Follow Us @soratemplates

8.7.12

Mahar 1

1

Datuk Akil memandang wajah isterinya, Datin Azwa tepat-tepat. Kepalanya terangguk-angguk, menjawab tanda tanya yang tertera jelas. 

"Teruk ke?" 

Sebaik rasa terkejut Datin Azwa hilang, soalan itu terpacul keluar. Muka suami ditatap tajam. Rasa tidak sabar menanti khabar.

"Teruk. Dia tengah koma," 

"Syy! Cakap tu, pelan-pelan sikit. Nanti kalau Qalisya dengar..."

Aku memang sudahpun mendengarnya. Dan, hatiku tidak ragu-ragu tentang siapa yang mereka bisik-bisikkan itu. Tentu dia! Kalau hendak berahsia denganku, aku amat yakin kisah dialah sahaja. Bukan orang lain! 

Tuhan, dia koma? Lelaki itu koma? Tentu dia accident. Takkan tengah duduk boleh koma kot? Aku perlu tahu tentang dia. Perlu!

Aku terus berlari naik ke bilikku. Kukunci rapat pintu bilik lantas I-phone kucapai. Nombor Sunita, teman baikku, yang juga isteri kepada teman baiknya, aku hubungi. Rasa tidak sabar hendak mendengar suara Sunita. Rasa tidak sabar mendengar berita tentang dia.

"Sya, mujur kau call aku. Aku ada benda nak beritahu kau ni," suara Sunita penuh cemas menyebabkan aku sudah tidak mampu berdiri. Lemah lututku dan kini aku sudah terduduk di hujung katil. 

"Shoot!" pintaku laju.

"Sya... Redza! Redza kau..."

Air mataku sudah gugur. Aku sudah teresak. Belum lagi aku tahu apa-apa, aku sudah menangis semahuku. 

"Sya, Redza accident dekat Janda Baik. Keretanya terbalik, masuk gaung dan dia sekarang sedang koma di HKL," 

Aku sembamkan wajah pada bantal sebab aku tidak mahu sesiapa mendengar raunganku. Berita ini adalah kemuncak penderitaanku sejak dua tahun yang lalu. Sejak Redza membuat keputusan untuk meninggalkanku. 
..................

"Perpisahan, jalan terbaik untuk kita, Sya. Sebab hubungan kita ni tak akan ke mana-mana. Keluarga kita bermusuh. Sampai bila-bila pun, kita tak ada masa depan bersama,"  

Aku tatap wajah tampannya. Aku renungi dia dalam rasa tidak percaya. Bukan sehari dua menyulam cinta dengannya namun akhirnya, ini yang terjadi. Dia ingin berpisah denganku. Ingin melupakan kisah cinta kami!

"Jangan tengok abang macam tu," Redza meminta. Permintaan yang hanya menyebabkan air mataku menitis laju. "Jangan marah! Jangan benci abang!"

Aku pintas kata-katanya, garang. "Jangan marah? Jangan benci? Kenapa tak boleh marah? Kenapa Sya tak boleh bencikan abang? Abang nak putuskan hubungan dengan Sya, tahu tak? Abang nak lupakan Sya, nak tinggalkan Sya! Takkan Sya nak cakap, 'Okey, tak apa. Kita putus. Abang carilah pengganti Sya,' Abang nak Sya cakap macam tu? Sampai mati pun, Sya tak akan ungkapkannya!"

Aku lihat Redza menarik nafas panjang-panjang. Wajahnya yang sentiasa tenang kini tidak lagi begitu. Dia kelihatan amat runsing. Mata kami bertentangan apabila dia menangkap renunganku padanya. 

"Qalisya binti Datuk Akil, terima kasih kerana sudi menjadi kekasih abang selama ni. Kalaulah abang tidak perlu memilih di antara keluarga dengan Sya, Sya pasti jelas yang Sya satu-satunya gadis pilihan abang. Tapi, kerana ibu meminta abang memilih antara ibu dengan Sya, maafkan abang. Abang tak ada pilihan kedua, ketiga atau pilihan yang lainnya. Hanya ibu abang, syurga abang!" 

