apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

13.7.12

Mahar 6

6

"Ada orang tu nak jadi Puteri Gunung Ledang, kot! Mas kahwin dia hati nyamuklah, air mata anak daralah, jambatan emas...."

Aku ketawa mendengar sindiran Sunita itu. Geli benar hatiku. Aku nak hati nyamuk? Nak air mata anak dara? Hmm...

"Logiknya, apa yang puteri tu mintak memberitahu Sultan yang dia tak nak kahwin. Satu penolakan! Tapi, ada Sultan Mahmud tu faham? Tak... Sama macam abang Redza kau tu jugak. Tak reti-reti bahasa!" sinis aku mengenakan Sunita semula. Bukan aku tak tahu yang dia hendak mengenakan aku. Sengaja hendak menyakitkan hatiku ini!

"Acik, acik kena ajar anak acik ni supaya jadi seorang yang pemaaf! Jangan ingat cakap dia, perbuatan dia aje yang betul!" Sunita berkalih, menyerang ibuku pula. Hisy!

"Dah penat dah acik cakap, Ita. Tak mahunya dia faham. Tak mahu dengar. Dendam sangat dia dengan si Redza tu," balas ibuku. 

"Yang salah, bapaknya. Tapi, anak yang jadi mangsa," Rahim mencelah. 

Aku tersenyum sinis. "Bapak borek, anak rintik," tegasku.

"Macam mana kalau abang tinggalkan keluarga abang? Abang putuskan hubungan dengan mereka? Macam Macaulay Culkin, pelakon Home Alone tu? Itu ke yang Sya mahu?" 

Dia duduk di sebelahku. Hari ini, wajahnya serius sahaja. Selalu, kalau dia datang, senyumnya meleret. Agaknya, ada masalah la tu!

Hai, Qalisya? Kata tak suka tapi, dia senyum, tak senyum, semua kau ambil tahu. Apa kes? 

"Aku hairanlah dengan korang ni. Yang sorang, doktor. Yang sorang akauntan, yang sorang lagi pulak pemilik syarikat multi million. Tapi, pagi-pagi hari mesti nak datang ke sini. Buang masa, buang tenaga," gumamku. Soalan bodohnya tadi, kubiarkan sahaja. Malas melayan Redza. 

Mereka ketawa. Serentak pula tu! Amboi, apa yang lucu?

"Kan aku dah cakap, Redza? Si Sya ni jiwa dia kacau. Otak dia tak fungsi betul-betul tu! Sampai lupa yang hari ni, hari cuti umum!" 

Redza pandang aku, aku pandang dia. Aduhai, kenapa selalu macam ni? Bila aku tengok dia mesti dia tengok aku balik. Keraskan hati, Qalisya! Jangan terpedaya lagi! Jangan lupakan siapa diri dia tu! 

Dadaku berdebar tetapi aku tetap berpaling darinya. Biar dia tahu yang aku rimas dengan situasi ini. Rimas aku dengan sikapnya yang tidak kenal erti putus asa. 

"Nah! Ini bukti yang abang dah keluar daripada syarikat tu. Abang sekarang dah jadi penganggur terhormat. Cadangnya, abang nak mintak kerja kat kedai kek ni," Dia menoleh merenung ke arah ibuku yang tersenyum sedari tadi. "Ada kan, cik, kerja kosong? Jadi guard ke? Bodyguard ke?" 

Mereka ketawa lagi. Arghh... tension aku!

Sebuah teksi tiba-tiba berhenti di hadapan kedaiku. Seorang wanita melangkah keluar. Dia memakai jubah warna hitam. dia berdiri tegak di sisi teksi itu menanti pemandunya mengeluarkan beg daripada bonet. Terkejut aku bila melihatnya seketika kemudian. Redza pun kelihatan terperanjat yang amat sangat. 

"Ibu?" panggilnya lalu melangkah mendapatkan wanita itu, mengambil beg daripada tangan wanita itu dan kini, mereka berdua sedang memasuki kedai kek aku ini. 

