Luahan

apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

4 "Cinta tak perlukan cagaran. Abang tak perlu guna cara macam ni untuk jadikan Sya isteri abang," jeritku kepada Redza sebaik s...

Mahar 4

By Julai 11, 2012

4

"Cinta tak perlukan cagaran. Abang tak perlu guna cara macam ni untuk jadikan Sya isteri abang," jeritku kepada Redza sebaik sahaja aku menjejakkan kakiku ke dalam biliknya. 

Redza sedang duduk di atas kerusi roda, menghadap ke luar, ke arah langit agaknya, kerana dari tempat dia berada, hanya itu yang kelihatan saat ini. Lainlah kalau aku rajin hendak tolong menolak kerusi roda itu ke luar balkoni. Pasti, pandangannya akan menjadi lebih luas daripada sekarang. 

Redza memusingkan kerusi itu untuk melihat wajahku. "Abang tahu, tapi kalau tak buat begitu, kita tak dapat kahwin. Peluang dah ada depan mata. Abang hanya ambil kesempatan. Itu saja!" 

Aku pandang wajahnya dalam rasa tidak percaya. Semakin aku hairan apabila mendengar Redza ketawa.

"Terkejut betul Sya, ya? Kenapa? Sya tak percaya? Tak yakin pada abang?" tanya dia bersungguh-sungguh, bagaikan dia tidak pernah curang padaku. Bagaikan dia tidak pernah mungkiri ikrar cinta kami. Tidak langsung ada riak bersalah pada air wajahnya. 

"Kalau abang tak kemalangan, kalau abang tak lumpuh, kalau ayah Sya tak mati, apa jadi? Tentu sekarang, nama tunang abang ialah Maya Zahnita," aku mengingatkannya. 

Redza tersenyum. "Jadi, bersyukurlah semua itu berlaku," balasnya. 

Aku terpanar. Redzakah yang berkata begini? Sah! Sah, ada urat kepalanya yang sudah tercedera semasa kemalangan itu. Kalau tidak masakan dia suruh aku bersyukur. Ayah aku yang mati tu! Dia ni lupa atau buat-buat tak ingat, hah?

Melihat mukaku yang pasti sudah dilihat kelat olehnya, Redza memanggil lembut, "Sayang,"

"I'm not your wife, okay! Jangan nak sayang sayang!" marahku padanya.

"Not yet! Tapi, dua minggu lagi, Qalisya binti Datuk Akil akan sah jadi isteri Mohamad Redza bin Datuk Ramli. Impian dan harapan selama ini, akan tercapai.   Biarpun Mohamad Redza belum mampu menjadi seorang suami yang sempurna untuk Qalisya, tapi Mohamad Redza yakin yang Qalisyanya akan bersama-sama, dalam susah dan senang, dalam gembira dan duka, dalam menempuh halangan dari keluarga, untuk membina istana impian mereka. Tak gitu, cik Qalisya?"

Aku tatap wajahnya. Ada kesungguhan dalam sinar mata. Ada senyuman terukir pada bibr, lambang bahagia. Tetapi kenapa aku masih was-was padanya? Kenapa sukar untuk aku percaya? 

"Suatu perhubungan, asasnya ialah rasa percaya. Kalau Sya nak jadi isteri abang, pastikan abang tak nampak lagi renungan yang macam tu," 

Tiba-tiba sahaja suara Redza melantun kuat. Dia marah, ya, dia sedang marah akan aku. Katanya aku tak percaya dia. Argh, Redza! Dia memang bijak membaca apa sahaja yang terlintas dalam hatiku ini. Dia tahu bahawa antara kami, ada yang masih perlu aku ketahui tetapi dia mahu aku bongkarkan rahsia hati. Dia tidak akan memberitahu selagi aku tidak bertanya. Itu prinsipnya! 

Okey, kalau aku hendak berkahwin dengan dia, di antara kami tidak boleh ada yang disorokkan. Tidak, dia. Tidak aku juga! Kami mesti berterus terang. Dua tahun aku dengan Redza berpisah, jadi, setia mungkin hilang. Cinta mungkin lupus. Tidak mustahil semua itu berlaku. 

Aku duduk di sofa. Dia menolak kerusi rodanya sehingga berada betul-betul di hadapanku. 

"Bila abang balik KL?" tanyaku. 

"Dah tiga bulan,"

"Kenapa tak cari Sya?" 

Redza jongket bahu. "Sebab kita dah berpisah," 

Adoii, pedihnya ayat!