Aku terpaku. Akhirnya, Datin Suraya main kotor juga. Setelah puas mencari jalan agar Redza membenci diri ini dan tidak berjaya, dia akhirnya menggunakan taktik ini untuk Redza meninggalkan aku. Haruskah aku bertepuk tangan atas kelicikannya itu? Puaskah hatinya memisahkan kami? 

Dua keluarga ternama, dua ketua keluarga yang sering bersaing dalam perniagaan, dua orang datin yang keras kepala dan sering berlumba-lumba menunjukkan kehebatan.... lantas, bila aku dan Redza bertemu, jatuh cinta, dan pernah merancang untuk berkahwin, halangan demi halangan, mereka lancarkan untuk kami berdua. Sekejap, keluarga aku mencari ruang mengenakan Redza, nanti, keluarga Redza pula yang mengenakan aku. 

Selama ini, cinta kami utuh. Kami masih mampu bertahan. Namun, hari ini, Redza tewas dengan ugutan umi dia. Agaknya, kalau ibubapaku tahu, tentu mereka sedang bertepuk tangan sekarang. Tentu suka!

"Kalau Sya anggap abang ni tak guna, abang terima. Abang dah tak mampu bertahan lagi dengan kerenah emak bapak kita, Sya. Abang,"

Panas hatiku mendengar Redza berkata begitu. Lantas, aku capai beg tanganku dan aku terus bangkit. Aku ingin pergi jauh darinya. Bukankah itu yang dia mahu?

"Sya! Tunggu!"

Aku tetap meneruskan langkah. Laju, dia kutinggalkan. Nak berpisah sangat, kan? Okey, fine! Biarkan aku pergi!

Tubuhku dihalang daripada meneruskan pergerakan. Langkahku mati kerana dia sudah berdiri di hadapanku. 

"Let me go!" ujarku tegas.

"Not like this!" balasnya.

"Oh, abang nak Sya senyum kat abang, ya? Okey!" Aku senyum padanya. 

"Tolonglah, Sya!"

Kujegilkan mataku padanya. Kali ini, aku tidak akan termakan pujuk rayunya lagi. Aku sudah penat. 

"Abang, Sya tak faham ni. Kata nak berpisah. Tapi, bila Sya tinggalkan abang, abang panggil Sya balik. Apa ni? Ke, abang yang nak pergi dulu? Okey! Jalanlah! Tinggalkan Sya! Tak payah nak cakap apa-apa dah! Just go!" jerkahku. Peduli apa pada mereka yang sudah merenung kami. Lepas ni, aku bukan nak singgah The Curve ini lagi. Sumpah! Tak kan aku hendak datang ke tempat penuh tragis bagiku ini. Kan?

Lama dia merenung wajahku. Lama pandangan mata kami bertaut. Akhirnya, dia melafazkan talak cinta kami. 

"Abang pilih umi sebab abang sayang dia. Tapi, cinta abang hanya milik Sya. Insya-Allah, satu hari, kalau ada jodoh kita, Sya akan jadi isteri abang. Tapi, Sya tak terikat dengan abang. Kalau Sya rasa abang tak layak untuk Sya, carilah kekasih yang lain untuk ganti tempat abang,"

Sampai hati Redza cakap macam tu pada aku? Setelah hampir tiga tahun dia menjadi kekasihku? Ingatnya cintaku ini bagaikan embun pagi yang hilang setiap kali mentari menyinari bumi? Argh, aku benci dia! Benci!

Aku malas menunggu. Entah apa lagi kata-kata yang akan mendalamkan lagi luka hatiku ini yang bakal keluar daripada mulut Redza. Aku sudah tidak sanggup mendengarnya. 

"Sya!"

Aku tidak berpaling. 

"Abang nak menetap di Kuching," 

Langkahku mati. Dia memilih untuk tinggal di Kuching? Apakah Datuk Ramli sudah membuka cawangan syarikat mereka di sana? Perlahan-lahan, aku pusingkan tubuhku untuk menghadapnya semula. 

"Maafkan abang. Abang tak boleh duduk sini sebab abang takut nanti kita bertembung. Abang tak kuat nak pandang mata Sya yang penuh benci pada abang nanti," 

Aku menarik nafasku dalam-dalam. 