Wanita itu mendekatiku. Tak semena-mena, dia memeluk tubuhku. "Maafkan ibu. Maafkan ibu, Sya. Ibu dah sakitkan hati Sya selama ni. Ibu kejam pada Sya. Tapi, Tuhan dah balas perbuatan ibu, Sya. Dua kali, nyaris Redza tak mati.    Ibu insaf bila tengok dia jatuh tangga tu. Insaf sangat bila tengok dia menangis masa Sya tinggalkan dia. Ibu menyesal, Sya. Menyesal sangat!"

Entah bila ibuku menghampiri. Dia sedang mengusapi belakang tubuh Datin Suraya. Bagaikan mereka dahulu tidak pernah bermusuhan, tingkahnya kini amat mesra terhadap wanita itu. Aku pula yang keliru. Apa yang mereka mahu sebenarnya?

"Ibu dengan Redza dah tinggalkan rumah besar tu. Malah, Redza pun dah tak kerja lagi dengan ayahnya. Kami sudah putuskan hubungan dengan dia. Lelaki tu dah ceraikan ibu kerana tidak mahu mendengar cakapnya," Datin Suraya memberitahu sambil menangis teresak-esak. 

Aku terhenyak di kerusi semula. Kenapa? Kenapa mereka melakukan begini? Aku.... aku tidak perlukan pengorbanan sebegini. Tidak! 

"Tu, tak lain rasa bersalah, kan? Sya! Qalisya!" 

Aku mendongak menatap mukanya. 

"Apa yang terjadi dalam keluarga abang, tak ada kena mengena dengan Sya!" Redza menegaskan. 

"Tipu! Kalau sampai datin diceraikan? Kalau abang dah tinggalkan syarikat? Macam mana abang boleh cakap yang semua ni tak ada kaitan dengan Sya?" marahku. 

Redza menarik nafas yang panjang sebelum membalas. "Kami tinggalkan ayah sebab kami tak mahu hidup dengan dia lagi. Kami tak suka cara dia mencari nafkah untuk keluarga. Selama ni, abang tutup mata pada semua perbuatan ayah. Tapi, bila Sya tuduh kami pembunuh, abang tahu, abang tak boleh lagi tahan dengan sikap ayah. Ibu pun sama. Sya, kami, abang dengan ibu, sedang mencari jalanNya! Kami tak mahu subahat lagi dengan ayah. Kata-kata Sya, marah Sya pada kami hanya membuka mata kami. Itu saja! Sya tidak bertanggungjawab dengan apa yang berlaku ni. Faham tak?" 

"Tapi,"

"Sya, ibu tak mahu Sya salah faham dengan Redza lagi. Dengan ibu pun! Ibu mengaku, ibu jahat tapi ibu nak berubah, Sya. Ibu nak jadi ibu yang baik untuk anak ibu yang baik ni, si Redza ni!"

Sukalah tu! Senyum-senyum sampai ke telinga sebab ibunya memuji sesungguh hati. Macam nak promot dia pada aku pun ada. Haisyy!

"Cuma, abang nak mintak maaf. Abang tak dapat kembalikan harta Sya semula. Maklumlah, dah kena halau, kan? Sesenpun Datuk Ramli tak izinkan abang ambil. Antara kita berdua sekarang, Sya, Sya lagi kaya tau!"

Akhirnya, aku tergelak juga. Redza memang... Ada-ada sahaja cara hendak mengenakan aku.      

Tiba-tiba Rahim menepuk bahu Redza. "Cepat lamar Sya, kawan! Sebelum dia ubah fikiran," katanya. 

"Tak apa, Im. Acik rasa, Sya dah faham sekarang. Dendam tak bawak dia ke mana-mana. Dia dah tahu," ibuku mencelah pula. 

Kalau sudah begini yang terjadi, mana mungkin aku menolak cinta Redza. Masakan aku hendak bermusuh dengan Datin Suraya lagi. Yang jahat, tu, si Datuk Ramli tu! Biarpun pertalian darah tidak putus namun aku bersyukur, bersyukur bahawa darah kotor Datuk Ramli tidak mengalir dalam tubuh Redza. Ya, dendamku sudah berbayar sebenarnya. Aku kehilangan ayah namun aku mendapat ibu yang sudah berubah sikap dan pendiriannya 100%. 

