apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

31.7.12

Inikah Cinta? 2

2

Kisah lebih tujuh tahun dahulu bermula apabila dia diperkenalkan kepada Syamrin Khusairi dalam satu majlis sosial. Sepasang mata lelaki itu tidak lepas daripada menjelajahi tubuh seksinya. Keghairahan yang dilihat begitu mempesona. Namun, malam itu dia terpaksa buat bodoh dan berpura-pura tidak menyedari keinginan Syamrin Khusairi terhadap dirinya kerana dia tidak mahu, temannya, Albert, jadi cemburu.

Sangkanya, mereka tidak akan bertemu lagi. Saat dia meninggalkan majlis, Syamrin Khusairi sudah pergi. Namun, ingatannya kekal terhadap lelaki itu. Rupa-rupanya, Syamrin Khusairi juga tahu bahawa di antara mereka ada rasa, ada sesuatu yang berbeza. Ada kimia! Entah dari mana lelaki itu mendapat nombor telefonnya. Dia tidak kisah pun! Hatinya berbunga dan tentu sahaja dia tidak menolak ketika Syamrin Khusairi mengajaknya untuk makan malam bersama.

"Are you stupid, Janet? Syamrin tu buaya, tau! Sekali dia ngap.."

Janet ketawa mendengar omelan Ann, teman sebiliknya yang juga teman rapat sejak zaman kuliah di Kolej SEGA sehinggalah kini, masing-masing sudah bekerja. Ann seorang setiausaha sementara dirinya ialah seorang juruhias dalaman.

"Hello, kita hidup kena enjoy, Ann. Right now, I am happy dengan dia. Dia tak kedekut, sebab apa aje yang I nak, dia kasi. So, kenapa I nak lepaskan peluang kalau dia nak jadikan I girlfriend dia?" balasnya.

"Tapi, Janet. Antara you dengan dia banyak sangat bezanya, tau! Dia tu orang Melayu, you tu..."

"Cina? So what? Apakah kalau I kawan dengan Syam, nama I, Janet Lee Tze Ling akan berubah jadi nama Melayu pulak? Come on, Ann! Ini zaman moden, la! Both of us tak terikat dengan semua benda remeh temeh tu, faham?"

Remeh temeh baginya rupa-rupanya tidak begitu kepada orang lain. Terutama keluarga mereka. Papa dan mamanya takut kalau-kalau dia akan berpaling dan memeluk agama Islam. Lucu betul! Tidakkah mereka nampak bahawa sikap Syamrin Khusairi sendiri membuat dia mual? Lelaki itu bukannya lelaki Melayu Islam yang baik pun, jadi, Janet tidak nampak mengapa mama dan papanya tega menyuruh dia memilih antara keluarga dengan Syamrin Khusairi. Kerana dia memilih lelaki itu, hubungan keluarga diputuskan. Dia jadi anak terbuang.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                            

Keluarga Syamrin Khusairi? Ah, tentulah mereka paling tidak suka akan sikap dan perbuatan lelaki itu yang nyata bertentangan dengan hukum dan agama Islam. Mereka sentiasa mencuba memisahkan dirinya dengan Syamrin Khusairi. Bagi mereka, dialah penyebab Syamrin Khusairi hilang maruah dan harga diri.

"Syam, I ada benda nak beritahu you ni," ucapnya lembut.

Sangkanya, berita gembira yang diterima pagi tadi dikongsi bersama oleh Syamrin Khusairi. Malangnya, sebaik sahaja dia memberitahu bahawa dia mengandung, terus mata lelaki itu membuntang. Kemarahan begitu nyata di air wajah.        

"I tak ambil you jadi mistress I untuk you mengandung, Janet! You pun tahu, kan? Gugurkan dia!"

Dalam rasa tidak percaya, dia mendengarnya. "Tapi, ini anak kita, Syam! Anak you, anak I. Tanda cinta kita..."

