apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

10.7.12

Mahar 3

3

Suara siapakah lagi kalau bukan suara garang Datin Suraya. Alahai, kantoi sudah! Rahim punya strategi tidak menjadi. Aku yakin, datin memang sudah menjangka bahawa aku pasti datang. Dia tentu sudah dapat membaca gerak hatiku ini. Kerana dia tahu betapa dalam cintaku kepada anaknya Redza. 

Aku berdiri dan berpaling melihat wanita yang berusia lebih separuh abad itu. Wanita yang berperawakan lemah lembut dan penyayang namun hatinya keras seperti batu. Kalau hitam katanya, maka hitamlah, Redza, sebagai anak yang taat tidak akan boleh memutihkannya!

"Datang sini buat apa? Nak gloat? Hah?" suara garangnya keluar lagi. Kali ini bersama jelingan membunuh.  

Aku? Gloat? Hah? Memang datin ni bodoh tahap gaban! Yang terlantar itu, anak dia tu, bekas kekasihku. Orang yang aku sayangggg sangat! Takkan aku gembira, bahagia, bangga, atas deritanya? Fikirlah sikit!!

Rahim, yang sedari tadi berdiri tegak di belakang Datin Suraya, mengerdipkan mata. Nak suruh aku berdiam dirilah tu. 

Aku angguk. Aku faham. 

Kalau Redza tidak sekalipun pernah meninggikan suara kepada ibunya ini, takkan aku pula hendak melakukannya? Betul? Jadi, sepertimana aku sudah menjadi bisu kepada dua ibubapaku, aku juga sudah bisu dan tuli kepada wanita ini. Biarlah! Berikan kemenangan kepada mereka. 

"Keluar! Jangan datang lagi!" 

Akhirnya, dia menghalau aku dengan suara yang sedikit kendur. Alhamdulillah. Aku toleh semula ke arah Redza. Tangannya ku pegang lagi. Mungkin untuk terakhir kali sebab aku tidak akan boleh datang lagi ke sini.

"Abang, Sya nak balik dah ni. Cepat-cepat bangun, tau! Ibu dan ayah abang perlukan abang," aku tunduk untuk berbisik padanya. Agar, dia sahaja yang mendengar. "Sya sayang abang. Sentiasa tunggu abang," 

Sewaktu aku ingin menarik tanganku, aku terasa tindak balas pertama Redza. Terasa seperti jemarinya bergerak perlahan dalam genggamanku. 

"Ra...Ra him...., Redza, jari Redza," 

Rahim sudah berdiri di sisiku. Dia menjadi saksi yang melihat bahawa kini jari jemari Redza bukan lagi setakat bergerak namun sedang menggenggam erat jari jemariku. 

Besarnya kuasa Allah. Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani. Dia yang menjadikan langit dan bumi. Dia yang memberi penyakit dan menghantar penawarnya. Alhamdulillah. 

"Rahim, Redza dah boleh bergerak, Im? Tengok! Tengok tu! Peluh dia mercik di dahi. Im, mata dia dah buka dah. Oh, anak ibu dah sedar! Anak ibu dah jaga, nak!"

Aku menyaksi kasih sayang seorang ibu di hadapan mataku. Betapa kental. Betapa besar! Seluas lautan yang tidak bertepi. Air matanya mengalir deras. Bibirnya tidak berhenti-henti mengucap syukur. 

Sepasang mata Redza memerhati sekeliling sebelum tepat memandangku. Adooii, Renungannya sayu dan redup, seperti dahulu. Dan, ada rindu untukku. Aku amat pasti tetapi cepat-cepat aku sedar diri. Antara kami berdua, kisah cinta itu sudah lama berakhir. Jangan berharap lagi. 

"Im, misi aku dah selesai. Terima kasih, Im, sebab kau percaya aku. Kirim salam pada dia bila dia dah sedar sepenuhnya nanti," 

Perlahan-lahan kutarik jemariku dari genggamannya. Aku harus pergi. Kehadiranku di sini tidak diperlukan lagi. 

"Qalisya,"

Ya Allah, kuatkan hatiku! Jangan biarkan aku lemah mendengar suaranya itu. Jangan!

"Sya!" Suaranya sedikit kuat kerana aku teruskan langkah meninggalkannya. Dan aku dengar dia menjerit, memanggil namaku lagi, kerana aku tidak berhenti, tidak menoleh juga! Kerana aku tidak peduli.

Maafkan aku, Redza. Aku sekadar menunaikan sebuah janji. Pada diriku. Pada hatiku yang sudah engkau hancurkan. 

Selamat tinggal!