Tetapi, Datuk Ramli? Dia sudah kehilangan dua insan yang penting di dalam hidupnya. Mungkin dia belum sedar. Mungkin dia alpa sekarang tetapi, satu waktu, aku yakin dia akan menyesali semua yang terjadi ini. Ya, dia pasti akan menyesalinya! 

"Sya," 

Aku terpinga-pinga apabila Datin Suraya memanggil namaku. Redup sinar mata Redza terhadapku membuat aku berasa malu pula. Redza.... boleh tak kalau awak sembunyikan sikit perasaan awak tu? Malulah, awak! Nampak macam nak terkam saya aje... hmm.

Aku memberikan tumpuan kepada datin.

"Sya sudi kahwin dengan Redza?"

Erkk....

"Sya, datin tanya tu. Jawablah!" ibuku menggesa. 

"Nak jawab apa, mak?" 
.......................

"Aku terima nikahnya, Qalisya binti Datuk Akil dengan mas kahwin senaskhah al Quran, tunai..."

Maharku.... senaskhah al Quran. 

Kata Redza, hanya senaskhah al Quran mampu diberikannya kepadaku.

Kataku, Al Quran ada 30 juzuk, Ada 114 surah. Ada lebih kurang 6666 ayat. Apakah nilainya?

Kata Redza, kalam Allah... setiap satu huruf tidak ternilaikan. Kata Redza juga, maharku itu aku harus izinkan dia menumpang baca. 

"Kenapa?" tanyaku. 

"Sebab... sebab, mulai hari ini kita berkongsi segala-gala. Kan?" 

"Hmm,"

Indah sungguh perasaan bila Redza membelaiku. Kalau inilah ganjarannya, aku tidak kisah berkongsi apa-apa pun dengannya. Tentu tidak!

"Sya, bila Sya cakap betapa mahal harga  mahar abang bagi kat Sya dulu... ingat lagi? Sya cakap nyawa ayah Sya jadi mas kahwin Sya? Abang sedih sangat masa tu. Sedih tengok Sya yang terluka," bisik Redza kepadaku.

Aku hanya mampu meminta dia melupakan kata-kataku yang tidak berfikir itu.

Kata Redza,
[Like & Share]
      
     
"Sya, hidup kita lepas ni tak boleh bengkok-bengkok lagi. Harus lurus dan kerananya, mahar itu menjadi panduan. Bukankah hidup insan yang mengaku dirinya Islam berpandukan Quran dan hadith Nabi SAW?"

Aku senyum, Redza juga senyum. Kami bahagia. Kini kami menemui jalan pulang. Biar dalam kemiskinan, biar tanpa harta menggunung tinggi, Allah sudah melengkapi segala. Alhamdulillah....

"Nak tahu satu perkara, Sya?"

Aku jongket kening. 

"Ayah abang..."

Dahiku berkerut. "Kenapa?"

"Dia kahwin dengan Maya Zahnita," 

Pastilah ternganga mulutku mendengar. Surprise!!!

Redza mendekatiku, berbisik di telinga. "Tutup mulut tu, nanti abang...." 
..................

can I stop here? please tell me, tell me! 

salam pagi jumaat semua!

52 ulasan:

  1. erm, dua pilihan je. Boleh dengan Tak.
    Jujurnya, tak bolehlah cik sofi! :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. so, insyaallah, kl rajin, akn disambung nnt

      Padam
  2. nak lg ada smbngn kak...
    nak thu jg apa jd ngn dua org 2...
    pdn tul la dorng...
    suka crt ni...
    pnuh pngjrn..
    thanks kak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama2.. thanks to you too sbb sentiasa ada bersama kak sofi

      Padam
  3. sambungan... datuk 2 xinsaf lagi .masih jahat kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada org Allah tutup pintu hati, kan?

      Padam
  4. Betul, betul. Saya sokong dengan pendapat yang di atas.

