apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

2.7.12

Ayah yang terpinggir.....

Kata orang, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Menangislah aiir mata darah sekalipun, yang lepas tetap berlalu. Sebab itu kita dipesan supaya berfikir sebelum melakukan sesuatu.  

Kisah ini untuk pengajaran kita bersama terutama kepada kaum lelaki di luar sana. Namun, pada waktu dan era ini, bukan lelaki sahaja yang boleh melakukan kesilapan sebegini. Malah, kita, kaum perempuan juga mudah terjerumus. 

Saat ini, seorang lelaki sedang menitiskan air mata kerana tidak dipeduli, disisih dan dilupakan oleh anak-anak dan bekas isterinya. Semua hanya kerana suatu ketika dahulu, dia pernah membuat silap. 

Kisah benar ini menimpa seorang lelaki berusia awal 60-an yang hanya mahu dikenali sebagai Pak Wan. Baca....

"Saya berusia 69 tahun, masih ada isteri dan empat orang anak. Masa lampau telah menghancurkan masa depan saya. Tapi saya reda kerana itu silap saya namun saya berharap dalam usia yang begini, isteri dan anak-anak akan memaafkan saya tetapi itu tidak berlaku. Puas sudah saya berusaha untuk berbaik-baik dengan mereka tetapi saya tidak dilayan seperti sepatutnya, biarpun saya telah cuba dan melahirkan rasa kesal saya dengan apa yang telah saya lakukan.

"Semuanya bermula apabila saya bernikah seorang lagi setelah 20 tahun mendirikan rumah tangga dengan isteri pertama yang saya panggil Zai. Perkahwinan saya memang ditentang habis-habisan oleh Zai dan anak-anak, biarpun ketika itu mereka masih kecil. Mungkin sebab mak..., mereka benci saya kerana menduakan kasihnya maka anak-anak turut terikut-ikut.

"Saya pula ketika itu sangat bodoh, ikutkan hati tidak peduli mereka dan hanya memberatkan keluarga isteri kedua saya. Saya lupa tanggungjawab saya dan mengabaikan mereka. Mereka saya biarkan hidup sendiri kerana Zai bekerja dan saya yakin dia mampu membesarkan anak-anak tanpa saya.

"Itulah bodohnya saya. Apabila saya pencen, sebahagian duit pampasan saya dikaut oleh isteri kedua dan anak kami seramai dua orang. Mereka mengatur hidup saya. Perbelanjaan saya disekat, duit saya dikongkong isteri kedua dan anak-anak yang berjoli sakan dengan wang pampasan yang saya peroleh. Ketika ini saya mula sakit-sakit.

"Pada masa menghadapi masalah ini, saya mula teringatkan isteri pertama dan anak-anak saya. Saya dengar cerita anak-anak semuanya berjaya, seorang doktor, pegawai bank, pegawai polis dan yang bongsu bertugas di luar negara. Saya mendapat khabar ini daripada saudara-mara yang sudi bercerita dengan saya walaupun mereka kesal dengan sikap saya dulu. Saya menangis gembira mendengar khabar ini tetapi tidak berdaya untuk menemui mereka kerana malu.

"Saya juga pernah berusaha untuk bertemu isteri pertama dan anak-anak untuk meminta maaf tetapi mereka tidak menerima kedatangan saya dengan alasan saya tidak layak untuk kembali kepada mereka.

"Saya tahu saya silap. Saya bersalah kerana melupakan tanggungjawab saya dulu. Saya hanya ingin minta maaf dan bertaubat atas apa yang telah berlaku. 

"Saya bukan datang untuk meminta simpati dan meraih perhatian mereka. Jauh sekali untuk meminta wang ringgit. Tidak, itu bukan apa yang saya inginkan. Saya tahu dan sedar diri apa yang telah saya lakukan. Memang inilah balasan Allah kepada saya. Saya reda. Tapi sebelum saya pejam mata saya mahu minta ampun daripada mereka semua dan melahirkan rasa kesal saya dengan perbuatan masa lalu saya di hadapan mereka sendiri.

