Follow Us @soratemplates

21.6.12

Sakit hati dapat adik ipar perangai macam ni.

Saya seorang pegawai kanan di sebuah jabatan kerajaan, berkahwin dengan  seorang eksekutif juga anak sulung dalam adik-beradik empat orang. Mentua saya berusia lewat 50-an dan telah kematian suami sejak 10 tahun lalu. Saya akur kehendak suami untuk tinggal bersama mentua selepas bernikah kerana tahu tanggungjawabnya terhadap ibu dan keluarga.

Salah seorang adik ipar seusia dengan saya dan bekerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat promosi produk kecantikan. Bekerja dengan syarikat kecantikan tentu memerlukan dia tampil cantik sepanjang masa. Memang adik ipar saya cantik, itu tidak saya nafikan jika tidak masakan syarikat tersebut mengambil dia bekerja. Sudahlah cantik pandai pula bergaya.

Tapi masalahnya dia bergaya dengan barang-barang milik saya. Seperti dia, saya juga suka menjaga penampilan dan gemar mencuba fesyen terkini. Saya ada banyak koleksi tas tangan, kasut, aksesori, barang kemas, alat mekap dan sebagainya yang menjadi kegemaran wanita sekarang. 

Ipar saya ini selalu pinjam barang saya. Mula-mula sekali sekala, kemudian kerap juga sehingga akhirnya dia buat seperti barangnya sendiri. Jika saya tidak tanya dan minta balik alamat hilang terus. Telah banyak kali saya tegur sikapnya itu. Dia kata saya kedekut dan berkira. Malah mengadu kepada abang dan ibunya lagi.

Saya tidak marah jika dia meminjam kemudian tahu memulangkannya. Tetapi jangan buat macam harta sendiri. Bila pinjam sepatutnya dipulangkan setelah selesai menggunakannya tetapi ini tidak, simpan sampai saya lupa. Apabila teringat saya minta semula, banyak pula alasan yang diberi, cari tak jumpa, hilang dan macam-macam lagi sedangkan saya juga perlu guna untuk diri sendiri. Saya diburuk-burukkan di hadapan mentua dan suami konon kedekut dan tidak mahu berkongsi barang dengannya. Pernah juga dia tipu katanya saya yang pinjam barang dia.

Perkara ini telah berlarutan selama setahun.

Mula-mula dulu saya dapat sabar tetapi sekarang kesabaran saya sudah hilang. Saya tidak tahu lagi apa hendak dibuat. Mengadu pada suami dia kata saya berkira. Tegur sikap adik-adik ipar, mereka tuduh saya kedekut. Keadaan ini menjadikan saya serba salah dan tidak gembira untuk tinggal bersama mereka lagi.

Saya hanya mendapat ketenangan apabila di tempat kerja. Balik rumah saya akan menjadi susah hati dan tidak senang duduk. Saya rasa macam bersalah pula sedangkan mereka yang sepatutnya merasa begitu.

Saya banyak kali cuba bercerita dengan suami, tetapi dia macam dengar tak dengar. Saya faham dia juga berada dalam kedudukan yang serba salah. Tapi saya harap sekurang-kurangnya dia dengar keluhan saya dan mencari jalan keluar. Saya cadangkan dia tegur sikap adik-adiknya tetapi dia tidak mahu tegur bimbang adik-adiknya terasa hati dan ibunya merajuk. Jadi bagaimana dengan perasaan saya? Sampai bila saya harus bertahan. Saya sayang barang-barang saya terutama pakaian dan aksesori. Ada yang mahal dan berjenama.

Ini bukan kerana saya sayang lebih kepada barang-barang saya melebihi mentua dan ipar-duai saya. Tapi ini soal sikap. Yang tidak elok baik ditegur. Saya beli dengan duit hasil simpanan saya sendiri kerana teringin produk jenama. Pakai sekali dua ipar duai pula pinjam tak pulang-pulang.

Saya pernah cerita pada ibu saya. Dia suruh saya sabar dan jangan ambil hati. Saya rasa tahap kesabaran saya sudah sampai ke kemuncak. Saya tidak boleh sabar lagi. Lagi lama saya tunggu lagi sakit hati saya. Keadaan juga tak menggembirakan saya. Daripada menjadi makin buruk saya nekad mengajak suami berpindah. Sama ada dia mahu atau tidak saya akan usahakan juga.

Saya harus pujuk suami dan minta dia faham masalah saya. Jika kami terus tinggal bersama mereka, saya pasti keadaan akan menjadi lebih buruk dan hubungan keluarga juga mungkin terjejas. Saya harap selepas tinggal berasingan saya akan menjadi tenang tanpa gangguan lagi. Memang orang kata saya bodoh sebab ini perkara kecil tetapi saya yang menanggungnya. Berpindah bukan sebab saya tidak suka tinggal sebumbung tetapi dengan berpindah saya yakin keadaan akan berubah menjadi lebih baik.

