Langkau ke kandungan utama

Jangan sengkek ilmu...

Pengajaran paling berharga bagi seorang penulis ialah apabila dia menerima komen. Memang banyak yang memuji... Banggalah kot hehe.... Tetapi, once kena yang menyengat, wow! termalu sendiri. Hmm...

Terima kasih kepada yang sudi menegur. Kita saling berpesan dengan sabar dan kebenaran. Biarpun pahit, kena terima. 

Mahar, adalah karyaku yang terbaharu, dan memang, aku kurang merujuk. Pakai tulis ikut apa yang keluar daripada otak. Dan kerana itu ada beberapa orang teman memberi teguran, (komen) dan baru tersandar aku jadinya. Baru faham, sedar yang apabila hendak menulis, Jangan Sengkek Ilmu! Jangan! Jangan sekali-kali!

Terima kasih kepada teman2 yang sudi menegur ke arah kebaikan ini....

Perkataan masyaallah...bilakah saat dan ketika hendak menggunakannya? Menarik pulak untuk aku muatkan sebagai post terbaharu. Jadi, jom kita baca apa yang tertulis di bawah. Tapi apapun, terima kasih kepada myibrah.com. Yang di bawah ini milik anda. aku copy paste.... harap tak marah!

Saya terpanggil untuk menulis sedikit tentang perkara ini yang pada kebelakangan ini terlalu banyak digunakan salah pada tempatnya terutamanya di dalam cerita-cerita/drama-drama di dalam TV dan juga di dalam kehidupan seharian. 

Terdapat banyak blog yang telah menulis tentang ini tetapi saya terpanggil juga untuk menegur atau membetulkan apa yang salah. 

Mari kita memahami maksud-maksud ayat di bawah:

MasyaAllah 
– Allah Maha Agung
Astaghfirullahhal’azim 
– Aku memohon keampunan Allah
SubhanAllah 
– Maha Suci Allah
Nauzubillah 
– Kami memohon perlindungan Allah
Jadi penggunaan “MasyaAllah” ketika berhadapan dengan situasi yang tidak elok adalah salah dan tidak diajarkan. Yang patut kita lafazkan ialah “Astagfirrullahhalazim” ataupun “Innalillah” (Kepada Allah kita kembali) ataupun “Nauzubillah”.
- Kesimpulan: Situasi yang tidak elok, sebut
Astaghfirullahal'azim / Innalillah
Kebanyakkan yang saya perhatikan, menggunakan “MasyaAllah” ketika terlihat perkara-perkara maksiat terutamanya wanita-wanita yang tidak menutup aurat. Ini banyak berlaku di dalam TV. Sepatutnya, kita beristighfar (memohon keampunan Allah) apabila melihat perkara-perkara yang ditegah Allah.

Jika kita melalui/melihat sesuatu perkara yang menggembirakan kita ataupun perkara-perkara yang hebat lagi ajaib, maka sebutlah 
“SubhanAllah”. 
Jadi, jom kita sama-sama menggunakan perkataan-perkataan tersebut di tempat yang sepatutnya.

Ulasan

  1. thnks..info yg sgt berguna :)

    BalasPadam
  2. oh..byk nye salah selama ni...
    tq kak sofi...

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…