Luahan

apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

Bagi yang tak sabar2 hendak membaca Cinta si Kasanova 7.... jenguk2 selalu ke blog ini nanti, ya... (haha, ayat nak kena baling ngan...) Ok...

Segarkan badan tu...jom!

By Jun 29, 2012

Bagi yang tak sabar2 hendak membaca Cinta si Kasanova 7.... jenguk2 selalu ke blog ini nanti, ya... (haha, ayat nak kena baling ngan...)

Okey, anda rasa tidak berapa nak ber mood? Di sini ada beberapa tips. Seperti biasa, kak sofi dapat tip kesihatan ni daripada tulisan Nadia di Yahoo

Kita ni kan kadang2 jadi tak bersemangat nak buat kerja terutama kalau kita dah terlampau letih dengan kerja2 di pejabat. Betul, tak? Jadi....

Ikuti 3 tips ini untuk anda berasa lebih segar untuk bekerja dan menamatkan aktiviti harian anda! 

1 Curi masa untuk lelapkan mata
Ramai percaya tidur sebentar pada waktu tengahari baik untuk tubuh. Jadi, pada waktu tengah hari cuba curi masa setengah jam untuk segarkan tubuh badan kita yang pasti memerlukan rehat dari segi fizikal dan minda untuk menamatkan hari bekerja dengan produktif. 

2 Minum air bersama hirisan sitrus
Sebaiknya minum segelas air dengan hirisan lemon sejurus selepas anda bangun dari tidur. Ini untuk mengejutkan metabolism anda untuk lebih bersemangat untuk memulakan hari anda. 

3 "Hirup" lebih cahaya
Pasti anda biasa melihat meja makan yang disusun di kebanyakkan rumah di luar negara pasti bersebelah dengan tingkap bukan? Bukan sahaja menjadi salah satu ruang dekorasi namun ianya mempunyai kelebihan jika kita bersarapan di tepi tingkap. Cahaya yang masuk akan menyekat pengeluaran melatonin, hormon yang memberi isyarat kepada tubuh untuk tidur. Jadi cuba ubah sekali-sekala arah meja makan anda agar dapat memberikan kebaikan untuk kesihatan diri anda.

Tu dia tips yang kak sofi rasa elok kita amalkan mulai sekarang. Jom!

You Might Also Like

2 comments

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.