Saya harap suami setuju dengan tindakan saya. Saya berdoa agar Allah makbulkan permintaan saya dan semoga hubungan dengan mentua dan ipar-duai tidak terjejas. (sumber: um)
...................

Di atas adalah satu daripada kisah masyarakat di Malaysia. Kisah hati seorang isteri yang patuh kepada suami untuk tinggal serumah dengan mentua serta ipar duainya. Apakah nasihat anda kepada wanita ini? Berikan pendapat anda di ruangan komen, ya. 

21 ulasan:

  1. sepatutnya suami kenalah peka dengan keadaan sekeliling. bijak menangani supaya tiada siapa yang kecil hati.

    susahlah kalau suami jenis pak turut je. tak gitu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. suami kena lebihkan ibunya.. hehe

      Padam
  2. itulah masalah bila tinggal serumah dengan ipar-duai ni.

    cadangan saya, cuba tahan diri dari beli barang-barang yang menarik. kalau kuatla... kalau saya, saya buat macam tu. but then saya memang tak minat melaram sangat.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju .. usah melaram sangat, kan...

      Padam
  3. Spatutnya suami die tu dgr la luahan hati isteri, dia hnya nk suami die dgr..jgn buat endah xendah. Kalau aku pun,aku hangin klau org guna brg aku pastu buat mcm harta sdiri. Beli la sdiri!!

    BalasPadam
  4. Si suami spatutnya dgr la luahan isteri.. Jgn buat endah tak endah.. Dia tiada tmpat mengadu. Kalau org amik brg aku pastu buat mcm hrta sdiri aku pon boleh hangin. Beli la sdiri..kata kerja....

    BalasPadam
  5. Suami xpatut lebihkn ibu...suami sepatutnya adil xada yg lebih n kurang...beter pindah .:)

    BalasPadam
  6. apepun suami perlu lebihkan emak jugak..........keluarga.........isteri perlu faham...........bukan ker duit poket suami dah mengalir utk die...sdgkan emak yang membesarkan si suami tu dulu....so anggaplah barang2 tu dah diganti dgn nafkah yg dah diberi oleh en suami.........itupun kalau nak merebut gelaran solehah.............atau.................fikir2kan lah..........

    BalasPadam
    Balasan
    1. senangnya cakap encik ni..kasihan akak tu simpan duit dia penat2,last2 anggapla diganti oleh nafkah dari suami???nafkah tu kewajipan la encik oiii!!!!!

      Padam
    2. Orang tidak menghadapi pasti senang berkata-kata melainkan mereka sendiri yang menghadapi..Setiap 5 minit berlaku penceraian di Malaysia. Banyak juga punca daripada adik-beradik, ipar, ipar duai, mertua dan orang sekeliling.. Hanya Allah tempat mengadu, sebab susah nak mencari kawan-kawan yang betul-betul nasihatkan ke arah kebaikan..

      Padam
  7. bagaimana pula..kalo sy sbg adik ipar,sy tgl umah abg sy..ade kak ipar,
    abg sy brkerjaya yg sgt kukuh..dan sy serog bekrja..sy hanya menumpang tido,
    sabun,makan sy beli sndiri..sy juga tlng mngemas rumah...tetapi k.iapr sy selalu membuat muke tidak suke...adakah sy dianngap menggangu privacy mereka...

    BalasPadam
    Balasan
    1. memangla..cuba la berdikari sikit..dah kerja kan..

      Padam
    2. Elokla cari rumah sewa...sbb dah besar..

      Padam
    3. Keluar berdikari je, bayangkan anda di tempat kakak ipar anda, renung2kan :D

      Padam
    4. Biasa lah tu..duduk dgn abg ipar, adik ipar, kakak ipar..semua sama je hati perasaan diorang dgn kita yg menumpang ni..apa lagi yg x de status ipar..yg dah berkahwin...cth ahli keluarga angkat mak bapak..aku dah terkono waktu sekolah dulu..hidup jauh dari keluarga..numpang tinggal kat rumah abang angkat mak aku..waktu cuti sekolah..sbb sekolah berasrama. Diorang masih belum ada anak..tp isteri dia cantik. Jd aku x perasan bila abang angkat mak aku baik dgn aku.,tp isteri dia..aku nak tolong masak..suruh aku relaks, aku nak guna apa2 dia such berkira..tapi dia izinkan..bila dia masuk bilik..dia tutup pintu berdentum bunyi..x tau lah apa dlm hati dia..pernah aku bawak sorang kawan sekolah balik teman aku tido..dia bersikap macam tu..malu aku. Husband dia x tau..sebab tu rumah bini dia..husbnd dia duk rumah satu lagi..ikut lokasi bertugas..bini dia pun bertugas..bini dia balik rumah abang angkat mak aku tu kebetulan aku cuti pun aku ikut..wlpn masa tu aku budak sekolah umur 19 thun..aku malu tengok diorang bermesra kekadang bini dia tu tengah pakai tuala aje..hati rasa nak marah..seolah tak umpamakan aku ada dalam rumah tu..diorang cam tak peduli..tak malu..cam x hormat ada tetamu..siapa lah aku..nak kata diorang jahat..tak..nak kata baik..macam tak..tapi..yang aku tau..kini..kalau ada kesempatan nak jumpa bini dia tu..aku just nak minta maaf zahir batin..sebab aku pernah adu sikap dia tu di kat mak bapak aku..aku seharusnya berterima kasih pada dia kerana pernah sudi menjaga aku..walau tu bukan tanggung jawab dia..bukannya merenggangkan hubungan mak bapa aku dengan dia..kan..