Mata Syamrin Khusairi buntang. Kemarahannya nyata... "Cinta? You siapa yang I nak cinta, Janet? Jangan nak perangkap I dengan cakap macam tu. I tak suka!"

"Dan, I juga tak suka you paksa I gugurkan kandungan ni! You suka atau tidak, I tetap akan lahirkan dia, Syam!" tegasnya.            

Dan, kerana ketegasannya itu, Syamrin Khusairi mula menjauhkan diri darinya. Kalau sebelum ini, mereka hidup bagaikan suami isteri namun sejak kejadian itu, Syamrin Khusairi hanya pulang jika lelaki itu mahukan dirinya. Janet tidak peduli. Baginya, itu juga sudah memadai.

Satu hari, sebaik pulang dari kerja, Syamrin Khusairi sudah bersedia menunggunya. Belum sempat menjejak kaki ke dalam rumah, beg berisi pakaiannya dicampak, nyaris tidak mengena muka.

"Get out from here!"

Terkejut Janet mendengarnya.

"Don't let me see you again! Faham tak?"

Janet menarik nafas dalam-dalam sebelum bertanya. "Kenapa you halau I macam ni? Sebab I mengandung ke?"

Wah, soalannya menyebabkan Syamrin Khusairi menjadi marah, marah yang teramat sangat! Habis semua benda di hadapan mata disepak sehingga kaca jatuh pecah berderai di atas lantai kayu cengal yang cantik itu. Kemudian, lelaki itu mengeluarkan suatu sampul. Ketika sampul itu dicampakkan kepadanya, isi yang terkeluar dipenuhi dengan gambar-gambar dirinya dengan....

Waktu itu, ibu Syamrin Khusairi keluar dari bilik tidur mereka. Wanita itu tersenyum melihatnya. Senyum kemenangan kerana akhirnya dia berjaya menimbulkan keraguan dalam hati Syamrin Khusairi kepada Janet.

"Syam, semua ni fitnah. I tak pernah tidur dengan lelaki lain, hanya you saja!" dia mula menangis.

"I tak nak dengar alasan you, tangisan you! Mata I dah nampak semua. Anak I konon? Get lost!" Syamrin Khusairi berpaling darinya.

Janet meraung. Dia meratap hiba. "Sampai hati you tuduh I. You tahu yang..."

"Tak! I tak tahu apa-apa dan I tak mahu tahu! You cheated on me, Janet and that hurts! Keluar dari rumah I ni. Jangan sekali-kali you tunjukkan muka you depan I lagi. I benci! You faham tak? I benci!"

Janet menangis lagi. Mengenangi kisah silam penuh duka itu sentiasa mampu mengalirkan air matanya laju, laju menuruni pipi. Dan pertemuan? Mengapa harus bertemu semula? Dia sudah teguh melupakan, namun kiranya jiwa dan perasaan masih lemah mendepani Syamrin Khusairi.

"So, you hate me? Patutlah aku tak pernah dapat lupakan kau sebab kau sentiasa ada dalam fikiran. You are always on my mind. Patutlah! Kau dah sumpah aku dengan ungkapan Shakespeare tu, Jen,"

Jangan datang balik padaku, Syam. Jangan ganggu kedamaian hati ini. Jangan kau buka pintu cintaku semula! Jangan!

"Janet, dah larut malam sangat ni! Pergilah tidur! Esok ada temujanji penting, kan?" pujuk mak Nah sambil mengusapi bahu gadis itu.

Janet memandang langit yang gelap pekat. "Kenapa hati saya tak pernah tenang, mak Nah?" tanya dia.

Mak Nah menggelengkan kepala.

"Kalau mak Nah dalam keadaan macam ni, apa mak Nah buat?" tanya Janet lagi.

"Orang Islam mudah sahaja, Jen. Boleh solat dan boleh mengaji,"

Janet mengangguk. Tiba-tiba dia teringat akan sesuatu. "Mengaji? Kalau tak silap, semalam saya dengan Erin buat. Betul tak mak Nah?"

