Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2012

Inikah Cinta? 2

2

Kisah lebih tujuh tahun dahulu bermula apabila dia diperkenalkan kepada Syamrin Khusairi dalam satu majlis sosial. Sepasang mata lelaki itu tidak lepas daripada menjelajahi tubuh seksinya. Keghairahan yang dilihat begitu mempesona. Namun, malam itu dia terpaksa buat bodoh dan berpura-pura tidak menyedari keinginan Syamrin Khusairi terhadap dirinya kerana dia tidak mahu, temannya, Albert, jadi cemburu.

Sangkanya, mereka tidak akan bertemu lagi. Saat dia meninggalkan majlis, Syamrin Khusairi sudah pergi. Namun, ingatannya kekal terhadap lelaki itu. Rupa-rupanya, Syamrin Khusairi juga tahu bahawa di antara mereka ada rasa, ada sesuatu yang berbeza. Ada kimia! Entah dari mana lelaki itu mendapat nombor telefonnya. Dia tidak kisah pun! Hatinya berbunga dan tentu sahaja dia tidak menolak ketika Syamrin Khusairi mengajaknya untuk makan malam bersama.

"Are you stupid, Janet? Syamrin tu buaya, tau! Sekali dia ngap.."

Janet ketawa mendengar omelan Ann, teman sebiliknya yang juga te…

Inikah Cinta? 1

1

"Ouch!" 

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.    

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?" 

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin dengan…

10 Masjid terindah di Dunia

Di bulan puasa ini, ramai yang mengimarahkan masjid...  Boleh dikatakan, semua masjid penuh dengan umat Islam untuk mengerjakan solat tarawih. Jadi, hari ini marilah kita lihat gambar-gambar masjid yang dianggap antara yang tercantik, terindah di dalam dunia.... Ramai yang sudah bersolat di dalamnya dan bagi yang belum, insya-Allah, dengan izin-Nya, kita akan ke sana satu hari nanti... 
10. Masjid Faisal di Islamabad adalah masjid yang paling besar di Pakistan. Vedat Dalokay, arkitek Turki yang mengilhamkannya, menggunakan khemah Beduin sebagai inspirasi seni bina Masjid Faisal. 9. Masjid Besar Baiturrahman di Banda Acheh, Indonesia telah dibakar habis apabila Acheh diserang kuasa Belanda pada tahun 1873. Namun, ia telah dibina semula satu dekad kemudian. Ia di antara masjid yang paling indah di seluruh Indonesia. 8. Masjid Taj Ul di Bhopal adalah di antara masjid yang paling besar di benua Asia. Ia juga diguna sebagai madarasah. 7. Masjid Badshahi telah dibina oleh Maharaja Mughal yang m…

Rugi, rugi, rugiiii.........

Kita kongsikan bersama nasihat yang kak sofi dapat daripada teman fb Sharifah NorJasmin SyedOmar yang dah share ۞ MARI BERKONGSI ILMU ۞'s photo
Tajuk kita 
۞ MARI BERKONGSI ILMU ۞

RUGI dan SANGAT RUGI andai  berpuasa tapi TIDAK SOLAT...RUGI dan SANGAT RUGI andai   berpuasa di siang hari tapi membazir makanan di malam hari...RUGI dan SANGAT RUGI andai  menahan lapar dahaga tapi pada masa yang sama mengumpul dosa..RUGI dan SANGAT RUGI andai   menahan lapar dahaga pada siang hari dan berbukanya sambil berpegangan tangan dengan kekasih hati yang tidak halal..RUGI dan SANGAT RUGI andai  menahan lapar dahaga tetapi sepanjang hari menayang aurat tanpa silu...RUGI dan SANGAT RUGI andai  menahan lapar dahaga tetapi asyik memfitnah, mengumpat, mengata...RUGI dan SANGAT RUGI andai   menahan lapar dahaga tetapi leka menyantap mata dan telinga dengan maksiat melata...RUGI dan SANGAT RUGI    sedangkan Ramadhan itu bulan yang penuh dengan rahmat Allah..RUGI dan SANGAT RUGI   sedangkan Ramadhan itu bulan p…

SIAPAKAH KITA?

Salam. Kak sofi tak ada harta yang banyak untuk kita berkongsi bersama-sama. Hanya post-post sebegini sahaja yang mampu dikongsi. itupun, bukan semua idea kak sofi. Setengah-setengahnya, didapatkan daripada blog, web, facebook... yang kak sofi rasa dapat kita manfaatkan bersama. 
Yang di bawah ini, kak sofi dapat dari sini. Terima kasih dan jomlah kita baca sama-sama serta menghayatinya. 
Siapakah kita?? siapa... yaa..??
Siapakah orang yang sombong?  Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.Siapakah orang yang telah mati hatinya?  Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.Siapakah orang dunggu kepala otaknya? O…

♥ Untungnya menjadi seorang isteri.. ♥

Wife-wife orang semua, tolong baca ni... kak sofi dapat sebab kak sofi like iluvislam.com.
♥ Untungnya menjadi seorang isteri.. ♥
1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”
2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah” 
3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”. 
4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”. 
5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”. 
6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”. 
7) “Apabila meninggal dunia seorang isteri dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi) 
8 ) …

Mulut dan Hati...