"Be happy! Jangan benci pada ibubapa kita. Jangan marah pada takdir kita. Live your life,"

Sebaik dia mengucapkan itu, dia pergi meninggalkan aku. Sekalipun dia tidak menoleh. Sekalipun dia tidak berhenti melangkah. 

Aku? 

Aku masih hidup, kan? Hidup bersama kenangan kami. Hidup bersama kenangannya.    

Aku tidak tahu yang dia sudah balik ke Kuala Lumpur. Selama ini, aku ingatkan dia masih berada di Kuching. Apa dia buat di sini?

"Sya, kau ni... kau dengar aku?"

Suara Sunita mengejutkan aku. 

"Hmm," balasku.

"Sya, Redza, Redza,"

Dah tergagap-gagap pulak! 

"Sya, Redza was not alone. Ada seseorang dengan dia. Perempuan muda, umurnya dalam lingkungan 25 tahun. Dia selamat dan nama dia, Maya. Maya Zahnita. Dia yang memandu kereta Redza tu."

Maya Zahnita? Rasa macam pernah dengar aje nama tu. Siapa? Siapa? Ahhh...ingat dah! Maya Zahnita. Model terkenal tu! 

Cis! Penat aku menangis. Ingatkan dia sorang-sorang. Rupa-rupanya....

Ya, rupa-rupanya, dia sudah ada penggantiku! 

Kesian aku!
  
.......................
enjoy!  

26 ulasan:

  1. Erks..betoi ka pengganti! Jgn marah dlu sya..
    Haihh.. Truja nak tau wat happen next!
    Terbaek kak ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak tau la pengganti ke tidak hehe... tunggu ya!

      Padam
  2. Alahai. susahnya kalau ada halangan keluarga ni. masing2 memang kena pandai main peranan kan?

    harapnya model tu bukan gf baru Redza. huhu.

    BalasPadam
  3. Haih. Kesian dorang dua! Hanya sebab family dorg yg tak boleh ngam,dorang terpaksa berpisah. Tapi bagos jugak. Sekurang kurangnya Redza pilih untuk bersama2 dengan Umi dia daripada pergi dari umi dia untuk bersama dengan Sya :') Syurga tu bawah telapak kaki ibu kan~ Harapnya model tu bukan la sesiapa bagi Redza. Harap jugak lepas insiden redza accident ni family dorg boleh berbaik. Hehe :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. tapi dah dua tahun berpisah. xkan redza masih setia, kot? hehe...

      Padam
  4. oh...
    best la kak sofi..sentiasa...
    sambung...apakah yg bakal terjadi...
    nice..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih hehe.. akan bersambung nanti

      Padam
  5. awl2 da wat suspen. Aduuiii akak ku ni mmg pndai bikin onar dihati ni la.

    BalasPadam
  6. Balasan
    1. janganlah memuji sangat. biasa aje...

      Padam
  7. sdihnya...
    x sbr nak thu n3..

    BalasPadam
  8. sambung cepat2 ek. suke semua novel akak =)

    BalasPadam
  9. best!!. bru start baca tpi rasa nak nangis tpi kelip mata lajulaju.
    buat tak nangis :) nice opening kaq sofi

    kDija

    BalasPadam
    Balasan
    1. jangan nangis.. cite ni biasa2 aje...

      Padam
  10. salam kak sofi..hehe lama dah tak komen sini..introduction yg agak menarik..tapi yg ni buat la panjang sikit..biar puas sikit baca hehhe bole eh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. nnt2 akan dicuba buat panjang sedikit hehe...

      Padam
  11. Selalu cinta terhalang sbb darjat.
    Ni bila dah sama level pun jadi halangan juga hehe..
    Kdg2 masuk cmpur pihak lain tu yg
    masalah..lg2 keluarga tak restu.
    Tapi tindakan redza pun betul.

    But after 2 years?mgkin gf dia la tu kot.tak pun mesti pilihan mama dia hehe..nice intro kak..menarik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. redza hanya manusia biasa, kan... cinta seorang lelaki, lama mana bertahan. betul?

      Padam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.