"Saya harap mereka terbaca ruangan ini dan memahami kehendak hati saya. Mudah-mudahan mereka dapat menunaikan hajat saya yang terakhir ini,'' 
......................

Kalau anda berada di tempat bekas isteri dan anak-anak lelaki ini, apakah anda juga akan melakukan yang sama? Berdendam dan membenci sehingga tiada ruang kemaafan untuk insan ini lagi? Ataukah, anda akan berlembut hati dan menghulurkan keampunan kepadanya kerana sedar bahawa dia hanya manusia biasa yang tidak lepas daripada melakukan kesilapan? 

Sukar untuk berasional kerana kita tidak berada di tempat mereka. 

To forgive.... and to forget.... dua perkara yang amat sukar dilakukan bila hati terluka. 

Namun, tahukah anda bahawa dendam akan membakar diri terutama jika anda mendendami ayah sendiri? 

Hari ini anda dendam padanya tapi jangan lupa, anda juga seorang anak yang bakal berkahwin. 

Hari ini, anda seorang anak, esok-esok anda seorang suami / isteri.... nanti anda ialah ibu / bapa. 

What goes around comes around...., 

Hari ini kita buat insan yang melahirkan kita. Nanti2 anak2 kita balas perbuatan kita itu. Mahukah begitu?

Aku hanya sekadar mengingatkan.... 

sumber: UM

8 ulasan:

  1. saya sangat2 tak berani nak komen...=="

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya, btol. kita tidak berada dalam kedudukan mereka...

      Padam
  2. sukar nak memaafkan bila hati dah terlalu terluka...nak menyalahkan ,dia tetap ayah dan dia pun dah terima balasannya. moga2 anak2nya sudi memaafkannya sebelum dia tutup mata ...so sad.

    BalasPadam
    Balasan
    1. rasanya ini bukan soal memaafkan tetapi lebih kepada hak bapa meskipun si bapa tidak pernah menjalankan tanggung jawab dan kewajipan. biar Allah menghukum...

      Padam
  3. sukar memaafkan bila hati dah terluka itu benar....tp ayah tetap ayah walau dia penjenayah sekali pun...lagi pun dia dah pun menerima balasan yang setimpalkan ....harap2 isteri dan anak2nya sudi memaafkan sebelum dia menutup mata.

    BalasPadam
    Balasan
    1. semoga Allah lembutkan hati mereka

      Padam
  4. pengalaman sendiri.. mmg hiba, sedih sgt bila ayah kandung buat diri ini rasa terbuang.. tidak pernah ambil tahu.. sejak lahir hidup
    menumpang kasih ibu (juga ibu susu) n bapa saudara yg bekerja kmpg, membesar bersama 12 org anak yg lain.. Alhamdulillah, kami hidup dlm kesederhanaan, penuh kasih syg, ceria n sentiasa bersama tanpa mengira saya hanya sepupu pada mereka.. detik paling sedih dlm hidup bila ayah tak sudi hadir masa hari nikah konon ada org lain dah 'book' jadi org perantara rombongan nikah.. terasa diri ini tiada makna dlm hidupnya, saya bukan sapa-sapa padanya.. kira ok, ada abg n kakak kandung sudi dtg.. sejak itu terbit dlm hati tak pe lah.. 'aku akan ingat n syg pada org yg ingat n syg kat aku..' selepas 10 thn, tak diduga ayah cuba rapat pd sya.. tp dlm hati sya sdh tak ada dia.. mmg kosong.. takdir Allah selama 2 thn sya pujuk hati sendiri agar terima dia.. Maal Hijrah 2007 dlm usia 37 thn sya dtg ke rumah itu bersama anak n suami.. Aidil Fitri thn yg sama 1st beraya bersama, ayah n ibu tiri mohon maaf atas keterlanjurannya.. Moga Allah ampunkn dosa ibu, ayah, ibu tiri, ibu n pada saudara yg sya panggil mak dan bapa.. pada mereka yg dah meninggal dunia moga ditmpatkan dikalangan org yg beriman.. Amin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kisah kita... hampir serupa...

      Padam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.