"Lagi?" Redza tidak betah melihat aku berdiam diri. 

"Abang buat apa di Genting dengan perempuan tu? Betul ke abang lamar dia? Kalau betul, kenapa lamar dengan cincin Sya? I was really mad when she showed that ring on TV," 

Tak sangka Redza boleh ketawa mendengar kataku itu. Lucu ke? Eeiii, geramnya aku! Dia tahu tak yang aku sudah menangis sampai sembab biji mata? Tidakkah kasihan?

"Abang mengaku, dia girlfriend abang, Sya."

Aku menahan sabar. Meskipun hati terluka, aku paksa diri untuk tidak melenting. Belum masanya lagi. Aku perlu mendengar penjelasannya. 

"Abang tahu, Sya harap abang setia pada Sya macam mana Sya setia pada abang. Tapi, abang lelaki, Sya. Abang manusia, bukan malaikat,"

Aku tetap diam biarpun aku tahu bahawa Redza ingin memberi ruang untuk aku menyemburnya. Bila reaksiku negatif sahaja, dia menyambung, "Balik semula ke KL, ibu kenalkan Maya pada abang. Kata ibu, biar kami kenal-kenal dahulu. Abang beri ruang untuk hati abang menerima dia. Memang ada rasa bersalah pada Sya tapi,"

"Abang tak mahu lawan kehendak datin, kan?"

Redza menarik nafas dalam-dalam. 

"Malam tu, abang pergi jemput dia di Genting selepas dia habis photoshoot. Abang yang drive. Entah macam mana, dia buka laci dashboard. Dia jumpa cincin Sya. Jenuh abang suruh dia letak balik tapi dia degil. Abang hilang sabar, abang berhenti tepi lebuhraya tu, abang tarik dia turun. Then, abang terus drive. Agaknya, sebab laju sangat di selekoh tu, terus abang hilang kawalan, terus masuk gaung, mujur tak mati. Mujur masih boleh tengok muka Sya lagi," desahnya.

"Kenapa marahkan dia? Itu cincin tunang abang. Dia berhak memakainya," sindirku. 

Redza kembali serius. "Soalan bodoh apa ni? Cincin tu abang beli untuk Sya. Tentu Sya aje yang berhak memakainya. Sebab tu abang marah dia," Matanya melekat pada mukaku kini. Lama dia memandang. Akhirnya... 


"Masa tu, masa dia cuba masukkan cincin tu kat jari dia, baru abang sedar yang bukan dia di hati. Hanya Qalisya! Maya boleh ambil cincin tu, boleh pakai, boleh tipu semua orang, cakap apa dia nak cakap. Tapi, yang abang pilih, bukan dia. Hanya Qalisya,"


Aku mencebik. "Lidah memang tak bertulang, kan? Sekarang ni, Sya rasa lidah abang tu dah jadi macam lidah biawak pulak. Atau abang cuma nak tagih simpati Sya aje? Dah lumpuh, tak boleh berjalan, baru nak ingat Sya? Kalau masa seronok, Sya jauh dari hati abang, kan?" sinis aku menyindirnya. Terasa hati kot? Biarlah! Aku sahajakah yang harus menahan rasa? Aku sahajakah yang harus bersedih, meratap, berhiba dengan semua penderitaan yang dia berikan selama ini? 


"Adoiii!"


Sakitnya pipiku ini. Berair mataku! Sampai hati Redza mencubitku di situ! 


"Adoii!" 


Aku rasa nak menangis dah ni!


"Menangislah! Abang tak kisah! Kalau nak benci abang pun, bencilah! Janji, Sya jadi isteri abang,"


"Sya..."


Redza letak jari telunjuknya di bibirku. "Percayalah, abang sedih bila ayah Sya meninggal. Abang sedih sebab abang dah jadi macam ni dan tak mampu beri kekuatan pada Sya. Sebab itu, abang nak Sya terima tawaran ayah dengan ibu abang. Bila kita dah bersatu, dia orang akan tahu yang kita dah menang. Lepas ni, bila Sya sah jadi isteri abang, sama-sama, kita hadapi kerenah mereka. Sya tak sendiri lagi. Abang pun! Sya nampak tak? Sikap tamak ayah, dan ego ibu, akhirnya menyatukan kita. Ini yang kita hendak selama ni. Jangan lepaskan, Sya! Jangan!"
.................


Aku turun anak tangga perlahan-lahan. Redza, kutinggalkan. Kulihat, Datin Suraya masih duduk di atas kerusinya tadi. Sebaik melihat kelibatku, bibir dijuihkan. 