Bukan senang hendak bercakap dengan orang. Tambah kalau orang tu pendiam. Kadang-kadang boleh sampai tergagap-gagap jadinya, kan? Lepas tu, berapa ramai di antara kita ikhlas ketika berbual dengan teman-teman. Ikhlas mendengar, ikhlas berkata-kata? 
Sebab itu, bila terbaca titipan Hayatie Arif di FB ini, kak sofi nak ucap terima kasih yang tidak terhingga kepadanya. Mencuri sedikit masa sambil2 menaip mss, harap2 anda suka dengan apa yang diposkan ini.  ..................
Ramai antara kita tak tahu kan?... Terima kasih 1001 Tip Komunikasi Hebat ianya banyak membantu kami2 semua. Mari baca sama2,
1001 Tip Komunikasi Hebat
MULUT BERKOMUNIKASI DGN MANUSIA; HATI BERKOMUNIKASI DGN PENCIPTA
Tengah hari ni seorang kenalan yang sudah hampir 15 tahun tak jumpa, tiba2 message saya di FB. 
Kami saling bertanya khabar. Saya kata, saya tak sihat, walaupun saya selalu pura2 seperti saya ok, sebab banyak tanggungjawab yang perlu diteruskan. 
Tiba2 beliau menanyakan tentang sesi COACHING yang saya lakukan de…

Teman sejati... di manakah dia?

Aku mendengar satu kisah. Seorang gadis kesempitan wang. Telefonnya pun dah habis kredit. Jadi dia ingin pinjam telefon bimbit kawannya untuk menghubungi ibunya. Tahu apa kata si teman itu kepadanya? 
"Hisy, kau ni asyik pinjam, asyik mintak tolong pada aku sahaja,"
Lalu, gadis itupun menangis. Kecil hati sangat dan kini sudah merajuk. Katanya, dia tidak mahu berada sekelas dengan teman yang menegurnya itu lagi.
Betul kata orang, teman ketawa senang didapat, teman menangis sukar dicari. Namun jahatkah si teman tadi sekiranya dia tetap memberi pinjam telefonnya kepada anak gadis itu?

Jom kita fahami istilah teman? Siapakah teman kita....
Rasulullah saw pernah berpesan:  “Agama seseorang itu terletak di atas agama atau jalan yang dipilih oleh rakannya”. Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dalam memilih siapa yang harus dijadikan sahabat.
Apakah ciri-ciri sahabat yang baik? 
Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya:  “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersaha…

Nafsu lelaki satu aje tapi...

Bercakap tentang nafsu... kata orang, perempuan ada sembilan nafsu, satu akal. Tapi, kaum lelaki ada satu nafsu sembilan akal. Hebatkah lelaki? 
Kita disuruh berjuang melawan nafsu. Mengapa? Kerana hawa nafsu selalu mengajak manusia kepada kemungkaran dan jika kita menuruti bisikannya, maka pasti akan binasa.
Kebinasaan dalam rumah tangga kalau anda rajin membaca DCCK di UM, kebanyakannya berpunca daripada sikap suami yang tidak berdaya melawan hawa nafsunya yang satu itu. Satu kisah sedih daripada DCCK.... Baca, ya!
Puan Izani bercerita: 
''Bayangkan setelah berbelas tahun berkahwin, ketika melahirkan anak ketiga suami buat hal. Mereka bertemu di tempat kerja, lantas berlarutan ke pusat-pusat hiburan. Bila dah bercinta, suami hilang pertimbangan. Fikirannya tidak pernah di rumah walaupun tubuh tersandar di kerusi. Kerana dia ghairah melayan keseronokan bercinta sambil bermain telefon dengan SMS.
''Ketika asyik bercinta, jangan cuba dekatkan diri dengannya apa lagi hendak b…

Mahar - edisi cerpen

1

Datuk Akil memandang wajah isterinya, Datin Azwa tepat-tepat. Kepalanya terangguk-angguk, menjawab tanda tanya yang tertera jelas.

"Teruk ke?"

Sebaik rasa terkejut Datin Azwa hilang, soalan itu terpacul keluar. Muka suami ditatap tajam. Rasa tidak sabar menanti khabar.

"Teruk. Dia tengah koma,"

"Syy! Cakap tu, pelan-pelan sikit. Nanti kalau Qalisya dengar..."

Aku memang sudahpun mendengarnya. Dan, hatiku tidak ragu-ragu tentang siapa yang mereka bisik-bisikkan itu. Tentu dia! Kalau hendak berahsia denganku, aku amat yakin kisah dialah sahaja. Bukan orang lain!

Tuhan, dia koma? Lelaki itu koma? Tentu dia accident. Takkan tengah duduk boleh koma kot? Aku perlu tahu tentang dia. Perlu!

Aku terus berlari naik ke bilikku. Kukunci rapat pintu bilik lantas I-phone kucapai. Nombor Sunita, teman baikku, yang juga isteri kepada teman baiknya, aku hubungi. Rasa tidak sabar hendak mendengar suara Sunita. Rasa tidak sabar mendengar berita tentang dia.

"Sya, mu…