Mak Nah serba salah untuk menjawab. Bimbang Janet berkecil hati setelah dia memberitahu tentang Erin yang gemar sangat mengikutnya mengerjakan sembahyang juga mengaji. Malah anak comel itu boleh menghafal surah al - Fatihah dan beberapa lagi ayat lazim.

"Maaf, Jen. Mak Nah nak bagitahu tapi,"

"Relaks la, mak Nah. Saya tak kisah. Erin suka mengaji ke, solat ke... Tak apa!" balas Janet. Dia tidak mahu mak Nab berasa susah hati hanya kerana perkara kecil sebegitu. Lagipun, entah mengapa, setiap kali mendengar suara Erin mengalunkan ayat-ayat itu, dia seronok mendengarnya. Dia rasa damai. Dia rasa... tenang.
..........................

mungkinkah nur Islam sedang menerangi hati dua beranak itu? tunggu...

22 ulasan:

  1. Adehhh... Mak syamrin ni blh thn! Herm..
    Alhamdulillah... Nampak dh cahaya2 tu.. Aminnn ;)

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah kalau mmg Jen dpt hidayah. Apa agaknya yg sbbkan Syam cari Jen blk tu ye?

    BalasPadam
  3. alhamdulillah...
    semoga dua beranak 2 dapat hidayah...
    huhu..kesian janet..
    salam ramadhan ke 11 kak sofi... =)

    BalasPadam
  4. Kesiannya Janet... Mengaku muslim tapi sangat kurang kasih sayang.. Bangga dengan not yet muslim tapi menebal dgn kasih sayang...
    Teringat lebih kurang 7 tahun lepas apabila kad kahwin diedarkan ada suara mengatakan kenapa tak dibuang nama asalnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmg begitulah.. yg bukan islam menghadapi cabaran untuk masuk islam dan yg islam menghadapi cabaran mengekalkan keislaman sebenar

      Padam
  5. teruk gila hero cite nie dah la bersekududukan dengan orang bukan islam plak tu isk....jahil sungguh manusia begini...dh x tau nk kate pe,,,

    BalasPadam
    Balasan
    1. setiap org punya sisi hitam nya

      Padam
  6. brhrp janet mndpt ptunjuk chya...

    BalasPadam
  7. mmg karya air mata ni kak.... sedih!!!!

    BalasPadam
  8. sian janet.....dibunag keluarga then sbb fitnah....Syam buang cmtu je..dah le suh gugurkn kandungan.....moga janet mendpt Nur hidayah.....

    BalasPadam
  9. sian janet.....dibuang keluarga pastu sbb fitnah mak syam tu...dihalau...mmg ujian kn....moga janet n anaknya dpt hidayah.....

    BalasPadam
  10. salam ramadhan kak sofi, saya suka cerita ni^^

    saya tak tahu mcmana idea kak sofi utk cerita ni..tp ada sedikit pandangan...apa kata wujudkan hero baru? dah selalu sgt novel2 lain mesti juga nnt hero yg mendera perasaan heroin akan diterima semula, pastu mula la ayat mengayat utk memjuk dan heroin pun tergoda.

    J

    BalasPadam
    Balasan
    1. utk sebuah cerpen, x dptlah mencarikan hero yg baharu, harap maaf, hehe... tp mmg idea tu cukup baik thanx... akan dicuba bila menulis novel nnt. untuk citer ni... tunggu ya!

      Padam
  11. Setuju ngan kak sofi... Setiap orang ada sisi gelapnya.. Jangan di cemuh dan dihina... Doakan mereka mendapat hidayah dari Allah. Tugas kita hanya memberi nasihat, yang mampu merubah dan menterbalikkan hati hanyalah Allah.
    Kat luar sana banyak saja berlaku kes2 mcm ni...

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.