Saat aku ingin keluar, sebuah ambulans meluncur laju dan berhenti di hadapanku. Sebuah lagi kes kecemasan berlaku. Satu lagi nyawa sedang bertarung antara hidup dan mati. Ketika aku meminggir, kuperhatikan insan yang sedang diusung di atas 'stretcher' itu. Rasa macam kenal....

"Ayah?"

"Ayah?"

Aku memanggil dan terus memanggilnya. Malangnya, ayahku tidak lagi mendengar panggilanku. Kenapa? Kenapa dengan dia? Apa yang sudah terjadi?

"Sya! Sya anak emak! Ayah Sya.... ayah Sya jatuh kat ofis. Dia terkejut! Dia..."

........................

Sudah berhari-hari kutangisi pemergian ayahku. Tanpa sebarang pesan, aku dan emak ditinggalkannya. Tanpa sepatah kata, dia menjadikan ibuku seorang balu dan aku ialah anak yatim, yang kehilangan. Hari ini, sekali lagi air mataku tumpah kerana dia. 

"Maafkan kami, datin, cik Qalisya. Rumah ni perlu dikosongkan. Kami nak lelong,"

Dalam sekelip mata, aku kehilangan semua. Nikmat dunia yang kukecapi selama ini hilang begitu sahaja. Ayah pergi dalam keadaan terkejut kerana dia diisytihar muflis. Syarikat besar yang selama ini teguh berdiri, sudah dirampas oleh orang kepercayaannya, Mukhlis! 

Kadang-kadang, hati ini ingin bersorak riang. Padan muka? Kan bagus kalau aku mampu berkata begitu? Anak sendiri yang ada ijazah dalam bidang pentadibiran perniagaan tidak langsung diberi peluang untuk bekerja dengannya. Kata Datuk Alwi, aku ni perempuan. Apa yang aku tahu? 

Kerana kecewa, aku buka kedai kek. Aku berniaga sendiri. Satu sen aku tidak mengharap duit ayah. Dan, alhamdulillah, aku boleh berdiri di atas kakiku sendiri. Hanya, aku menumpang teduh di sini. Emak tidak mengizikan aku keluar dari rumah ini. 

Suara emak meraung, menyedarkan aku dari lamunan. Kuusap bahunya perlahan. Aku faham, emak terkejut dengan apa yang terjadi. Aku yakin, hatinya tentu sedang menderita kini. Sangat menderita!

"Sya, apa kita nak buat, nak?" suara ibuku melantun sayu. 

"Kita balik ke rumah kedai, Sya, ya, mak? Mulai hari ini, kita tinggal di situ," 

Emak pandang wajahku tajam. Aku tahu, dia ingat aku bergurau. Aku perlu yakinkannya. 

"Kat atas kedai kek tu, Sya dah renovate. Tak besar macam rumah ni, tapi selesa la, untuk kita berdua," pujukku.

"Kenapa ayah sampai hati buat kita macam ni, Sya? Kenapa dia mati tinggalkan kita dengan hutang yang banyak? Kenapa...."

"Sebab Allah nak ajar kamu supaya muhasabah diri tu, Azwa. Supaya kamu tahu yang harta milik kamu ni, Allah yang punya. Dia pinjamkan sekejap. Kerana kamu lalai dan lupa padaNya, lupa nak bayar zakat, lupa nak bersedekah, lupa nak berkongsi, maka Dia ambil balik. Jangan kamu nak marah-marah pada arwah. Tak baik! Teruskan hidup! Perancangan Sya tu, ikut ajelah! Kalau tak pun, jom balik kampung duduk dengan aku," 

Nenekku yang tenang. Emak ayahku yang jarang-jarang ke mari, kini berkata sesuatu yang penuh nasihat. Ya, usah ditangisi takdir. Semua milik kita, Dia yang punya. Hari ini Dia berikannya, dan bila-bila masa, Dia boleh menarik balik pemberianNya itu. 

Kami diberikan masa dua hari untuk berpindah. Aku tidak memerlukan masa selama itu namun emak? Banyak kenangan antara dirinya dengan ayah di sini. Dia ingin mengabadikan memori terakhir mereka. Siapa aku untuk menghalang. 

Kehadiran tetamu tidak diundang itu mengejutkanku. Apa yang mereka buat di sini? Untuk pertama kali menjejakkan kaki ke rumahku ini? 

"Jemput masuk, datuk, datin," suara datukku, Haji Ahmad, mempelawa Datuk Ramli dan Datin Suraya masuk, menyedarkan aku dari rasa terkejut ini. 

Aku pergi ke dapur untuk membancuh air. Butir bicara mereka, tidak dapat kudengari. Tetapi, aku yakin, tentu ada sesuatu yang penting, yang sedang mereka bincangkan. 

