apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

4.6.12

Tomato untuk cuci muka. Pernah guna?


Artikel tulisan Nadia Najib di sini rasanya amat berguna terutama bagi kita yang tak suka guna bahan kosmetik. 

Kita pun tahu yang khasiat buah tomato sememangnya tidak perlu dipersoalkan lagi. Ini kerana banyak produk kecantikan menggunakan tomato sebagai bahan utama dalam pembuatan produk mereka. 

Selain untuk dimasukkan dalam gulai kari ikan hehe... terliur sudah, tomato boleh dijadikan skrub kulit muka kita. Skrub ni tolong hakis kulit mati, jeragat hitam dan ini yang best, boleh lindungi kulit muka daripada pancaran sinaran matahari (Lindung dari UV la tu!)  

Selain daripada untuk wajah, khasiat tomato turut diperakui oleh pakar perubatan di Harvard yang dikatakan mampu membantu menghalang penyakit kanser, diabetes dan penyakit hati. 

Ikuti cara pembuatan sendiri (do it yourself) tomato skrub untuk kulit wajah agar tampil berseri. 

Sediakan sebiji tomato segar yang telah dibasuh bersih
Untuk membuat skrub, sebiji buah tomato segar yang telah dibasuh bersih diperlukan. Kemudian dipotong setengah untuk digunakan. Simpan lebihan di dalam peti sejuk untuk memastikan kesegarannya. 

Sediakan dua sudu gula pasir
Untuk langkah seterusnya, letakkan gula pasir ke atas permukaan rata buah tomato yang telah dipotong tadi. 

Sapukan kepada wajah
Gosokkan skrub tomato tersebut di atas permukaan wajah anda secara perlahan-lahan selama lima minit. Pastikan anda memberi perhatian kepada bahagian kulit muka yang sensitif seperti di sekitar hidung dan dahi. 

Bilas wajah dengan air bersih
Biarkan wajah anda menyerap khasiat buah tomato itu selama lima minit sebelum membersihkannya dengan air suam secara perlahan-lahan. 

Lap wajah sehingga kering
Jangan biarkan wajah anda yang sudah bersih dikotori bakteria lain. Pastikan selepas anda anda membasuh wajah anda, lap dengan menggunakan tuala muka yang bersih dan kering.

Jom cuba!

10 ulasan:

  1. mmg dah amalkan sejak beberapa bulan ni..mmg sangat2 berkesan.liang roma juga mengecil..bg yg kulit bermasalah..cubalah.tak rugi sbb cara ni lgi selamat tmpah bahan kimia..boleh juga guna madu untuk untuk mgantikan gula pasir..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tahniah.. ni mesti pipi pauh dilayang, kan hehe...

      Padam
    2. serius ke?..wahh nak try la nnti..kulit muka agak bermasalah lah dalm 3-4 minggu ni..huhu

      Padam
    3. cuba faiz, jangan x cuba hehe

      Padam
  2. terjumpa info ni, juga pasal tomato… sharing is caring :) - Khasiat Tomato

    BalasPadam
    Balasan
    1. than for d indo. akan pi tengok nanti hehe...

      Padam
  3. Bila masa sesuai gune tomato ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. masa bangun tdo atau nak tdo sebelum guna cleanser

      Padam
  4. Kak , boleh tak putihkan muka guna ni ?

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.