    BalasPadam
  5. betul la mahal mahar sya ni...kalu x di baca dan diamalkan rasanya x perlulah bg al quran krn ianya bukan perhiasan...
    kalu akak berhenti di sini macam tergantung je...
    apa jadi kat org yg menganiayai family sya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. bg kak sofi, al Quran lah mahar terbaik utk seorg wanita muslim yg ingin berkahwin.. tp spt yg dikata, perlulah dipatuhi apa isinya

      Padam
  6. salam sofi..

    pls sambung lg

    BalasPadam
  7. sambung..
    continue..

    pleaseee

    BalasPadam
  8. lum boleh lagi kak...
    cer sambung sikit lagi...
    nak tau kehidupan sya selepas kawen n keadaan bapak si redza n kejatuhan hidup Datuk Ramli... hhiiii

    BalasPadam
    Balasan
    1. uwaaa.. mesti nak ending bad utk DR ya? hehe

      Padam
  9. akak..
    sambung laa..
    pliz2..
    hehe
    -syu-

    BalasPadam
  10. kehkehkeh.. sah2 maya zahnita tu pandang duit jer.. heh!
    kak, sambung lagi please.. hehe :)
    alhamdulillah.. kawen dh depa ni.. mmg MAHAR itu sungguh MAHAL :)

    BalasPadam
  11. Sofi, another one of your wonderful karya. I SUKA sekali. Terus berkarya!

    BalasPadam
  12. nak lg.plz....

    BalasPadam
  13. Bestt sis hemmm leh sambung lagi tak. .Sbb tak puas laaa . Tkasih

    BalasPadam
  14. kak sambungla lagi.. bgla keinsafan kat dato ramli plak....

    BalasPadam
  15. oh...tak boleh stop kt sini kak sofi!!
    tergantung ni..
    sambung lal lagii....hehehe
    best!

    BalasPadam
  16. Eh eh nak lagi yg jahat belum tau kesudahannya

    BalasPadam
  17. ok da kot kalu ending kat sni..kalo sambung jadi mcm citer indon plop..meleret2..

    BalasPadam
  18. bagi balasan tunai allah ke atas Dato Ramli di dunia
    dan kehidupan bahagia riza dangan anak-anak, barulah habis.

    BalasPadam
  19. bagilah balasan allah ke atas dato ramli.
    kehidupan bahagia riza dgn anak-anak.
    barulah best...

    BalasPadam
  20. nak sambung lagi......

    BalasPadam
  21. kak, x jual e-novel ke utk cerpen2 terbaru akak????

    BalasPadam
  22. kalau sudi sambung la,
    kita sokong je apa pun sofi nak buat...
    janji dapat baca karya sofi...

    BalasPadam
  23. eemh bgt nilai mahar sya yg penulis bwt..

    ulama aceh ckp klu si ayh m'bri nilai mahar bwt ank ny dgn nilai sbsr alquran n si laki jg setuju menikahi ny dgn nilai tersebut mk si laki tlh menanggung KALAM ALLAH.. Bila ad sikit cela akn kene tempias ny yg bsar bwt si suami..

    Oleh krn tu para ulama melarang si ayh meletak mahar bwt ank pempuan ny dgn harga sebuah alquran, sbb pempuan zaman skrg baik sy jg semue pempuan tdk LAYAK d bri nilai seharga ayt2 alquran.. Sungguh KALAM ALLAH yakni alquran tiada nilai ny.. Tdk bs d hitung dgn ap pun...

    Bg laki2 yg 'awwam yg cetek ilmu agama ny dgn mudh menganggap bhwa mahar sebesar alquran tu sngt lh murah n mudah d penuhi, pdhl laki2 yg lbh sdkit ilmu agama ny bila si ayh m'bri mahar sebesar alquran bwt ank pempuan ny mk ia akn menolak dgn keras krn ia tw ia tak mampu menerima wanita yg mahar ny sebesar alquran, sbb menerima yg tersebut sprti menerima dosa seluruh penduduk dunia..

