Langkau ke kandungan utama

10 Masjid terindah di Dunia

Di bulan puasa ini, ramai yang mengimarahkan masjid...  Boleh dikatakan, semua masjid penuh dengan umat Islam untuk mengerjakan solat tarawih. Jadi, hari ini marilah kita lihat gambar-gambar masjid yang dianggap antara yang tercantik, terindah di dalam dunia.... Ramai yang sudah bersolat di dalamnya dan bagi yang belum, insya-Allah, dengan izin-Nya, kita akan ke sana satu hari nanti... 

10. Masjid Faisal di Islamabad adalah masjid yang paling besar di Pakistan. Vedat Dalokay, arkitek Turki yang mengilhamkannya, menggunakan khemah Beduin sebagai inspirasi seni bina Masjid Faisal.
9. Masjid Besar Baiturrahman di Banda Acheh, Indonesia telah dibakar habis apabila Acheh diserang kuasa Belanda pada tahun 1873. Namun, ia telah dibina semula satu dekad kemudian. Ia di antara masjid yang paling indah di seluruh Indonesia.
8. Masjid Taj Ul di Bhopal adalah di antara masjid yang paling besar di benua Asia. Ia juga diguna sebagai madarasah.
7. Masjid Badshahi telah dibina oleh Maharaja Mughal yang mashyur, Aurangzeb, pada tahun 1671. Ia merupakan masjid yang kelima paling besar di dunia.
6. Great Mosque of Xi'an di China menampilkan ciri-ciri budaya Cina bersebelahan dengan seni bina Islam.
5. Masjid Jamek, adalah salah satu masjid yang paling ikonik untuk penduduk-penduduk bandaraya Kuala Lumpur. Malah, ia merupakan tapak di mana bandaraya kami ini 'dilahirkan'.
4. Masjid Muhammad Ali Pasha di Cairo, Mesir menampilkan seni bina Ottoman yang klasik. Ia dibina oleh pemerintah Mesir, Muhammad Ali Pasha untuk mengingati anak sulungnya, Tusun Pasha
3. Sultanahmet Camii, juga dikenali sebagai Blue Mosque, di antara masjid yang paling mashyur di Turki. Pembinaannya mengambil masa tujuh tahun, dari 1609 hingga 1616. Seni bina masjid ini dipengaruhi unsur-unsur Ottoman dan Byzantine.

2. Masjid An-Nabawi di Madinah adalah fokus umat Islam pada musim Haji. Bersama dengan Masjidil Haram di Mekah, ia adalah tempat yang paling suci untuk agama Islam.

1.Masjidil Haram di Mekah merupakan tempat yang paling suci bagi umat Islam di seluruh dunia. Setiap tahun, berjuta-juta umat akan ke Tanah Suci Mekah untuk menyempurnakan ibadah Haji dan Umrah.
bagi anda yang pernah ke sana, alangkah seronoknya kalau dapat kita berkongsi pengalaman, kan? 
..................
credit to yahoo pics

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…