apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

3.6.12

Nak kahwin dengan siapa?

Bercakap tentang anak-anak memang sesuatu yang menggembirakan. Pengalaman mengandung, bersalin serta melihat anak-anak sewaktu mereka kecil adalah antara kisah hidup yang tak akan hakis daripada ingatan. Waktu itu, kita sering mengharapkan yang terbaik untuk mereka. Macam-macam yang kita mahu mereka jadi dan tentu sekali, kita inginkan, nombor satu... merekalah anak2 soleh dan solehah.

Namun semakin mereka besar, kita pula jadi semakin sibuk. Kita sedang bergelut dengan karier kita masing-masing. Suami nak naik pangkat, isteri pun nak tunjuk kecemerlangan di tempat kerja. Apa jadi pada anak2 dan harapan yang tinggi menggunung dahulu? 


Tahu tak, sekarang ni agak sukar hendak mencari suami yang berkualiti? Suami aje ke? Nope! Perempuan pun! Mudahnya, (jangan ada yang marah pulak bila baca artikel aku ni nanti, hehe...) mudahnya, anak perempuan dan lelaki zaman ini tergolong dalam kelompok kurang kualiti. 


Marah? Jangan dulu. Baca sampai habis barulah anda menilai, okey!

Dari manakah datangnya anak yang tidak berkualiti ini? Pun mudah juga untuk menjawab soalan ini. Jawapannya, bila kita ibu bapa itu sendiri, tidak berkualiti. 


Maksud?


Apabila ada ibu bapa zaman ini yang manjakan anak sangat, ikut aje apa anak2 mahu, takut  nak cakap 'NO' bila anak mintak sesuatu dan paling teruk bila takut nak marah anak2 bimbang anak2 lari dari rumah. 

Ikuti apa yang tercatat dalam DCCK hari ini....
Kawan saya suami isteri bekerja, tinggal di bandar, bagi anaknya yang bersekolah menengah duit saku antara RM10 hingga RM15 sehari untuk belanja waktu rehat dan makan tengah hari. Kadangkala dia terpaksa beri lebih kalau anaknya ada aktiviti luar. 
Yang ni.....
Isterinya tak sempat nak siapkan sarapan apa lagi untuk masak nasi dan lauk tengah hari sebab bergegas ke pejabat. Makan malam pun isterinya tak sempat masak sebaliknya beli di gerai-gerai setiap hari. Hari cuti pun isterinya tak sempat masak sebab sibuk berkemas, cuci pakaian dan sebagainya. Akhirnya sarapan, makan tengah hari juga malam, mereka beli sahaja di gerai. Isterinya cuma masak kalau ada masa, setakat goreng sayur atau sup ayam. Biasanya mereka suruh anak-anak beli di luar.
Adakah anda tergolong dalam kumpulan ibu2 sebegini? Kesian anak2 tak merasa air tangan ibu...... 


Jadi, kalau ibubapa sendiri tak tahu hendak mengurus masa elok2, macam mana anak-anak hendak pandai mengurus diri? Nak masak, sekadar goreng ikan, tumis sayur, tak payahlah nak bergulai ke hapa, berapa minitlah sangat, kan? Namun, agendanya yang terpenting ialah untuk duduk makan semeja! Sebab masa makan itulah kita anak beranak santai berbual, sembang, gelak, bercerita, mendengar anak luahkan apa yang dialami di sekolah, semua yang mampu  mengeratkan hubungan dalam keluarga kita. 


So, ibu2, pleaseee... jangan sekali2 sebut ayat ini!
Buat apa nak masak kalau setakat dua tiga orang nak makan? Lebih baik beli. Tak buang masa, badan tak penat dan tak membazir!
Di sekolah aku, memang aku salut habis kawan2 guru dan kakitangan. Biarpun di Hutan Melintang ni tak ada jalan sesak bagai, ramai dalam kalangan kami yang bangun seawal jam empat pagi untuk sediakan sarapan dan lauk makan tengah hari setiap hari persekolahan. Malah, ada yang siap bawa bekal lagi! Ya, bukankah itu naskhah untuk ibu? Ibulah insan paling lewat tidur dalam rumah dan ibulah yang harus jadi yang terawal bangun! Ibu mithali, gitu!