"Qalisya, kami datang ni atas permintaan Redza," 

Aku tatap wajah datin tanpa riak. 

"Redza suruh kami meminang kamu untuk dia. Kalau kamu terima, datuk akan beli balik syarikat ayah kamu ni daripada Mukhlis, biar berapapun harga yang dia letak. Datuk akan lantik kamu sebagai seorang daripada ahli lembaga pengarah syarikat. Tapi, kamu terpaksalah hidup dengan Redza yang lumpuh, mungkin untuk seumur hidup," 

Aku terhenyak di kerusi. Bukan, bukan kerana aku tidak sanggup menerima Redza yang lumpuh tetapi kerana aku kesal dengan sikap ayahnya. Sanggup memperjudikan perasaan orang kerana harta dunia ini. 

Oh Tuhan, apa yang harus aku lakukan? Tentu Redza menyangka aku menerima dirinya kerana harta. Kerana ingin menjadi ahli lembaga pengarah syarikat. Kerana masih ingin kekal bergelar anak orang kaya. 

Aku? Sanggupkah hidup bersama orang yang tidak punya apa-apa perasaan kepadaku lagi? Mengapa Redza memilih aku untuk dikahwini? Apa yang dia hendak buktikan?

"Qalisya, janganlah pulak kamu perasan yang Redza masih sayangkan kamu. Dia nak kahwin dengan kamu sebab dia geram pada Maya. Dia nak buktikan pada budak tak sedar diri tu yang cacat-cacat dia pun, ada orang yang sudi terima biarpun perempuan tu cuma nak harta dia saja. Faham kamu?"

Kata-kata datin buat aku tergelak. Gelak macam orang kena histeria. Patut aku dah tahu tu! Patut aku dah boleh baca gerak hati Redza. Ya, aku patut dah boleh agak!

Haruskah aku menerima? Ataukah kuundur diri sahaja?? Apakah pilihan terbaik untukku?
................
tunggu...


54 ulasan:

  1. sesungguhnya cinta dan kasih syg tak semestinya bersatu...kuatkn smngat,teruskan hidup tnpa ada rasa benci dan dendam,lepaskanlah krn ianya satu penyeksaan zahir dan batin...

    BalasPadam
  2. Kesiannya sya. Tak pasal2 tersepit. Jadi mangsa keegoan manusia.

    BalasPadam
  3. aishh si redza ni.geram betul lah kak sofi!sian qalisya..kak cepat sambung yer.

    BalasPadam
  4. kak sofi bestnyer, tak sabar tunggu next episode.

    BalasPadam
  5. betul ke redza pkr mcm tu??hrp x lah..nak taw kisah diorg pas kawen plk, sb dah tajuk cite kak sofi pun mahar, kan..hehehe.

    BalasPadam
  6. ish...
    pdn muka redza jd mcm 2...
    x nak la sya trma pngn 2...
    smbng tul kuarga dia 2...

    BalasPadam
    Balasan
    1. alah... biarlah sya ajar mereka, kan?

      Padam
  7. salam sofi..satu lagi lakaran sofi yg sungguh menyentuh perasaan akak yg paling dalam..
    Bagaimanakah tegarnya seorg insan yg amat angkuhnya seperti Dato dan Datin tu menghina seorg insan yg dalam kesempitan dengan menawarkan seperti ayah dan ibu redza..sedangkan apa yg dimaunya adalah restu kedua ibubapanya utk menjalinkan perhubungan dengan redza.
    Akak harap dia menolak dengan urusan perniagaan seperti itu..dan berkawen dengan redza kerana cintanya pada redza yg tidak bertepi..
    Akak harap agar dia berjumpa redza sendiri bersemuka..dan mengharap agar redza melontarkan perasaannya yg sebenar dan bukan berpura pura lagi...
    Aduhai sofi adalah E3 baru..sesungguhnya mmg teruja nak tau..apa pilihan sya...adakah dia akan membuat syarat agar kedua ibubapa redza sedar diri..

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmg kan?
      anak dah lumpuh pon nak sombong lagi....
      bukannya datang nak berterima kasih sebab lepas Qalisya datang bagi moral support, redza sedar..
      ini siap nak kutuk2 lagi..
      hampeh punyer datin..he eh..emo plak...ha ha
      cikgu sofi...
      sambung plishhh

      Padam
    2. buat idA dan mim, biasalah tu, dalam dunia ni berbagai ragam manusia, kan?

      Padam
  8. Mesti mak redza yg buat cerita mcm tu.. Jgn terima sya.

