apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

6.7.12

Dia mengandungkan tumor seberat 23 kg..Adoiii!

Dia seorang wanita yang akan mencecah usia 65 tahun. Hidupnya susah. Dia tidak ada insurans. Jadi, ketika doktor menemui tumor sebesar 23 kg dalam perutnya, dia terpaksa menghitung hari sehingga dia menyambut hari jadi ke 65 tahun itu. Mengapa? Kerana di Amerika, hanya apabila usia mencecah 65 tahun, baharulah rawatan percuma untuk warga tua diperolehi. 
"She was a skinny lady with a huge belly. She was just all belly. I mean it looked like she was literally pregnant with triplets," 
- Dr. David Dupree, who led the surgery on the 65-year-old woman, at Riverview Medical Center in Red Bank, New Jersey.

Waktu Evelyn menyedari ada sesuatu yang tak kena dengan perutnya, berat badannya ialah 120kg. Dalam tempoh dia menunggu untuk proses rawatan percuma itu (lebih kurang 4 ke 6 minggu) berat badannya naik ke 170 kg dan perutnya membusung, terboyot-boyot membelon. Kesian!!! Bukan itu sahaja, malah kakinya bengkak akibat darah sudah terperangkap, mengalami dehidrasi - kurang air, dan selepas di 'scan', didapati, tumor tersebut (malignant sarcoma) menunjukkan Evelyn menghidap cancer, sudahpun menghimpit vena cava, vena yang membawa darah beroksigen ke jantung, menyebabkan nyawanya amat2 terancam. Badan menjadi lemah, dan nafas mencungap. Doktor Dupree tidak mahu bertangguh lagi. 
"I knew that she wasn't going to make it through the night. Either she goes now or she dies tonight,"
- he recalled thinking.
Pembedahan mengambil masa 5 jam. Apa yang berlaku semasa pembedahan itu? 
Opening her up, Dupree and his team found the tumor, which appeared to have originated out of the fatty tissue around her large intestine, had engulfed many of her internal organs, and had to be sliced away "millimeter by millimeter"
Rupa-rupanya, tumor itu bermula dengan tisu berlemak dalam usus besar. Adoyaii... takut memikirkannya!!

Kini, dia masih lagi berada di hospital kerana selepas ini, Evelyn akan menjalani rawatan untuk cancer pulak. Terpaksa menjalani kemoterapi, radioterapi dan semua yang berkaitan.  

Pengajaran? Jagalah kesihatan!

anda boleh baca laporan lengkap di sini.

2 ulasan:

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.