Pernah tak anda dengar kawan2 perempuan yang asyik mengeluh penat bila balik dari cuti? Mereka merungut yang bila di rumah, mereka lebih penat daripada di tempat kerja. Mereka lebih suka ke pejabat. Kenapa? Sebab, kata mereka.... bila di rumah, semua benda mereka kena buat. Mana nak sapu rumah, nak mop, nak masak, nak cuci pinggan? Sidai kain, angkat kain, basuh kain? Sebenarnya, ini satu lagi menunjukkan kelemahan kita sebagai ibu. Ya, kita bukan ibu yang baik kalau semua kita nak buat dalam rumah tu! Kenapa?


Kita tak ajar anak2 membantu kita. Kita tak ajar anak2 cara nak survive. Anak2 perempuan nak potong bawang pun tak tahu, apa cerita? Anak2 lelaki nak tolong buang sawang pun tak boleh, apa kes? Kita buat macam2, anak2 tonton TV, tak pun mereka main games computer. Kualiti apanya kalau dah begitu?


Jangan tak tahu, anak2 kita terutama yang remaja, cukup pandai mengambil kesempatan atas kelemahan diri kita. Dia orang tahu kita sibuk, maka mintak duit lebih, dengan alasan nak beli itu ini. Tak dapat, merajuklah!  Kerana rasa bersalah dah abaikan mereka, kita ikut apa saja anak2 nak. Minta handset, dapat. Minta motor, dapat. minta lappy, dapat! Tapi, cuba kita mintak dia tolong basuh pinggan, kemas rumah, cuci kasut sekolah dia? Mahu tak? Berbuihlah mulut! 
Anda tahu siapa kawan2 anak anda? Nama dia, anak siapa, duduk di mana? Kenal? Buka mata tu! Tengok dan ubah sikap. Jangan lepas pandang sebab....

Kalau nak tahu perangai seseorang, lihatlah bagaimana perangai sahabat atau kawan-kawannya. Kalau baik sahabatnya, insyaAllah dia memang baik. Tapi kalau kawannya itu perangai macam syaitan, maka perangai dia pun besar kemungkinan macam syaitan juga.
Kalau kita tak endah tentang ini takut nanti kawan2 anak2 kita mengajak mereka hisap rokok, ajak cuba dadah, ajak buat maksiat takut nanti ada yang pandai kenalkan kawan berlainan jantina dan melakukan seks bebas. Siapa nak tanggung dosa2 tu semua? Anak2? Kesian, kan?


Cuba kita tanya diri kita, jujur dengan diri kita. Are we really, really good parents? Kalau ya, alhamdulillah. Kalau belum tu, jom berubah! Jadilah diri yang tahu tanggung jawab sendiri. Bila kita tahu apa yang harus kita lakukan pada diri kita, insyaAllah, kita tahu apa yang menjadi tanggungjawab kita pada suami/isteri dan anak2. Kita nak jadi suami isteri berkualiti, kan? Ibubapa berkualiti yang ada anak2 hebat berkualiti? 


Belanja kahwin sekarang ni, mahal weh!  Untuk lulusan diploma aje pun, kalau tak silap cecah RM12 ribu. Jadi, tak ke rugi bila kahwin, dapat isteri yang masak pun tak nak? Sapu rumah pun malas. Baju dalam, seluar kecik semua baling dalam mesin basuh? Yang isteri pulak dapat suami asyik ngadap games kat FB tu. Blitz la, Tetris la, Zingo la... haha! Ops, kenapa gelak? Sob99x. Hmm....


Fikirkanlah...

4 ulasan:

  1. emmm stuju sgt2,.
    bkn sng nk didik ank2,.pe2 pon kne didik hati dulu,.kne kuat mental n fizikal,.
    *takut nk de ank,tkut x terdidik ngan sempurna,.aigoo2

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.