    BalasPadam
  9. jgn terima boleh tak? biarkan redza sendiri yg dtg juma sya merayu... baru best.. ngeeee..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul hajar...ajar sikit si datin bongkak tu

      Padam
    2. hajar n kiki, nak gak.. hmm

      Padam
  10. ala sian nya qalisya ni.. sampai hati redza buat macam tu....
    kak sofi sambungla lagi..

    BalasPadam
  11. betul ker redza fikir mcm tue...?

    BalasPadam
  12. Mgkin sya akan terima tapi bersyarat hehe..tak nak terima bntuan dri kluarga redza.
    Tanpa harta pun..sya masih mampu bertahan.datin dgn dato tu mmg bodoh..
    Tak tkut ke nasib diorang nnti sama mcm kluarga sya..
    Aduhai kak sofi..suspen sungguh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. smg n3 seterusnya anda sukai..

      Padam
  13. Betul ke si Redza ni lumpuh?../Redza & Rahim pakat nak kenakan mak & abah Redza...Mcm pelik je..

    BalasPadam
  14. oh mak! terenjat jatung baca..
    kesian qalisya..tapi..
    redza mesti syg kan dia..ni cuma agenda mak bapak redza je ni tabur janji bukan2..
    huhu..
    sambung kak sofi...rasanya, sya patut terima kot tuk buktikan cinta dia suci...

    BalasPadam
  15. Wah... Pls not another kawin paksa story... Dah berlambak.... Suka sgt jln cerita ni... Dan nak baca jln cerita qalisya berjaya dgn perniagaan keknya plus cabaran bercinta dgn redza... Not kawin sbb nak tinggal kat rumah besar tu, dpt jln lemaga pengarah plus syak wasangka (maaf, agak klise bg saya)... Surprise me cik penulis...

    BalasPadam
  16. kak, hasil tangan akak mmg sentiasa membuka selera membaca saya... akak mmg terbaik.... blog akak la blog hari2 saya bukak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih... singgah dan bacalah... hmm

      Padam
  17. salam, bestnya citer ni.nak lagi.

    BalasPadam
  18. kali ni cite baru Sofi yg banyak membawa kepada lumrah hidup orang kaya
    yg lebih pentingkan kekayaan dn harta dari kebahagiaan anak sendiri...
    best sgt nanti cepat sambung ye Sofi?

    BalasPadam
  19. tbaik.x sabar nak tungu next en3.

    BalasPadam
  20. Erks... Bongkak betoi!
    Tp rasanya redza xckp cmtu.. Datukk ngn datin tu yg pandai2.. Haih!

    BalasPadam
  21. kak cpt smbung xsabar dh nk baca...kak wt la novel mst lg best..xpuas la baca kat cni...novel2 kak semuanya terbaikk...x mengecewakan...

    BalasPadam
  22. semuanye adalah milik DIA...
    kite patutlah bersyukur..
    sungguh ku keliru memilih yg mana satu...
    aduiii klu terima di katakan gila harta, klu x time dialah buah hati pengarang jantung ku..

    BalasPadam
    Balasan
    1. namun pilihan tetap perlu kubuat.. huhu

      Padam
  23. Qalisya... usah terpedaya dgn. tawaran Datuk Datin yang ego tersebut
    Terang2 dia meletakkan harga kasih sayang di bawah sekali w/p offernya
    terlalu tinggi..

    Lupakanlah cerita lalu bersama Redza, bukalah cerita baru pula
    bersama orang lain; at least beri kesedaran kepada Datuk Datin bhw
    tidak semua perkara boleh menggunakan traksaksi wang ringgit..

    Sofi, menanti cerita yg. lain drpd lain: usah korbankan Qalisya
    kerana kasihan pd Redza..

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku hanya insan biasa... menulis apa yg diilhamkan olehNya...

      Padam
  24. inochi like this..

    BalasPadam
  25. makin best..
    akak buat je cara akak ye..
    pndangan smua org ni akak baca n tgk je..
    buat cara akak..
    sbb sy tau akak menulis mmg lain dri yg lain.. ^^
    -syu-

    BalasPadam
  26. Emak Redza buat cerita eh. Kalau lah betul apa yang mak redza tu ckp, Sya terima ja le. Mak redza ckp yang redza hanya mahu tunjuk kan maya yang ada orang lain nak kan dia walaupun cacat. Sya terima je lah lamaran tu. Kalau redza boleh buat gitu, sya terima redza tunjuk yang dia terima redza hanya utk meyelamatkan syarikat ayah sya. Then lepas tu, biar lah redza struggling tuk memikat hati sya. hehehe Kita main fair and square eh sya :p

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.