    Jika ia menerima, ia kene btul2 m'di2k wanita tersebut spy jd btul2 solehah dunia akhirat, sprti bidadari syurga.. Adkh ia mampu..?? Sdikit sebnyk conth di2kn yg prlu d bri bwt istri yg mhar ny senilai KALAM tuhan adlh - 1- menyuruh ny menutup aurat dgn memakai tudung labuh, -2- menyuruh ny meninggal kn memakai selua pnjg sbb selua pnjg HARAM d pkai olh wanita, baik sy jg sp pun yg bergelar wanita -3- solat kene tepati waktu -4- dan bnyk lg.. M'di2k istri spy bnr2 jdi sprti yg d tulis dlm alquran.. Klu tdk si suami akn berdosa dgn ALLAH..

    Maka dr tu sy tegas kn jgn ambil mudah hal nie.. Ulama sj sdh melarang..

    Sedikit teguran bwt penulis hope tdk mrah = sy hrap penulis tdk lh menulis cerita yg mahar ny sbsar KALAM ALLAH nie sbb org2 d luar sana yg m'bca akn m'ngambil mengganggap mudh hal nie jg mrk mencontohi krn bg mrk hal nie mudah.. Pdhl mrk tdk tw dosa yg akn d tanggung.. jika pun penulis menulis sprti yg d ats hope d kaji lg mksd mahar sprti sebesar KALAM ALLAH spy pembca tdk jd alpa n menggangap mudh n murah.. Bnyk sngt individu zaman skrg yg bgt eloh sbb tu sy menegur.. Wallahu'alam
    Wassalam

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah, alhamdulillah, saya pun secara tak langsung dapat input baru. terima kasih ye.
      oh btw cikgu sofi, Al-Quran ada 114 surah bukan 313.. ^^,

      Padam
  24. sentiasa menarik..hehe..
    wah..akhirnya kahwin juga pasangan yg dah lama terpisah ni..hehe..
    wah..tggal sorang lg yg tak sedar2..
    makin truk pula.siap ceraikan bini lepas tu khwin lain..
    muda pula tu.
    ada juga yg kena kikis ni karang hehe..
    esok adalah penentunya..
    tak sabat..sentiasa menunggu..

    BalasPadam
  25. Sambunglah lagi Sofi nk tau juga apa terjadi keatas Datuk Ramli yg
    tlh mengkianati keluarga Sya dn juga dgn kawan baik bapa Sha Mukhlis
    tu. yelah gunting dalam lipatan... cepat sambung ye Sofi.. Cite-cite
    karangan Sofi ni memang tak mengecewakan betul.

    BalasPadam
  26. salam sofi..sedih juga bila membaca E3 ni..sanggup seorg ayah membuang dan menghalau anaknya sendiri dan menceraikan isterinya kerana ketamakan harta dunia yg tak boleh dibawa kekubur bila dia meninggalkan dunia yg fana ni..

    Tak terfikirkah Datuk Ramli..kalo dirinya sakit ..terlantar..sape yg nak mengendalikan harta hartanya itu..dan bila dia mati..tak takutkah dia ..mana tempat yg harus dia pergi..

    Alahai ..tidak kah Datuk Ramli takut yg hartanya akan dikikis oleh bini mudanya..

    Janganlah berhenti disini sofi..pjgkan lagi..nak tahu ..apa terjadi kat Datuk Ramli dan isteri barunya itu..dan kat mana ek Datin Suraya tu tinggal..adakah berkongsi duduk sekali dengan Qalisya ...

    thanks i love d Quote..it sungguh syahdu bila kita membacanya..dan membuat kita terfikir akan nikmat yg allah berikan kepada kita..

    BalasPadam
  27. kak sofi sambung cikit jadilah..macam tergantung cikit..hehehe..saya suka cara penulisan akak..please..Nurul88

    BalasPadam
  28. terima kasih kepada yang sudi komen. atas teguran dan pendapat. terima kasih kerana menyedarkan diri ini dan fahamilah bahawa kak sofi hanya manusia biasa sahaja...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak jadi masalah cikgu sofi. sama2 tegur menegur. ^^,

      Padam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.