak. 1 lg karya hebat

    BalasPadam
  5. Wah, akhirnya Datuk Ramli dah terima pembalasannya. Thanks kak. Cerpen akak x pernah mengecewakan. :)

    BalasPadam
  6. T.kasih utkk citer yg bagus ni kak.. Sungguh kalo kita berbuat baik ada habuannya.. Jahat juga ada habuannya.
    Hermm.. Tatau nakk cakap pe.. Terbaekkk!!

    BalasPadam
  7. Buat baik dibalas baik buat jahat dibalas jahat..

    Perkataan MashaAllah sepatutnya digunakan untuk berita gembira... Contohnya saat kelahiran baby, nampak benda2 yg cantik dapt berita gembira dan sebagainya...

    Harap akak dapat cek balik...
    Apapun layan... TQVM..

    BalasPadam
  8. Karya yg hebat kak klu boleh semacam nie lagi banyak pun ok kan kita terbuai dengan rasa kasih yg mendalam namun rasa cinta pd NYA juga seiring. . Kehidupan dunia dan alam abadi akhirat sentiasa dititipkan utk semua . Tahniah kak

    BalasPadam
  9. sukanya hepy ending...
    crt ni bnyk pnjjrn...
    stiap prbuatn yg dilakukn akn dpt blsn..
    baik mhupun jht...
    thniah kak...
    trbaik...

    BalasPadam
  10. Dalam maknanya teruskan karya yg begini

    BalasPadam
  11. Thanks sofi..satu pengakhiran cerita yg mempunyai iktibar pada diri kita semua..harta tidak menjamin kebahgian kalau tidak digunakan dengan jalan yg betul dan mengambilnya dengan jalan yg haram..

    BalasPadam
  12. tq akak..
    mmg best..
    -syu-

    BalasPadam
  13. best sgt! byk pngajaran..

    BalasPadam
  14. eemh ok da perbaikan bg mahar yg d sebut kn bwt sya... Nmun satu lg kesalahan yg penulis bwt adlh menyebut masyaallah bkn pda tmpt ny.. Hehehe
    Masyaallah tu kt sebut ketika kta takjub dgn sesuatu bkn ketika kt terkejut m'dgr musibah.. Sbb masyaallah dgn astaghfirullah/ innalillah adlh 3kalimat yg sngt berbeza makna dan pemakaian ny...

    Sblm ny sy bca slh dlm penggunaan masyaallah.. But Sy bru bgi komen bile penulis da ubh ayt yg d ats.. Hr tu tak smpt nak komen.. Hehehe Ap pun thank kak sofi yg sudi trime kritikan n teguran dgn hti terbuka... Syg akak n karya akak...

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…