      Padam
  8. Better adik menyewalah ke tmpt lain..khdpan brumahtngga ni lain..suami isteri mmerlukn privacy..jika adik tinggl serumah terbatas segala aktiviti harian mreka...sekali sekal dtg x mnjadi masalah

    BalasPadam
  9. Ye betul...saya pun x suka ada org lain dalam rumah. Cukuplah suami n anak2. Sy lbih suka privacy. Bila ada org lain. Kte trasa kekok dirumah sndiri. Sape2 pun jgn kacau kehidupan org yg dh brumahtangga.

    BalasPadam
  10. Kebahagiaan adalah penting dalam rumah tangga untuk kekal selamanya

    BalasPadam
  11. ya sya pun ada adik ipar yg cam tu suka meninjam brg2,dari sya tpi lepas pinjam tu tk pulang balik dah apa yg lebih menyakitkn hati sya dgan perangai nya tu....sya bnyk sabar tpi kesabar sya ni ada had nya jga.....

    BalasPadam
  12. Sy adik ipar. Tinggal sekali dgn kakak dan abg ipar. Awalnya sy cuma nk tnggl sekejap smentara dpt blik di asrama. Tp ms tu kakak mengandung, suami die jenis ego tnggi. Xreti xley tnye org...malu. Mase tu sy tlg kakak reg hospital sume nk bersalin. Settlekn sume smpai die bersalin. Duit hospital pun duit kakak sy. Lepas ad anak, die kate busy nk bwk pg klinik. So sy slalu bwk kakak pg. Mak abg ipar dtg sbb nk jg kakak mase pantang tp sume sy masak. Pg pasar, dia cuma belikan mknn utk anak dia je....xbelikan pape utk kakak. Sy kesian pg belikan lauk. Semuanye sy buat, mandikan cucu pun die xreti. Skrg kakak belajar, rumah abg ipar bayar, tp mknn kakak yg beli. Brg dapur sume sy share dgn kakak. Mase first2 , abg ipar xjg pun anak dia. Klau anak bgn mlm2, sy dgn kakak yg gilir2. Air xde kat rumah, sy pergi belikan air mineral sbb ad budak kecik kat rumah. Air mandi sume sy angkut siket2. Bile lori air dtg tgh mlm die ckp, die penat...ngantuk nk keje esok. Duit kat kakak sy skali pun xbg, 20 pun die mintak balik. Bile adik die dtg, duit sy dgn kakak sy yg kitaorg guna beli lauk. Setiap mnggu ajak kakak balik rumah die sbb mak die slalu call tnye balik x....kakak sy ad assignmnts, die tlg sket sgt padahal bidang same. Last2 sy stay up tlg kakak sy. Trpksa cancel plan nk pindah keluar sbb kesian tgk kakak buat sorg2...bnda berat pun agkt, sy xsggup. Die ego tinggi, duit sket tp beli kedai runcit mahal. Xley pg econsave sbb malu... So duit slalu xckup... Sy tlg kakak ape yg mampu. Brg2 dlm rumah semua duit kakak sy. Haritu kakak psg langsir, murah je...buat partition je. Tp balik die ckp mcm langsir kg.... Klau mengemas, bnda bruk die sorok...yg cantik2 die tunjuk. Die slalu ckp kurg ajar dgn kakak sy.. Haritu sy panggil die ckp leklok. Die ckp sy muda lg, xkawin lg....xtau pape. Die halau sy kluar, sy xbgtau kakak...sy takut die sedih. Klau sy kluar, abg ipar mesti lg kurang ajar, sbb skrg die slalu cover klau sy ad. Die jauhkan kakak sy dr family kitaorg...duit bnyk bg kat adik2 die padahal kakak xdpt duit pun. Sy patut buat ape skrg...?

    BalasPadam
  13. aku pulak adik ipar mulut kurang ajar. masuk campur urusan keluarga aku. pada aku terlalu suka mengumpat aku yang menantu ni, chop bila buat silap (angin sikit sebab preggy) mulalah derang cari point. memang adik ipar aku tu aku takkan maafkan dari dunia sampai akhirat. sbb die rumah tangga hancur. tp salah suami jugak pergi bercerita kisah rumah tangga kat adik2 yang baru nak kenal dunia.

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.