"Perempuan tamak, dah buat keputusan? Okey, kau tetap hendak kahwin dengan anak aku, kan? Sanggup tu, kahwin dengan orang kurang upaya semata-mata hendak kekal berlagak macam diri tu kayaaaa sangat! Tapi, dengar sini, Qalisya! Aku tak akan putus asa untuk mengubat dia. Dan, sebaik Redza pulih, aku akan pastikan talak kau jatuh!" 


Kini aku mendepaninya. Memandang wajahnya yang penuh benci terhadapku.


"Jodoh saya dengan anak datin tu, bukan datuk atau datin yang menentukan, tapi... Allah! Sekejap atau lama, saya serahkan pada Dia. Apapun, terima kasih kerana akhirnya datin bersetuju menyatukan kami. Terima kasih kerana faham yang saya, Qalisya, bukan macam Maya. Saya cintakan Redza bukan masa dia kacak aje. Bukan masa dia tengah bergaya aje. Tapi, setiap masa, biarpun dia sudah tak berdaya. Cuma satu saya nak ingatkan, datin. Selama ni, saya diam aje dengan semua yang datin buat untuk pisahkan saya dengan Redza. Kenapa? Sebab kami tak ada apa-apa ikatan lagi. Tapi, bila kami dah kahwin nanti, saya akan pertahankan rumah tangga kami. Saya harap dan berdoa supaya Redza pun begitu."


Puas hatiku melihat senyumnya sirna. Ya, puas hatiku! tetapi...waduh! Bukan mudah hidupku nanti menjadi menantu yang dibenci. 


Tuhan, semoga Engkau rahmati aku dan Redza. Semoga bahagia milik kami! Aminnn.... 

You Might Also Like

36 comments

  1. Pergghh! Caya la qalishha.. Nnti kasik pengajaran sket kt datuk ngn datin tu..
    Huh, cara redza amek ksmptn tu.. Err boleh dimaafkan.. ;)
    Pas kawen siila berganding bahu tepis sume halangan k.. ;)

    BalasPadam
  2. sedihnya...ttharu ngan kata2 sya.

    BalasPadam
  3. thanks kak sofi...tiap pagi mesti buka kak sofi punya page nie...mesti nak tau apa jadi seterusnya....rajin betul kak sofi mengarang, kagum saya..

    BalasPadam
  4. kciannya mrk..
    wlpun pas ni dah kawen...
    mst ada hlngn yg dtg....

    BalasPadam
  5. Suka..suka..!hehe..
    Pndai redza pujuk sya..
    Tapi apa2 pun nak tgk si dato datin yg sombong tu
    dapt pengajaran.
    Dah anak tu tak ada upaya,berlagak lagi tak ingat.adoiihh..
    Harap lepas ni celiklah mata keluarga
    qalesya dgn redza.dah jadi mcm ni pyn masing2 nak berlagak lg..
    Tak tahu laa huhu..
    Best kak sofi..
    Sentiasa menunggu..

    BalasPadam
  6. betul2..jangan lepaskan peluang...
    bila dah bersama lagi senang nk lawan...
    moga dipermudahkan...
    sambung kak sofi..nice..=)

    BalasPadam
  7. Boleh lak si Redza ni suruh Sya bersyukur?...Mmg nak kena cili sungguh..

    BalasPadam
  8. memula baca mmg nak marah dgn sikap 'selfish' redza tu. tp bila fikir balik, betullah kata redza, inilah peluang untuk mereka bersatu. cuma sya memang kena kuatkan hati kot nak berdepan dengan mertua dia yg sombong tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. perpisahan, pertemuan... Dia yg mengaturnya...

      Padam
  9. seharusya hendak marah ke nak suke dgn redza nie...

    BalasPadam
  10. SAMBUNG LAGI KAK.... NAK LAGI...

    BalasPadam
  11. Nak lagi kak . .Tkasih diata segala cerita dan karya yg menarik

    BalasPadam
  12. adoi...kak cpt sambung cite ni...semoga bhg milik mereka...padan muka datin tu kena dgn sya...

    BalasPadam
  13. suke sngt kak..
    mmg lain..
    at least redza da trgkn knpa die nk kawen ngan sya..
    tq kak ^^
    -syu-

    BalasPadam
  14. pasni ape dugaan diorg pas kawen yer..sedihnyerrr

    BalasPadam
  15. suke sngt dngn cter ni..

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.